Peluang Pelaburan Emas Bagi Kontraktor Dalam Belanjawan 2021

Peluang Pelaburan Emas Bagi Kontraktor Dalam Belanjawan 2021

Alhamdulillah, intipati Belanjawan 2021 telah pun dikongsikan di pelbagai media sosial. Setiap individu, organisasi atau syarikat yang terlibat boleh ambil peluang manfaatkan bantuan dan peluang yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 dengan sepenuhnya.

Di antara peluang yang paling mudah direbut ialah peluang pelaburan emas bagi kontraktor-kontraktor yang dipilih menjalankan projek-projek membina infrastruktur air, elektrik, dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan, kontraktor kelas G1 hingga G4 yang jalankan projek kecil dan sederhana termasuk bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan penyelenggaraan rumah PPR, juga bagi kontraktor pembinaan di bawah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE), projek Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru dan Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Pertama.

Bagaimana peluang pelaburan emas bagi kontraktor ini dapat dimanfaatkan?

Jawapannya mudah sahaja..

Kontraktor yang diluluskan dalam mana-mana pembiayaan boleh membeli emas pelaburan dengan pembiayaan yang diterima dalam akaun Gold Accumulation Program (GAP) seterusnya boleh mendapatkan kembali wang tunai ke dalam akaun Syarikat melalui kemudahan Ar-Rahnu dalam masa hanya 2 hari bekerja.

Dapat tunai segera pajak gadai Arrahnu Koperasi Dagang Emas (KDE) di Public Gold.
Tidak perlu ke mana-mana pejabat Ar-Rahnu untuk pajak emas pelaburan anda untuk dapat tunai dan juga tebus balik bila gunakan kemudahan Ar-Rahnu dalam Akaun GAP

Akaun GAP boleh dibuka secara individu samada akaun Dewasa (18 tahun ke atas) atau Junior (bawah 18 tahun) dan juga atas nama syarikat atau organisasi yang berdaftar. Pendaftaran adalah percuma dan akaun simpanan emas pelaburan GAP akan diaktifkan bila terdapat pembelian emas dengan nilai minima RM100 sahaja. Nama anda tidak akan dimasukkan dalam CCRIS atau CTOS apabila menggunakan kemudahan Ar-Rahnu dalam akaun GAP.

Screenshot menu Ar-Rahnu dalam akaun GAP.

Klik di sini untuk mendaftar Akaun simpanan emas pelaburan GAP.

Setelah akaun GAP dibuka, kontraktor boleh membeli emas 24k dalam akaun GAP dengan jumlah nilai projek yang akan dijalankan. Baki emas akan disahkan dalam penyata dalam tempoh 3-5 hari bekerja. Jika menggunakankaedah bayaran melalui FPX, baki akan dikemaskini dalam tempoh kurang dari 24 jam.

Kemudian, kontraktor boleh memohon pembiayaan Ar-Rahnu agar wang tunai pembiayaan Ar-Rahnu dimasukkan semula ke dalam akaun bank syarikat dalam tempoh 2 hari bekerja tanpa perlu ke mana-mana bank (semuanya dijalankan atas talian) untuk melaksanakan dan menyiapkan projek-projek yang terlibat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembiayaan Ar-Rahnu.

Kadar pembiayaan Ar-Rahnu yang diluluskan ialah 70% dari harga emas semasa. Manakala kadar upah simpan pula hanyalah 1% dari nilai marhun (kadar yang diluluskan). Lebih cepat tebus, lebih murah kadar upah simpan. Memandangkan harga emas semakin meningkat, terdapat peluang untuk dapat nilai marhun yang tinggi.

Selepas siap projek dan pembayaran diterima, Syarikat kontraktor boleh menebus kembali emas pelaburan ke dalam akaun GAP dengan menggunakan duit yang diterima.

Untuk makluman, proses tebus balik emas yang dipajak dalam akaun GAP boleh dilakukan mengikut jumlah gram emas yang termampu bayar (dalam gandaan minima 1 gram sahaja). Berbeza jika anda pajak seketul Goldbar 100g atau 250g secara fizikal kerana anda terpaksa menebus kembali dalam jumlah yang banyak sekaligus untuk dapatkan semula Goldbar anda.

Akhirnya emas dapat, duit tunai pun dapat untuk jalankan projek, projek pun siap, kontraktor dapat bayaran dari projek dan boleh tebus semula emas pelaburan yang digadaikan di Ar-Rahnu.

Untuk makluman, transaksi jual, beli dan pajak dalam akaun GAP ini telah disahkan patuh syariah oleh Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor yang juga merupakan Panel Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

Sijil patuh syariah GAP Public Gold 291017
Sijil patuh syariah akaun Gold Accumulation Program (GAP) yang telah dikeluarkan oleh Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor pada 29 September 2017.

Alhamdulillah.. semoga anda diberi kefahaman. Memang sangat mudah untuk jadi kaya jika ada ilmu pelaburan emas digabungkan dengan pembiayaan Ar-Rahnu.

Klik di sini untuk mendaftar Akaun simpanan emas pelaburan GAP.

#Pelaburanemas #Belanjawan2021 #kontraktor #Ar-Rahnu #akaungap

Leave a Comment

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian