10 thoughts to “Pelaburan Emas Maybank”

  1. salam en suhaimee. adakah kita perlu buka account baru untuk pelaburan emas ni ? atau boleh guna account debit yg sedia ada

    1. Wksalam En Hussin. Untuk sebarang pertanyaan mengenai akaun MGIA, tuan boleh rujuk http://www.maybank.com.my. Namun akaun emas di Maybank didapati tidak mematuhi syarak dan parameter pelaburan emas yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2011. Saya sarankan tuan buka akaun emas di Public Gold dan simpan percuma seumur hidup, senang keluarkan pada bila-bila masa dan senang jual. Tuan boleh rujuk di akaun simpanan emas fizikal Gold Accumulation Program (GAP).

  2. Tuan, statement dibawah ni dr Maybank..mengatakan yg simpanan emas ni bersandarkan pada emas fizikal.. so bole terangkan sikit x..

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan Akaun Pelaburan Emas Maybank?
    Akaun Pelaburan Emas Maybank (MGIA) ialah akaun yang membenarkan pelanggan
    individu/syarikat untuk melabur dengan komoditi 999.9 emas tulen pada harga harian dalam
    Ringgit Malaysia (RM) tanpa perlu berhadapan dengan kesukaran untuk menyimpan emas
    fizikal. Pelaburan dalam MGIA adalah disokong sepenuhnya oleh emas fizikal yang
    didepositkan di PAMP S.A. Pulangan pelaburan anda adalah bergantung pada turn naik
    harga emas. Transaksi yang dibuat akan direkodkan seperti yang tertera di perenggan 2 di
    bawah. Pelaburan ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

    1. Benar kenyataan dan jawapan yang tuan perolehi seperti di atas. Seperti yang saya terangkan walaupun pelaburan emas maybank bersandarkan nilai emas fizikal tetapi tuan tidak dapat keluarkan emas fizikal tersebut. Yang ada hanyalah nilai emas yang tertera di penyata akaun yang menyebabkan isu tidak patuh syariah.

      Manakala sememangnya PIDM tidak akan melindungi pelaburan tuan di Maybank sepertimana akaun simpanan. Jika nilai emas jatuh, maka duit dalam akaun pelaburan emas MGIA tuan juga akan tinggal sedikit. Tetapi jika tuan ada emas fizikal, tuan tetap ada emas walaupun harga emas jatuh.

      1. salam…sy mohd azirul bin hussein,sy nak bertanya skit dulu sy ada main saham emas dgn maybank..jdi sy nk tnya mcm mna sy nk tahu yg saham yg sy labur itu masih ada lgi ke tak…ada tak cara2 nk cek melalui online tentang saham itu
        sekian terima kasih

      2. Saya kurang bersetuju dengan alasan pelaburan emas maybank tidak patuh syariah kerana tiada emas fizikal. Sekiranya ini dijadikan asas maka banyak pelaburan-pelaburan berasaskan komoditi lain menibulkan keraguan. Contoh sekiranya Tabung Haji melabur dalam komoditi sawit dan saya menjual unit pelaburan saya dikaunter tabung haji, bolehkah tabung haji memberi sawit kepada saya ‘on the spot’?. Cara pelaburan sekarang sudah berubah. Bukankah lebih selamat sekiranya kita tidak simpan emas fizikal di rumah. Jika dirompal, habis semua emas kita tapi jika dalam buku akaun, perompak tak boleh buat apa-apa.

        1. Untuk makluman tuan, emas dan perak merupakan salah satu item ribawi. Perlu ada fizikalnya. Jika tuan ada akaun simpanan emas MGIA di Maybank, adakah tuan boleh pajak emas dalam akaun untuk dapat tunai segera tanpa keluarkan emas tersebut? Jika tuan kata boleh, insya Allah tiada masalah.

  3. Terima kasih en Suhaimee atas tips yg tuan berikan. Alhamdulillah serba sedikit dpt kefahaman sebelum sy melabur emas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *