Untuk memilih jenis pelaburan emas samada emas kertas (buka buku akaun pelaburan emas) atau membeli emas sebenar merupakan satu persoalan yang bermain di kepala saya pada mulanya nak melabur emas.
Pada ketika hati saya terdetik mula nak melabur emas, saya tercari-cari jenis pelaburan emas di bank-bank yang saya rasa lebih secure seperti pelaburan emas Maybank, pelaburan emas CIMB, pelaburan emas Bank Islam, pelaburan emas Bank Rakyat kot-kot saya jumpa kaedah terbaik membuat pelaburan emas.
Namun bila saya search perkataan-perkataan tu di Google saya dapati berbagai jenis pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank dan juga pelbagai syarikat dengan jenama emas yang belum pernah saya dengar…
Jika anda tidak waspada, mungkin anda akan terjerat dengan skim cepat kaya yang bertopengkan harga emas dengan tawaran “dividen” bulanan yang sangat menarik… ribu-ribu bro….
Atau anda mungkin akan mendaftar di platform atas talian yang menawarkan kemudahan jual beli emas berdasarkan harga komoditi emas dunia seperti plus500, xm.com, gcmasia.com dan banyak lagi.
Suka saya ingatkan kepada sahabat-sahabat semua agar menjauhi amalan RIBA yang haram ni.
Bersabarlah… jangan terburu-buru untuk mendapatkan kekayaan. Carilah kekayaan dengan jalan yang halal dan baik.
Apabila saya meneliti pelaburan emas di bank pula, terdapat beberapa bank di Malaysia yang menawarkan pelaburan emas:
Maybank Gold Investment Account (MGIA) yang menawarkan pelaburan emas melalui akuan emas secara online atau atas talian menggunakan Maybank2u.com.my. Saya difahamkan kalau dahulu anda boleh mendapat emas yang anda beli tetapi sekarang sudah tiada lagi. Pihak bank akan menyimpan emas yang anda beli untuk tujuan pelaburan manakala nilai emas yang anda simpan akan dicetak di dalam buku akaun pelaburan emas tersebut. Maknanya, anda hanya boleh melihat angka nilai pelaburan anda dalam buku akaun (emas kertas) dan tidak boleh mengeluarkan emas sebenar yang anda beli untuk dipajakkan sekiranya anda memerlukan duit. Oleh keana tiada emas fizikal yang boleh saya pegang, saya terpaksa cari platform lain dahulu. Anda boleh ke Pelaburan Emas Maybank untuk penerangan lebih lanjut.
Kuwait Finance House Gold Account-i menawarkan pelaburan emas sebenar yang patuh syariah. Anda boleh mula buka akaun simpanan emas KFH dengan minima 10g emas 995 (ketulenan 99.5%) dan penambahan 1 g berikutnya. Kalau nak keluarkan dari akaun kena tinggalkan minima 2 g emas dalam akaun. Namun anda tidak boleh membuka seal plastik dan jika seal terkoyak atau rosak, maka harga emas anda akan jatuh susutnilai sebanyak 25%! Tambahan pula, anda hanya boleh berjualbeli di kaunter cawangan KFH sahaja dan tidak diterima di bank-bank lain. Kalau cari di laman web, cawangan-cawangan KFH tidak terdapat di serata Malaysia. Jadi susah kepada sebahagian besar pelabur yang ingin berurusan di kaunter KFH pada waktu pejabat sahaja. Walaupun patuh syariah, tapi masih banyak kelemahannya. Oleh itu, saya pun tak berminat nak melabur di KFH. Maklumat yang tersebar dimedia sejak 2015 menunjukkan bahawa Kuwait Finance House (KFH) dilaporkan mahu menjual operasinya di Malaysia selepas 10 tahun menjalankan perniagannya di negara ini. Maka, sudah pasti saya dan anda tidak akan berfikir panjang untuk itu kan…
Pelaburan Emas Al-Rajhi Gold-i menawarkan pelaburan emas berlandaskan syariah seperti KFH Gold Account-i juga. Anda boleh mula buka akaun dengan pembelian emas minima 10 gram dan penambahan berikutnya sebanyak 5 gram. Emas yang diniagakan ialah Pamp Suisse Gold Bar 999.9. Namun terdapat dua kelemahan ketara di Al-Rajhi iaitu (1) kadar spread yang tinggi iaitu 12.8%, (2) cawangan Al-Rajhi amat terhad di Malaysia. Pada ketika ini saya dapati hanya ada 5 cawangan Al-Rajhi sahaja di seluruh Malaysia. Oleh itu, saya tak mencadangkan anda untuk pilih pelaburan emas Al-Rajhi untuk melabur emas.
CIMB Gold Investment Account menawarkan pelaburan emas CIMB secara maya atau emas kertas (paper gold) juga tanpa membekalkan emas sebenar kepada anda. Tiada banyak maklumat diperolehi daripada laman web CIMB namun apabila anda mencari ulasan tentang pelaburan emas CIMB, anda akan jumpa beberapa perkara yang membuatkan saya pasti bahawa pelaburan emas di CIMB tidak mematuhi pelaburan emas yang berlandaskan syariah. Yang ini pun saya tak perlu melabur duit saya ke dalam akaun pelaburan emas CIMB. Tak boleh…
Saya ada kemaskini tentang Pelaburan Emas UOB (United Overseas Bank) boleh didapati di sini.
Pelaburan emas Bank Islam / Pelaburan emas Bank Rakyat / Agrobank / Pos Malaysia – Istilah yang sama digunakan ialah pelaburan emas Ar-Rahnu kerana institusi kewangan seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia ada menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu. Kebanyakkan pelabur emas menggunakan teknik manipulasi pajak gadai Islam Ar-Rahnu dengan mengambil kesempatan daripada kenaikan harga emas. Namun, anda perlu ketahui bahawa terdapat kekeliruan maqasid syariah apabila teknik manipulasi pajak gadai Islam Ar-Rahnu digunakan untuk mendapat keuntungan daripada beli-pajak, beli-pajak emas. Saya ada kemaskini tentang Pelaburan Emas Ar-Rahnu dan boleh didapati di sini. Saya dapati tiada apa-apa maklumat atau tawaran pelaburan emas yang boleh anda dapati di mana-mana cawangan bank atau pejabat pos kecuali sistem pajakan Islam Ar-Rahnu.
Pelaburan Emas Public Gold. Setelah saya membuat perbandingan dengan lain-lain syarikat yang menjual dan membeli emas seperti Sri Ayu, GCP, GSR dan Dinar Kelantan, saya dapati Public Gold menawarkan konsep pelaburan emas yang paling mudah, cepat, boleh lock harga beli dan jual, menjual dengan harga yang terendah di pasaran, kadar spread yang terendah, stok emas yang sentiasa ada, cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan yang paling penting tidak cerewet. Emas jenis apa pun pihak Public Gold akan terima bila kita nak jual pada mereka walaupun emas Public Gold yang kita simpan tu kemek atau calar! Insya Allah saya yakin bahawa anda pasti akan berpuashati dengan kaedah pelaburan emas yang ditawarkan oleh Public Gold sebagaimana saya berpuashati dengan sebenar-benarnya. Banyak lagi kelebihannya dan Insya Allah saya akan terus memberi penjelasan lebih lanjut dalam posting yang akan datang.
Bila difikirkan semula, rupa-rupanya, bila nak melabur emas, rasa secure sahaja tidak cukup. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yang perlu anda fikir, nilai dan kaji sebelum anda membuat pelaburan emas. Jika tidak… sesal kemudian tidak berguna…
Anda tak perlu risau sebab saya dah kaji berminggu-minggu dan insya Allah saya sedia beri bimbingan percuma kepada anda yang mahu memulakan pelaburan atau simpanan emas pertama.
Sehingga ke hari ini, hanya terdapat dua sahaja cara menyimpan emas pelaburan iaitu:
- Simpanan di dalam akaun
- Simpanan emas pelaburan secara fizikal di rumah atau safe deposit box.
Jawapan mudah kepada persoalan samada anda sesuai simpan di akaun atau di rumah ialah bergantung kepada situasi anda. Jika anda rasa tenang dan boleh tidur dengan lena bila simpan sendiri emas secara fizikal, maka anda bolehlah mulakan dengan pembelian emas Goldbar atau Dinar secara fizikal.
Jika anda rasa risau dan tidak tidur lena jika simpan emas di rumah, maka anda dinasihatkan beli dan simpan emas dalam akaun. Namun, pastikan akaun simpanan emas tersebut boleh dikeluarkan emas secara fizikal.
Jika anda telah berpuas hati dan bersetuju dengan penjelasan di atas, anda boleh terus memulakan pelaburan emas di Public Gold dengan mendaftar di Pelaburan Emas Public Gold secara percuma. Hanya ikuti panduan yang diberi pada halaman tersebut.
Mulai hari ini mulakanlah untuk simpan emas kerana emas akan melindungi kekayaan anda berbanding menyimpan wang kertas yang kekuatan nilainya akan semakin turun berbanding emas.
Sebarang kemusykilan boleh dimajukan kepada saya di “SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN“. Saya tak suka SPAM sebagaimana anda juga. Jadi tiada nombor telefon diperlukan. Insya Allah saya akan segera memberi respon kepada persoalan anda.
salam tuan saya baru nak belajar tapi saya tak kenal dengan orang yang tepat..boleh tuan bantu saya..
Waalaikumussalam puan. Insya Allah saya bantu. Puan boleh whatsapp saya di msuhaimee.wasap.my.
Salam tuan. Boleh terangkan kenapa PG Buy dan PG Sell sangat jauh beza harganya?
Waalaikumussalam tuan. Perbezaan PG Sell dan PG Buy ditetapkan paling tinggi 9% bagi item 10g dan menurun sehingga 6% bagi item 250g Goldbar berdasarkan harga emas fizikal dan bukan harga emas spot seperti lazim digunakan oleh perbankan. Tuan beli emas dan dapat emas fizikal. Bukan paper gold.