15 thoughts on “Pelaburan Emas Bank Muamalat Gold-i”

  1. Terima kasih berkongsi tentang emas bank muamalat. Baru faham cara kira caj tukar emas akaun ke fizikal tu. Saya pembeli emas Public Gold tapi tengah cuba-cuba belajar juga tentang emas lain.

    Reply
  2. As salam, apa yg saya fahami untuk mengelakkan RIBA bagi pembelian emas, emas fizikal mestilah diberikan kepada pembeli semasa pembelian dibuat dan tidak boleh secara tertangguh. Minta penjelasan tuan untuk perkara ini. Terima kasih.

    Reply
    • Wa’alaikumussalam. Ya betul apa yang tuan fahami. Tuan boleh pergi ke kedai dan beli secara tunai terus dapat emas. Yang menjadi perbahasan ialah apabila pembelian secara atas talian. Jika emas yang dibeli ada fizikalnya dan bukti resit / penyata pembelian dikeluarkan sudah memadai yadan bi yadin. Jika tiada emas fizikalnya / hanya ditulis dalam buku akaun sahaja maka jelas tidak patuh syariah. Panel Penasihat Amanie Advisor telah membuat audit dan pembelian emas simpanan GAP adalah patuh syariah. Wallahu’alam.

      Reply
  3. Mohon tanya berkenaan pembukaan account public gold. Mengapa setelah saya menanyakan kepada pegawai public gold boleh tak saya dapatkan sekurang-kurangnya surat pengesahan pembukaan account namun mereka mengatakan saya hanya perlu print secara online.

    Ini membuatkan saya berasa sangsi kerana bukti pembukaan account saya di public gold semuanya diatas talian sahaja. Memang boleh print daripada internet namun tiada black and white secara rasmi.

    Reply
    • Ya benar en Umar. Inilah hasrat sistem kewangan secara global mengurangkan penggunaan kertas yang lebih mesra alam iaitu tanpa kertas (paperless), tanpa buku (bookless). Boleh sahaja tuan samakan dengan Touch n Go, Grab, Maybank2u, CimbClicks, Airasia dll. Apa yang penting ialah tuan simpan resit pembelian emas. Cara lebih mudah ialah simpan dalam emel dan senang cari.

      Reply
  4. Salam.Wah menarik pasal Publik gold ni ya.Saya rasa kt Relau depan Pisa Penang ada satu agen nya.saya selalu heran.adakah Publik gold ni patuh syariah dan adakah emas yg tersimpan dalam acc Publik gold harus juga di bayar zakat.boleh bagi details pasal ni tak.saya tak berapa faham tapi berminat membelinya.tapi saya tak tau caranya. Terima kasih.

    Reply
    • Wksalam. Ya betul Public Gold ada di Relau. Transaksi jual beli emas di Public Gold telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisor. Pembayaran zakat dilakukan oleh pemegang akaun emas setelah cukup haul simpanan 85g. Puan boleh baca mengenai cara buka akaun emas Public Gold serendah RM100 di Akaun GAP dan Cara Buka Akaun Patuh Syariah. Terima kasih.

      Reply
  5. Utk no 27 tu, GAP mualamat ialah 7% manakala GAP PG ialah 9%. Sebab sy kira ialah Gap vs Gap manakala kiraan tuan ialah Gap vs Fizikal Betul kan tuan? Maaf kalau sy tersilap.

    Reply
    • Ya betul. Cuma spread fizikal PG berbeza ikut berat.
      Spread GAP PG dan Fizikal PG 10g = 9%.
      Spread Fizikal PG 20g = 8%
      Spread Fizikal PG 50g = 7.5%
      Spread Fizikal PG 100g = 7%
      Spread Fizikal PG 250g – 1000g = 6%.

      Reply
  6. salam tuan, saya bru membaca penulisan tuan berkaitan akaun emas ini, boleh saya tahu daripada kedua dua jenis akaun ini, adakah terdapat unsur unsur yang tersembunyi sama ada dari segi hukum hakam,penggunaan ,pengurusan dan pentadbirannya. terima kasih

    Reply
    • Wksalam. Insya Allah tiada unsur-unsur tersembunyi. Cuma saya tidak memilih bank atas alasan masa operasi, bilangan cawangan dan denominasi minima pengeluaran 5 gram berbanding Public Gold yang lebih mesra pelanggan. Selain itu, Fahim boleh dapat bimbingan percuma agar boleh memulakan pelaburan emas dengan betul.

      Reply
  7. salam. encik suhaimi.saya student sedang buat kajian pasal gold account. saya faham dgn semua perbandingan yg encik buat tentang bank muamalat gold i. tapi saya juga nak tahu apa drawbacks yang ada pada public gold..

    Reply
    • Wksalam cik ira. Drawback yg saya kenalpasti hanya isu stok emas lambat sampai di kawasan padat penduduk seperti Ampang. Berkemungkinan besar disebabkan terlalu banyak pesanan dan perlu kerap followup branch. Namun isu ini insya Allah dapat diselesaikan dengan adanya kemudahan kurier Gold-In-Transit penghantaran ke alamat rumah. Itu sahaja. Jangan lupa letakkan rujukan cik ira dalam kertas kajian dan boleh emel saya di su******@***********as.org untuk saya jawab persoalan mengenai gold account insya Allah.

      Reply

Leave a Comment