FAQs

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa FAQs (Frequently Asked Questions) / Persoalan hampir sama yang sering ditanya yang saya terima dalam inbox emel saya.

pertanyaanemasSaya pasti memang banyak persoalan yang berlegar di fikiran anda sebagaimana saya juga sebelum ini. Oleh itu, saya sarankan agar anda dapatkan maklumat berikut sebelum anda menghubungi saya.

Sila klik di link untuk terus ke Soalan:-
SOALAN #1: BAGAIMANA SAYA BOLEH MULAKAN PELABURAN EMAS? / BERAPA MODAL NAK MELABUR EMAS?

SOALAN #2: DI MANA SAYA BOLEH MELABUR DAN SIMPAN EMAS?

SOALAN #3: ADAKAH EMAS GAP PATUH SYARIAH SEBAB EMAS DISIMPAN DI PUBLIC GOLD DAN TIADA DI TANGAN?

SOALAN #4: ADAKAH TERDAPAT RISIKO DALAM PELABURAN EMAS?

SOALAN #5: BAGAIMANA SAYA NAK MULA BERNIAGA EMAS / BERAPAKAH MODAL PELABURAN EMAS?

SOALAN #6: APAKAH MAKSUD PG SELL DAN PG BUY DI LAMAN HARGA EMAS SEMASA?

SOALAN #7: BAGAIMANA NAK JUAL BALIK EMAS?

SOALAN #8: BAGAIMANA NAK JUAL BALIK EMAS JENAMA LAIN SEPERTI GCP / AMETHYST / POWERGOLD?


SOALAN #1: BAGAIMANA SAYA BOLEH MULAKAN PELABURAN EMAS? / BERAPA MODAL NAK MELABUR EMAS?
Jawapan: Secara asasnya, terdapat 3 cara melabur emas:-

  1. Beli emas dan simpan sebagai aset.
  2. Beli emas, simpan dan jual bila harga tinggi.
  3. Beli emas sebagai stok untuk berniaga.

Untuk perkara (1) dan (2), anda boleh mulakan pada bila-bila masa dan boleh buat pilihan samada nak membu­at pelaburan emas secara berdikit-dikit dengan membeli dan menyimpan ­sekurang-kurangnya RM100 atau 1 gram emas atau dalam gandaan 1 gram untuk mematuhi garis syariah.

Atau, anda boleh juga membeli emas secara banyak sekaligus seperti goldbar 24K (999.9) sebanyak 10g, 20g, 50g, 100g atau 250g bergantung kepada kemampuan kewangan anda. Apa yang penting ialah anda melakukan pembelian emas itu secara konsisten (istiqamah) sepertimana anda membuat potongan gaji untuk simpanan ASB atau Tabung Haji.

Anda boleh layari Program Pengumpulan Emas atau lebih dikenali sebagai Gold Accumulation Program (sila terus ke Langkah #1 di link tersebut) untuk mengetahui kaedah mudah buka akaun emas. Simpanan emas GAP adalah percuma.

Jika anda nak beli dan simpan sendiri emas, sila Daftar Percuma dahulu dan anda boleh Login akaun anda menggunakan nombor IC sebagai Username dan isikan password anda sendiri. Sila ikuti langkah di sini.

Namun, anda disaran untuk tidak menggunakan keseluruhan duit simpanan anda. Sila tinggalkan duit tunai sekurang-kurangnya untuk keperluan selama 3 bulan. Adalah dinasihatkan agar anda tidak menggunakan pinjaman bank untuk membeli emas melainkan anda berniat untuk berniaga.

Untuk perkara (3), anda boleh memulakannya dengan pembelian stok emas minima sekitar 100g (sekitar RM35,000). Namun, nilai yang paling minima RM18,000 juga kadang-kadang boleh diterima semasa ada promosi. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tidak rugi beli emas banyak sebab semua yang kita bayar adalah emas kita punya. Boleh layari Kedai Emas Yang Menguntungkan, Untung Melabur Emas Sebagai Pengedar Emas dan Promosi Pengedar Emas.

Balik ke atas semula.


SOALAN #2: DI MANA SAYA BOLEH MELABUR DAN SIMPAN EMAS?
Jawapan: Setelah saya bandingkan pelbagai bank, syarikat dan kedai emas, saya dapati kedai emas Public Gold menawarkan kemudahan pelaburan emas yang terbaik. Anda boleh pilih samada nak simpan sendiri emas yang dibel­i atau disimpan di Public Gold secara pe­rcuma.

PERHATIAN: ANDA AKAN MENERIMA EMEL PROFORMA INVOICE SEBAIK SAHAJA TEMPAHAN DIBUAT. SILA SEMAK. JIKA ADA KESILAPAN SILA BATAL DAN REPLY DENGAN SEGERA. SILA PASTIKAN ANDA BUAT PEMBAYARAN TEMPAHAN EMAS DALAM TEMPOH 4 HARI. KEGAGALAN PEMBAYARAN DALAM TEMPOH TERSEBUT AKAN MENYEBABKAN NAMA ANDA DISENARAI HITAM.

Secara ringkas seperti berikut:-

  1. Lihat harga emas GAP hari ini di jadual Gold Accumulation Program (24K)
  2. Anda darabkan dgn bilangan gram emas yg anda nak beli. Belian cara ini lebih murah jika nak beli emas 1g/ 5g / setengah dinar.
  3. Anda boleh transfer jumlah RM ke no akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd di Maybank 557139238048 / Public Bank 3167520833. Jika nak keluarkn 1g perlu beli 2g dan baki ada 1g. Simpan gambar resit belian.
  4. Emel gambar resit ke [email protected] dan cc juga kepada saya di [email protected] beserta maklumat berikut:-

Nama penuh:
NRIC:
No. telefon:
Emel:
Jumlah bayaran: RM
Tarikh bayaran: dd/mm/yyyy
Masa bayaran: xx:xx
No. Introducer: (Anda boleh letak PG047646 Suhaimee Manaf jika tiada Introducer).
[Salinan RESIT / Snapshot AKHIR transaksi pemindahan].

Simpanan secara konsisten setiap bulan itu yang dinamakan pelaburan sepertimana pelaburan ASB. Bezanya ialah anda dapat lindungi sim­panan kekayaan anda dalam bentuk emas fizikal dan bukan ­duit kertas yang terikat dengan pasaran mataw­ang dunia.

Pakar kewangan sarankan minima 10% pendapatan tunai ditukar kepada emas. Namun jika tiada niat pelaburan maka tiada kesan keuntungan yang bakal anda dapat. Baki minima simpanan emas dalam akaun GAP ialah 1g dan sekiranya dikeluarkan kesemua baru dikira tak aktif. Sekiranya anda nak mula simpan semula, anda perlu bayar penalti RM80. Anda tak akan dikenakan apa-apa penalti selagi ada 1g emas dalam akaun.

Balik ke atas semula.


SOALAN #3: ADAKAH EMAS GAP PATUH SYARIAH SEBAB EMAS DISIMPAN DI PUBLIC GOLD DAN TIADA DI TANGAN?
Jawapan: Di sini saya copy paste penjelasan Cik Hidayah Abdul Kadir (Bachelor Syariah IAIN, Jambi):

“Secara ringkasnya, pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan jika customer membeli emas seberat 10g bernilai RM1,600, maka selepas je pembeli membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat pembeli gunakan untuk menuntut emas tersebut.

Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas pembeli membayar, pembeli memperoleh emas tersebut.

Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas pembeli membuat pembayaran, pembeli menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan pembeli dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.

Jadi, dalam isu pembelian emas melalui kaedah GAP, tak ada masalah. Ianya patuh syariah kerana GAP statement tu ialah sebagai qabadh hukmi dan emas fizikal tersebut wujud serta boleh dikeluarkan bila2 masa yang kita nak”.

Sila tonton video syarahan Hukum Pelaburan dan Jual Beli Emas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik. Anda boleh terus ke minit 17:39 untuk qabadh hukmi pembelian emas dan minit 28:55 perbincangan beliau tentang manipulasi sistem pajak gadai Ar-Rahnu.

Ustaz Mohd Nazri Chik merupakan Setiausaha Majlis Pengawasan Syariah dan Penolong Pengurus Besar – Ketua Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad.

Balik ke atas semula.


SOALAN #4: ADAKAH TERDAPAT RISIKO DALAM PELABURAN EMAS?
Jawapan: Setiap pelaburan ada risiko untung rugi.­ Sasaran keuntungan dalam pelaburan emas a­dalah jangka panjang. Simpanan emas seca­ra berdikit-dikit disarankan jika tiada ­niat untuk berniaga emas sebagi contoh 5gram setiap bulan.


SOALAN #5: BAGAIMANA SAYA NAK MULA BERNIAGA EMAS / BERAPAKAH MODAL PELABURAN EMAS?
Jawapan: Di Kedai Emas Online Public Gold terdapat pelbagai tawaran yang boleh melayakkan anda berniaga emas. Pada masa tanpa tawaran dan promosi, apabila anda beli emas Public Gold sebanyak RM30K dalam satu resit, secara automatik anda layak menjadi Pengedar (Dealer) Kedai Emas Public Gold.

Namun, pada kebanyakan masa, Kedai Emas Public Gold membuat tawaran istimewa dengan hanya membeli emas sebanyak 100g (sekitar RM15K-16K) sahaja dalam satu resit dan anda layak berniaga sebagai Dealer. Dengan setiap pembelian emas berikutnya oleh anda atau pelanggan anda, anda akan mendapat komisen sebanyak 1%! Peratus komisen akan bertambah mengikut tahap Dealer seperti 1.5% (Priority Dealer) dan 2.0% (Master Dealer).

Layari Promosi Dealer untuk info lanjut.

Balik ke atas semula.


SOALAN #6: APAKAH MAKSUD PG SELL DAN PG BUY DI LAMAN HARGA EMAS SEMASA?
Jawapan: Jika anda lihat kepada Jadual Harga Emas Semasa Public Gold (PG), terdapat terma PG Sell (kiri) dan PG Buy (kanan) di atas jadual tersebut. Secara ringkasnya:-

PG Sell = Harga sebenar emas di pasaran g­lobal.
PG Buy = Susutnilai harga emas / nilai s­pread / harga jual balik ke PG.

PG Sell memang lebih tinggi dari PG Buy. Itu yang dinamakan kadar spread (susutnilai). Kadar spread berbeza ikut saiz emas. Contoh goldbar 1-10g = 9%; 20g = 8.0%; 50g = 7.5%; 100g = 7.0%; 250-1000g = 6.0%.

Kadar spread Public Gold.

 

Lebih berat lebih kecil spread, lebih banyak dan cepat untung. Harga emas ada masa naik mendadak. Masa itulah masa untuk jual balik. Bila? Bergantung kepada situasi ekonomi dan politik dunia, maka harga emas dunia akan naik mendadak. Sebagai contoh kesan Brexit, kesan kemenangan Donald Trump, kesan pengumuman badan kewangan dunia IMF dan lain-lain. Tiada siapa boleh tahu dengan tepat. Ketahui lebih lanjut dengan dapatkan Buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas di sini.

Balik ke atas semula.


SOALAN #7: BAGAIMANA NAK JUAL BALIK EMAS ?

Anda boleh jual semula emas anda mengikut jenis emas seperti berikut:-

Kaedah #1: Akaun simpanan GAP.

Anda boleh jual melalui akaun GAP dengan login Username dan Password anda. Jika anda simpan sendiri, anda boleh guna aplikasi Public Gold untuk lock harga jual dan submit ke PG. Anda boleh serah emas ke mana-mana cawangan PG terdekat dalam tempoh 48 jam hari bekerja. Duit tunai akan dibayar terus ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam hari bekerja.

Kaedah #2: Emas perhiasan seperti gelang, cincin, rantai emas 916.

Anda boleh jual semula emas perhiasan tanpa perlu surat emas. Hanya perlu daftar secara online sahaja dulu di http://www.pelaburanemas.org/go/daftar.php

Kemudian bawa emas perhiasan beserta salinan buku akaun bank anda ke kedai Public Gold terdekat. Boleh dapatkan alamat cawangan di http://www.pelaburanemas.org/go/cawanganpublicgold.php. Anda boleh hubungi / whatsapp staff untuk tahu waktu operasi.

Timbang dan dapatkan harga.

Jika setuju dengan harga, PG akan transfer duit tunai ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam. Kemudian anda boleh keluarkan. Atau anda boleh tukar duit tunai kepada emas pelaburan 24K LBMA yang tidak dikenakan GST seperti yang terdapat di posting ini: Cara Jual Emas Perhiasan.

Balik ke atas semula.


SOALAN #8: BAGAIMANA NAK JUAL BALIK EMAS JENAMA LAIN SEPERTI GCP / AMETHYST / POWERGOLD?

Anda boleh jual semula emas jenama lain di mana-mana cawangan Public Gold terdekat. Layari Tukar Beli Emas Jenama Lain kepada Jenama Public Gold Atau Tukar Duit Tunai.

Balik ke atas semula.

Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas.­

24 thoughts on “FAQs

  1. Asalamualaikum Tuan,
    1) saya ad dgr drpd a few orang, depa ckp, depa beli emas fizikal dan simpan di bank sterusnya dpt dividen tahunan. tp rata2 yg sya baca di blog2 org lain, mereka tak ada pula sebut psl bnda yg saya dengar ni. Mengikut pd fahaman sy stelah baca di blog, mereka galakkn simpan di arrahnu dn perlu bayar caj simpan bulanan tnpa dapat dividen tahunan? mcm tu ke? jadi bermaksud, pilihan yg ada utk pemegang emas fizikal hanyalah a)jual smula di public bank dgn nilai kadar susut b)jual goldbar pd kedai emas c)jual pd rakan2 d)arrahnu?

    Soalan 2) Tuan blh tunjuk ajar ke analisa naik dan turun emas drpd goldprice.org?

    1. Wa’alaikumussalam Puan,
      Jawapan soalan 1) Sepanjang pengetahuan saya, tiada bank yang menawarkan dividen pelaburan emas yang disimpan. Manakala, terdapat silap faham pelaburan di Arrahnu kerana Arrahnu ialah kemudahan pembiayaan peribadi dengan mencagarkan emas fizikal. Tiada istilah pelaburan emas Arrahnu spt yg saya telah terangkan di sini. Memang tiada dividen dibayar oleh Arrahnu. Pilihan untuk dapat keuntungan spt di a) jual balik di Public Gold bila harga naik lebih 15% daripada harga beli asal, b) jual balik di kedai emas, c) jual kpd rakan² shj.

      2) Ya boleh. Puan daftar percuma dgn password sendiri di sini dahulu. Kemudian puan isi nama dan emel pemakluman pendaftaran di sini.

      Terima kasih.

  2. Assalamualaikum. saya berminat nak buat pelaburan emas tetapi tak tau macamana caranya. boleh bg tunjuk ajar. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *