Cara Mulakan Pelaburan Emas

Nak mulakan pelaburan emas? Anda disarankan untuk ikut kaedah buat sambil belajar. Ilmu yang dipelajari tidak akan bawa hasil jika belajar tanpa praktikal.

Belajar sambil praktik ilmu pelaburan emas

Ramai yang dah belajar bagaimana nak mula melabur emas, tapi akhirnya tetap tak mula melabur!

Mengapa tak mula? Sebab ramai yang nak tunggu bila harga emas turun. Bila dah dapat info harga emas dah turun, masih nak tunggu harga emas turun lagi??!! 😄😄😄

Disebabkan harga emas meningkat sepanjang zaman berbanding mata wang Ringgit cara pelaburan emas yang betul ialah beli dan tunggu. Bukan tunggu dan lihat harga emas turun baru beli sebab tunggu itulah yang buat ramai pelabur menyesal!

Apabila harga emas tiba-tiba naik semula, barulah menyesal tepuk dahi 🤦‍♂️. Ibarat pepatah ‘Menyesal kemudian tidak berguna lagi’.

Cara melabur emas yang paling mudah dan selamat ialah dengan menggunakan kaedah “buy low sell high”.

Anda disarankan bermula dengan 1 gram dahulu pada hari ini sebab harga paling tinggi sebelum ini RM304/g telah turun kepada RM287/g.

Selepas beli segram barulah kita akan tahu harga selepas ini turun atau naik. Harga belian pertama itulah merupakan tanda aras kepada harga emas pada masa akan datang.

Jika nak tunggu harga emas turun, tiada siapa yang tahu masa yang tepat ketika wabak COVID-19 melanda dunia Mac lalu RM220/g dan pada hari 7 Ogos 2020 dah mencecah RM304/g (USD2,072/oz) berikutan kes letupan bahan kimia di Beirut, Lubnan yang mencetuskan kebimbangan global ancaman pengganas namun reda kembali apabila tiada unsur pengganas dikesan.

img-2

Hanya dalam tempoh 5 bulan sahaja sahabat boleh kaut untung kasar sebanyak RM84/g. Jika beli 100g masa tu dah dapat untung kasar RM8,400.00! 🤑🤑🤑

Oleh sebab itu, pakar kewangan seperti en. Azizi Ali menyarankan jika mahu kaut keuntungan besar, melaburlah dalam jumlah yang besar sekurang-kurangnya 100 gram!

Seterusnya? Apa yang berlaku sejak harga meningkat begitu tinggi?

Apabila Rusia mengumumkan vaksin COVID-19 telah ditemui dan boleh digunakan, harga emas tiba-tiba menjunam ke paras RM280/g namun selang sehari berikutnya harga emas meningkat semula akibat sentimen global dan bergerak mendatar sehingga hari ini sekitar RM287/g (USD1,944/oz).

img-3

Namun, jika anda baru nak mula, saya sarankan mulalah dengan kaedah paling mudah dan patuh syariah, saya sarankan untuk buka akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP).

Anda boleh lihat gambar di lampiran. Akaun GAP seperti akaun Maybank2u juga ada Classic site di link sebelah bawah kiri (belian secara manual namun proses kemaskini baki emas ambil masa 2-3 hari).

Akaun simpanan emas GAP ada pilihan New Site dan Classic Site

Manakala New Site di tengah-tengah gambar lebih mudah dan pantas. Belian emas menggunakan FPX secara automatik baki emas dalam akaun GAP sahabat akan dikemaskini.

Jika anda nak buka akaun GAP dan dapat ID Login sementara, boleh layari Cara Buka Akaun Simpanan Emas GAP. Di situ ada diberi panduan buka akaun GAP secara mudah.

Semoga bermanfaat.

.

1 thought on “Cara Mulakan Pelaburan Emas”

Leave a Comment