Cara Buka Akaun GAP (Gold Accumulation Program) Bagi Yang Tiada PG Code.

Anda nak buka akaun GAP (Gold Accumulation Program) atau akaun simpanan emas patuh syariah?

Nak beli emas akaun GAP Public Gold?

Anda cuba klik pada butang BUY NOW! di atas tapi anda tiada PG Code untuk Login ke web Public Gold?

Tiada PG code nak buka akaun GAP

Jangan bimbang, di sini saya tunjukkan anda cara nak buka akaun GAP dengan pantas. Minima pembelian emas ke dalam akaun GAP hanyalah sebanyak RM100 sahaja.

Langkah yang saya tunjukkan di bawah boleh diikuti dengan mudah sekiranya anda telah ada akaun bank dengan kemudahan perbankan internet kerana pembelian minima RM100 dilakukan menggunakan platform FPX.

Namun, sekiranya anda tiada akaun bank untuk melakukan transaksi FPX secara atas talian, anda boleh Hubungi saya melalui Whatsapp di sini (opens in a new window).

Untuk teruskan, sila ikuti langkah-langkah di bawah:-

Langkah 1:

Anda boleh terus mendaftar dengan menggunakan borang yang disediakan secara atas talian dengan mengikuti Panduan Cara Bermula di sini. Ada dua jenis pendaftaran akaun iaitu akaun Dewasa (18 tahun ke atas) dan akaun Junior (bawah 18 tahun).

Jika tidak pasti bagaimana nak daftar, anda boleh mendaftar menggunakan Borang Daftar Akaun Emas GAP dan isikan maklumat pada borang seperti paparan di bawah. Sila klik link samada daftar untuk Akaun Dewasa atau Akaun Junior.

*Nota penting: Ambil emas sendiri di Branch hanya untuk belian 50 gram atau 10 Dinar ke atas SAHAJA. Emas dengan berat kurang daripada itu hanya layak menggunakan khidmat pos berinsurans yang dinamakan Gold-In-Transit (GIT) di dalam sistem bagi mengelakkan kesesakan di Branch dan tarikh temujanji yang terlalu jauh ke hadapan.
Isi nama penuh sama seperti yang dicatat dalam Kad Pengenalan (BIN / BINTI ditaip penuh).
Isi no. IC tanpa sengkang (Contoh: 71234567890)
Isi nombor tanpa sengkang.
Isi alamat e-mel

Atau sekiranya anda masih lagi tidak faham cara nak mendaftar dan buka akaun emas, anda boleh Klik/tekan link Whatsapp ini untuk dapatkan akses akaun sementara anda. Atau anda boleh salin dan tampal perkara 1 hingga 5 di bawah ini ke dalam mesej whatsapp untuk hantar kepada saya Suhaimee di +60197475788.

Cara buka akaun GAP Public Gold di Whatsapp.

Salam En. Suhaimee. Saya ingin buka akaun simpanan emas GAP. Berikut ialah maklumat saya:

1) Nama penuh : pastikan BIN atau BINTI ditaip penuh

2) NRIC atau Kad Pengenalan :

3) No. telefon :

4) Emel :

5) Bandar terdekat :

Terima kasih.

Cara buka akaun GAP Public Gold dengan isi maklumat di Whatsapp.

Langkah 2:

Setelah diproses, anda akan dapat emel daripada Public Gold. Anda boleh terus login sementara menggunakan nombor kad pengenalan (IC) tanpa sengkang sebagai Username dan Password di web Public Gold.

Nota penting: Login sementara ini hanya sah dalam tempoh 24 jam sahaja. Selepas 24 jam, akaun sementara anda akan dibekukan dan tidak dibenarkan mendaftar semula. Oleh itu, sila rancang pembelian emas pertama anda agar tiada masalah teknikal berlaku semasa pembelian pertama nanti.

Selepas login, anda boleh terus klik MENU > HOME. Kemudian klik butang GAP BUY NOW.

BUY NOW akaun GAP Public Gold

Langkah 3:

Teruskan sehingga anda selesai buat pembayaran menggunakan platform FPX dan simpan snapshot akhir transaksi FPX untuk rujukan anda pada masa akan datang.

Selesai.


Untuk lebih mudah, sila download aplikasi PG GAP di link berikut dan anda boleh login menggunakan nombor IC tanpa sengkang sebagai Username dan Password yang telah anda reset (jika belum reset sila guna IC tanpa sengkang). Selepas selesai bayaran pertama barulah anda akan menerima PG code melalui emel nanti.

Selepas menerima PG code barulah login guna PG code dan password yang telah anda reset sebelum ini.

Untuk android:

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmapp.publicgold

Untuk IOS:

https://apps.apple.com/my/app/public-gold/id1591580964 (jika tidak boleh klik, sila copy dan paste link ke web browser anda)

Nota: PG Apps ini termasuk belian emas dalam akaun GAP untuk simpan di Public Gold, belian secara fizikal (outright purchase) dan simpan sendiri. Belian secara runcit perlu login ke website Public Gold.

PG code boleh juga dijana melalui belian minima RM100 (tak termasuk caj kurier) barangan runcit bukan emas melalui platform PGMall. Login menggunakan emel yang sama didaftar di PG Group dengan password yang sama.

Klik link untuk muat turun aplikasi PGMall:

👉 Android Google Play

👉 IOS Apple Store


Kelebihan buka akaun GAP

Terdapat beberapa kelebihan apabila anda membuka akaun GAP di www.PelaburanEmas.org dan saya Founder Master Dealer PG047646 Suhaimee Manaf sebagai Introducer Public Gold anda.

  • Akaun GAP ialah akaun simpanan emas PERCUMA seumur hidup dan tiada sebarang caj dikenakan.
  • Transaksi jual beli telah mendapat sijil patuh syariah oleh Panel Amanie Advisor sejak tahun 2017.
  • Anak-anak dari umur sehari hingga umur bawah 18 tahun boleh buka akaun bersama ibu / bapa / penjaga.
  • Jumlah gram direkodkan sehingga kepada 4 titik perpuluhan (kebiasaan akaun simpanan di bank hanya kepada 2 titik perpuluhan sahaja).
  • Anda akan dimasukkan ke dalam Private Group Telegram yang menghantar info terkini mengenai pelaburan emas dan harga turun dan naik agar boleh jual balik bila harga tinggi dan beli bila harga rendah.

Layari Akaun GAP (Gold Accumulation Program) untuk info penuh mengenai akaun GAP. Cuma langkah buka akaun GAP di sana telah dinaiktaraf kepada yang lebih mudah di sini sejak 16 Jun 2020.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Buka Akaun GAP (Gold Accumulation Program) Bagi Yang Tiada PG Code.”

Leave a Comment