Untung Melabur Emas Sebagai Pengedar Sah Public Gold

Anda mencari cara nak dapat untung melabur emas? Alang-alang beli dan simpan emas serta nak dapat untung melabur emas, simpanlah umpama peniaga kedai emas.

Namun, jika anda nak jadi peniaga sebuah kedai emas, anda perlu berdaftar dengan SSM, dapatkan lesen perniagaan membeli dan menjual emas, perlu sewa atau beli premis kedai, perlu modal tetap untuk membuka kedai emas yang sekurang-kurangnya melebihi RM1 juta! Manakala anda perlu juga menyediakan modal operasi untuk menggaji pekerja, pengawal keselamatan, insurans dan banyak lagi senarai yang tak dapat nak saya tulis di sini… RM berjuta-juta?

Anda tak perlu risau… sekarang dah ada kaedah paling mudah untuk anda menyimpan emas dan seterusnya melayakkan anda sebagai pengedar sah emas Public Gold. Sekiranya anda belum pernah mendengar jenama emas Public Gold, di sini saya terangkan serba sedikit mengenainya…

Syarikat Yang Sah Dan Sedang Berkembang
Tak perlu risau sebab saya dah kaji bahawa kedai emas Public Gold Marketing Sdn. Bhd. dengan nombor pendaftaran 930830-K di Suruhanjaya Syarikat Malaysia ialah satu-satunya syarikat pemasaran emas pelaburan yang sah di Malaysia dan sedang berkembang di Singapura dan Indonesia. Tiada disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia. Oleh yang demikian, jika anda sebagai pengedar sah Public Gold, anda berpeluang membina empayar bisnes emas anda di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia dengan jumlah penduduk yang melebihi 200 juta orang!

Bukan MLM atau Jualan Langsung
Jangan bimbang… Public Gold Marketing Sdn. Bhd. BUKAN syarikat MLM atau Jualan Langsung. Nombor pendaftaran syarikat Public Gold tidak dimulakan dengan kod AJL (Akta Jualan Langsung). Bank Negara Malaysia telah mengesahkan baZero hutang - Bukan mudah tapi tak mustahilhawa Public Gold Marketing Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat perniagaan emas fizikal yang tulen dan beribu pejabat di Technoplex, Zon Industri Bebas Cukai, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bimbingan percuma berkaitan hal teknikal dan pemasaran emas Public Gold.
Sebagai Pengedar sah Public Gold, anda akan diberi bimbingan oleh guru pelaburan emas tersohor di Malaysia iaitu Sifu Mohd. Zulkifli Shafie (Best-selling author Buku Zero Hutang – Bukan Mudah Tapi Tak Mustahil).

Anda akan ditambah ke dalam Kumpulan VIP PG Dealer Ustaz atau sifu Zulkifli Shafie. Terdapat banyak nasihat dan panduan yang amat berguna untuk pengedar-pengedar yang dibimbing oleh sifu Zulkifli Shafie. Lihatlah contoh di imej bawah ini…

Kumpulan rahsia PG VIP Dealers

Pengedar Tunggal Emas Tanpa Cukai GST
Public Gold telah bekerjasama dengan sebuah syarikat Turki yang ternama iaitu Nadir Metal Refinery Group dan telah dilantik sebagai pengedar tunggal emas LBMA (London Bullion Market Association) di Malaysia yang TIDAK dikenakan GST. Hanya emas jenama Public Gold ialah satu-satunya produk emas fizikal seperti jongkong emas 24K dan dinar emas 24K yang TIDAK dikenakan cukai GST di Malaysia. Maknanya keuntungan pelaburan emas Public Gold tiada tandingan di Malaysia kerana pelaburan emas jenama lain dikenakan cukai GST 6%. 

Buat duit dengan emas yang kabur.
Berhati-hati bila nak buat duit dengan skim pelaburan emas yang kabur.

Jika anda seorang yang teliti, kebanyakkan cara mendapatkan keuntungan melalui pelaburan emas seperti Zenith Gold International, Amethyst Gold Creation Sdn Bhd dan banyak lagi syarikat yang menjalankan aktiviti tidak berlesen selalunya tidak jelas, kabur dan menjanjikan keuntungan samada secara harian, mingguan atau bulanan dan untuk tempoh tertentu sahaja. Sebagai contoh emas Zenith menjanjikan keuntungan 0.5-2.0% secara harian untuk tempoh 400 hari. Sekali baca sahaja dah tahu itu riba’ namanya.

Anda dinasihatkan agar merujuk laman web Bank Negara Malaysia dahulu untuk mengetahui syarikat yang disenarai hitam sebelum anda memberi deposit anda kepada mana-mana individu ataupun syarikat yang boleh didapati di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_financialconsumeralert&lang=bm. Kemudian, anda klik di link “Senarai nama entiti dan laman sesawang” seperti di bawah:

Senarai entiti dan laman yang dipantau Bank Negara Malaysia.

Pihak Bank Negara Malaysia akan sentiasa mengemaskini senarai nama syarikat atau laman web yang menjalankan apa-apa aktiviti berkaitan pelaburan emas yang tidak sah. Pada ketika ini bisnes emas Powergold juga ada disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia.

Pengedar emas tak perlu tunggu susutnilai melebihi 15% harga beli untuk jual emas

Sebagai pengedar atau dealer emas Public Gold, keuntungan yang anda dapati bukan hanya keuntungan melalui perbezaan spread atau susutnilai harga emas sahaja, namun terdapat banyak lagi kelebihan yang disediakan. Sebagai pengedar sah emas Public Gold, anda boleh menjual emas pada harga PG Sell. Anda boleh mengeluarkan resit pembelian rasmi Public Gold.

Harga emas 1 gramSebagai contoh anda beli emas kaedah GAP sebanyak 2 gram pada hari ini RM170x2 = RM340. Anda keluarkan 1 gram goldbar dan tinggalkan baki 1 gram lagi dalam akaun GAP. Anda telefon cawangan Public Gold terdekat untuk sahkan stok dan bayar caj premium RM5. Seterusnya anda boleh jual kepada pelanggan anda dengan harga RM210 dengan mendapat keuntungan sebanyak RM35* untuk setiap 1 gram emas! (Nota*: Tertakluk kepada perubahan harga emas GAP dan harga cadangan jualan runcit di web Public Gold yang kebiasaannya melebihi 10% keuntungan).

Ada pelbagai jenis emas Public Gold dengan pelbagai tema seperti Hari Lahir, Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Mendapat Cahayamata dan berbagai lagi seperti gambar di bawah. Emas Public Gold senang beli dan senang dijual kerana permintaan yang tinggi dari pelbagai peringkat masyarakat. Emas Public Gold juga diterima untuk pajak Ar-Rahnu di Pejabat Pos tanpa buka seal.

pelbagai-jenis-dan-tema-emas-public-gold
Terdapat pelbagai jenis dan tema emas Public Gold.

Bagaimana anda layak sebagai pengedar sah emas Public Gold?
Amat mudah untuk melayakkan anda menjadi pengedar sah emas Public Gold dan TANPA YURAN! Jika anda dikenakan yuran untuk sertai pelaburan emas, anda sebenarnya dah rugi. Di Public Gold (BUKAN Public Bank ye.. hehe), anda beli emas, anda dah dikira sebagai ahli dan dapat nombor kod pelanggan (PG000XXXXX). Anda hanya perlu kekalkan minima 1 gram emas dalam akaun emas GAP dan membuat minima pembelian ATAU penjualan sebanyak 1 gram setiap enam bulan. Ini ialah kerana pada masa sekarang Public Gold kerap membuat tawaran dengan hanya pembelian emas sekitar 100g (kadang-kadang 80g pun ada…) dan diiklankan di laman web Public Gold.

Public Gold BUKAN di bawah Public Bank walaupun terletak bersebelahan. (Info: Public Gold Cawangan Sungai Petani)
Public Gold BUKAN di bawah Public Bank walaupun terletak bersebelahan. (Info gambar: Public Gold Cawangan Sungai Petani)

Sebagai contoh pada bulan April 2016, sesiapa yang beli hanya 100g emas GAP dah jadi Pengedar Sah Emas PG, jika beli 250g emas dah jadi Priority Dealer PG – anda layak berniaga emas secara online dan offline dan dapat untung melabur emas. Percuma 2H1M penginapan di Pulau Pinang dan lawatan ke Pusat Global Public Gold untuk 1 orang (100g GAP) atau 2 orang (250g GAP). Komisen 1% (Pengedar biasa) atau 1.5% (Priority Dealer) bagi setiap pembelian berikutnya oleh anda atau pelanggan anda. Ketahui lebih lanjut bagaimana anda boleh dapat keuntungan setiap bulan sebagai Pengedar Sah tanpa sebarang yuran!

Bantuan percuma staff Public Gold yang peramah
Sebagai Dealer Public Gold, sekiranya anda menghadapi masalah teknikal mengenai sebarang transaksi pembelian atau penjualan di Public Gold anda atau pelanggan-pelanggan yang anda kenalkan, anda hanya perlu Whatsapp sahaja mana-mana staff Public Gold di cawangan berdekatan anda. Saya dapati staff Public Gold sangat prihatin dan membantu mana-mana Dealer yang menghadapi apa jua masalah berkaitan Public Gold.

Sebenarnya banyak lagi yang saya nak tulis tentang untung melabur emas sebagai pengedar sah emas Public Gold ni… Macam dah panjang berjela dah… Insya Allah, saya akan kemaskini nanti.  Saya juga yakin anda tidak akan jumpa mana-mana syarikat yang menawarkan kemudahan pelaburan emas sepertimana Public Gold. Apa yang penting ialah anda tidak tercari-cari dan yang paling malang bila anda tersilap langkah dengan menyertai skim cepat kaya yang bertopeng pelaburan emas.

Anda boleh terus mengetahui bagaimana nak memulakan pelaburan emas Public Gold di Gold Accumulation Program (mula simpan emas di akaun GAP) dan Jual Beli Emas Fizikal (mula beli dan simpan sendiri stok emas).

Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas.

Leave a Comment

Promosi menabung emas Akaun GAP Public Gold berbaki 37 akaun sahaja!

This will close in 25 seconds