Simpan Emas Perak Atau Simpan Duit Kertas Sebagai Pelaburan Masa Depan?

Nak pilih simpan emas perak atau simpan duit kertas sebagai pelaburan masa depan?

Apa pilihan pelaburan kekayaan anda yang paling baik?

Jika anda pilih untuk simpan emas perak sebagai pelaburan masa depan, anda mungkin tertanya-tanya bolehkah emas dan perak yang anda simpan digunakan pada ketika duit kertas tiada nilai?

Sila tonton sedutan Signs Of The Times (Tanda-tanda Masa Akhir Zaman) yang sampaikan oleh Syeikh Imran Hosein. Beliau memberi sebab utama mengapa anda perlu simpan emas dan perak berbanding wang kertas atau duit kertas dalam sistem perbankan.

Di sini saya ada menyediakan transkrip percakapan Syeikh Imran Hosein sewaktu beliau mengadakan siri Signs Of The Times (Tanda-tanda Masa Akhir) di television Trinidad pada bulan Februari 2017.

Jadi soalan pertama datang dari Afrika Selatan dan ini ialah apa yang beliau tanya

Apa yang boleh kita buat dengan emas dan perak jika urusniaga tidak menerimanya

Jawapan: Sebab pertama mengapa anda beli dan kumpul emas dan perak adalah untuk melindungi duit anda.

Untuk melindungi kekayaan anda.

Kerana jika anda tiada kekayaan di luar daripada sistem perbankan, maka kekayaan atau duit anda akan “dipenjarakan” dalam sistem bank tersebut.

Oleh itu duit anda menjadi “tebusan” dan jika mereka ingin bekukan akaun anda, mereka boleh buat dan tiada apa yang anda boleh lakukan.

Jangan datang kepada saya, dan kata, Maulana.. Syeikh, lihat apa yang bank dah lakukan, apa yang saya patut buat?

[Syeikh gelak].. Saya tidak boleh tolong anda pada masa itu. Mereka (pihak bank) boleh bekukan akaun anda.. (Itulah sebab) nombor satu.

Mereka boleh ambil duit anda keluar dari akaun tanpa keizinan anda. Mereka boleh buat. Mereka dah bekukan banyak akaun (sebelum ini).

Jika anda nak melindungi diri anda daripada musibah kewangan tersebut, anda perlu kumpul emas dan perak, dan simpannya secara peribadi.

Untuk melindungi harta kekayaan anda. Itu cara yang pertama… okay.

Saya telah bermusafir dari Malaysia ke Trinidad, dan saya telah beli 100 dirham perak, saya letakkannya dalam beg.

Saya telah mengira, 1 dirham adalah mencukupi untuk keperluan makanan seluruh ahli keluarga saya dalam sehari.

Sekiranya pada satu hari sistem perbankan runtuh, duit kertas runtuh (tiada nilai), dan jika akaun bank saya dibekukan dan saya tiada duit…

Sekurang-kurangnya saya ada 100 Dirham untuk memenuhi keperluan makanan ahli keluarga untuk seratus hari.

Persoalan seterusnya…

Jika anda nak beli dan simpan emas atau perak di Malaysia ni, anda nak pilih emas atau perak jenama apa? Adakah patuh syariah? Adakah sah di sisi undang-undang?

Sebab terlalu banyak sangat scam dan manipulasi pelaburan emas di Malaysia sehingga Encik Muhamad Yusof Azmi dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengeluarkan kenyataan bahwa semua pelaburan emas di Malaysia menipu!

Jika anda meneliti kenyataan yang dibuat oleh saudara Yusof Azmi PPIM, memang wajar beliau memberi amaran disebabkan terlalu banyak rakyat Malaysia tertipu dengan skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas.

Saudara Yusof Azmi PPIM menunjukkan rasa kesal mengapa emas ada susutnilai dan bagaimana seorang yang beli 1 gram emas pada hari ini tak akan dapat untung dengan menjual kepada orang lain dengan susutnilai 20%?

Sebab itulah, ilmu mengenai emas pelaburan sangat penting dipelajari kerana ilmu emas yang berusia ribuan tahun ini telah lama disembunyikan semenjak selepas Perang Dunia Pertama lagi agar semua manusia keliru dengan emas, perak, dinar dan dirham tetapi yakin dengan matawang kertas seperti USD, EURO, Pound Sterling, MYR dan lain-lain.

Jika anda masih keliru mengenai pelaburan emas, dapatkan ebook percuma 5 Tips Mulakan Pelaburan Emas Patuh Syariah.

Perlu diingatkan bahawa tiada satu matawang yang mempunyai nilai yang tersendiri dan mampu bertahan walaupun beribu tahun melainkan emas dan perak. BUKAN duit kertas seperti USD, EURO, Pound Sterling walaupun pada ketika ini matawang-matawang kertas tersebut mendominasi seluruh dunia pada ketika ini.

Satu hari nanti, kesemua matawang kertas yang dicipta oleh manusia akan musnah dan tiada nilai. Manusia kembali menggunakan emas dan perak sebagai matawang seharian. Hanya masa yang akan menentukan.

Alhamdulillah… anda tak perlu risau sebab anda dah jumpa blog ini yang memberi tips pelaburan emas yang betul untuk anda mula beli dan simpan emas atau perak secara sah dan patuh syariah di Malaysia, SIngapura, Indonesia dan Brunei.

Sila layari Bandingkan Harga Emas Pelaburan Dengan Susutnilainya Sekali untuk info lanjut mengenai jenama, jenis, harga emas pelaburan yang sah, patuh syariah dan diiktiraf di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Jika anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas, anda boleh terus whatsapp saya di https://msuhaimee.wasap.my/ sebab saya perlu tunjukkan kepada anda cara yang betul dan menjimatkan sebelum anda membeli emas pelaburan.

Jika tersilap cara, kemungkinan anda akan terbeli emas pelaburan yang mahal dan sudah tentu anda akan rasa menyesal membeli emas pelaburan.

Sila hubungi saya terus melalui Whatsapp di https://msuhaimee.wasap.my/.

Sekian dan terima kasih.

2 thoughts on “Simpan Emas Perak Atau Simpan Duit Kertas Sebagai Pelaburan Masa Depan?”

  1. Terima kasih berkongsi. Saya beranggapan, kripto yang bersandarkan emas juga menipu. Sekarang ni, ada beberapa kripto yang bersandarkan emas, tapi sepertinya too good to be true.

    Reply

Leave a Comment

Promosi menabung emas Akaun GAP Public Gold berbaki 37 akaun sahaja!

This will close in 25 seconds