FAQs

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa FAQs (Frequently Asked Questions) / Persoalan hampir sama yang sering ditanya yang saya terima dalam inbox emel saya.

pertanyaanemasSaya pasti memang banyak persoalan yang berlegar di fikiran anda sebagaimana saya juga sebelum ini. Oleh itu, saya sarankan agar anda dapatkan maklumat berikut sebelum anda menghubungi saya.

SOALAN #1: BAGAIMANA SAYA BOLEH MULAKAN PELABURAN EMAS? / BERAPA MODAL NAK MELABUR EMAS?
Jawapan: Secara asasnya, terdapat 3 cara melabur emas:-

  1. Beli emas dan simpan sebagai aset.
  2. Beli emas, simpan dan jual bila harga tinggi.
  3. Beli emas sebagai stok untuk berniaga.

Untuk perkara (1) dan (2), anda boleh mulakan pada bila-bila masa dan boleh buat pilihan samada nak membu­at pelaburan emas secara berdikit-dikit dengan membeli dan menyimpan ­sekurang-kurangnya 1 gram emas atau dalam gandaan 1 gram untuk mematuhi garis syariah. Atau, anda boleh juga membeli emas secara banyak sekaligus seperti goldbar 24K (999.9) sebanyak 10g, 20g, 50g, 100g atau 250g bergantung kepada kemampuan kewangan anda. Apa yang penting ialah anda melakukan pembelian emas itu secara konsisten (istiqamah) sepertimana anda membuat potongan gaji untuk simpanan ASB atau Tabung Haji.  Anda boleh layari Program Pengumpulan Emas atau lebih dikenali sebagai Gold Accumulation Program (sila terus ke Langkah #1 di link tersebut) untuk mengetahui kaedah mudah buka akaun emas. Simpanan emas GAP adalah percuma.

Jika anda nak simpan sendiri emas, sila Daftar Percuma dahulu dan anda boleh Login akaun anda menggunakan nombor IC sebagai Username dan isikan password anda sendiri. Sila ikuti langkah di sini.

Namun, anda disaran untuk tidak menggunakan keseluruhan duit simpanan anda. Sila tinggalkan duit tunai sekurang-kurangnya untuk keperluan selama 3 bulan. Adalah dinasihatkan agar anda tidak menggunakan pinjaman bank untuk membeli emas melainkan anda berniat untuk berniaga.

Untuk perkara (3), anda boleh memulakannya dengan pembelian stok emas minima sebanyak RM30,000. Namun, nilai yang paling minima RM10,000 juga kadang-kadang boleh diterima semasa ada promosi. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tidak rugi beli emas banyak sebab semua yang kita bayar adalah emas kita punya. Boleh layari Kedai Emas Yang Menguntungkan dan Untung Melabur Emas Sebagai Pengedar Emas.


SOALAN #2: DI MANA SAYA BOLEH MELABUR DAN SIMPAN EMAS?
Jawapan: Setelah saya bandingkan pelbagai bank, syarikat dan kedai emas, saya dapati kedai emas Public Gold menawarkan kemudahan pelaburan emas yang terbaik. Anda boleh pilih samada nak simpan sendiri emas yang dibel­i atau disimpan di Public Gold secara pe­rcuma.

PERHATIAN: ANDA AKAN MENERIMA EMEL PROFORMA INVOICE SEBAIK SAHAJA TEMPAHAN DIBUAT. SILA SEMAK. JIKA ADA KESILAPAN SILA BATAL DAN REPLY DENGAN SEGERA. SILA PASTIKAN ANDA BUAT PEMBAYARAN TEMPAHAN EMAS DALAM TEMPOH 4 HARI. KEGAGALAN PEMBAYARAN DALAM TEMPOH TERSEBUT AKAN MENYEBABKAN NAMA ANDA DISENARAI HITAM.

  1. Lihat harga emas GAP hari ini di jadual Gold Accumulation Program (24K).
  2. Anda darabkan dgn bilangan gram emas yg anda nak beli. Belian cara ini lebih murah jika nak beli emas 1g/ 5g / setengah dinar.
  3. Anda boleh transfer jumlah RM ke no akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd di Maybank 557139238048 / Public Bank 3167520833. Jika nak keluarkn 1g perlu beli 2g dan baki ada 1g. Simpan gambar resit belian.
  4. Whatsapp gambar resit ke no. Whatsapp GAP PG di +60174866916 beserta maklumat berikut:-
    Nama penuh:
    NRIC:
    No. telefon:
    Emel:
    Jumlah bayaran: RM
    Tarikh bayaran: dd/mm/yyyy
    Masa bayaran: xx:xx
    No. Introducer: (Anda boleh letak PG047646 Suhaimee Manaf jika tiada Introducer).
    [Salinan RESIT / Snapshot AKHIR transaksi pemindahan].

Simpanan secara konsisten setiap bulan itu yang dinamakan pelaburan sepertimana pelaburan ASB. Bezanya ialah anda dapat lindungi sim­panan kekayaan anda dalam bentuk emas fizikal dan bukan ­duit kertas yang terikat dengan pasaran mataw­ang dunia.

Pakar kewangan sarankan minima 10% pendapatan tunai ditukar kepada emas. Namun jika tiada niat pelaburan maka tiada kesan keuntungan yang bakal anda dapat. Baki minima simpanan emas dalam akaun GAP ialah 1g dan sekiranya dikeluarkan kesemua baru dikira tak aktif. Sekiranya anda nak mula simpan semula, anda perlu bayar penalti RM80. Anda tak akan dikenakan apa-apa penalti selagi ada 1g emas dalam akaun.


SOALAN #3: ADAKAH EMAS GAP PATUH SYARIAH SEBAB EMAS DISIMPAN DI PUBLIC GOLD DAN TIADA DI TANGAN?
Jawapan: Di sini saya copy paste penjelasan Cik Hidayah Abdul Kadir (Bachelor Syariah IAIN, Jambi):

“Secara ringkasnya, pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan jika customer membeli emas seberat 10g bernilai RM1,600, maka selepas je pembeli membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat pembeli gunakan untuk menuntut emas tersebut.

Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas pembeli membayar, pembeli memperoleh emas tersebut.

Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas pembeli membuat pembayaran, pembeli menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan pembeli dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.

Jadi, dalam isu pembelian emas melalui kaedah GAP, tak ada masalah. Ianya patuh syariah kerana GAP statement tu ialah sebagai qabadh hukmi dan emas fizikal tersebut wujud serta boleh dikeluarkan bila2 masa yang kita nak”.

Sila tonton video syarahan Hukum Pelaburan dan Jual Beli Emas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik. Anda boleh terus ke minit 17:39 untuk qabadh hukmi pembelian emas dan minit 28:55 perbincangan beliau tentang manipulasi sistem pajak gadai Ar-Rahnu.

Ustaz Mohd Nazri Chik merupakan Setiausaha Majlis Pengawasan Syariah dan Penolong Pengurus Besar – Ketua Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad (Sila klik untuk lihat profil Ustaz Mohd Nazri Chik).


SOALAN #4: ADAKAH TERDAPAT RISIKO DALAM PELABURAN EMAS?
Jawapan: Setiap pelaburan ada risiko untung rugi.­ Sasaran keuntungan dalam pelaburan emas a­dalah jangka panjang. Simpanan emas seca­ra berdikit-dikit disarankan jika tiada ­niat untuk berniaga emas.


SOALAN #5: BAGAIMANA SAYA NAK MULA BERNIAGA EMAS / BERAPAKAH MODAL PELABURAN EMAS?
Jawapan: Di Kedai Emas Online Public Gold terdapat pelbagai tawaran yang boleh melayakkan anda berniaga emas. Pada masa tanpa tawaran dan promosi, apabila anda beli emas Public Gold sebanyak RM30K dalam satu resit, secara automatik anda layak menjadi Pengedar (Dealer) Kedai Emas Public Gold.

Namun, pada kebanyakan masa, Kedai Emas Public Gold membuat tawaran istimewa dengan hanya membeli emas sebanyak 100g (sekitar RM15K-16K) sahaja dalam satu resit dan anda layak berniaga sebagai Dealer. Dengan setiap pembelian emas berikutnya oleh anda atau pelanggan anda, anda akan mendapat komisen sebanyak 1%! Peratus komisen akan bertambah mengikut tahap Dealer seperti 1.5% (Priority Dealer) dan 2.0% (Master Dealer).

Jika anda ada modal dan berminat untuk ber­niaga emas dan dapat komisen untuk setiap pe­mbelian dan jual balik berikutnya serta dapat komisen daripada pembelian dan jual balik pelanggan anda, sila Hubungi Saya dan saya ­akan terangkan lebih lanjut kaedah untuk mendapat keuntungan maksima dalam pelaburan emas.


SOALAN #6: APAKAH MAKSUD PG SELL DAN PG BUY DI LAMAN HARGA EMAS SEMASA?
Jawapan: Jika anda lihat kepada Jadual Harga Emas Semasa Public Gold (PG), terdapat terma PG Sell (kiri) dan PG Buy (kanan) di atas jadual tersebut. Secara ringkasnya:-

PG Sell = Harga sebenar emas di pasaran g­lobal.
PG Buy = Susutnilai harga emas / nilai s­pread / harga jual balik ke PG.

PG Sell memang lebih tinggi dari PG Buy. Itu yang dinamakan kadar spread (susutnilai). Kadar spread berbeza ikut saiz emas. Contoh goldbar 1-10g = 9%; 20g = 8.0%; 50g = 7.5%; 100g = 7.0%; 250-1000g = 6.0%.

Kadar spread Public Gold.

 

Lebih berat lebih kecil spread, lebih banyak dan cepat untung. Harga emas ada masa naik mendadak. Masa itulah masa untuk jual balik. Bila? Bergantung kepada situasi ekonomi dan politik dunia, maka harga emas dunia akan naik mendadak. Sebagai contoh kesan Brexit, kesan kemenangan Donald Trump, kesan pengumuman badan kewangan dunia IMF dan lain-lain. Tiada siapa boleh tahu dengan tepat. Ketahui lebih lanjut dengan dapatkan Buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas di sini.


SOALAN #7: BAGAIMANA NAK JUAL BALIK EMAS ?

Anda boleh jual semula emas anda ikut kaedah simpan. Jika kaedah simpan dalam akaun GAP, anda boleh jual melalui akaun GAP dengan login Username dan Password anda. Jika anda simpan sendiri, anda boleh guna aplikasi Public Gold untuk lock harga jual dan submit ke PG. Anda boleh serah emas ke mana-mana cawangan PG terdekat dalam tempoh 48 jam hari bekerja. Duit tunai akan dibayar terus ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam hari bekerja.

Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas.­

Sharing is caring:

16 comments on “FAQs

  1. Assalamualaikum Tuan. Nama saya Mohd Nazri bin Shafie. Saya berminat untuk berniaga emas. Saya ingin membuat temu janji dengan Tuan untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Tuan Mohd Nazri bin Shafie. Jika Tuan berminat untuk berniaga emas, Tuan boleh emel terus kepada suhaimee@pelaburanemas.org. In sya Allah saya akan menjawab pertanyaan Tuan. Terima kasih.

  2. Assalamualaikom….
    Emas 24k tidak dikenakan GST….bagaimana pula dengan perak, adakah ada penjelasannya. harap maklom..

    • Wa’alaikumussalam en. Wahid. Sepertimana emas 999.9/24K LBMA, perak 999.9 LBMA juga tidak dikenakan GST. Harap maklum. Tk

  3. Salam..kalau katakan public gold jatuh bankrap, dan emas yg dibeli dari mreka bolehkah dijual kepada kedai emas biasa.. ada nilai lagikah krn bentuknya tidak seperti jewels..

    • Wksalam En. Muhammad Ali. Jongkong emas dan dinar emas LBMA 24K diterima di mana-mana kedai emas di seluruh dunia. Pada masa ini emas public gold diterima untuk dipajak tanpa buka seal di Pos Ar-Rahnu seluruh Malaysia.

  4. Assalam nak tny mula2 sy beli kemudian sy taja ank2 sy sebagai pembeli berikutnya adakah sy mendpt apa2 keuntungan dr pelaburan tersebut…brp harga pasaran 1gram emas sekrg sbb sy nak beli sebnyk 5gram brp jumlah rm yg perlu sy bank in

    • Wa’alaikumussalam Pn Rahimah. Untuk mendapat keuntungan menerusi pembelian puan dan mana2 pelanggan, puan perlu layak sebagai Dealer. Puan boleh rujuk posting saya di Jana Keuntungan Pelaburan Emas Setiap Bulan.

      Harga 1g emas GAP pada hari ini = RM185/g. Jika puan nak bankin 5g: 5x RM185 = RM925.

  5. apa beza dengan gold investment akaun

  6. Assalamualaikum,
    Saya berminat beli emas secara sedikit sedikit untuk aset sebagai persediaan inflasi.
    Saya lihat di Spot Gold page harga sekarang sekitar 164Rm/gram,tetapi di page public gold, harganya adalah 176RM/gram.

    1.Kenapa berlaku perbezaan diantara Public Gold price dan di Spot Gold?
    2.Normally berapakah different antara actual world gold price dan public gold price.

    Mohon pencerahan.
    Jaazakallahu Khairan Kasiran.

    • Wa’alaikumussalam En. Khairy,
      Harga Spot Gold ialah harga emas tanpa proses sebelum dibentuk dan dicetak. Perbezaan harga emas selepas proses yang sesuai untuk tujuan emas pelaburan adalah di bawah 10%. Jika tuan buat kiraan harga emas Public Gold (PG) – harga emas Spot bahagi dengan harga emas Spot = 7.3% merupakan perbezaan yang terendah di Malaysia berbanding jenama emas jongkong yang dijual di kedai emas lain. Biasanya harga emas PG memang tak lebih 10% beza dari harga emas spot. Barakallahufeek.

  7. Assalammualik wbt. Saudara Suhaimi, saya pak izad yg baru mencecah usia 55. Faham2 aje la. Ade lah sadikit bekalan tok sisa2 hidup ni dan agak berminat dlm pelaburan yg mungkin brupaya menjana sadikit pndptan dlm jual bli emas.Dudok di kampong n hanya kerja sambil2 d tanah ibunda.. Berkeluarga n sama jiga mmpyi 7 anak2 dan yg kecil d tingkatan 3. Yg saya kurang faham adelah dlm menjadi dealer emas PG. Tadi saya baca, kmu kata klu dah jadi dealer bolehlah dpt 1% & 2% selanjutnya. Kurang faham. InsyaAllah dlm nilaian 20k rasa2 boleh saya laburkan.. Cube bagi pandangan.Hubungi sye jeee kat fb atau telegram atau wasaap di 011 xxxxx485. Tima kasih n salam ukhwah buat kmu n famili

    • Wa’alaikumussalam wbt Pak Izad. Terima kasih atas pertanyaan pak izad. Saya dah edit no fon pak izad atas dasar privasi blog Pelaburanemas.org bimbang ‘preying eyes’ spammers. Mana2 pelaburan yg menjana pendapatan dipanggil pelaburan perniagaan dan peniaga perlu aktif menjalankan aktiviti perniagaan. Di blog ini saya hanya berkongsi info (1) bagaimana emas kalis inflasi dan duit kertas tidak. (2) apa jenis emas yang boleh dibeli untuk pelaburan/simpanan utk gantikan simpanan duit kertas seperti goldbar dan dinar dan bukan emas perhiasan. (3) jenama emas pelaburan yg tiada GST (setakat ini hanya emas 24K LBMA jenama Public Gold sahaja). (4) Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer sbb boleh dapat insentif 1% atas setiap pembelian berikutnya di PG samada emas/perak oleh Pak Izad atau sesiapa yg daftar melalui Pak Izad. Ada promosi Jan 2017 beli 50g emas GAP layak sbg Dealer PG. Cth hari ini Pak Izad beli 50g X RM186/g = RM9,300 dan esok dh dpt status Dealer ada kod PG. Lps sah dpt status Dealer, Pak Izad beli lagi 50g (anggap RM186/g kekal) atas nama Pak Izad atau daftar baru atas nama anak, maka Pak Izad akn dpt insentif 1% (RM93) pada 20hb Feb nanti. Nilai bawah RM100 akan masuk akaun GAP. Lebih RM100 akam masuk akaun bank Pak Izad. Harap Pak Izad dah faham. Nanti saya wasap Pak Izad juga ye 😉

  8. Assalamualaikum, Bolehkah suatu badan koperasi menjadi dealer. Apa syaratnya

    • Wa’alaikumusalam. Ya. Boleh. Hanya perlu daftar atas nama koperasi dan buat pembelian emas fizikal samada simpan dalam akaun GAP atau koperasi ambil emas dan simpan di koperasi. Sila emel maklumat koperasi, no. telefon kepada suhaimee@pelaburanemas.org. Pendaftaran perlu dilakukan secara manual oleh pihak Public Gold.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian