Pelaburan Emas Tips Mudah Melabur dan Menyimpan Emas

Nak buat pelaburan emas? Ada banyak persaingan produk emas di antara bank-bank dan syarikat-syarikat malah kedai-kedai menjual emas di Malaysia. Sampai pening nak pilih yang mana?

  1. Barang kemas? Atau
  2. Gold bar atau Jongkong Emas? Atau
  3. Syiling Dinar Emas? Atau
  4. Akaun simpanan emas?

Di sini saya nak bantu sahabat sekalian untuk mulakan pelaburan emas dengan betul mengikut kesesuaian. Dapatkan Cara Bermula Buka Akaun Pelaburan Emas yang sah dan patuh syariah.

Namun, sebelum pergi jauh dan sebab masih ramai yang keliru, lebih baik saya jelaskan apa makna pelaburan emas.

Apa makna Pelaburan Emas?

Sejak puluhan tahun, ramai antara kita yang tersalah faham dengan makna “Pelaburan Emas”. Sehinggakan bukan seorang atau dua orang yang terpedaya malah beribu-ribu orang pernah terkena dengan skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas.

Pelaburan emas bukanlah bermakna kita serahkan deposit kita kepada agen emas dan tunggu pulangan atau dividen tetap setiap minit atau jam atau hari atau minggu atau bulan sebab emas tidak boleh beranak dan tiada dividen!

Pelaburan emas yang sah ialah pelaburan yang tidak menjamin pendapatan tetap. Tiada sistem pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan setiap hari, minggu, bulan atau tahun kepada kita.

Jika ada syarikat pelaburan emas atau orang perseorangan yang memberi surat kontrak beli emas dan menawarkan pulangan yang tetap, pulangan lumayan tanpa memberi jongkong emas atau harga emas terlalu murah… jauhilah kerana bermungkinan besar kita boleh terjebak ke dalam “skim cepat kaya” bertopengkan emas.

Skim pelaburan bertopeng emas
Gambar hiasan: Skim pelaburan bertopeng emas

Berhati-hati Dengan Scammer Pelaburan Emas

Biasanya, scammer akan mengaburi mata mangsa menggunakan istilah pelaburan emas dengan menayangkan goldbar dan dinar sambil memakai jam tangan jenama mahal dan bawa kereta mewah. Psst.. baru-baru ini viral mereka tayang jet peribadi (walaupun bukan pasal emas).

Malangnya, sehingga ke hari ini, masih ada lagi kedengaran di sana-sini kes penipuan yang bertopengkan pelaburan emas dengan nilai kerugian mencecah sehingga berjuta-juta Ringgit! Berikut dikongsikan senarai 27 skim pelaburan tipu di Malaysia dan senarai ini semakin bertambah dari masa ke masa!

Ada berita dilapor oleh akhbar Kosmo pada 2 Februari 2023 yang berlaku di salah satu negeri di Pantai Timur menyebut seramai 1,500 orang kerugian sehingga RM100 juta akibat ditipu oleh skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas. (Sumber: Kosmo)

img-6

Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan terpedaya dengan janji manis pulangan 20% setiap bulan hanya melabur RM100 ribu sahaja! Modus operandi skim cepat kaya bertopengkan emas atau apa jua pelaburan ialah mangsa akan dibayar pada bulan pertama dan kedua sahaja. Masuk bulan ketiga dan seterusnya mulalah pemangsa menghilangkan diri dengan pejabat pun boleh kosong dalam sekelip mata!

img-7
Senarai skim cepat kaya (skim tipu) di Malaysia
(Sumber: FB Afyan M. Rawi, IFP)

Oleh itu, sekali lagi berhati-hatilah.

Hampir-hampir Terpedaya dengan Skim Cepat Kaya

Dulu pun, saya hampir-hampir terpedaya dan rugi besar akibat tidak belajar dahulu semasa nak melabur emas. Saya bersyukur kerana telah berjumpa dengan blog guru emas saya MohdZulkifli.com Penulis Buku Wang Emas En. Mohd Zulkifli Shafie.

Saya dah beberapa bulan mempelajari selok belok pelaburan emas daripada En. Mohd Zulkifli Shafie dan akhirnya faham bahawa menceburi bidang pelaburan emas tanpa ilmu emas yang betul, kita akan dapati kata-kata ini sebagai pesanan yang paling berharga! Apa dia?… Pesan beliau tentang pelaburan emas…


Mohd Zulkifli Shafie Public Gold

“Rugi dalam tangan tapi untung belum tentu!”

— Mohd Zulkifli Shafie

Suhaimee Manaf bersama penulis Buku Wang Emas Mohd Zulkifli Shafie

Saya dapati ramai masyarakat Malaysia menyangka dengan melabur emas boleh dapat dividen keuntungan setiap bulan.

Tetapi salah tanggap itu yang menyebabkan semakin ramai masyarakat Malaysia terpedaya dengan skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas. 

Sejak bertahun-tahun sehingga ke hari ini masih ramai yang terjebak menyertai skim cepat kaya bertopengkan emas dengan modus operandi yang pelbagai.

Oleh itu, saya bina laman PelaburanEmas.org ini semata-mata untuk membantu sahabat sekalian mendapat jawapan mengenai apa jua persoalan tentang pelaburan emas sebelum kita buat pelaburan.

Dapatkan Buku Wang Emas di sini.

Tips Pelaburan Emas

Dulu, saya juga seperti sahabat sekalian yang mahu melabur emas tetapi tidak tahu bagaimana dan di mana? Tapi saya bersyukur kerana saya tidak terjebak dalam mana-mana skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas.

Oleh itu, saya sediakan beberapa tips untuk kita buat perbandingan sebelum kita menceburi pelaburan emas. Kerana hanya sedikit kesilapan membuat keputusan, akan membuatkan kita menyesal tak sudah…

Di sini, sahabat-sahabat boleh dapatkan tips mudah untuk mulakan pelaburan emas.

Tip #1: Pastikan Beli Emas Dapat Emas

Goldbar dan dinar emas 999 di tangan.

Pastikan emas yang hendak dibeli itu wujud termasuklah dapat dikenalpasti sifat dan bentuknya. Semak ketulenannya sama ada 916 atau 999. Adakah emas yang dijual berbentuk barang kemas atau ada juga bentuk jongkong atau bentuk dinar (syiling) emas. Emas yang dinyatakan juga dapat diketahui lokasi untuk diambil atau kaedah penerimaannya serta pemilikannya secara sah.

img-11

 

 

 

Tip #2: Pastikan Kita Tidak Mendepositkan Duit Ke Dalam Akaun Persendirian

Ini yang paling bahaya! Pastikan kita tidak mendepositkan duit ke dalam akaun atas nama persendirian yag tidak dikenali (akaun keldai). Tiada akaun persendirian dibenarkan untuk menerima deposit untuk tujuan pelaburan. Jika kita dapat mesej atau dijemput masuk dalam Group Telegram labur RM1,000 dapat RM30,000, cepat-cepat report spam dan tinggalkan group segera!

Tip #3: Pastikan Semak Senarai Amaran BNM

Pastikan kaedah jual dan beli emas pelaburan boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada menggunakan laman web atau aplikasi. Semak nama syarikat atau web tidak termasuk dalam senarai amaran oleh Bank Negara Malaysia. Boleh didapati di sini.

Bank Negara Malaysia Consumer Alert Page Screenshot
img-13

Tip #4: Kadar Spread Yang Rendah

Pastikan kadar peratus selisihan harga beli dan jual (spread) emas pelaburan yang dibeli tak melebihi 10% agar emas tersebut boleh berbaloi dijadikan sebagai pelaburan (fokus pertambahan Ringgit) atau tabungan (fokus pertambahan gram) serta boleh dibeli dan jual seperti mana saham.

Tip #5: Emas Boleh Dijadikan Pelaburan Atau Tabungan

Tanya kepada penjual emas sama ada emas yang dibeli mudah dikeluarkan daripada akaun tabungan tanpa perlu syarat yang menyusahkan pelanggan. Nanti selepas tabungan telah mencapai jumlah gram yang dikehendaki. Berbaloi dijadikan sebagai pelaburan sekaligus sebagai tabungan jangka panjang.

Goldbar 1kg Public Gold 999.9 dalam pouch

Tip #6: Guna Strategi Beli dan Tunggu

Samada kita nak beli emas pelaburan secara fizikal berupa jongkong emas atau dinar emas, apa yang paling penting ialah kita perlu tahu bahawa keuntungan pelaburan emas adalah pada ketika menjual balik emas yang dibeli. Gunakan strategi BELI dan TUNGGU, bukan TUNGGU dan BELI.

Dalam hal ini, perkara paling utama ialah kita perlu tahu spread atau susutnilai dalam pelaburan emas.
Baca Lagi…

Tip #7: Guna Kaedah Belian Emas Patuh Syariah

Pada masa ini, terdapat kemudahan untuk mula melabur emas dengan bajet yang rendah yang dipanggil sebagai Shariah Easy Payment Purchase (SEPP).

Kita boleh lock harga emas dan memilih untuk mulakan deposit secara bulanan bermula 6 sehingga 10 bulan. Boleh dapatkan panduan SEPP pelaburan emas Public Gold di sini.

img-15
Platform akaun GAP web Public Gold

Tip #8: Simpanan atau Tabungan Emas Pelaburan dalam Akaun

Jika kita takut atau sehingga tak lena tidur jika simpan emas di rumah, Akaun Gold Accumulation Program (GAP) bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan emas dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini disokong 100% oleh emas fizikal tanpa yuran atau sebarang sewa peti simpanan di Public Gold.

Baca Lagi…

TUJUAN SAYA

Di sini saya sekali lagi nak beritahu tujuan saya ialah membantu sahabat sekalian bagaimana nak mulakan pelaburan emas dengan ilmu yang betul, menggunakan platform jual beli emas yang sah di sisi undang-undang mengikut kesesuaian bajet kita.

Ada 2 Cara Mulakan Tabungan dan Pelaburan Emas…

Sahabat boleh dapatkan panduan cara bermula dengan betul dan sah di Malaysia, Singapura dan Indonesia di Panduan Cara Bermula Menabung dan Melabur Emas. Emas sesuai untuk simpanan jangka masa panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas. 

Selepas beberapa minggu mengkaji, saya dapati emas Public Gold menawarkan beberapa kaedah belian emas. Antara yang paling mudah adalah dengan mengikut kesesuaian bajet dan keselesaan:

Cara 1: Bajet bawah RM1,500?

Saya dapati kaedah yang paling baik jika kita ada bajet kurang daripada RM1,500 adalah dengan memulakan tabungan emas dalam AKAUN EMAS GAP (Gold Accumulation Program).

Kita boleh mula serendah RM100. Tiada komitmen dan tiada yuran bulanan atau tahunan.  Bila cukup gram emas dalam akaun, kita boleh keluarkan emas fizikal sekecil 1 gram manakala paling besar jongkong emas seberat 1 kilogram (ketulenan 999.9). 

Tiada had tabungan dan kita boleh menabung berpuluh-puluh kilogram tanpa caj simpan! 

Layari Gold Accumulation Program (Program Pengumpulan Emas) di SINI.

Cara 2: Bajet lebih RM1,500?

Kalau kita ada bajet lebih RM1,500 dan berasa selamat nak simpan sendiri samada di rumah (dalam peti besi) atau dalam safe deposit box di bank, cara terbaik adalah dengan membeli melalui kaedah BAYARAN PENUH. Boleh mulakan item sekecil 1 dinar (4.25 gram, emas ketulenan 999.9)

Layari Cara Belian Emas Pelaburan Untuk Disimpan Sendiri di SINI.


MENGAPA KITA PERLU MENUKAR DUIT TUNAI KEPADA EMAS?

  • Pakar kewangan dunia menasihatkan agar menukar sekurang-kurangnya 10% daripada simpanan tunai kepada bentuk emas!

Tuan Azizi Ali mencadangkan minima 10% kekayaan disimpan dalam bentuk emas. Robert Kiyosaki pula mencadangkan minima 25% kekayaan disimpan dalam bentuk emas. Manakala Mike Maloney mencadangkan minima 50% kekayaan disimpan dalam bentuk emas! Dapat sesuatu? Kalau dah dapat boleh mulakan sekarang di sini.

Berapa banyak perlu simpan emas?
  • Purata Harga Sentiasa Meningkat
Sejarah kenaikan harga emas semakin meningkat

Sejarah kenaikan harga emas semakin meningkat dalam jangka masa panjang. Harga emas memang ada turun dan naik dalam jangka masa pendek. Ini seiring dengan kejatuhan nilai mata wang kertas kerana saban tahun dimakan inflasi. Jadi jika posisi kita sebagai penabung emas, kita tak perlu risau pasal turun naik harga emas sebab yang penting ialah pertambahan gram emas. Bila gram bertambah, kekayaan kita juga akan bertambah!

  • Purata kenaikan harga emas sekitar 20-25% dalam tempoh setahun!
  • Emas mempunyai nilai intrinsik sendiri.
  • 1 Dinar emas boleh beli 1 ekor kambing sejak ribuan tahun sehingga pada hari ini!
  • Aset Yang Mudah Dicairkan
  • Emas boleh ditukar kepada duit tunai pada bila-bila masa samada dengan menjual balik atau pajak Ar-Rahnu.
  • Sebagai Dana Kecemasan
  • Pakar kewangan mencadangkan setiap individu mempunyai dana kecemasan sekurang-kurangnya ENAM bulan.
  • Mudah Nak Beli Rumah
  • Sasaran untuk bayaran balik hutang rumah dengan lebih cepat. Boleh juga digunakan sebagai deposit pembelian rumah.
  • Elak Kebocoran wang simpanan.
  • Pendidikan Anak-Anak
  • Kos pendidikan menjadi semakin turun sehingga 50% apabila dikira dalam bentuk emas!
  • Sebagai Mas Kahwin
  • Kembalikan zaman kegemilangan Islam dengan menggunakan wang emas seperti dinar.
  • Tunai Ibadah Haji / Umrah
  • Sasaran simpanan 15 Dinar untuk mengerjakan Haji manakala 10 Dinar untuk mengerjakan Umrah.

Hanya 6% rakyat Malaysia mempunyai simpanan harta kekayaan (MOF, 2017). Baki 94% rakyat Malaysia tiada simpanan!

APA KATA PENYIMPAN DAN PELABUR EMAS?

Sehingga kini terdapat lebih 1 juta penyimpan dan pelabur emas yang telah mendapat manfaat hasil dari menukar duit tunai kepada emas!

Sebelum ni saya x tahu mcm mana nak labur duit yg saya ada, dgn adanya platform ni.. Saya rasa lebih selamat dan terjamin utk manfaatkan pelaburan yg betul2 patuh syariah dan secure.

Nasra, Petaling Jaya

Akhir tahun lepas sy join Alhamdulillah dpt guide dari cikgu jual masa harga rm300/g dpt buat bayar dp rumah mak sy. Syukur byk2 cikgu.

Afdzal, Johor Bahru

Alhamdulilah.. sejak tahu cara nak simpan emas ni, saya dah dapat ubat penyakit boros belanja dan dah mula ada simpanan emas. Jika tidak mmg takde simpanan harta langsung!

Abd Rasyid, Sungai Petani

BACA LAGI MANFAAT DAN KELEBIHAN EMAS DI SINI… 
Baca Lagi…

Bagaimana saya nak mulakan pelaburan emas? / Berapa modal nak melabur emas?

  1. Beli emas dan simpan sebagai aset.
  2. Beli emas, simpan dan jual bila harga tinggi.
  3. Beli emas untuk jadi ejen (dealer) emas.

Untuk perkara (1) dan (2), kita boleh mulakan pada bila-bila masa dan boleh buat pilihan samada nak membu­at pelaburan emas secara berdikit-dikit dengan membeli dan menyimpan ­sekurang-kurangnya RM100 atau 1 gram emas atau dalam gandaan 1 gram untuk mematuhi garis syariah.

Atau, kita boleh juga membeli emas secara banyak sekaligus seperti goldbar 24K (999.9) sebanyak 10g, 20g, 50g, 100g atau 250g bergantung kepada kemampuan kewangan kita. Apa yang penting ialah kita melakukan pembelian emas itu secara konsisten (istiqamah) sepertimana kita membuat potongan gaji untuk simpanan ASB atau Tabung Haji.

Sahabat sekalian boleh layari Program Pengumpulan Emas atau lebih dikenali sebagai Gold Accumulation Program (sila terus ke Langkah #1 di link tersebut) untuk mengetahui kaedah mudah buka akaun emas. Simpanan emas GAP adalah percuma.

Jika kita nak beli dan simpan sendiri emas, sila Daftar Percuma dahulu dan kita boleh Login akaun kita menggunakan nombor IC sebagai Username dan isikan password kita sendiri. Sila ikuti langkah di sini.

Namun, kita disaran untuk tidak menggunakan keseluruhan duit simpanan kita. Sila tinggalkan duit tunai sekurang-kurangnya untuk keperluan selama 3 bulan. Adalah dinasihatkan agar kita TIDAK menggunakan pinjaman bank untuk membeli emas melainkan kita berniat untuk berniaga.

Untuk perkara (3), kita boleh memulakannya dengan pembelian stok emas minima 200g. Namun, jumlah yang minima boleh diterima semasa ada promosi. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tidak rugi beli emas banyak sebab semua yang kita bayar adalah emas kita punya.

Baca lagi di sini…

Di mana saya boleh menabung dan melabur emas?

Setelah saya bandingkan pelbagai bank, syarikat dan kedai emas, saya dapati kedai emas Public Gold menawarkan kemudahan pelaburan emas yang terbaik. Kita boleh pilih samada nak simpan sendiri emas yang dibel­i atau disimpan di Public Gold secara pe­rcuma.

  • Jika kita nak simpan sendiri, boleh beli­ Gold bar / dinar emas 24K tanpa cukai GST / SST. Ca­j premium dikenakan untuk setiap jenis ema­s. Boleh daftar secara percuma untuk ketah­ui lebih lanjut dengan layari Pendaftaran Percuma. Seterusnya, kita boleh terus ikuti langkah demi langkah bermula dengan Langkah #1 di Jual Beli Emas.
  • Jika kita nak simpan secara percuma di k­edai emas Public Gold pun boleh. Sila la­yari Gold Accumulation Program. Modal minima untuk mula pelaburan emas ial­ah 1 gram. Untuk buka akaun emas GAP, kita boleh terus buat pemindahan (transfer) jumlah RM berdasarkan berat gram emas ke akaun bank Public Gold (Maybank / Public Bank) seperti yang saya tunjukkan di Gold Accumulation Program (GAP). Selepas akaun kita disahkan barulah kita akan dapat kod PG untuk login dan baru boleh terus buat pembelian menggunakan aplikasi akaun GAP.

Bagaimana nak jual balik emas?

Kita boleh jual semula emas kita mengikut jenis emas seperti berikut:-

Kaedah #1: Akaun simpanan GAP.

Kita boleh jual melalui akaun GAP dengan login Username dan Password kita. Jika kita simpan sendiri, kita boleh guna aplikasi Public Gold untuk lock harga jual dan submit ke PG. Kita boleh serah emas ke mana-mana cawangan PG terdekat dalam tempoh 48 jam hari bekerja. Duit tunai akan dibayar terus ke akaun bank kita dalam tempoh 48 jam hari bekerja.

Kaedah #2: Emas perhiasan seperti gelang, cincin, rantai emas 916.

Kita boleh jual semula emas perhiasan tanpa perlu surat emas. Hanya perlu daftar secara online sahaja dulu di Daftar Percuma dengan Password Sendiri di sini

Kemudian bawa emas perhiasan beserta salinan buku akaun bank kita ke kedai Public Gold terdekat. Boleh dapatkan alamat cawangan di Cawangan Public Gold. Kita boleh hubungi / whatsapp staff untuk tahu waktu operasi.

Timbang dan dapatkan harga.

Jika setuju dengan harga, PG akan bayar tunai di kaunter masa itu juga. Kemudian kita boleh gunakan ikut hajat kita. Atau kita boleh tukar duit tunai kepada emas pelaburan 24K Public Gold yang tidak dikenakan GST seperti yang terdapat di posting ini: Cara Jual Emas Perhiasan.
Baca Lagi…

Apabila Kemelesatan Ekonomi Berlaku… Apa Pilihan Yang Ada?

Sejak berlakunya wabak COVID-19 kemelesetan ekonomi negara di seluruh dunia mulai terasa. Harga barang semakin naik akibat tekanan inflasi akibat kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia bersandarkan kepada nilai US Dollar (Dolar Amerika).

Kekuatan nilai RM15K pada 10 tahun lalu, sudah tentu tidak sekuat sekarang. Jika kita ada lebihan simpanan tunai contoh duit KWSP, atau dapat bonus, tukarkan duit kepada harta kalis inflasi seperti emas dan perak sekarang!

Pelaburan Emas Pilihan A – Menabung dalam akaun emas patuh syariah

Sekarang sesiapa sahaja boleh simpan emas! Mula beli emas 24K serendah RM100 atau 1gram sahaja! Simpan emas tanpa yuran dan patuh syariah BILA-BILA ADA DUIT LEBIH. Boleh juga buka akaun anak-anak (bawah 18 tahun). Boleh keluarkan emas bila-bila masa! Beli dan simpan emas sekarang!

Beli dan Simpan Emas Pelaburan 24K GAP Secara Potongan Bulanan Serendah RM100

Jika nak beli 1 kilogram emas 999.9 pun boleh tak perlu risau nak simpan sendiri. Simpan 1 kg emas secara percuma tanpa yuran atau caj simpan.

Jika berminat boleh daftar percuma untuk dapat kod akaun. Seterusnya boleh buat pembelian secara FPX di sini.

Pelaburan Emas Pilihan B – Beli emas dan simpan sendiri

Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer dan dapat insentif 1.0% – 1.5% untuk setiap pembelian emas berikutnya.

Jika berminat terus layari Promosi Dealer Emas Sekarang!

Status Dealer Public Gold

Pelaburan Emas Pilihan C (Sertai Program Referral)

Zaman penuh mencabar, tak kira siapa kita. Pakar ekonomi menyarankan setiap individu perlu ada 2 atau 3 sumber pendapatan. 

Bina pendapatan pasif yang boleh diwarisi. Layari Program Referral di sini

Dapatkan e-Book 5 Minit Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas

Kita boleh download e-book 5 Minit Emas tips pelaburan emas jongkong, dinar, akaun simpanan, jual beli emas dan kaedah Ar-Rahnu yang mudah, patuh syariah dan sah di sisi undang-undang. Tekan gambar di bawah:

Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan
Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan.
Dapatkan Tips Pelaburan Emas Secara Percuma!

suhaimeemanafright

Klik di sini untuk belajar cara simpan emas

1 thought on “Pelaburan Emas Tips Mudah Melabur dan Menyimpan Emas”

Leave a Comment

Promosi menabung emas Akaun GAP Public Gold berbaki 37 akaun sahaja!

This will close in 25 seconds