Tukar Beli Emas Public Gold Atau Tukar Duit Tunai

Tukar Emas Anda

Anda nak tukar emas Public Gold atau jual balik emas dapatkan duit tunai? Memandangkan emas 24K jenama Public Gold dijamin harga jual balik tertinggi (80% kedai emas di Malaysia pun jual balik emas yang dibeli daripada pelanggan mereka kepada Public Gold) di Malaysia, di sini saya ingin memberikan beberapa tips agar anda dapat memanfaatkan ilmu pelaburan emas yang diberi.

Bagaimana nak tukar emas jenama lain kepada emas 24K Public Gold atau duit tunai?

Memang kebanyakan dari kita pernah beli dan simpan emas samada emas pelaburan seperti goldbar dan dinar jenama lain seperti Amethyst Powergold, Zenith, GCP, Sri Ayu atau emas perhiasan seperti emas Poh Kong, Habib Jewels. Tapi fakta yang kita tak ketahui ialah emas pelaburan atau perhiasan yang kita beli dan simpan itu kurang beri manfaat jangka panjang disebabkan kadar spread yang tinggi dan dikenakan GST sebanyak 6%. Sebagai contoh sekiranya kadar spread goldbar 1g bersamaan dengan 7% ditambah dengan GST 6%, maka total semua sekali yang perlu anda tanggung ialah sebanyak 13%! Manakala kadar spread emas perhiasan boleh mencecah sehingga 35%. Oleh itu, Public Gold ada menawarkan penukaran pelbagai jenama goldbar dan dinar kepada emas 24K Public Gold.

(PERHATIAN: TIGA Promosi Gold Exchange dan Dinar Exchange yang dinyatakan di bawah telah TAMAT. Hanya promosi KE-4 iaitu Upgrade Your Gold Now! sahaja yang masih ada).

  • [PROMOSI INI TELAH TAMAT] Untuk 1g goldbar jenama Bunga Mas dan Tai Fook Public Gold (bukan LBMA) boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM12/g sahaja (sila rujuk infografik 1 dibawah).
  • Manakala untuk 1g goldbar jenama lain (Amethyst Powergold, Zenith, GCP, Sri Ayu dan lain-lain) boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM15/g sahaja. Oleh itu, jika anda ada beli emas Powergold atau Amethyst 1g dan nak jual emas Powergold atau Amethyst anda, sila rujuk infografik 1 dibawah.
Tukar goldbar 1g Public Gold.
Infografik 1: Tukar goldbar 1g Public Gold – terhad kepada 3kg sahaja (Promosi telah TAMAT).
    • [PROMOSI INI TELAH TAMAT] Untuk goldbar jenama Bunga Mas dan Tai Fook Public Gold (bukan LBMA) 10g dan ke atas boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM60 sahaja (sila rujuk infografik 2 dibawah).
  • Manakala untuk goldbar jenama lain (Amethyst Powergold, Zenith, GCP, Sri Ayu dan lain-lain) 10g dan ke atas boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM80 sahaja. Oleh itu, jika anda ada beli emas Powergold atau Amethyst 10g dan nak jual emas Powergold atau Amethyst anda, sila rujuk infografik 2 dibawah).
Infografik 2: Tukar goldbar 10g Public Gold.
Infografik 2: Tukar goldbar 10g Public Gold (Promosi ini telah TAMAT).
  • [PROMOSI INI TELAH TAMAT] Untuk kategori dinar emas pula, Public Gold menawarkan tukar 1 dinar emas 916 jenama Public Gold kepada 1 dinar emas 999 (24K) LBMA dengan tambahan RM60 sahaja. Begitu juga dengan pelbagai jenama 1 dinar emas 999 (24K). Manakala tambahan hanya RM80 sahaja, anda dah boleh tukar 1 dinar emas 916 pelbagai jenama kepada 1 dinar emas 999 (24K) LBMA (sila rujuk Infografik 3 di bawah).
tukar-dinar-24k-lbma-public-gold
Infografik 3: Tukar 1 dinar 916 pelbagai jenama termasuk Public Gold atau 1 dinar 999 pelbagai jenama kepada 1 dinar 999 LBMA Public Gold.
  • [PROMOSI INI MASIH ADA] Untuk emas perhiasan apa-apa jenama boleh ditunaikan dan duit hasil jual balik emas boleh ditukarkan kepada goldbar atau dinar 24K apa-apa jenama emas dengan hanya satu lawatan ke mana-mana cawangan Public Gold sahaja. Anda tak perlu rasa takut atau bimbang… Public Gold seperti kedai emas biasa sahaja… Bila dah sampai, hanya beritahu.. “Hi staf Public Gold, saya nak jual goldbar atau gold coin samada emas 916 atau emas 999 atau emas perhiasan…” (sila rujuk infografik 4 di bawah).
Infografik 4: Jual emas 916, 999 atau emas perhiasan jenama lain dengan harga tinggi untuk tukar kepada emas GAP 24K LBMA Goldbar atau Dinar Public Gold.
Infografik 4: Jual emas perhiasan 916, emas pelaburan 999 atau emas perhiasan jenama lain dengan harga tinggi untuk tukar kepada emas GAP 24K LBMA. Anda boleh keluarkan Goldbar atau Dinar Public Gold setelah jumlah gram emas dalam akaun GAP mencukupi.

 

Anda boleh ikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan di bawah jika anda ingin tukar emas-emas pelaburan atau jual emas perhiasan untuk dapat duit tunai dan kemudian membeli emas Public Gold 24K LBMA yang tidak dikenakan GST…

Langkah #1: Anda hanya perlu daftar secara percuma dahulu di Pendaftaran Percuma.

Langkah #2: Pergi ke cawangan Public Gold yang terdekat seperti yang tertera di link Cawangan Public Gold di Malaysia untuk buat temujanji (Anda boleh guna aplikasi Whatsapp je ke talian Mobile staf Public Gold yang tertera di link tersebut).

Langkah #3: Bawa emas pelaburan atau perhiasan anda ke cawangan Public Gold yang telah anda hubungi tadi. Jangan lupa bawa IC ye. Pada masa ini kesemua cawangan Public Gold boleh beri duit tunai hasil jual balik emas jenama selain Public Gold.

Itu sahaja… sangat mudah dan cepat. Pada masa ini, kita tak perlu lagi ambil nombor giliran atau menunggu lama untuk berurusan di kedai emas Public Gold sebagaimana anda perlu ambil nombor giliran bila berurusan dengan mana-mana bank yang menawarkan produk emas pelaburan fizikal.

Semoga anda beroleh keuntungan dalam pelaburan emas.

Leave a Comment

Download E-Book 5 Minit Emas Bernilai RM99 Secara Percuma!


Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan
Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan yang amat PENTING elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas.

This will close in 0 seconds