Beza Zakat Emas Pelaburan VS Zakat Emas Perhiasan

Zakat emas pelaburan merupakan satu daripada dua kategori zakat emas. Kategori zakat emas yang kedua ialah zakat emas perhiasan atau zakat barang kemas. Terdapat perbezaan antara zakat emas pelaburan dan emas perhiasan.

Kewajipan Membayar Zakat Emas

Orang Islam wajib membayar zakat ke atas emas yang mereka miliki. Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud:

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

[At-Taubah (9): 34-35]

Rasulullah S.A.W telah pula telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. yang bermaksud:

Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya.

(Sahih Muslim)

Lihatlah betapa keras amaran yang telah diberitahu di dalam Kitab Al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad S.A.W.

Bagaimana perkiraannya?

Perkiraan Zakat Emas Pelaburan Atau Simpanan (Termasuklah Emas Perhiasan Yang Tidak Dipakai)

Emas yang disimpan adalah emas yang tidak dipakai, iaitu emas yang benar-benar menjadi simpanan dan tidak digunakan sebagai perhiasan walaupun fizikalnya sama seperti emas perhiasan termasuk barang kemas yang tidak dipakai kerana sudah rosak atau lama.

Emas kategori ini juga termasuk barang perhiasan yang dimiliki oleh lelaki sungguhpun pemakaiannya haram disisi syarak. Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5 peratus (%).

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

Tiada wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama.

(HR Abu Dawud)

Dalam kategori pertama ini ialah emas yang disimpan atau sebagai pelaburan. Ini termasuklah syiling, wafer, jongkong, perhiasan rumah, akaun simpanan emas patuh syariah (ada emas fizikalnya). Dalam kata lain, sebarang bentuk emas fizikal samada disimpan sendiri atau disimpan dalam akaun kecuali yang digunakan sebagai barangan kemas. 

Kadar nisab emas kategori simpanan atau pelaburan di sini ialah 85 gram. Ini bermaksud, anda hanya perlu membayar zakat sekiranya berat keseluruhan emas adalah melebihi angka ini. 

Perkiraannya adalah seperti berikut: 

Berat emas x harga semasa pada hari itu x 2.5%

Sekiranya berat emas anda ialah 90 gram dan harga semasa ialah RM270 setiap gram, maka; 

90 grams x RM270 = RM24,300 x 2.5% = RM607.50.

Zakat anda adalah RM607.50. 

Anda boleh membayar zakat ini di mana-mana pusat pungutan zakat di negara ini. Sila layari laman web Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan untuk mengira zakat emas pelaburan atau simpanan anda.

Perkiraan Zakat Emas Perhiasan

Hukum asal sebarang bentuk pemakaian emas hiasan atau barang kemas tidak diwajibkan zakat. Dengan dijadikan emas sebagai barang perhiasan dan kegunaan peribadi, emas berkenaan tidak lagi bersifat subur dan berkembang.

Namun barang perhiasan tetap diwajibkan zakat sekiranya pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa (uruf) dipakai. Apa yang berlebihan dengan adat dan kebiasaan adalah dilarang atau tidak digalakkan oleh syariah. 

Barangan kemas adalah emas yang dipakai oleh wanita. (Adalah haram bagi lelaki Islam memakai emas di badan mereka.) Ini termasuk cincin, rantai, loket, gelang tangan, subang, dan sebagainya. Dan untuk menjadikan perkara ini jelas, anda masih perlu membayar zakat walaupun isteri dan anak perempuan tidak menggunakan barangan kemas itu dan hanya membiarkannya berada di dalam laci! 

Nilai uruf emas perhiasan di Malaysia adalah berlainan mengikut negeri. Jika di negeri Selangor dan di Wilayah Persekutuan nilai uruf ialah 800 gram. Jika anda berada di negeri yang lain, anda boleh Google zakat emas hiasan bagi negeri masing-masing kerana nilai uruf berlainan mengikut negeri.

Nilai uruf 800 gram bermaksud, anda hanya membayar zakat emas hiasan sekiranya berat keseluruhan barangan kemas melebihi berat 800 gram. Tidak ada zakat perlu dikeluarkan sekiranya berat emas perhiasan anda berada di bawah 800 gram itu. Seterusnya, zakat hanya perlu dibayar sekiranya anda memiliki emas itu untuk tempoh satu tahun hijrah.

Formulanya adalah seperti berikut: = Berat emas dipakai (jika melebihi nilai uruf) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat

Sebagai contoh, sekiranya berat barangan kemas anda ialah 900 gram dan harga semasa ialah RM230 setiap gram, anda kemudian memasukkan angka-angka ini ke dalam formula: 

900 gram x RM230 = RM45,000 x 2.5% = RM5,175.

Maka zakat emas hiasan anda ialah RM5,175. 

Kadar Uruf Zakat Emas Perhiasan Mengikut Negeri

  1. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan W.P. Putrajaya: 800 gram. Sila layari laman web Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan untuk mengira zakat emas hiasan anda.
  2. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Perlis: Majlis Agama Islam Negeri Perlis (MAIPS) menetapkan tiada had uruf antara emas simpanan atau emas perhiasan iaitu menggunakan kadar nisab emas yang sama 85 gram. Boleh rujuk laman web MAIPS di sini.
  3. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Kedah: Lembaga Zakat Kedah menetapkan kadar uruf zakat emas perhiasan ialah melebihi 85 gram. Boleh rujuk laman web LZK di sini.
  4. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Pulau Pinang: Zakat Pulau Pinang menetapkan kadar uruf zakat emas perhiasan ialah 165 gram. Sila rujuk laman web Zakat Pulau Pinang di sini.
  5. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Perak: Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak menetapkan kadar uruf zakat emas perhiasan ialah 500 gram. Sila rujuk laman web MAIAMP di sini.
  6. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Selangor: 800 gram. Zakat Selangor.
  7. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Negeri Sembilan: 200 gram. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
  8. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Melaka: 180 gram. Zakat Melaka.
  9. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Pahang: 500 gram. Pusat Kutipan Zakat Pahang.
  10. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Terengganu: 850 gram: Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu.
  11. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Kelantan: 85 gram. Pusat Pungutan Zakat Kelantan.
  12. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Sabah: 152 gram. Zakat Sabah.
  13. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Sarawak: 90 gram. Majlis Islam Sarawak.

Perkiraan Zakat Emas Dalam Akaun Emas (Passbook) Tanpa Fizikal Emas / Akaun Emas Maya

Emas pelaburan passbook atau akaun simpanan emas maya tidak patuh syarak sekiranya tiada pegangan emas fizikal. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sahaja sekiranya jumlahnya melebihi nilai nisab tahunan. Ia dikira mengikut formula Zakat Wang Simpanan.

Sila layari laman web Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan untuk mengira zakat emas simpanan bagi akaun emas yang tak patuh syariah.

Tip Mudah Ingat Tarikh Cukup Haul Nisab Zakat Emas

Jika anda menghadapi masalah untuk ingat tarikh cukup haul nisab zakat emas anda, tip paling mudah ialah cukupkan nisab pertama 85 gram (bagi emas simpanan) pada tarikh-tarikh penting dalam kalendah Hijrah.

Sebagai contoh, genapkan berat 85 gram akaun emas simpanan Gold Accumulation Program (GAP) di Public Gold pada 17 Ramadhan iaitu hari Nuzul Al-Quran. Oleh itu mudah bagi anda untuk ingat tarikh bayaran zakat dengan lebih tepat memandangkan pada bulan inilah semua orang Islam perlu membayar zakat fitrah.

Insya Allah semoga dimudahkan urusan umat Islam untuk mengumpul kekayaan dalam bentuk emas untuk mentaati perintah Allah S.W.T agar dapat mengeluarkan zakat yang kerap disebut bersekali dengan perintah paling utama iaitu Solat.

Jika anda ingin buka akaun simpanan emas patuh syariah, sila layari Gold Accumulation Program di sini.

Kira Zakat Emas Simpanan

Anda nak kira zakat emas simpanan anda? Jika anda membuat pelaburan emas dan menyimpan sebanyak 85 gram atau lebih emas dalam bentuk goldbar atau dinar dan tetap dalam simpanan dalam tempoh satu tahun (12 bulan berturut-turut), maka diwajibkan atas anda untuk membayar zakat emas.

Sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassallam (S.A.W) yang bermaksud :

Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%). Maka sekiranya lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya. (Riwayat Abu Daud)

Oleh itu nilai minima simpanan berat emas 85 gram itu dipanggil nilai uruf. Nilai uruf untuk zakat simpanan jongkong emas / goldbar / dinar ialah 85 gram. Manakala nilai uruf bagi emas perhiasan tidak sama mengikut negeri yang anda diami.

Manakala hadith di atas merujuk kepada tahun Hijriah yang mengandungi kurang sepuluh atau sebelas hari daripada bilangan 365 hari dalam tahun Masihi. Oleh itu, jika anda pilih untuk bayar zakat emas ikut tahun Masihi, kadar zakat yang dikenakan bersamaan dengan 2.58% dan bukan hanya 2.5%.

Alhamdulillah dan syabas diucapkan kerana anda menegakkan Rukun Islam yang ke-5 iaitu Mengeluarkan Zakat. Pada hari ini, sangat mudah untuk anda mengira sendiri kadar zakat emas yang anda perlu keluarkan dan membuat pembayaran kepada Amil-Amil Bertauliah secara bersemuka atau terus melalui atas talian ke Pusat-pusat Pungutan Zakat di seluruh negara.

Kira zakat emas anda semudah 1-2-3! Sila ikuti langkah berikut:-
Langkah #1:

Sila layari untuk kira zakat emas simpanan di https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/zakat-emas

Langkah #2:

Sila isi jumlah gram emas simpanan dan emas perhiasan yang anda ada secara sekaligus pun boleh…

Kira zakat emas simpanan dan perhiasan anda

Di laman web zakat2u.com.my di atas, anda boleh pilih Tahun Haul 2016 atau tahun-tahun sebelumnya sekiranya anda terlupa untuk mengeluarkan zakat emas sebelum ini.  Harga emas segram telah ditetapkan pada kadar RM145.12 pada 2016 dan akan berubah mengikut Tahun Haul. Sila isi jumlah berat emas dalam gram di ruangan Berat (gram). Kemudian sila pilih Jenis samada Pakai atau Simpan.

Nilai Uruf untuk emas perhiasan ialah 150 gram dan emas simpanan ialah 85 gram.  Jumlah Keseluruhan. Contoh pengiraan zakat emas di atas, sebanyak 1,000 gram berat emas simpanan telah dimasukkan manakala tiada berat emas perhiasan dimasukkan. Secara automatik, kiraan nilai jumlah zakat emas dalam Ringgit Malaysia (RM) yang perlu dikeluarkan untuk setahun dan sebulan dinyatakan.

Langkah #3:

Buatlah bayaran dengan klik butang ‘Bayar’ dan anda boleh pilih untuk membuat bayaran secara ansuran bulanan mengikut Jumlah Zakat Setahun atau Jumlah Zakat Sebulan yang dinyatakan.

Pilihan bayaran zakat emas

Bila anda klik ‘Bayar’, paparan niat membayar zakat seperti berikut akan dipaparkan…

Niat bayar zakat emas

Berniatlah “Inilah wang RM……. sebagai menunaikan Zakat Emas yang wajib ke atas diri saya kerana Allah Taala.”

Klik dipetak ‘Saya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut.’ Seterusnya klik FPX jika anda memilih untuk bayar secara tunai melalui kaunter bayaran zakat di bank pilihan anda seperti CIMB, Maybank, Bank Islam, Public Bank, RHB Bank, Bank Rakyat, Affin Bank dan lain-lain. Atau klik butang ‘Kad Kredit/Debit jika anda mempunyai kad kredit Visa atau Mastercard Islamik.

Pilihan bank bayar zakat emas

Kad kredit Islamik bayar zakat emas

Semoga Allah mudahkan urusan  pembayaran zakat emas anda dan menerimanya sebagai salah satu amal soleh yang diterima-Nya. Amin.

Sila layari Pelaburanemas.org untuk tips mudah pelaburan emas.

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian