Pelaburan Emas Sebagai Dana Persaraan Bagi Penjawat Awam

Wajarkah pelaburan emas dijadikan sebagai dana persaraan bagi penjawat awam seterusnya capai matlamat kebebasan kewangan? Bolehkah emas dijadikan alat untuk menyimpan kekayaan? Bila ditanya kepada penjawat awam…

“Apa nak risau? Saya kan dah pilih untuk menerima pencen kerajaan…”

Anonymous (Penjawat awam)
Pelaburan Emas - Dana persaraan perlu dikumpul seawal terima gaji.
Dana persaraan perlu dikumpul seawal terima gaji.

Oleh yang demikian, memang tak dapat dinafikan, penjawat awam memiliki kelebihan berbanding pekerja swasta. Ini adalah kerana penjawat awam mempunyai skim pencen apabila mencapai usia persaraan. Rata-rata penjawat awam memilih untuk bersara pada usia 60 tahun. Ada juga yang memilih usia pencen 55 tahun. Tapi tak seramai 60 tahun.

Tempoh Melabur Emas Sesuai Dengan Tempoh Pencen

Jika seseorang penjawat awam mula berkhidmat pada usia 25 tahun, dan pencen pada usia 60 tahun, bermakna tempoh perkhidmatan mencecah hingga 35 tahun!

Seterusnya, pencen yang diterima selepas usia persaraan boleh dikira anggaran kasar jumlah duit pencen dan ganjaran menggunakan kalkulator Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang disediakan di laman web di Pengiraan Anggaran Pencen.

Kebiasaannya penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 30 tahun boleh merasai ganjaran persaraan mencecah enam angka! Ya! Ratus ribu.

Jadi… apa nak risau kan? Kenapa nak melabur emas pula untuk dana persaraan?

Disebabkan percaya dengan skim pencen dan rasa selesa inilah kebanyakan penjawat awam tidak mempunyai tabungan yang sepatutnya mencukupi semasa pencen nanti. Malah ada yang terpaksa mencari kerja untuk menyara hidup walaupun dalam keadaan tubuh badan dan kesihatan yang semakin uzur.

Oleh itu, pelaburan untuk dana persaraan adalah keputusan yang penting dalam merancang masa depan kewangan sebagai penjawat awam. Di antara pelbagai pilihan, pelaburan dalam emas telah muncul sebagai pilihan yang menarik, terutama bagi penjawat awam. Di sini kita akan meneroka manfaat pelaburan dalam emas sebagai dana persaraan untuk golongan penjawat awam.

1. Melabur Emas Perlindungan Terhadap Ketidakstabilan Pasaran

Pertama-tama, emas dikenal pasti sebagai aset yang mantap dan mampu melindungi nilai harta dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil. Ketika pasaran saham dan mata wang mengalami fluktuasi, emas cenderung mengekalkan nilai intrinsiknya. Ini memberikan perlindungan tambahan terhadap risiko pasaran yang mungkin mempengaruhi pelaburan tradisional.

2. Pelaburan Emas Penambah Kepelbagaian Pelaburan

Dengan kata lain, memiliki pelbagai pelaburan adalah kunci untuk mengurangkan risiko. Pelaburan dalam emas memberikan penjawat awam peluang untuk memperluaskan portfolio mereka di luar aset konvensional seperti saham dan bon. Dengan menyertakan emas dalam portfolio, penjawat awam dapat meningkatkan ketahanan mereka terhadap perubahan ekonomi global.

3. Kestabilan Nilai Semasa dan Masa Depan

Berdasarkan sejarah, emas telah menunjukkan kecenderungan untuk mengekalkan nilai beliannya sepanjang masa. Ini bermakna, walaupun terdapat fluktuasi harga, emas cenderung meningkat seiring dengan inflasi. Untuk penjawat awam yang mencari pelaburan jangka panjang, melabur emas mungkin menjadi pilihan yang bijak untuk mengekalkan daya beli dana persaraan mereka.

4. Keupayaan untuk Mengatasi Krisis Kewangan

Emas sering dianggap sebagai perlindungan semasa krisis kewangan. Sebagai contoh, semasa kemelesetan ekonomi atau kejatuhan pasaran, harga emas cenderung meningkat kerana pelabur mencari aset yang lebih selamat. Ini membuat emas menjadi pilihan yang berpotensi menguntungkan bagi penjawat awam yang ingin menjaga dana persaraan mereka semasa keadaan ekonomi tidak menentu.

5. Kedudukan Emas sebagai “Nilai Sebenar”

Emas sering dianggap sebagai “nilai sebenar” atau aset yang mempunyai nilai intrinsik. Berbanding dengan beberapa bentuk pelaburan yang mungkin bergantung pada faktor-faktor luaran seperti prestasi syarikat, harga emas cenderung dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan kestabilan global. Ini menjadikan emas lebih bersifat tanggungjawab dan kurang terdedah kepada manipulasi pasaran.

Risiko Pelaburan Emas Versus Duit Pencen Penjawat Awam

Sebenarnya, kedua-dua pelaburan emas dan duit pencen sebagai dana persaraan penjawat awam ada risikonya. Cuma perbandingan risiko di antara kedua-duanya ada perbezaan yang agak ketara.

  • Risiko No. 1 – Walaupun duit dan ganjaran pencen penjawat awam boleh mencecah hingga enam angka bila mencecah usia bersara… harta tersebut hanyalah dalam bentuk duit kertas yang dimakan inflasi dari tahun ke tahun! Kekuatan nilainya tidak sama untuk tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.
  • Risiko No. 2 – Dasar pencen kerajaan berkemungkinan akan berubah pada masa akan datang apabila ekonomi negara tidak stabil.
  • Risiko No. 3 – Pesara kerajaan merupakan golongan yang paling ramai menjadi mangsa “scammer” yang bijak memerangkap dan memperdaya dengan pelbagai helah agar pesara kerajaan melabur dalam skim cepat kaya (yang sebenarnya skim cepat lingkup!)

Mengapa boleh jadi sampai begitu? Okay baiklah…

Contoh Inflasi Penyebab Krisis Matawang

Melabur Emas - Krisis matawang Greece

Sebagai contoh, Negara Greece telah mengalami krisis matawang dan kemerosotan ekonomi sehingga memaksa kerajaan mereka melaksanakan dasar penjimatan negara yang menyebabkan:

  • Peningkatan nilai hartanah dan kadar cukai yang tinggi
  • Pengeluaran wang dari bank dikawal ketat
  • Penetapan had pengeluaran duit sebulan bagi pekerja awam
  • Pemotongan elaun dan pemansuhan bonus bagi pekerja awam

Oleh itu, jatuhnya ekonomi negara Greece adalah kerana sistem pentadbiran yang tidak efisien, salah urus tadbir negara dan tipu angka ekonomi di dalam laporan kewangan.

Selain itu, isu yang lebih menyedihkan bila nilai matawang Greece jatuh. Golongan pesara di Greece terpaksa kembali bekerja kerana kerajaan Greece telah menghadkan pengeluaran wang persaraan mereka setiap bulan.

Disinilah pentingnya kita mempelbagaikan simpanan harta dan aset kita dan tidak hanya bergantung pada wang fiat semata-mata. Wang fiat hakikatnya tidak bernilai. Nilainya ditentukan oleh jaminan kerajaan dan kuasa ekonomi ketika itu. 

Emas pula nilainya berdiri dengan sendiri. Tidak kira ekonomi dan negara mana kita berada, emas akan kekal relevan dan bernilai. Sekiranya kita secara berdikit menukar duit kekayaan kepada bentuk pelaburan emas, keadaan mungkin akan menjadi berbeza bukan?

Sebagai contoh, pasangan suami isteri berkahwn pada usia 25 tahun.

Suami daftar akaun emas GAP, menabung 1 gram sebulan.

Isteri daftar akaun emas GAP, menabung 1 gram sebulan.

Hidup susah senang bersama hingga capai 60 tahun usia bersara. Suami ada minima 420 gram emas + isteri ada minima 420 gram emas = 840 gram

Sebulan sekali jual 5 gram, cukup keperluan sepasang suami isteri selama 14 tahun.

Jangka hayat anggaran rakyat Malaysia = 72 – 75 tahun. Ngam kan? 

Akhirnya, jika cinta hingga ke Jannah, usahakan bina dana persaraan seawal perkahwinan. Bajet kecil menabung CARA KECIL. Layari Akaun Tabungan Emas Bajet Kecil Serendah RM100 di sini.

Ringkasan Wajarkah Pelaburan Emas Dijadikan Dana Persaraan?

Dalam menilai pelaburan untuk dana persaraan, penjawat awam perlu mempertimbangkan pelbagai faktor. Pelaburan dalam emas menawarkan kestabilan, perlindungan terhadap ketidakstabilan pasaran, dan peluang pertumbuhan jangka panjang. Dengan menyertakan emas dalam portfolio pelaburan mereka, penjawat awam dapat meningkatkan peluang mereka untuk mencapai matlamat kewangan mereka semasa bersara.

Dengan kepelbagaian, ketahanan terhadap inflasi, dan perlindungan semasa krisis, emas menonjol sebagai pilihan pelaburan yang bijak bagi penjawat awam yang ingin memastikan masa depan kewangan mereka yang selesa dan selamat.

Oleh itu, kesimpulannya adalah sangat wajar penjawat awam memilih untuk jadikan emas sebagai pelaburan jangka panjang sebagai dana persaraan nanti.

Jika anda nak mulakan tabungan emas pelaburan minima 1 gram (sekitar RM300) setiap bulan, Layari Panduan Pelaburan Emas di sini.

Berita Baik! Harga Emas Turun Mendadak Pada 28/9/2023

BERITA BAIK! HARGA EMAS TURUN MENDADAK!

Harga emas turun dari rekod tertinggi minggu lepas RM320/gram pada 21 September 2023 ke RM310/gram hari ini.

Rekod harga emas terendah sepanjang bulan ini!

Jika Tuan Puan masih belum mulakan tabungan emas, jangan tunggu lama-lama, terus mulakan sekarang!

Pakar-pakar kewangan menasihati agar semua orang ada antara 10% hingga 50% kekayaan aset dalam bentuk emas.

Tapi kalau Tuan Puan risau lari bajet, mulakan sahaja dengan RM100. Apa yang penting ikut strategi simpan dulu belanja kemudian.

Waktu terbaik untuk tambah tabungan emas adalah selepas terima gaji.

Supaya kita dapat selamatkan duit gaji kita dari dibelanjakan entah ke mana.

Tiada guna harga emas turun hingga RM100/gram sekalipun tapi duit gaji kita yang habiskan entah ke mana?

Tuan Puan nak tahu bagaimana emas boleh bantu kukuhkan kewangan? Anda boleh baca testimoni ramai penyimpan emas di SINI.

Kalau Tuan Puan nak mulakan tabungan emas, dapatkan panduan Cara Bermula di SINI.

Selamat menabung!

Kalau anda dah ada PG Code, boleh rujuk Tutorial Kemudahan Tabungan Emas di bawah:

CARA TAMBAH SIMPANAN Di SINI.

CARA SET AUTO-DEBIT (POTONGAN SERENDAH RM100/GRAM SEBULAN)

JIKA LUPA USERNAME ATAU PASSWORD

Semoga berjaya menabung emas!

Pemikiran Orang Kaya VS Orang Miskin Pada Hari Gaji

Apa pemikiran orang kaya berbanding pemikiran orang miskin pada hari gaji?

Orang kaya sentiasa berfikir jangka panjang dan fokus untuk tambah simpanan harta (net worth) agar tahap kekayaan semakin kukuh dalam 3 hingga 5 tahun akan datang.

Manakala orang miskin kurang berfikir untuk jangka panjang dan fokus pada apa yang dia nak belanjakan dengan gaji yang dia dapat sekarang.

Langit Tak Selalu Cerah, Sediakan Dana Kecemasan

Disebabkan pepatah orang tua-tua inilah orang kaya sentiasa berfikir untuk buat persediaan untuk menghadapi hari-hari mendung yang mungkin datang tanpa diduga!

Pakar kewangan menyarankan agar setiap keluarga adakan tabung dana kecemasan minima tiga bulan gaji dalam bentuk tunai yang mudah untuk dikeluarkan.

Bila hari gaji tiba, orang kaya sentiasa berfikir dan mengutamakan berapa banyak tabungan yang sudah dikumpul untuk dana kecemasan (minima tiga bulan gaji) bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga pada masa-masa memerlukan.

Jikalau kerja makan gaji dengan status kerja hakiki sekalipun kena ada tabung dana kecemasan ini kerana kerja hakiki itu bukan milik hakiki dan bila-bila boleh ditarik balik nikmat itu.

Beringatlah! Tiada seorang manusia pun yang boleh terus hadir bekerja hingga berpuluh-puluh atau beratus tahun. Suatu hari nanti semua yang bekerja makan gaji sama ada akan hilang upaya untuk bekerja atau bersara atau diberhentikan.

Tapi orang miskin hanya ambil kisah jumlah gaji yang dia terima setiap bulan dan bagaimana nak memenuhi gaya hidup yang mampu ikut jumlah gaji yang diterima.

Orang miskin seperti ini fikir, lagi besar gaji yang dia terima, maka dia bertambah kaya. Seterusnya perasaan berasa selesa dengan gaji besar yang dimiliki mendorong untuk dia terus berbelanja tanpa mengira langit tak selalu cerah.

Hakikatnya, makin besar gaji, makin besar perbelanjaan, harta terkumpul tetap kosong!

Penat dia keluar pergi pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang! Hakikatnya orang miskin (walaupun bergaji besar seperti ini) sedang berlari di tempat yang sama!

Betulkan Pemikiran Kepada Pemikiran Orang Kaya

Bila kita baca buku-buku pasal kewangan yang ditulis oleh orang kaya, kita akan dapati pemikiran orang kaya ini sebenarnya sangat mudah dan boleh dipraktikkan.

Asasnya hidup di bawah kemampuan dan elakkan buat hutang pinjaman peribadi!

Apabila kita dah tetapkan pemikiran kita untuk hidup di bawah kemampuan, kita sudah pasti akan berasa tenang dan tak akan berasa tertekan bila kawan kita dah beli kereta Tesla!

Biarkanlah apa orang lain nak beli dan pakai sebab itu hak masing-masing. Kalau kita susah bukan kawan kita boleh tolong kita sebab dia pun sesak nak bayar pinjaman kereta Tesla kan?

Jadi letakkan fokus untuk tambah tabungan untuk kembangkan harta, maka kita akan tahu, duit gaji yang kita terima setiap bulan mesti masuk tabung sebahagiannya.

Matlamat Kumpul Harta Bukan Sampai Nak Jadi Qarun!

Matlamat kita kumpul sebahagian harta dunia ini hanyalah untuk kita ikuti perintah Allah dan Sunnah Baginda Rasulullah SAW beserta Sahabat Baginda yang dijamin syurga seperti Saiyidina Abu Bakar Assiddiq R.anhu.

Mengikut Sirah, ketika penghijrahan Baginda Nabi SAW bersama Saiyidina Abu Bakar R.anhu ke Madinah, Saiyidina Abu Bakar R.anhu telah membawa seluruh hartanya bersama dan tidak tinggalkan satu dirham pun kepada anak dan keluarganya di Mekah!

Diberitakan dalam hadith Sahih beliau telah membawa harta bernilai sekitar 5 hingga 6 ribu dirham (sekitar RM110 – RM132 ribu nilai semasa 1 dirham sekitar RM22).

Jadi kalau kita sebagai orang Islam yang beriman sepatutnya tak perlu berasa salah untuk mengumpul harta. Apa yang penting niat mengumpul harta itu adalah untuk menuruti perintah Allah Taala dan sunnah Nabi SAW.

Jika niat asal kumpul harta sekadar untuk menunjuk-nunjuk akhirnya akan wujud perasaan megah bahawa disebabkan ilmu kepandaian sendirilah yang jadikan anda kaya serta tak mahu bayar zakat… itulah yang serupa Qarun!

Tip Menabung Ikut Pemikiran Orang Kaya

Asas bina kekayaan adalah dengan menabung. Tapi nak mula menabung kena pastikan ada aliran tunai positif. Jika tiada aliran tunai positif kena kurangkan perbelanjaan atau / dan tambah punca pendapatan.

Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain bertambah kaya.

Jadi kalau nak kaya, pastikan setiap bulan kena menabung.

Bagi yang sudah berkeluarga, paksa diri menabung sekurang-kurangnya 10% daripada gaji setiap bulan.

Bagi yang masih bujang, paksa diri menabung sekurang-kurangnya 30% daripada gaji setiap bulan.

Bila dapat gaji, paksa diri menabung dulu. Selebihnya barulah dibelanjakan.

Tapi kalau ada penyakit boros atau penyakit suka korek tabung… solusinya ialah menabung dalam bentuk emas pelaburan. Bukan menabung dalam bentuk duit.

Boleh dapatkan info kelebihan menabung emas pelaburan di sini.

Masih tak faham bagaimana menabung dalam bentuk emas boleh menyelamatkan daripada sikap boros atau duit tabungan mudah bocor?

Sila download ebook asas tabungan emas.

Tipsnya, saya ikut pesanan guru dan pakar kewangan.

Pakar kewangan sarankan tukar minima 10% gaji kepada bentuk emas.

Paling penting, simpan dulu pada hari sama dapat gaji sebelum berbelanja.

RULES 50/30/20

✅ 50% (keperluan)

✅ 30% (kehendak)

✅ 20% (simpanan/pelaburan)

Contoh gaji RM3,000 asingkan kepada:

✅ 50% (RM1500) untuk keperluan

✅ 30% (RM900) untuk kehendak

✅ 20% (RM600) untuk tabungan atau pelaburan

Cubalah hari ini! Anda akan nampak hasilnya satu tahun akan datang. In sha Allah!

Percayalah..

Dah ready nak mulakan tabungan emas? Klik di sini.

Semoga bermanfaat!

7 Sebab Kenapa Dinar Public Gold Diminati Ramai

Nak tahu 7 sebab kenapa Dinar Public Gold diminati ramai di Malaysia?

Di antara banyak sebab mengapa ratusan ribu penabung dan pelabur emas bukan sahaja di Malaysia, malah penduduk di Singapura, Brunei dan Indonesia juga menyukai Dinar emas 999 Public Gold, di sini saya ingin kongsikan tujuh sebab utama:

Ingin buka akaun tabungan / pelaburan emas Public Gold?

1. Dinar Public Gold mempunyai nilai intrinsik yang stabil

  • Dinar Public Gold diperbuat daripada emas tulen 999.9, yang mempunyai nilai intrinsik yang tinggi. Emas telah digunakan sebagai bentuk mata wang sejak zaman dahulu kala, dan ia mempunyai nilai intrinsik yang stabil yang bertahan sepanjang masa.
  • Permintaan global: Emas adalah mata wang yang diiktiraf secara global. Permintaan global yang tinggi terhadap emas menjadikan dinar Public Gold lebih mudah diterima dan ditukarkan dengan mata wang lain di seluruh dunia.
  • Pengeluaran yang terkawal: Public Gold mengawal seluruh proses pengeluaran dinar Public Gold, termasuk sumber bahan mentah, pengeluaran, dan kualiti. Ini memastikan bahawa setiap dinar Public Gold mempunyai nilai intrinsik yang seragam dan berkualiti tinggi.
  • Mudah dikilangkan: Dinar Public Gold mempunyai saiz dan berat standard yang mudah dikenal pasti dan mudah dikilangkan. Ia mempunyai saiz yang seragam dan mudah disimpan, membuatnya ideal sebagai bentuk pelaburan yang mudah diuruskan.
  • Kos pengeluaran yang rendah: Kos pengeluaran dinar Public Gold adalah rendah, kerana emas dihasilkan dalam jumlah besar dan harga bahan mentahnya stabil. Ini menjadikan dinar Public Gold berharga untuk pelaburan, sambil memastikan nilai intrinsik yang stabil.
  • Permintaan dinar Public Gold akan terus meningkat dari masa ke masa, kerana ia dianggap sebagai bentuk pelaburan yang selamat dan stabil. Ini memastikan bahawa dinar Public Gold mempunyai nilai intrinsik yang stabil sepanjang masa.

2. Stok Dinar Public Gold sentiasa ada

Ketersediaan mudah: Dinar Public Gold boleh didapati di semua cawangan Public Gold dan syarikat-syarikat pengedar yang disenaraikan. Ini memudahkan pelabur untuk membeli dan menjual dinar pada bila-bila masa. Beli emas dapat emas.

Dinar Public Gold banyak stok
Dinar Public Gold banyak stok

3. Potensi Kenaikan Harga Dinar Public Gold

Potensi kenaikan nilai: Emas selalu dianggap sebagai aset yang selamat dan mempunyai potensi untuk meningkatkan nilai seiring dengan ketidakstabilan ekonomi dan kewangan. Oleh itu, Dinar Public Gold boleh menjadi pilihan yang baik untuk melindungi kekayaan pelabur. Sebab itu ramai dah menjadikan dinar Public Gold sebagai hantaran perkahwinan.

Dinar Public Gold sebagai hantaran perkahwinan
Dinar Public Gold sebagai hantaran perkahwinan

4. Dinar Public Gold mudah disimpan

Dinar Public Gold yang kecil dan ringan memudahkan pelabur untuk menyimpan mereka di peti besi kecil, kotak keselamatan, atau di rumah mereka sendiri dengan selamat.

Dinar Public Gold kecil dan mudah disimpan.
Dinar Public Gold kecil dan mudah disimpan.

5. Pelaburan patuh syariah

Dinar Public Gold mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan dipersetujui oleh Badan Penasihat Syariah Public Gold. Oleh itu, pelabur Islam boleh yakin bahawa pelaburan mereka mematuhi hukum agama mereka.

Sijil patuh syariah Public Gold Outright Purchase, EPP emas fizikal.
Sijil patuh syariah Public Gold Outright Purchase, EPP emas fizikal.

6. Kepelbagaian pelaburan

Kepelbagaian pelaburan: Dinar Public Gold membolehkan pelabur untuk mencapai diversifikasi dalam portfolio pelaburan mereka. Pelabur boleh melabur dalam dinar seiring dengan pelaburan mereka dalam saham, bon atau hartanah.

  • Lebih mudah dan mudah diuruskan: Pelaburan dinar Public Gold sangat mudah diuruskan, kerana ia memerlukan sedikit pengurusan dan tidak memerlukan pengetahuan khusus. Anda tidak perlu menguruskan penyewaan hartanah atau memantau pasaran saham secara terus-menerus.
  • Kurang risiko: Pelaburan dinar Public Gold mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan pelaburan hartanah, bon dan saham. Ia lebih stabil dan kurang dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran, seperti pasaran saham atau perubahan dalam ekonomi.
  • Boleh dicairkan dengan mudah: Dinar Public Gold adalah aset likuid yang boleh dicairkan dengan mudah. Anda boleh menjual dinar Public Gold anda pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu pembeli atau menunggu tempoh penyewaan hartanah berakhir.

7. Permintaan yang tinggi

Ramai pelabur telah menyedari kelebihan dinar Public Gold dan telah menyumbangkan kepada permintaan yang tinggi. Permintaan yang tinggi ini membawa kepada peningkatan harga, memberi peluang kepada pelabur untuk mendapat keuntungan.

Jadi, nasihat saya kepada anda yang masih belum mula menabung emas Public Gold, boleh dapatkan panduan buka tabungan atau pelaburan emas Public Gold dengan menekan butang di bawah:

Semoga bermanfaat.

Masa Untuk Jual Balik Emas Dengan Harga Tinggi!

Register PERCUMA atau beri code PG047646 Suhaimee Manaf masa jual emas

BOLEH JUGA SHARE SCREENSHOT INI DI KAUNTER PUBLIC GOLD TERDEKAT HARI INI


This will close in 0 seconds