Cara Pelaburan Emas – Persoalan Yang Sering Ditanya

Nak tahu cara pelaburan emas terbaik di Malaysia? Ini adalah salah satu persoalan yang sering ditanya oleh pengunjung blog PelaburanEmas.org. Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu emas agar sahabat-sahabat semua faham teknik pelaburan emas terbaik yang boleh anda lakukan dan juga tips untuk anda elakkan apabila nak melabur emas.

Persoalan yang paling banyak sekali pengunjung blog ini bertanyakan saya tentang hukum pelaburan emas yang ada ditawarkan kepadanya oleh satu syarikat samada halal atau haram. Alhamdulillah… satu petanda baik bahawa umat Islam semakin peka tentang halal dan haramnya sumber pendapatan mereka.

Skim pelaburan bertopeng emas
Gambar hiasan – Jangan terpedaya dengan skim pelaburan bertopeng emas

Ramai di antara para pelabur emas di Malaysia terkeliru dan mungkin terpedaya dengan skim pelaburan emas yang BERTOPENGKAN EMAS dan berbagai-bagai seperti pelaburan emas ETA (Estimate Time of Arrival – macam tunggu masa ketibaan pesawat penerbangan di airport je bunyinya…) yang semakin hangat diperkatakan. Mereka hanyalah satu daripada beratus-ratus contoh skim cepat kaya yang akan memerangkap anda.

Baru-baru ini telah dilaporkan dalam Harian Metro bertarikh 10 Januari 2020 berkaitan ada pihak tertentu yang menggunakan nama syarikat Makmur Gold Holding Sdn Bhd untuk memperdaya penduduk di sekitar Kuantan, Pahang dan Kota Bharu, Kelantan.

Pengerusi Eksekutifnya, Hishamuddin Abdullah berkata, skim pelaburan emas itu dipercayai sudah memperdaya ramai mangsa yang mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

Katanya, pihaknya mengetahui nama syarikatnya digunakan oleh skim pelaburan emas yang berpengkalan di Kuantan, Pahang dan mempunyai ramai ejen di Kelantan, minggu lalu.

“Ia hasil daripada lebih 10 pelanggan yang datang ke kedai kami di Kuantan, Pahang dan Tunjong, Kota Bharu yang bertanya sama ada syarikat kami menjalankan pelaburan emas.

“Syarikat menegaskan tidak pernah menjalankan skim pelaburan emas, sebaliknya kami mengeluar dan menjual emas baharu.

“Kami membuat laporan polis kerana tidak mahu skim pelaburan emas itu menyalahgunakan nama kerana boleh merosakkan nama syarikat,” katanya ketika ditemui di IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa, hari ini.

Menurutnya, ia adalah laporan polis kedua dibuat syarikatnya selepas yang pertama di Kuantan, Selasa lalu.

Katanya, pihaknya tidak mahu skim pelaburan emas itu terus menggunakan nama syarikat dan memaklumkan kepada pelabur bahawa Makmur Gold di Kota Bharu dan Kuantan sebagai pusat operasi mereka.

“Saya berharap orang ramai lebih berhati-hati dengan skim pelaburan emas bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro, 10 Januari 2020.

Untuk sahabat-sahabat yang masih keliru, persoalan ini mudah dijawab jika kita faham bahawa TIADA ISTILAH beli jongkong emas sekali dan dapat untung berkali-kali tanpa buat apa-apa.

Seterusnya soalan ini mudah dijawab jika kita faham konsep riba iaitu kita mendapat keuntungan dengan memberi pinjam (memberi deposit) duit kita sebanyak RM10,000 pada pihak yang lain (dengan persetujuan bahawa ada bayaran tambahan atau keuntungan (dipanggil riba qardh) pada setiap minggu atau setiap bulan tanpa usaha dan tanpa mengurangi duit RM10,000 tersebut.

Bila anda diberi NOMBOR AKAUN BANK untuk tujuan deposit pelaburan emas, sila pastikan nombor akaun tersebut BUKAN atas nama INDIVIDU.

Jika anda diberi nombor akaun syarikat pula, boleh semak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan layari https://www.ssm-einfo.my/. Selepas login, klik ikon Search dengan isikan nama syarikat (By name). Jika tiada… maka syarikat tersebut tidak berdaftar dan anda berisiko amat tinggi untuk diperdaya.

Mudahkan? Memang amat mudah nak faham namun pihak Yahudi, Nasrani dan Majusi memang pandai. Mereka cipta pelbagai nama agar umat Islam terkeliru dan terpaksalah ulama-ulama mengeluarkan fatwa demi fatwa yang menyatakan sesuatu pelaburan itu halal atau haram. Perkataan seperti “dividen tetap bulanan” yang paling popular selain daripada bonus atau keuntungan.

Beberapa tahun dulu (semasa posting ini ditulis pada 1 Januari 2015), ciri-ciri ini terdapat pada Pegasus Bullion yang semakin berkembang secara ‘underground’ di Malaysia (tiada syarikat yang sah dan dipantau oleh BNM) kerana syarikat ini beroperasi dari Hong Kong dan telah membuka cawangan di Thailand dan Indonesia – sekarang dah senyap sepi.

Ramai yang terpedaya termasuk penjawat awam! Kasihan…

Sejak lebih lima tahun lepas juga, terdapat satu lagi jenis pelaburan emas yang sedang secara atas talian ke atas komoditi-komoditi utama dunia seperti emas, perak, koko, gula, gandum, minyak mentah dan sebagainya. Mereka mencipta program yang dinamakan Plus500 dan apabila diselidiki, syarikat ini beroperasi dari Israel dan pendaftaran di London. Mereka menggunakan istilah CFD atau “Contract For Difference”. Memang syok dapat keuntungan yang banyak samada harga komoditi naik atau jatuh, namun, yang haram tetap haram.

Janganlah kita termakan umpan mereka yang menawarkan keuntungan beribu-ribu ringgit seminggu malah sehari! Ingatlah hari akhirat agar kita tidak menyesal selama-lamanya memakan harta yang haram.

Persoalan seterusnya ialah mengenai cara pelaburan emas yang paling baik. Pada asasnya…

JANGAN SEKALI-KALI MEMBELI EMAS MENGGUNAKAN DUIT PINJAMAN ANDA!

Adalah menjadi sesuatu yang amat malang jika anda memohon personal loan atau pinjaman peribadi semata-mata nak dapat keuntungan pelaburan emas dengan membeli emas. Mana-mana guru pelaburan emas yang menasihati anda untuk menggunakan duit pinjaman untuk beli emas merupakan guru emas ajaran sesat dan akan menyesatkan anda juga. Anda yang akan menjadi mangsa penipuan guru emas ajaran sesat tersebut.

Dan satu lagi kaedah paling berisiko dalam pelaburan emas di Malaysia ini ialah kaedah beli pajak, beli pajak emas di Ar-Rahnu. Aduhai… memang orang Malaysia ni serba boleh dan sangat cepat terpedaya bila dengar apa-apa pelaburan yang ‘janji’ pulangan beribu-ribu dalam skim cepat lebur ni… Tahukah anda bahawa nama anda akan disimpan dalam maklumat Bank Negara Malaysia apabila anda pernah membuat pajakan di Pejabat Pos atau mana-mana bank seperti Bank Rakyat dan Bank Islam. Kemungkinan sukar untuk anda membuat pinjaman untuk beli rumah atau kereta nanti. Jadi, berhati-hatilah ye…

Anda hanya dinasihatkan untuk membuat pelaburan emas hanya dengan membeli emas fizikal menggunakan LEBIHAN DUIT SIMPANAN ANDA SENDIRI SAHAJA! Jangan pula anda gunakan kesemua duit simpanan untuk beli emas. Anda perlu meninggalkan duit simpanan untuk keperluan sekurang-kurangnya untuk selama tiga bulan. Itu adalah teknik pelaburan emas yang terbaik dari dahulu, sekarang dan akan datang. Tiada cara pelaburan emas seperti itu akan mendatangkan masalah atau risiko kepada anda.

Sebenarnya, ada banyak lagi… Dapatkan 5 tips mudah memulakan pelaburan emas secara sah dan patuh syariah di sini.

Seperti yang saya dah bincangkan sebelum ini tentang ciri-ciri pelaburan emas yang sah dan patuh syariah, saya cadangkan anda untuk bandingkan sendiri bank-bank atau syarikat-syarikat yang mana memberikan anda keuntungan pelaburan emas yang sebenar malah sah di sisi undang-undang dan yang paling penting patuh syariah iaitu halal

Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas!

Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia, Singapura dan Indonesia

Anda tercari-cari pelaburan emas terbaik di Malaysia, Singapura dan sedang berkembang di Indonesia? Malah akan berkembang ke Brunei dan Filipina dalam masa terdekat? Anda tak perlu risau sebab saya juga seperti anda. Dahulu saya juga tercari-cari cara nak mula melabur emas di syarikat atau bank yang paling menguntungkan. Sudah semestinya jika boleh yang sedang berkembang dan yang paling baik.

Dalam pelaburan emas, apa yang penting ialah MULA melabur emas DENGAN BETUL. Anda dinasihatkan jangan TERPEDAYA dengan skim cepat kaya a.k.a skim cepat lingkup di luar sana. Cara paling cepat nak tahu sesuatu aktiviti pelaburan emas yang ditawarkan kepada anda itu samada BENAR atau LINGKUP ialah dengan ikuti langkah seperti berikut:-

LANGKAH #1 – DAPATKAN NAMA / LAMAN WEB SYARIKAT

Mendapatkan nama syarikat atau laman web syarikat pelaburan emas terbaik daripada agen pelaburan emas. Anda boleh dapatkan dari kad bisnes atau minta agen tulis dan serah kepada anda. Beritahu kepada agen, nanti saya fikirkan dahulu (pastikan anda senyum ;-)) samada untuk sertai atau tidak beberapa hari lagi. Jika agen pelaburan emas terbaik tersebut mendesak dan seperti terdesak, anda ulang balik “Nanti saya fikirkan dulu” dengan senyum lagi. Tolak dengan baik – itulah sebaik-baik cara.

LANGKAH #2 – SEMAK STATUS SYARIKAT

Semak status aktiviti pelaburan emas yang dijalankan oleh syarikat pelaburan emas tersebut. Jika di Malaysia, anda boleh semak dengan layari laman web Bank Negara Malaysia untuk mengetahui syarikat yang disenarai hitam sebelum anda memberi deposit anda kepada mana-mana individu ataupun syarikat yang boleh didapati di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_financialconsumeralert&lang=bm. Kemudian, anda klik di link “Senarai nama entiti dan laman sesawang” seperti di bawah:-Senarai entiti dan laman yang dipantau Bank Negara Malaysia.

Saya sarankan anda semak dengan teliti senarai tersebut kerana tulisannya agak kecil dan ada kemungkinan anda terlepas pandang. Terdapat juga laman web yang diberikan tidak wujud dalam senarai, tetapi LOGO syarikat adakalanya seakan sama atau memang sama dengan LOGO syarikat yang dalam siasatan BNM. Jika anda dah semak sebanyak TIGA kali dan dapati tiada satu pun nama syarikat atau laman web sama dengan yang tersenarai… anda boleh terus pergi ke langkah berikutnya. Jika anda dapati syarikat atau laman web syarikat pelaburan emas yang diberi tersenarai, maka saya cadangkan agar anda tinggalkan tawaran atau “peluang pelaburan emas terbaik” yang ditawarkan oleh agen tersebut.

LANGKAH #3 – BANDINGKAN HARGA EMAS SEMASA

Lihat harga emas semasa emas yang ditawarkan di laman web. Bandingkan dengan harga emas spot seperti yang saya tunjukkan di “Lihat Harga Emas Semasa“. Jika harga emas semasa produk emas yang ditunjukkan MELEBIHI 10% dari harga emas spot dunia, saya cadang anda terus lupakan hasrat untuk membeli produk emas pelaburan yang ditawarkan kerana anda akan mengalami kerugian dan bukan keuntungan.

LANGKAH #4 – KIRA KADAR SPREAD EMAS

Setelah anda lepasi langkah di atas dan harga emas semasa emas pelaburan syarikat tersebut didapati kurang dari 10% daripada harga emas spot dunia, maka anda boleh kira kadar spread emas pelaburan yang ditawarkan. Kadar spread atau susutnilai ialah peratus perbezaan harga emas yang dijual kepada anda dan harga emas yang dibeli daripada anda. Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai kadar spread di “Bandingkan Harga Emas Dengan Susutnilainya Sekali“. Kebiasaannya harga jual beli emas dipaparkan di laman web syarikat atau bank. Kadar spread yang paling baik ialah DI BAWAH 10%.

LANGKAH #5 – KAJI KEMUDAHAN LATIHAN / SOKONGAN

Seterusnya, anda perlu tahu kemudahan latihan sokongan pelaburan emas yang anda boleh dapat dengan percuma daripada syarikat pelaburan emas. Jika terdapat hanya satu sahaja atau paling banyak pun tak lebih lima kemudahan latihan sokongan yang ditawarkan, dikhuatiri anda mungkin akan menghadapi masalah pada masa akan datang.

LANGKAH #6 – PATUH SYARIAH

Akhir sekali ialah, anda perlu selidiki setiap pembelian emas anda mematuhi syarak atau patuh syariah iaitu anda beli emas dan dapat emas. Bukan anda beli emas dan hanya dapat penyata sahaja (emas kertas) dan tidak boleh dapat emas.

Setelah syarat-syarat di atas dilepasi, maka, saya cadangkan anda bolehlah buat keputusan untuk menerima produk pelaburan emas yang ditawarkan oleh agen tersebut. Terpulang kepada anda untuk mulakan samada secara berdikit-dikit atau secara banyak sekaligus bergantung kepada matlamat pelaburan emas yang anda tetapkan.

Seperti yang saya terangkan di atas, saya juga seperti anda tercari-cari peluang pelaburan emas terbaik agar tidak rugi dan sebaik-baiknya jauhi RIBA’ dalam pelaburan item ribawi seperti emas dan perak. Anda tak perlu risau sebab bukan seminggu atau dua minggu saya membuat kajian di atas… malah berminggu-minggu ke atas pelbagai produk emas pelaburan di bank-bank komersial dan syarikat-syarikat pelaburan emas. Masing-masing memang kata pelaburan emas mereka yang paling baik.

Akhirnya saya dah jumpa syarikat pelaburan emas terbaik di Malaysia, Singapura dan sedang berkembang di Indonesia. Anda boleh lakukan pendaftaran secara percuma dahulu seperti yang diterangkan di “Pendaftaran Percuma“.

Daftar percuma di syarikat Pelaburan Emas Terbaik  Malaysia. Terdapat cawangan-cawangan syarikat pelaburan emas di Malaysia seperti:- Taman Perling, Johor Bahru; Batu Berendam, Melaka; Bandar Sunway, Petaling Jaya; Taman Dagang, Ampang; Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor; Taman Komersil Senawang, Seremban, Negeri Sembilan; Jalan Kota, Alor Setar; Kampung Baru, Sungai Petani, Kedah; Relau, Bayan Lepas; Lebuh Bishop, Pulau Pinang; Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Perak; Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bahru, Kelantan; Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu; Jalan Beserah, Kuantan, Pahang; Al-Idrus Commercial Centre, Jalan Satok, Kuching Sarawak; Along Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah.

Pendaftaran juga merangkumi penduduk di Singapura dan Brunei.

Daftar percuma di syarikat Pelaburan Emas Terbaik Indonesia. Terdapat cawangan syarikat pelaburan emas di Jakarta, Indonesia.

Jika anda mengalami kesukaran untuk mendaftar, sila gunakan link SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN dengan mengisi maklumat berikut:-

  1. Nama penuh:
  2. Nombor kad pengenalan:
  3. Alamat emel:
  4. No. telefon:
  5. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf.

Semoga anda mendapat manfaat di dunia dan akhirat. Amin.

 

Pelaburan Emas Melalui Simpanan Emas

Pelaburan emas sering dikaitkan dengan jual beli emas dan dapat untung. Anda memang berpotensi mendapat untung melalui jual beli emas dan sila klik sini jika anda nak mula menjalankan bisnes emas. Namun saya ingin terangkan cara melabur emas yang paling mudah iaitu hanya menyimpan emas sahaja. Ini adalah kerana emas merupakan aset yang semakin tinggi nilainya berbanding duit kertas. Pada hari ini, ramai rakyat Malaysia masih kurang kesedaran untuk menyimpan emas untuk pelaburan masa depan.

Apa sebenarnya yang berlaku jika anda menyimpan duit kertas? Sebenarnya anda terdedah kepada risiko yang anda tak nampak.

Anda bekerja cari duit sehari-hari dan terima upah atau gaji dalam bentuk duit kertas samada MYR, SGD, BND, Rupiah, Renmimbi atau USD, Sterling malah Euro. Apapun duit yang anda terima daripada hasil titik peluh anda melakukan kerja seharian, duit itu akan ada sebahagiannya yang anda simpan. Kebiasaannya anda simpan dalam bank seperti Bank Islam, Bank Muamalat atau Tabung Haji atau Amanah Saham seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan lain-lain.

Apa yang anda tak sedar ialah duit yang anda penat-penat simpan itu sentiasa terdedah kepada dua risiko besar:-

Risiko simpan duit kertas #1.
Duit tunai tu mudah cair… Adalah amat mudah untuk mengeluarkan duit simpanan melalui ATM atau lebih-lebih lagi jika ada kad debit untuk berbelanja. Malah pada hari ini, akaun Tabung Haji pun dah boleh disambungkan kepada kad ATM seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Bank Muamalat. Lebih kerap anda ke pasaraya, maka lebih cepatlah duit yang anda simpan itu susut dan habis. Paling malang jika terlebih belanja menggunakan kad kredit dan mulalah hidup dibelenggu hutang. Jangan terperangkap bro…

Risiko simpan duit kertas #2.
Duit kertas yang kita simpan dalam Tabung Haji atau ASB itu terdedah kepada kejatuhan nilai matawang. Lihat sahajalah bagaimana nilai MYR berbanding USD. Oleh kerana kebanyakkan negara termasuk Malaysia bersandarkan kepada nilai USD, anda pun dah tahu betapa risikonya nilai MYR. Terdapat banyak contoh duit kertas yang dahulunya boleh digunakan oleh rakyat disebuah negara namun sekarang tidak lagi bernilai seperti duit Daun Pisang (Tanah Melayu – 1945), duit Pengo (Hungary – 1946), duit Peso (Argentina – 2002), duit Dinar Iraq (Iraq – 2004), duit Krona (Iceland – 2011), duit Ruble (Rusia – 2014), dan senarai duit fiat yang tiada nilai akan bertambah dari masa ke masa…

Oleh itu, apakah teknik yang boleh melindungi hasil penat lelah kita bekerja seharian?

Jalan penyelesaian yang paling selamat di seluruh dunia ialah menukar bentuk simpanan duit tunai kepada SIMPANAN EMAS. Itu sahaja… BERUBAH mulai hari ini. Mula TUKAR simpanan wang kertas anda kepada emas sebenar hari ini… Sejarah membuktikan bahawa hanya simpanan emas yang dapat mengatasi kedua-dua risiko besar yang telah disebutkan di atas:-

1. Simpanan emas akan dapat 100% mengelakkan diri anda dari cepat cair dan berbelanja. Cuba anda jalan-jalan di pasaraya dengan bawa 1g jongkong emas, setengah dinar dan 1 dinar emas dalam satu poket dan duit RM1,000 tunai dalam poket sebelah lagi. Yang mana cepat habis?

Duit tunai Ringgit Malaysia (MYR) - memang cepat je habis bila pergi shopping...
Duit tunai Ringgit Malaysia (MYR) – memang cepat je habis bila pergi shopping…

Dinar emas 24k Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.
1 dinar emas 24k – walaupun berharga sekitar RM800 namun tak mudah habis.

 

 

 

 

 

Memang anda akan tertanya-tanya, jika begitu mengapa simpan emas dan tak boleh nak guna untuk beli barang keperluan? Jawapannya amat mudah… emas akan menjadi sangat berguna ketika berlaku krisis matawang. Pada masa krisis matawang, anda boleh hulurkan goldbar atau dinar emas kepada sesiapa sahaja untuk ditukar dengan apa jua barang keperluan yang anda inginkan.

2. Simpanan emas akan dapat 100% mengelakkan nilai kekayaan anda susut sebagaimana duit kertas. Emas dapat mengelakkan inflasi. Lihatlah bagaimana nilai 1 dinar emas 1,400 tahun dahulu sama sehingga ke hari ini! Jika 1,400 tahun

1 Dinar emas 24K LBMA - hari ini pun ada peniaga yang terima untuk seekor kambing.
1 Dinar emas 24K LBMA – hari ini pun ada peniaga yang terima untuk seekor kambing.

dahulu seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar, maka pada hari ini pun sama! Malah, nilai emas akan meningkat mendadak ketika krisis seperti yang anda telah saksikan kesan Brexit baru-baru ini apabila lebih separuh rakyat Britain memilih untuk keluar dari Kesatuan Eropah pada 23 Jun 2016. Nilai Pound Sterling telah mengalami kejatuhan sehingga 30% berbanding USD dan menyebabkan kenaikan mendadak harga emas dunia kepada hampir USD1400/auns berbanding hanya sekitar USD1200/auns sebelum 29 Jun 2016.

Sekaranglah masanya untuk anda mula menyimpan emas kerana lebih lama anda tunggu, harga emas akan terus meningkat disebabkan jumlah emas di dalam dunia dah tetap tak akan bertambah, manakala permintaan semakin tinggi dan semakin ramai yang mula menyimpan emas.

TETAPI… ADA 2 JENIS TETAPI…

TETAPI #1 – Anda dinasihatkan jangan simpan sebarang emas sebab banyak-banyak jenama emas di Malaysia ni hanya ada satu sahaja jenama emas yang berbaloi disimpan. Untuk pengetahuan anda, emas pelaburan 24K LBMA jenama PUBLIC GOLD sahajalah yang berbaloi dibeli dan disimpan sebab hanya emas goldbar dan dinar 24K LBMA jenama Public Gold sahaja yang tidak dikenakan cukai GST sebanyak 6% di Malaysia. Jika jenama lain dikenakan GST sebanyak 6%, dimanakah keuntungan yang anda akan perolehi?

TETAPI #2 – Anda dinasihatkan jangan mudah terpedaya kalau nak cari duit lebih… jangan tamak sebab orang tamak selalu RUGI… tak perlulah anda layan skim-skim cepat kaya yang bertopeng emas untuk cari duit mudah kononnya boleh jamin dapat dividen harian, mingguan atau bulanan walaupun yang cakap tu sahabat baik anda sendiri… walaupun boleh dapat duit lebih ribu-ribu…. Wow!… Jauhi RIBA sebab urusniaga emas ini memang sangat sensitif. Tiada jalan singkat untuk cepat kaya.

Bila dah beli, anda pasti tertanya-tanya cara terbaik nak simpan emas…

Anda boleh simpan sendiri beberapa gram dan dinar emas di rumah namun adalah dinasihatkan jangan simpan semua di rumah… kita minta jauhkan dari sebarang bahaya. Amin.

Alhamdulillah, pada hari ini terdapat kemudahan untuk anda dan saya memulakan ikhtiar membeli dan menyimpan emas dengan kaedah terbaik dan patuh syariah… Kita ikhtiar simpan emas dengan kaedah yang lebih selamat dan percuma. Anda boleh mula menyimpan sekurang-kurangnya 1g emas goldbar setiap bulan atau 1 dinar (4.25g emas) setiap bulan. Disiplinkan diri anda dengan cara beli 1 gram atau 1 dinar setiap bulan menggunakan Konsep “Paksa & Lupa” (Bukan kena lupa password ye.. namun jika anda terlupa password untuk Login ke akaun GAP anda sekalipun, Public Gold boleh bantu reset semula password anda … 😉

Untuk mula membuka akaun emas fizikal dan simpan emas secara percuma, anda boleh terus ke Langkah #1 di Pelaburan Simpanan Emas GAP. Apa yang penting ialah anda perlu ambil snapshot salinan resit pembelian dan lampirkan bersama dalam emel atau Whatsapp untuk pengesahan yang pantas pada 1 hari bekerja.

Ingat… Tiada jalan singkat untuk mendapat kekayaan… anda perlu belajar, sampaikan ilmu pelaburan emas agar orang lain dapat kesedaran untuk menyimpan emas. Alang-alang simpan emas, simpanlah emas sebagai Pengedar Sah Public Gold, kerana anda mendapat komisen sekitar 1-2% dari setiap pembelian emas anda yang berikutnya dan juga jika anda ada beritahu kenalan anda dan dia membeli emas orang yang anda perkenalkan. Oleh itu anda telah dapat menjimatkan pembelian emas sebanyak 1-2% setiap kali anda beli emas berbanding pelanggan biasa. Public Gold akan membayar secara tunai ke dalam akaun bank anda setiap 20 hb.

Terdapat banyak lagi ilmu pelaburan emas yang boleh anda pelajari dari orang yang dah benar-benar berjaya dalam pelaburan emas di sini..

Jika anda memerlukan bantuan, sila Hubungi Saya. Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas.

Pelaburan Emas Public Gold

Sejak mula minat dalam pelaburan emas, saya mengkaji dan mengkaji pelbagai jenis skim pelaburan berkaitan emas dan akhirnya saya telah menemui pelaburan emas yang terbaik di Malaysia malah di Singapura!

Gambar 1: Sepatutnya, bila anda beli emas, anda dapat emas dan pegang emas tu. Boleh pajak emas jika perlu duit pada bila-bila masa.

Untuk info, nak cari dan kaji pelaburan emas yang bawa pulangan terbaik di Internet amatlah memakan masa dan tenaga. Saya tahu anda juga tiada masa yang banyak nak cari dan buat kajian sebelum nak melabur emas.

Tambahan pula dengan harga emas semasa yang semakin jatuh sekarang… Kalau lambat sangat nanti harga emas akan naik pula dalam masa sehari dua ni… dah terasa rugi pulak sebab tak rebut peluang cepat-cepat.

Begitulah perasaan saya masa mula-mula minat  nak labur emas. Jadi, anda tak perlulah buang masa dan tenaga mencari pulak. Kalau anda nak cari juga terpulanglah sebab di Internet memang beratus malah beribu jenis pelaburan emas yang anda boleh jumpa.

Ada pelaburan emas di bank-bank tempatan dan ada juga pelaburan emas jenama syarikat sama ada berdaftar dan tidak. Ada nama jenis pelaburan yang anda belum pernah dengar langsung. Tapi adakah setiap pelaburan emas yang anda minat itu sah?

Maklumlah, di Malaysia ni memang dah beratus  orang terkena dengan pelbagai skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Yang peliknya, orang kita ni memang tak rasa serik terkena aje.

Dengan mudah kita terpedaya dengan pelbagai tawaran keuntungan dan dengan dividen bulanan tetap! Bila ada dividen tetap bulanan tu yang dinamakan RIBA. Mereka kata mereka ada emas, tapi mereka kata lebih baik syarikat buat pelaburan emas untuk anda dan anda akan terima dividen tetap. Walhal sebutir emas pun tak ada!

Kalau dah beli emas tapi tak dapat simpan emas, maknanya anda tak boleh nak pajak emas yang anda beli tu pada waktu terdesak nak guna duit.

Suka saya ingatkan diri saya dan rakan-rakan semua, jika mereka ada tawarkan pelaburan emas atau perak yang ada keuntungan tetap atau dividen bulanan, itu maknanya skim cepat kaya dan dalam Islam diberi nama amalan RIBA’.

Sebab itu bila terjumpa je, saya akan terus tinggalkan jenis-jenis pelaburan yang hanya bertopengkan emas kerana dah sah mereka tak sah di sisi undang-undang malah haram di sisi agama.

Jangan nanti masuk suratkhabar… “Si fulan kerugian beratus ribu ringgit kerana skim cepat kaya…” Pada masa tu menangis tak berlagu pun tak berguna lagi…

Ada juga pelaburan emas di bank yang sah di sisi undang-undang tetapi bila dikaji, didapati haram atau tidak patuh syariah. Ada juga yang sah dan halal atau patuh syariah tetapi tidak menguntungkan pelabur-pelabur emas malah menyusahkan pula dari segi kemudahan jual beli dan syarat-syarat yang ketat.

Pada hari ini, pelaburan emas Public Gold ialah pelaburan yang paling digemari ramai disebabkan pelbagai jenis emas fizikal dan perkhidmatan yang ditawarkan berbanding dengan pelaburan emas jenama syarikat-syarikat lain.

Untuk mengetahui apa yang best tentang Public Gold, anda boleh mendaftar secara percuma dahulu. Selepas mendaftar, anda akan mendapat emel pengesahan sebelum anda mendapat Nama Pengguna dan Kata Laluan khas.

Sahkan pendaftaran anda dengan klik pada link yang disediakan.
Gambar 2: Sahkan pendaftaran anda dengan klik pada link yang disediakan.

Setelah anda mendapat Nama Pengguna dan Kata Laluan, saya galakkan anda install aplikasi Public Gold di telefon pintar anda.

Aplikasi Public Gold di Google Playstore
Gambar 3: Install aplikasi Public Gold di Google Playstore

Setelah anda install aplikasi Public Gold, sila tap ‘Open’ dan paparan berikut akan dapat anda lihat…

Harga emas di aplikasi Public Gold yang sentiasa dikemaskini setiap 20 minit!
Gambar 4: Harga emas di aplikasi Public Gold yang sentiasa dikemaskini setiap 20 minit!

Paparan asal ialah paparan ‘HOME’ yang mengandungi promosi Public Gold. Sila tap pada ‘LIVE PRICE’ dan anda akan dapat melihat harga semasa bagi setiap produk Public Gold yang dikemaskini setiap 20 minit walaupun pada hari cuti hujung minggu!

Pada ruangan ‘LIVE PRICE’ ini, anda boleh meneliti harga PG Sell dan PG Buy (Gambar 4) Public Gold Bar (999.9), Public Gold Coin (999.9), LBMA Cast Bar (24K), Public Dinar (916), Bunga Emas / Siri Tai Fook (24K), Barang Kemas Siri D (22K) dan Public Dirham (Silver 916).

PG Sell ialah harga kita beli emas di Public Gold manakala PG Buy ialah harga kita jual kepada Public Gold.

Login aplikasi Public Gold
Gambar 5: Login aplikasi Public Gold

Jika anda tap pada ‘PRODUCTS’, and akan dapat melihat imej produk-produk yang boleh anda tempah secara atas talian. Memang saya sangat teruja melihat kemudahan yang disediakan. Inilah bisnes online yang sebenar! Pada sebelah kanan atas sekali, ada ‘BOOKING’ yang boleh anda guna untuk tempahan pembelian atau penjualan emas anda. Anda boleh membuat tempahan pembelian atau penjualan pada bila-bila masa tanpa perlu mengikut waktu urusan bank.

Sebelum anda boleh membuat tempahan, anda perlu Login dahulu menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang telah anda terima melalui emel semasa pendaftaran.

Setelah Login, saya cadangkan anda mendapatkan nilai Public Dinar 916*. Untuk makluman, Public Gold tidak mengenakan apa-apa caj untuk pengeluaran kesemua dinar emas Public Gold untuk pembelian di Semenanjung.

(*Nota penting: Bermula 1 April 2015, kesemua produk emas 916 dikenakan GST dan Public Gold telah tidak mengeluarkan lagi produk tersebut. Namun anda masih boleh mendapatkan Goldbar dan Dinar Public Gold 24K LBMA yang tidak dikenakan GST. Terdapat caj premium dikenakan mengikut denominasi).

Anda boleh mula set Price Alert pada mana-mana harga PG Sell atau PG Buy seperti berikut:-

Aplikasi price alert Public Gold
Gambar 6: Aplikasi price alert Public Gold

Samada anda ingin set nilai ‘-‘ atau ‘+’ terpulang pada anda. Setelah anda set pada nilai yang anda ingin Public Gold maklumkan melalui notifikasi, anda tap pada ‘Save’ (Gambar 6) dan secara automatik aplikasi Public Gold akan menghantar isyarat notifikasi sebaik sahaja harga emas atau perak mencecah harga yang anda tetapkan.

Aplikasi isyarat harga emas Public Gold
Gambar 7: Aplikasi isyarat harga emas Public Gold

Saya menggunakan aplikasi ini untuk menjual emas apabila harga emas naik dan membeli emas apabila harga emas jatuh pada paras yang saya kehendaki. Anda akan mendapat tanda bulat pada sebelah kiri harga PG Sell atau PG Buy seperti paparan yang ditunjukkan Dalam Gambar 7.

Selepas anda membuat tempahan, sila ikuti arahan selanjutnya yang akan diemel kepada anda.

Jika anda masih ragu-ragu untuk menggunakan aplikasi Public Gold ini, jangan bimbang, anda boleh juga membuat tempahan melalui saya. Sila layari Tempahan Emas Pelaburan Goldbar LBMA untuk buat pesanan anda.

Pada pendapat saya, Public Gold merupakan jenama emas yang amat mudah untuk semua orang mula membeli dan menyimpan emas. Saya tidak ragu-ragu untuk membeli emas melalui online. Setelah saya mengkaji lebih lanjut, syarikat Public Gold merupakan syarikat pengeluar emas yang terbesar di Malaysia. Oleh itu, Public Gold bukan sahaja merupakan kedai emas online, malah ia juga merupakan sebuah kilang pengeluar emas.

Malah pada tahun 2012, Public Gold telah dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri untuk mengeluarkan dinar emas dan perak penempaan khas DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong (Gambar 8 dan 9).

Dinar Emas DYMM Agong Public Gold
Gambar 8: Dinar Emas DYMM Agong Public Gold.

Dinar Perak DYMM Agong Public Gold
Gambar 9: Dinar Perak DYMM Agong Public Gold

Anda boleh layari laman web Public Gold > Produk > Royal Collection

Jangan bimbang tentang bagaimana anda boleh dapat emas yang anda beli. Public Gold mempunyai 17 cawangan di setiap negeri. Semuanya ada tertera di laman web Public Gold > Hubungi Kami > Maklumat Cawangan.

Jika anda duduk berjauhan dengan cawangan Public Gold, hanya Hubungi saya dan saya akan uruskan penghantaran melalui Pos Laju. Pos Laju ada rekod tracking pendaftaran dan Insya Allah tak hilang. Setakat ini tiada masalah pada pembeli-pembeli emas yang saya hantar dengan pos laju. Alhamdulillah.

Pada mulanya saya hanya mendaftar secara percuma di Public Gold untuk mengkaji produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Setelah hanya beberapa hari saya amat berpuas hati berbanding dengan pelaburan emas di bank atau syarikat lain. Alhamdulillah, Allah SWT menggerakkan hati saya untuk terus membuat keputusan membeli dan menyimpan dinar emas sebagai pelaburan emas Public Gold.

Semoga perkongsian info saya ini dapat membantu rakan-rakan membuat keputusan yang lebih tepat sebelum melabur.

Dapatkan EBook PERCUMA


Download Ebook 5 Minit Emas

This will close in 0 seconds

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian
Verified by MonsterInsights