Gold Accumulation Program (GAP)

Gold Accumulation Program (Program Akumulasi Emas) bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan emas dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini disokong 100% oleh emas fizikal.

Pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.

Minima pengeluaran adalah 1 gram goldbar. Manakala baki minima dalam akaun hanyalah 1 gram sahaja.

Saya dapati syarat baki minima sebanyak 1 gram dalam akaun simpanan GAP ini jauh lebih rendah daripada syarat yang ditetapkan oleh bank-bank komersial.

Ciri-ciri & Kelebihan:

  • Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24K)
  • Pembelian minimum RM100 atau 1 gram
  • Patuh syariah
  • Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm).
  • Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9
  • Tiada yuran simpanan
  • Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
  • Pengeluaran sekurang-kurangnya 1gm emas fizikal
  • Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan
  • Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction)
  • Diaudit oleh juruaudit bebas
  • Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun

Saya dapati program Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold adalah yang terbaik di Malaysia.

Pelan Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold
Program Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold

Program GAP ni memang sangat sesuai untuk seluruh rakyat Malaysia samada untuk dewasa dan juga terdapat akaun emas untuk anak-anak bersama ibubapa atau penjaga masing-masing kerana syarat buka akaun emas hanyalah serendah RM100 sahaja dan pembelian minimum emas seterusnya dengan gandaan RM100 atau 1 gram emas.

Emas yang disimpan adalah jenis gold bullion dan simpan di Public Gold secara PERCUMA tanpa upah! Anda juga boleh keluarkan minima 1 gram emas pada bila-bila masa tak terikat pada waktu bank.

Emas pelaburan 24K atau emas 999.9 yang anda simpan dalam Program GAP ini disimpan dalam peti simpanan di Public Safe Pulau Pinang dan kesemua simpanan emas anda dilindungi insurans sekiranya apa-apa yang berlaku kepada Syarikat Public Gold Sdn. Bhd.

Mulai 1 April 2015, kerajaan telah melaksanakan Goods and Services Tax (GST) dan telah mewartakan dalam Warta Kerajaan yang boleh dibaca di sini. Dalam Warta Kerajaan tersebut semua jual beli emas berketulenan 995 (99.5%) dan ke atas telah diisytiharkan TIDAK DIKENAKAN GST.

Harga emas semasa untuk pelan GAP ni dikemaskini setiap hari selepas jam 12 tengah malam. Rakan-rakan boleh rujuk harga emas hari ini untuk pelan GAP di Harga Emas Semasa. Sila rujuk pada bahagian yang tertera seperti contoh imej di bawah:

Harga GAP Public Gold
Harga GAP Public Gold

Jika dibandingkan dengan program simpanan emas di mana-mana bank komersial, saya dapati program GAP Public Gold ini bukan sahaja patuh syariah, malah jauh lebih baik daripada yang ada di bank. Minta maaf kepada staf bank yan terlibat ye. Bukan maksud saya nak merendahkan mana-mana bank. Cuma pendapat dan perbandingan peribadi sahaja.

Pada 29 September 2017, panel penasihat syariah Amanie Advisor telah mengeluarkan Sijil Patuh Syariah ke atas aktiviti jual beli emas akaun GAP Public Gold.

Sijil patuh syariah GAP Public Gold 291017
Sijil patuh syariah Program Gold Accumulation (GAP) Public Gold bertarikh 29-10-17

Pengumuman secara rasmi telah dilakukan pada 11.11.2017 lalu di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya.

Mulai sekarang, anda dah tak perlu berasa was-was untuk berjual beli secara online emas pelaburan 24K LBMA yang tidak dikenakan cukai GST / SST melalui akaun GAP. Anda boleh mulakan serendah RM100.

Akaun simpanan emas GAP ada pilihan New Site dan Classic Site

Terdapat DUA (2) jenis Akaun Simpanan Emas GAP:

  • Akaun Simpanan Emas GAP (Dewasa) – Layak untuk usia genap 18 tahun dan ke atas.
  • Akaun Simpanan Emas GAP (Junior) – Layak untuk usia sehari hingga bawah 18 tahun. Kesemua transaksi jual balik / Ar-Rahnu memerlukan akaun bank Ibu / Bapa / Penjaga. Akaun Simpanan Emas GAP (Junior) akan secara automatik bertukar kepada Akaun Simpanan Emas (Dewasa) setelah mencapai 18 tahun dan pemegang akaun perlu mengemaskini profil dan info bank dalam sistem.

AKAUN SIMPANAN EMAS GAP (DEWASA)

Caranya begini:-

Langkah 1: Daftar Akaun SImpanan Emas Dewasa dengan menggunakan borang di bawah.

Isi nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan.
Isi no. IC tanpa sengkang (Contoh: 71234567890)
Isi nombor tanpa sengkang.
Isi alamat e-mel
Sila pilih satu bidang pekerjaan berkaitan anda.

AKAUN SIMPANAN EMAS GAP (JUNIOR)

Isi nama penuh seperti dalam MyKid / Kad Pengenalan.
Isi no. MyKid / IC tanpa sengkang (Contoh: 20234567890)
Isi alamat e-mel khas anak untuk tujuan reset Password. Jika ibu / bapa / penjaga mempunyai akaun GAP e-mel perlu berlainan.
Isi nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan.
Isi no. IC tanpa sengkang (Contoh: 71234567890)
Isi nombor tanpa sengkang.

Langkah 2: Tunggu emel.

  • Saya akan bantu anda untuk dapat PG Code akaun simpanan emas GAP.

Langkah 3: Login dengan menggunakan PG Code dan Password di pautan seperti yang diemel nanti.

  • Saya akan bantu anda untuk proses login secara online ke akaun simpanan emas GAP tanpa perlu ke mana-mana bank atau kedai.

Langkah 4: Buat pembelian minima RM100 menggunakan kaedah FPX dan baki akaun GAP anda akan dikemaskini dalam tempoh 24 jam.

  • Pilih Gold Accumulation Program (GAP)
  • Klik Purchase
  • Isi minima RM100
  • Klik Place Order
  • Pilih pembayaran secara FPX (tiada caj tambahan dikenakan) dan teruskan bayaran sehingga selesai.

Langkah 5: Kemaskini Profil, info Bank Akaun serta Password di web selepas selesai pembelian pertama di Langkah 4.

  • Login menggunakan PG code dan Password and di sini.
  • Scroll terus ke bawah.
  • Klik butang hijau Update Profile dan isi semua ruang serta upload IC depan dan belakang dalam satu dokumen pdf. Klik Submit dan tunggu emel pengesahan dalam 2 hari bekerja.
  • Klik butang hijau Update Bank Info dan isi semua ruang serta upload Passbook atau E-Statement akaun bank anda (sila upload scereenshot paparan atas tanpa tunjuk baki akaun sahaja diperlukan). Sila Google Bank Swift Code anda. Klik Submit.

Selesai.


NOTIS: LANGKAH #1 HINGGA LANGKAH#3 DI BAWAH TELAH DIGANTIKAN DENGAN LANGKAH 1 HINGGA LANGKAH 5 DI ATAS KECUALI JIKA ANDA PERNAH MENDAFTAR MENGGUNAKAN PAUTAN REGISTER DI WEB.

LANGKAH #1 – Lihat harga emas GAP:-

Layari publicgold.com.my. Sila lihat harga 1 gram emas 24K GAP. Harga emas akan dikemaskini selepas setiap jam 12 tengah malam. Jika anda pernah membeli emas Public Gold dan mempunyai kod PG untuk Login, anda hanya terus klik butang ‘Buy GAP’. Jika anda belum pernah membeli emas Public Gold, anda tidak boleh Login lagi.

Layari publicgold.com.my. Sila lihat harga 1 gram emas 24K GAP. Harga emas akan dikemaskini selepas setiap jam 12 tengah malam. Jika anda pernah membeli emas Public Gold dan mempunyai kod PG untuk Login, anda hanya terus klik butang ‘Buy GAP’. Jika anda belum pernah membeli emas Public Gold, anda tidak boleh Login lagi.

Jika anda boleh login, anda boleh menggunakan platform FPX dengan caj RM1 setiap transaksi dengan ikuti langkah yang dipaparkan setelah anda klik butang ‘Buy GAP’.

Jika anda nak jimat RM1 untuk transaksi pembelian emas, anda perlu ikuti Langkah #2 seterusnya.

LANGKAH #2 – Buat pembayaran menggunakan Maybank2u.com.my

Maybank2u

Amat mudah jika anda dah pun ada akaun Maybank2u. Buat bayaran ke akaun Maybank Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di nombor akaun 5571-3923-8048 atau 5071-3410-4563. Buat bayaran untuk mengikut gandaan 1 gram emas GAP atau dalam gandaan RM100.

Nota Penting: Isikan nombor kad pengenalan anda atau kod PG sekiranya ada di bahagian Recipient reference.

Sebagai contoh jika di web Public Gold menunjukkan harga emas GAP seperti berikut:

MYR 100 = 0.5319 gram
MYR 188 = 1.0000 gram

dan anda ingin menyimpan 1 gram, maka transfer duit sebanyak RM188.00. Jika mahu simpan 5 gram emas, maka transfer duit sebanyak 5 x RM188.00 = RM940.00.

Anda boleh juga transfer minima RM100 dan berat emas sebanyak 0.5319 gram (sehingga 4 titik perpuluhan) akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan emas GAP anda.

Gunakan kemudahan ‘Print receipt’ di Maybank2u.com.my untuk menyimpan maklumat pembayaran. Jika anda menggunakan smartfon, sila pastikan anda simpan screenshot terakhir transaksi yang telah berjaya sebagai bukti pembelian emas GAP. Adalah amat penting agar anda TIDAK menggunakan bukti SMS kerana tidak diterima.

Jika anda ada akaun Public Bank, anda juga boleh buat bayaran di akaun Public Bank 3167-52-0833.

Beli emas GAP - pembayaran

Jika anda berada di luar negara, sila masukkan kod Swift berikut:
nombor Swift MBBEMYKL untuk akaun Maybank atau
nombor Swift PBBEMYKL untuk akaun Public Bank.

LANGKAH #3 – Hantar maklumat pembayaran melalui Whatsapp / Messenger / SMS / Emel (Hanya dibuat sekali sahaja semasa buka akaun GAP)

Sila hantar maklumat berikut (sebelum ini hanya 8 perkara sahaja, namun perlu ditambah kepada 14 mengikut peraturan dan undang-undang semasa) melalui emel ke [email protected] dan cc kepada saya di [email protected] (Insya Allah saya akan follow-up):-

  1. Nama penuh (seperti dalam IC):
  2. NRIC atau Kad Pengenalan: xxxxxx-xx-xxxx
  3. No. telefon:
  4. Emel anda:
  5. Tarikh lahir:
  6. Kaum:
  7. Warganegara:
  8. Pekerjaan:
  9. Alamat:
  10. Nama Bank:
  11. Nama Pemegang Akaun Bank (mesti sama dengan nama di No. 1):
  12. Nombor Akaun Bank:
  13. Jumlah bayaran: RM
  14. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf (Sekiranya anda tiada introducer)

Di samping itu, anda perlu melampirkan salinan resit pembelian juga. Anda juga boleh Whatsapp saya semua maklumat di atas di https://akaungap.wasap.my/ agar saya dapat membantu jika terdapat apa-apa masalah.

Oleh itu, saya nasihatkan anda agar menyimpan resit pembelian emas GAP anda dan buat printscreen atau snapshot menggunakan smartfon untuk paparan transaksi akhir setelah bayaran / pindahan dibuat. (Nota penting: Bukti bayaran SMS tidak akan diterima).

Seterusnya, untuk mempercepatkan pengesahan, saya dapati penghantaran maklumat melalui aplikasi Whatsapp adalah yang paling cepat dan senang diterima oleh Public Gold.

Anda hanya perlu ikuti langkah 3 sekali sahaja untuk buka akaun GAP. Selepas pembelian anda disahkan, anda akan menerima kod PG khas melalui emel.

Itu sahaja! Anda hanya perlu tunggu maklumbalas daripada Public Gold sekitar 4-5 jam pada hari bekerja Insya Allah. Anda akan dapat melihat penyata akaun emas GAP anda dalam tempoh 48 jam selepas pengesahan.

Simpanan emas anda di Public Safe adalah PERCUMA dan DILINDUNGI INSURANS sampai bila-bila! Anda boleh juga mengeluarkan emas dari akaun anda pada bila-bila masa dengan caj premium yang terendah di Malaysia!


Caj Gold Premium


Bagaimana nak lihat akaun GAP anda?

Nak lihat akaun emas online GAP anda? Mudah sahaja… hanya Login menggunakan Nama Pengguna (Nombor PG anda) dan Kata Laluan anda di Public Gold > Login. Kemudian klik butang My GAP seperti imej di bawah:-

Sekiranya anda ingin menjual semula, anda boleh jual balik emas dalam akaun GAP pada bila-bila masa tanpa perlu pergi ke mana-mana atau bersusah-payah menunggu giliran. Sila Login ke akaun PG anda dan klik pada My GAP seperti ditunjukkan di bawah.

Pada bahagian atas ada butang “Purchase” iaitu Beli, “Buy-Back” iaitu Jual Semula, “Transfer” iaitu Pindah (hanya kepada akaun PG Mall sahaja) dan “Statement” iaitu Penyata.

Klik butang ‘Purchase’ setelah anda membuat bayaran ke akaun bank Public Gold dan isikan maklumat bayaran seperti yang ada pada salinan resit. Upload salinan resit dan klik butang ‘Request’. Anda boleh Whatsapp ke staff Public Gold untuk kemaskini pembelian terbaharu dengan mesej mudah seperti…

“Salam hormat! Mohon kemaskini akaun GAP saya PGxxxxxxxxx. TQ”.

Insya Allah akaun anda akan dikemaskini dalam tempoh 48 jam hari bekerja. Anda boleh simpan nombor fon staff Public Gold yang boleh didapati di sini.

Sekiranya anda membeli emas GAP melalui platform FPX, insya Allah akaun anda terus dikemaskini dan tidak perlu untuk upload resit ke dalam akaun GAP.

Sila layari Cara Buka Akaun GAP (Gold Accumulation Program) Bagi Yang Tiada PG Code yang ingin menggunakan platform FPX dan baki penyata akan terus dikemaskini secara automatik. Cara buka akaun GAP yang baharu ini lebih mudah mulai 16 Jun 2020.

Anda dinasihatkan untuk mencetak penyata sekurang-kurangnya 6 bulan sekali kerana maklumat transaksi yang melebihi 6 bulan tidak akan dipaparkan.

Sekiranya anda ingin menjual balik emas dalam akaun GAP anda, sila klik “Buy-Back” dan butang “Add New” untuk jual semula emas GAP anda dan lihat harga jual semula seperti yang dibulatkan di bawah. Pastikan harga jual semula emas GAP anda sekurang-kurangnya melebihi 15% daripada harga beli dahulu untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. Kemudian klik butang Request di bawah sekali.

Harga jual semula emas GAP Public Gold

Anda akan mendapat emel dari Public Gold untuk pengesahan jual balik dan sila reply emel tersebut dengan segera jika terdapat kesalahan. Jika tiada kesilapan, insya Allah jumlah duit tunai jualan balik emas GAP akan dimasukkan ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam hari bekerja.

Seperti yang anda lihat di atas, amat mudah berurusan untuk proses jual beli emas di Public Gold dan saya pasti anda akan dapat menjimatkan duit, masa dan tenaga anda berbanding akaun simpanan emas di bank-bank. Malah anda boleh membuat pembelian barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat yang menyertai PG Mall melalui akaun emas GAP.

Setelah anda selesai, anda boleh “Log out” dengan klik pada butang di atas seperti di bawah.

Log out akaun emas GAP

Untuk keterangan lanjut, sila klik kanan (right click) dan ‘save as’ atau ‘save link as’ dalam pdf di link: Gold Accumulation Program (Anda memerlukan Adobe Reader untuk membuka dokumen tersebut).

Jika anda nak buat potongan bulanan dari akaun Maybank anda terus ke akaun GAP, sila layari Cara Buka Akaun Emas Patuh Syariah di sini.

Selepas anda selesai membuka akaun emas GAP Public Gold, sila hubungi saya di https://msuhaimee.wasap.my untuk saya follow-up jika terdapat sebarang kelewatan proses buka akaun GAP.

Saya juga akan menghantar emel tips dan ebook pecuma sebagai panduan untuk rujukan anda pada masa akan datang.

Semoga anda semua success dalam pelaburan emas!!! Insya Allah…

Rahsia Pelaburan Perak dan COVID-19

Rahsia Pelaburan Perak dan COVID-19

Nak tahu rahsia pelaburan perak atau silver semasa wabak COVID-19 atau semasa krisis? Masih tercari-cari jawapan pelaburan emas vs pelaburan perak yang mana lebih menguntungkan?

Jawapannya sangat mudah… timing yang betul.

Bagaimana nak tahu timing yang betul? Jom tonton Rahsia Silver yang disampaikan oleh Mentor Silver En. Syukor Hashim di Re-Play FBLive di bawah:-

https://www.facebook.com/syukorjonaina/videos/2785764914806684/
FBLive Mentor Silver dengan tajuk Rahsia Silver pada hari Jumaat 27/3/2020.
Pelaburan perak Rahsia Silver FBLive En. Syukor Hashim pada 27-03-2020
En. Syukor Hashim ketika menyampaikan FBLive bertajuk Rahsia Silver pada 27 Mac 2020.

Silver merupakan salah satu logam yang mempunyai banyak kegunaannya. Sebanyak 56% daripada kegunaan silver digunakan dalam industri. Manakala 44% lagi adalah untuk kegunaan pelaburan, perhiasan dan barangan silverware.

Apabila аnсаmаn COVID-19 mеnjаdі ѕеrіuѕ di ѕеluruh dunia, ia tеlаh mеrеnсаtkаn ѕеktоr реrіnduѕtrіаn. Kіlаng-kіlаng bаnуаk dіtutuр dаn tіdаk bеrореrаѕі dengan kараѕіtі penuh. Inі mеnуеbаbkаn реrmіntааn ѕіlvеr untuk іnduѕtrі jatuh tеruk.

Harga petrol juga jatuh akibat ketiadaan permintaan kerana kebanyakan penerbangan dibatalkan dan rakyat Malaysia perlu duduk di rumah. Hari ini harga minyak turun sehingga RM1.38/L!

Sеbаb itulah hаrgа silver jatuh ѕеhіnggа 32% dalam tempoh sebulan (Feb-Mac) ѕеkаrаng hаrgа silver hаnуа 12.52 USD/oz minggu lepas (sekitar RM2.15/g) dan naik sedikit kepada USD14.43/oz pada hari ini (sekitar RM2.38/g). Masih murah.

Bауаngkаn apabila wabak COVID-19 ini selesai dan kіlаng-kіlаng mulа dibuka dаn beroperasi. Permintaan аkаn mulаі naik. Aра уаng аkаn tеrjаdі раdа hаrgа ѕіlvеr?

Pаdа pendapat pakar silver sudah pasti harga ѕіlvеr аkаn nаіk kеmbаlі. Itulаh lоgіknуа. Pаdа wаktu іа ѕеdаng jatuh kita boleh mula kumрul ѕіlvеr dengan gunakan duit lebihan simpanan yang kita tak gunakan untuk tempoh 1 hingga 3 tahun.

Bаgаіmаnа саrа tеrmudаh, murаh dan patuh syariah untuk mеlаbur dі dalam silver?

Ada DUA sahaja cara paling mudah, murah dan patuh syariah untuk melabur silver.

  1. Beli silver bar fizikal dan ambil di kedai Public Gold terdekat
  2. Akaun Silver Accumulation Program (SAP) Public Gold.

Mulai FBLive En Syukor Hashim semalam hingga sebelum 12 tengah malam 30 Mac 2020, terdapat promosi pembelian Silverbar atau Akaun SAP seperti berikut:-

1. Peluang Beli dan Menang 10g Goldbar BungaMas, 1g Goldbar LBMA dan Goldcard Folder.

a. Pembelian minima RM1,000 Silverbar ke atas layak dapat kemudahan deposit keselamatan patuh syariah 4X bayar (EPP4) tanpa caj EPP Premium.


b. Pembelian Silverbar 1 kilogram dan 5 kilogram layak dapat kemudahan deposit keselamatan patuh syariah 10X bayar (EPP10) tanpa caj EPP Premium.

Contoh: Silverbar 1 kilogram = RM2,355 boleh bayar sekitar RM235.50 sebulan x 10 dan ambil stok di kedai Public Gold berhampiran setelah selesai bayaran. Jika nak habis bayar awal pun boleh, harga lock RM2,355 kekal sehingga bulan ke-10.


c. Peluang menang hadiah utama 10g BungaMas Goldbar dalam cabutan bertuah bulan April 2020 nanti:
– Beli 250g silverbar dapat 2X peluang
– Beli 500g silverbar dapat 3X peluang
– Beli 1000g silverbar dapat 10X peluang
– Beli 5000g silverbar dapat 50X peluang
– Setiap RM100 pembelian silver dalam Akaun SAP dapat 1X peluang

Cabutan bertuah menang 10g goldbar Public Gold.
Sesi cabutan bertuah semasa FBLive En. Syukor Hashim untuk pemenang 10g goldbar BungaMas Public Gold.

Ingat ya, semalam hingga sebelum 12 tengah malam 30 Mac 2020 sahaja. Selepas promosi tamat tiada kemudahan EPP10 atau dapat peluang cabutan bertuah untuk menang Goldbar dengan nilai sekitar RM2,400!


2. Promosi Dealer Pembelian Silverbar atau Akaun GAP

Alang-alang simpan emas atau silver, simpanlah sebagai Dealer. Seperti saya mula-mula menyimpan dahulu memang tak pernah terfikir nak dapatkan status Dealer. Dahulu promosi Normal Dealer sahaja minima RM30K beli emas.

Jangan risau, ada promosi Dealer Emas dan Akaun SAP lebih murah sekarang…

a. Promosi Normal Dealer Public Gold.

Beli minima 30g Akaun GAP (RM7080) ATAU 2000gram SILVERBAR (1kg×2=RM4790 boleh EPP10) + RM200 Wealth Card untuk dapat status Normal Dealer. Layak dapat status Normal Dealer untuk dapat insentif 1.0% pada setiap pembelian berikutnya. Syarat TAK PERLU hadir PG Golden Tour. Dapat 50× peluang Cabutan Bertuah.

b. Promosi Priority Dealer Public Gold

Beli minima 50g Akaun GAP (RM11,800) ATAU 5000gram SILVERBAR (5kg×1= RM11,893 boleh EPP10) + RM200 Wealth Card  untuk dapat status Priority Dealer. Layak dapat status Priority Dealer untuk dapat insentif 1.5% pada setiap pembelian berikutnya. Syarat TAK PERLU hadir PG Golden Tour. Dapat 100× peluang Cabutan Bertuah.

*NOTA PENTING: Sila catatkan No. IC / PG code di ruangan  Recipient Reference dan PromoFBLive 27032020 di ruangan Recipient reference semasa transaksi bank secara online.

Ingat ya, promosi ini berlangsung bermula semalam hingga sebelum Isnin jam 11.59 tengah malam 30 Mac 2020 sahaja. Selepas tamat perlu beli minima 200g emas untuk Normal Dealer atau 500g emas untuk Priority Dealer. Juga tiada peluang cabutan bertuah untuk menang Goldbar dengan nilai sekitar RM2,400!

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian