Harga Emas Melonjak Ke Paras Tertinggi Sejak Penutupan Bank Silicon Valley!

Apa??? Harga emas melonjak ke paras tertinggi sejak penutupan Bank Silicon Valley, Amerika Syarikat Mac 2023 lalu?

Ya betul… lihatlah paparan harga emas semasa Public Gold Malaysia di bawah..

Harga emas melonjak ke paras tertinggi RM316 segram pada 3 Mei 2023

Apa Yang Menyebabkan Kenaikan Mendadak Harga Emas Pada 3 Mei 2023?

1. Banyak bank besar seluruh negara menambahkan aktiviti pembelian emas, kesan daripada ekonomi yang sedang terjejas dan juga kejatuhan bank2 besar di Amerika Syarikat. Selain daripada itu, pasaran kerja di US turut menunjukkan tanda-tanda aktiviti ekonomi yang perlahan, dengan bilangan pekerjaan menurun lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Mac 2023.

2.Kerajaan Singapura telah menambahkan rizab emas mereka sebanyak 17.3 tan pada bulan Mac 2023, menjadikan keseluruhan rizab emas kepada 222.4 tan (45% lebih tinggi daripada pada akhir Disember 2022).

3. Kerajaan China turut melakukan pembelian emas bulan kelima berturut-turut, dengan jumlah rizab emas China kini berjumlah 2,068.

4. Kejatuhan mendadak dalam saham perbankan di negara Amerika Syarikat hari ini, antara reaksi pasaran kesan daripada kejatuhan beberapa bank besar di Amerika Syarikat iaitu Sillicon Valley Bank, Signature Bank dan First Republic Bank.

Apa Iktibar Pengajaran Yang Kita Dapat?

1. Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi, emas akan sentiasa menjadi safe heaven dan pilihan utama pelabur dan negara.

2. Kegagalan 3 bank terbesar di US dalam masa kurang 2 bulan telah menyebabkan ramai pelabur beralih kepada emas, dan menyebabkan harga emas meningkat.

3. Dalam apa-apa keadaan sekalipun, emas fizikal adalah aset yang paling selamat dan berada dalam kawalan kita sepenuhnya. Sedangkan aset-aset digital yang lain? Tidak berada dalam kawalan kita!

4. Sebagai penyimpan emas, fokus kita bukanlah harga, fokus utama ialah tabungan gram emas bertambah. Penyimpan emas yang berilmu dan tenang akan menang di akhirnya!

Ada persoalan? Layari Persoalan Lazim Berkaitan Pelaburan Emas di sini

Semoga bermanfaat.

Download E-Book 5 Minit Emas Bernilai RM99 Secara Percuma!


Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan
Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan yang amat PENTING elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas.

This will close in 0 seconds