5 Rahsia Pelaburan Emas Hiasan Yang Perlu Anda Tahu

Nak mulakan pelaburan emas hiasan? Sebelum anda teruskan, di sini saya ingin kongsikan 5 rahsia pelaburan barang kemas yang perlu anda tahu agar anda tidak menyesal kemudian hari.

Sudah tentu semua kenal barang kemas sejak dari kecil lagi. Kita semua pernah lihat ibu kita pernah memakai samada rantai emas di leher atau gelang emas di lengan atau cincin emas di jari atau anting-anting emas di telinga. Ibu kita simpan rapi dalam peti khas barang kemas yang biasa diletak di almari cermin muka.

Contoh barang kemas atau emas hiasan yang disimpan dalam peti.

Kisah Saya Pergi Ke Kedai Emas Hiasan Yang Pertama

Seperti anda, masa kecil saya juga hanya kenal emas daripada jenis barang kemas emas hiasan sahaja. Yang saya tahu fungsi barang kemas hanyalah untuk wanita sebagai perhiasan sahaja dan tak lebih dari itu.

Sehinggalah selepas berkahwin dan mempunyai anak pertama, isteri saya Kak Zu, berhasrat nak lihat barang kemas di kedai emas. Katanya emas murah la ni (dengan loghat utagha sebab Kak Zu asal Kedah, saya Johor). Saya dan Kak Zu pun menaiki motor menuju ke kedai emas bersama anak sulung pada petang Sabtu.

Sampai di kedai emas, tauke kedai emas sambut dengan senyuman. Kak Zu terus duduk manakala saya berdiri sambil dukung anak. Kak Zu sembang-sembang dan cabut cincin emas di jari dan minta tauke kedai emas timbang untuk tahu harga.

Selepas tahu harga, Kak Zu minta tauke emas keluarkan beberapa bentuk cincin yang ada dalam cermin display. Kak Zu mula belek-belek, try test pakai di jari dan akhirnya memilih sebentuk cincin yang lebih cantik dan lebih berat!

Saya dah mula berdebar dan tertanya-tanya dalam hati. Eh! Cukup ke duit tunai nak tambah nanti? Haha.. Maklumlah, baru 3-4 tahun bekerja makan gaji yang tak sampai RM1,500 sebulan!

Nak tahu apa jadi selepas tu? Hati yang berdebar-debar menjadi terkejut! Tiba-tiba tauke kedai emas keluarkan beratus-ratus duit tunai dan beri kepada Kak Zu.

Sambil dukung anak, saya terpinga-pinga dan mula rasa takjub dengan kepandaian Kak Zu berinteraksi dengan tauke kedai emas dalam memilih cincin emas yang lebih cantik dan lebih berat di samping dapat duit tunai lagi.

Kisah ini berlaku sekitar 20 tahun yang lalu. Pada masa itulah saya baru tahu barang kemas boleh ditrade-in dan jika kena pada masa yang sesuai, anda boleh dapat barang kemas yang lebih cantik, lebih berat dan duit tunai sekaligus!

Kisah Saya Kenal Dengan Pelaburan Emas

Namun, selepas kisah tersebut saya tak terfikir untuk belajar ilmu mengenai emas. Sehinggalah pada awal tahun 2014, seorang kenalan saya ditahan SPRM kerana terlibat dengan satu skim cepat kaya yang bertopengkan pelaburan emas.

Yang sebenarnya, saya kenal pun tak berapa rapat. Tapi disebabkan beberapa bulan sebelum kejadian, beliau membuatkan rakan-rakan sekerja hangat bercerita tentang kereta mewah BMW yang dipandu ke tempat kerja! Saya hanya perhati dari jauh dan dapat tahu ada bisnes pelaburan emas yang disertai beroperasi dari Hong Kong dan telah memasuki Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Saya pun Google dan mendapati beberapa testimoni kereta mewah dipaparkan di Youtube. Tiada pelan bisnes, tiba-tiba dapat kereta mewah seperti BMW, Mercedes, Ferarri dan Lamborghini!

Saya pun membaca doa lihat kemewahan dunia yang mengagumkan seperti yang diriwayatkan oleh Syaikh Ibnul Utsaimin Rahimahullah mengatakan:

Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam dahulu bila melihat suatu perkara dunia yg membuatnya takjub, beliau mengatakan:

لبيك إن العيش عيش الآخرة

Labbaik, innal ‘aisya ‘aisyul akhirah
Aku penuhi panggilanmu ya Allah, sungguh kehidupan yg hakiki adalah kehidupan akhirat

(HR. Bukhari 2834, Muslim 1805)

Nak dipendekkan cerita, akhirnya saya dengar kenalan saya ditahan SPRM. Alhamdulillah terselamat saya daripada terjebak dalam skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas. Sejak dari hari itu, saya mula mencari info mengenai pelaburan emas.

Rupa-rupanya terdapat berbagai jenis rupa pelaburan emas. Antara yang popular ialah pelaburan emas hiasan. Beli barang kemas masa harga rendah dan jual balik masa harga tinggi.

Tapi… sebenarnya betulkah cara ini boleh dapat keuntungan maksimum?

Pelaburan Emas Hiasan?

Mengapa emas hiasan atau barang kemas lebih diminati untuk tujuan pelaburan emas? Di sini anda akan dapat tahu rahsia pelaburan emas yang berkaitan dengan emas hiasan.

Disebabkan pada masa ini, harga emas dilihat menurun berbanding beberapa bulan yang lalu, ramai yang memilih untuk membeli emas hiasan atau barang kemas. Seperti yang tertera di akhbar Sinar Harian seperti di bawah.

Menurut pakar ekonomi, pulangan emas lebih stabil dan tidak bersifat spekulatif sebagaimana pasaran saham.

Sinar Harian – Masa Terbaik Buat Pelaburan Emas

Pakar emas menyatakan inilah masa untuk tambah simpanan emas. Namun apabila anda nak mula beli emas untuk tujuan pelaburan, ada rahsia ilmu pelaburan emas yang anda perlu tahu.

Jika anda lihat gambar yang digunakan oleh akhbar Sinar Harian di atas, kebanyakan rakyat Malaysia akan tersilap langkah dan terus memilih jenis emas yang paling tak sesuai untuk tujuan pelaburan. 

Rahsia pelaburan emas hiasan dibongkarkan!

Sebenarnya, terdapat beberapa jenis emas di Malaysia dan seluruh dunia yang memberi kelebihan kepada penyimpan atau pelabur emas berbanding emas hiasan atau barang kemas.

Antara jenis emas yang sesuai untuk tujuan pelaburan ialah jongkong emas dan dinar emas 999.9. Anda boleh lihat contoh jongkong emas (Goldbar) dan dinar emas di bawah.

Apa rahsia pelaburan emas hiasan? Rahsianya seperti berikut…

Perbezaan antara emas hiasan dan emas pelaburan

Beza emas pelaburan versus emas hiasan

Berbeza dengan emas hiasan atau barang kemas 999 atau 916, jongkong emas dan dinar emas 999 ini lebih mudah untuk disimpan oleh bukan hanya wanita malah lelaki juga. Jadi tiada banyak isu yang akan timbul bila tiba masa akan datang sebab emas ini boleh diwarisi oleh anak lelaki dan juga perempuan.

Di sini saya nak tunjukkan perbezaan antara jongkong emas  (goldbar) atau Dinar berbanding emas hiasan atau barang kemas seperti yang ditunjukkan di bawah.

Di mana ruginya simpan emas hiasan untuk tujuan pelaburan?

Sebagai contoh pertama, anda beli emas hiasan sekilogram dengan harga RM50,000. Ketika harga emas naik RM100/g kepada RM100,000 anda jual balik dan kedai emas akan tolak RM25,000 sebelum beri baki hanya RM75,000 kepada anda.

Contoh kedua, anda beli emas jongkong atau dinar pelaburan sebanyak RM50,000. Ketika harga emas naik RM100/g kepada RM100,000 anda jual balik dan kedai emas akan tolak RM8,000 sebelum beri baki RM92,000 kepada anda.

Seterusnya setiap emas ada dikenakan kos premium. Kos premium ditakrifkan sebagai kos upah bentuk, kos minting, kos insurans dan kos transport. Kos premium emas hiasan yang paling mahal ialah kos upah manakala tiada kos upah bagi emas pelaburan.

Jadi elakkan dari membeli emas hiasan untuk tujuan pelaburan. Namun, jika anda seorang wanita yang gemar beli emas hiasan, silakan beli emas hiasan. Tiada siapa yang larang.

Jika anda baru tersedar bahawa emas hiasan bukanlah emas yang sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan, jangan bimbang, ada cara mudah untuk tukar barang kemas sedia ada kepada emas pelaburan.

Sila Klik Cara Nak Tukar Emas Hiasan Kepada Emas Pelaburan

Semoga bermanfaat.

Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan

Nak tahu cara pajak gadai Ar-Rahnu untuk dapatkan tunai segera? Anda ada emas dan tercari-cari sistem pajak gadai yang patuh syariah dan mudah? Pada hari ini terdapat banyak kemudahan pajak gadai cara Islam seperti Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam, Ar-Rahnu Pos Malaysia, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu YAPIEM, Ar-Rahnu Agrobank dan sebagainya.

Harap anda bersabar dahulu dan baca  mengenai pengalaman isteri dan saya mendapatkan duit tunai segera dalam masa tak sampai 20 minit! Tak perlu penjamin dan nama anda tidak direkodkan CCRIS atau CTOS.

Dapat tunai segera pajak gadai Arrahnu Koperasi Dagang Emas (KDE) di Public Gold.

Bagaimana caranya? Melalui pajak gadai Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Bhd. Walaupun namanya ada nama Pulau Pinang, tapi pajak gadai Ar-Rahnu dah boleh dibuat di semua cawangan Public Gold di seluruh Malaysia. Anda boleh mendapatkan duit tunai segera daripada kemudahan pinjaman peribadi / pembiayaan peribadi cara Islam yang patuh syariah.

LANGKAH #1: Perlu ada Emas atau Perak.

Pajak gadai emas Koperasi Dagang Emas
Pajak gadai emas Koperasi Dagang Emas
Pajak gadai perak Koperasi Dagang Emas
Pajak gadai perak Koperasi Dagang Emas

Ya! Betul. Sudah semestinya anda perlu bawa emas atau perak ke cawangan Public Gold. Koperasi Dagang Emas (KDE) merupakan Ar-Rahnu pertama yang menerima perak / silver bar sebagai barang cagaran untuk anda mendapatkan duit tunai pinjaman segera. Anda hanya perlu bawa emas atau perak yang anda miliki beserta dengan resit belian serta kad pengenalan anda. Jika anda ada emas / perak jenama Public Gold, tiada resit belian pun tak mengapa.

Nota: Jika anda masih tiada emas / perak pelaburan jenama Public Gold, sila dapatkan emas / perak jenama Public Gold 24K LBMA tanpa GST di sini.

Mudahnya pajak gadai emas pelaburan. Duit dapat buat modal berniaga. Tebus balik dalam masa 6 bulan.
Serahan emas / perak pelaburan jenama Public Gold tak perlu resit belian asal untuk mulakan pajak gadai Ar-Rahnu di Koperasi Dagang Emas (KDE).

LANGKAH #2: Semak Cawangan dan Masa Operasi.

Sudah semestinya anda tak mahu ambil cuti sehari untuk ke bank atau pejabat Ar-Rahnu kerana cawangan terlalu jauh dan masa operasi yang terhad kepada waktu Isnin hingga Jumaat sahaja.

Alhamdulillah anda tak perlu risau sebab tadi, saya dan isteri sampai di cawangan Public Gold Sungai Petani sekitar jam 12.00 tengahari dan pejabat beroperasi bermula 9 pagi sehingga jam 1 petang setiap Sabtu minggu pertama dan ketiga. Jika hari biasa (Isnin – Jumaat) waktu operasi bermula 9 pagi hingga 6 petang.

Oleh itu anda tak perlu rugikan kemudahan cuti atau terpaksa beratur menunggu giliran yang panjang pada waktu puncak operasi di bank komersial seperti Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu YAPIEM, Ar-Rahnu Agrobank dan sebagainya. Malah, nama anda terdedah kepada rekod CCRIS dan CTOS sebagai peminjam di Bank Negara Malaysia. Jika anda bekerja makan gaji samada swasta atau kerajaan, berkemungkinan besar akan susah membuat pinjaman lain.

Saya dan isteri pernah juga ke Ar-Rahnu Pos Malaysia pada hari Sabtu namun hampa kerana walaupun kaunter lain dibuka tetapi kaunter Ar-Rahnu tidak dibuka pada hari Sabtu.

LANGKAH #3: Dapatkan Duit Tunai Anda.

Tak perlu susah-susah bawa macam-macam salinan surat majikan / slip gaji / tandatangan surat perjanjian berpuluh-puluh muka surat. Cukup sekadar turunkan  tandatangan, tulis nama penuh, nombor IC dan tarikh pada belakang surat pajak gadai Ar-Rahnu.

Tandatangan surat pajak gadai Ar-Rahnu
Sesi tandatangan surat pajak gadai Ar-Rahnu KDE di Public Gold.

Tips penting: Sekiranya anda mempunyai emas pelaburan dengan berat 1g, setengah dinar atau 1 dinar, anda digalakkan membuat lebih daripada satu surat pajak gadai agar mudah untuk anda menebus kembali sebahagian berbanding menebus kembali sekaligus. Upah simpan 1 dinar lebih jimat daripada setengah dinar x 2 item.

Itulah sahaja 3 langkah asas untuk ada laksanakan pajak gadai Ar-Rahnu dan anda dapat duit tunai segera melalui pembiayaan / pinjaman peribadi yang patuh syariah tanpa riba’. Tak perlu jual emas / perak anda.

Tips penting: Pastikan anda tidak menggunakan duit tunai hasil pajak gadai emas pelaburan anda untuk tujuan belanja hangus yang tak penting seperti belanja shopping, tukar sport rim kereta. Gunakan duit tunai tersebut untuk aktiviti yang menguntungkan seperti untuk mengembangkan bisnes anda.

Cara Kiraan dan Penebusan Emas di Ar-Rahnu KDE

Akhir sekali, saya akan terangkan persoalan mengenai cara kiraan, nilai marhun dan upah simpan pajak gadai Ar-Rahnu KDE. Nilai marhun 1 gram emas bergantung kepada nilai harian di kedai emas. Kami dapati nilai marhun 1 gram emas pada 19 Ogos 2017 ialah RM254/g. Manakala, upah simpan hanyalah pada kadar 1% sebulan dan anda boleh tebus pada bila-bila masa dalam tempoh 6 – 8 bulan. Jumlah pinjaman duit tunai yang dibenarkan adalah sebanyak 60% daripada nilai marhun.

Contoh pengiraan pinjaman Ar-Rahnu KDE di Public Gold untuk 1 dinar 24K LBMA:

Pajak gadai Ar-Rahnu 1 Dinar LBMA Public Gold 24K.
Pajak gadai Ar-Rahnu 1 Dinar LBMA Public Gold 24K.
  1. Harga 1g = RM254/g
  2. Nilai marhun 1 dinar = 4.25 X RM254 = RM1,079.50
  3. Upah simpan (1%/bulan) = RM1,079.50 X 1% = 10.80 (RM11.00/bulan)
  4. Jumlah duit tunai = RM1,079.50 X 60% = RM647.70

Jika anda nak tebus pada bulan pertama, anda perlu bayar RM647.70 + RM11.00 = RM658.70.

Jika anda nak tebus pada bulan kedua, anda perlu bayar RM647.70 + RM11.00 + RM11.00 = RM669.70 (Hanya tambah upah simpan ikut bulan sahaja).

Jika anda berminat untuk dapatkan emas pelaburan jenama Public Gold, sila dapatkan emas / perak jenama Public Gold 24K LBMA tanpa GST di sini.

Semoga bermanfaat.



PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian