Cara Keluarkan Emas Fizikal Daripada Akaun Simpanan Emas GAP (Gold Accumulation Program)

Anda nak keluarkan emas fizikal daripada Akaun Simpanan Emas GAP (Gold Accumulation Program) di Public Gold?

Caranya amat mudah. Ada dua cara yang anda boleh pilih:-

  1. Ambil sendiri di cawangan Public Gold berdekatan dengan bayar Gold Premium secara tunai di kaunter.
  2. Buat pesanan di dalam akaun GAP menggunakan kemudahan Gold-In-Transit (GIT) Withdrawal. Bayar Gold Premium dan caj kurier berinsurans secara FPX dan tunggu di rumah.

Terpulang kepada keadaan anda. Jika rumah anda terletak berdekatan dengan mana-mana cawangan Public Gold, lebih baik pilih cara 1.

Jika rumah anda jauh dari cawangan Public Gold, lebih baik pilih cara 2.

Kedua-dua cara perlu menepati dua syarat iaitu:-

  1. Anda mempunyai baki minima DUA (2) gram dalam akaun GAP sebab perlu berbaki 1 gram selepas pengeluaran.
  2. Anda perlu bayar Gold Premium seperti yang ditunjukkan di bawah:-
Caj premium pengeluaran emas Public Gold.
Gold Premium untuk setiap pengeluaran emas atau perak secara fizikal daripada akaun emas GAP atau akaun perak SAP.

Keluarkan emas / perak cara ambil sendiri di cawangan Public Gold

Langkah 1: Whatsapp staf di cawangan Public Gold yang terdekat untuk menanyakan stok apa yang ada di sana. Senarai nombor WhatsApp boleh di dapati di sini.

Langkah 2: Tetapkan masa temu janji anda untuk hadir dan ambil stok di cawangan Public Gold tersebut.

Keluarkan emas cara kurier berinsurans

Langkah 1: Whatsapp staf di cawangan Public Gold yang terdekat untuk menanyakan stok apa yang ada di sana. Senarai nombor WhatsApp boleh di dapati di sini.

Langkah 2: Dapatkan invois untuk bayar Gold Premium dan caj kurier.

Langkah 3. Buat bayaran mengikut jumlah invois dengan meletakkan nombor CSO (Customer Sales Order) sebagai rujukan.

Langkah 4: Whatsapp screenshot resit bayaran kepada cawangan Public Gold.

Langkah 5: Boleh lihat status shipping dengan login di web Public Gold dan klik My Shipment. Klik nombor merah di jadual untuk kemaskini alamat penghantaran.

Langkah 6: Tunggu dengan senyuman.

Kadar caj kurier berinsurans

Kadar caj kurier berinsurans bagi Goldbar dan Dinar serta Silverbar adalah terhad dengan nilai maksima RM5,000 sahaja. Oleh itu, berat satu parsel berubah mengikut harga semasa emas atau perak. Berat satu dinar bersamaan dengan 4.25 gram.

Berikut ialah caj Gold-In-Transit yang boleh didapati di web Public Gold.

Caj kurier berinsurans untuk penghantaran emas mengikut jumlah gram ke alamat rumah anda.

Manakala kadar caj Silver-In-Transit di bawah…

Caj kurier berinsurans untuk penghantaran silver mengikut jumlah gram ke alamat rumah anda.

Pengeluaran Goldbar atau Dinar Emas Edisi Terhad

Namun, kadang kala terdapat Goldbar Edisi Terhad yang boleh dikeluarkan secara Gold-In-Transit (GIT) daripada akaun GAP dengan caj yang berbeza dengan pengeluaran Goldbar atau Dinar emas edisi biasa.

Sebagai contoh terdapat 10,000 keping Edisi Terhad 1g Goldbar Frontliners COVID-19 WIRA NEGARAKU yang boleh dikeluarkan secara GIT dari akaun GAP.

Edisi Terhad 1g Goldbar 24K Frontliners COVID-19 dengan tema WIRA NEGARAKU boleh dikeluarkan dari akaun GAP dengan caj Gold Premium RM15 sekeping untuk 2,000 keping yang pertama.

Bermula 13 November 2020, harga Gold Premium dan caj kurier berinsurans bagi setiap keping hanya RM15 terhad untuk 2,000 keping yang pertama dan kedua sahaja. Caj Gold Premium ini bakal dinaikkan setelah batch 2,000 keping yang kedua ini habis dikeluarkan.

Batch 2,000 pertama 1g Goldbar 24k yang boleh dikeluarkan secara GIT dari akaun GAP.
Batch 2,000 kedua 1g Goldbar 24k yang boleh dikeluarkan secara GIT dari akaun GAP.

Mulai jam 9 pagi, 24 November 2020, pemegang akaun GAP boleh mengeluarkan setengah dinar emas yang mesra Ar-Rahn. Setengah dinar emas ini mempunyai berat 2.125g emas 999.9 dari akaun GAP.

Setengah Dinar 24k (2.125g) mesra Ar-Rahnu jenama Public Gold boleh dikeluarkan dari akaun GAP.

Pemegang akaun Gold Accumulation Program (GAP) boleh mengeluarkan setengah dinar (2.125g) menggunakan kaedah Gold-In-Transit (GIT) dengan caj Gold Premium RM15 sekeping.

Kos shipping RM10 (Semenanjung), RM15 (Sabah, Sarawak & Labuan)

Oleh kerana setengah dinar bersamaan dengan 2.125g emas dan syarat minima baki 1.0000g perlu ada selepas keluarkan setengah dinar, oleh itu jika anda nak keluarkan setengah dinar ini, anda perlu pastikan baki akaun GAP anda mencukupi.

Jika tidak cukup baki gram emas dalam akaun GAP anda tidak dapat membuat pengeluaran item half dinar ini. Anda boleh lihat cara pengiraan untuk keluarkan half dinar dari akaun GAP.

Anda tak perlu tambah (Purchase) jika akaun GAP berbaki ..

🔸️5g – 2.125g = 2.875g ✅
🔸️4g – 2.125g = 1.875g ✅

Tapi jika akaun GAP anda berbaki 3 g.. anda perlu top-up (tambah gram dengan klik butang GAP Buy Now (di web) agar cukup sebab..
🔸️3g – 2.125g = 0.875g ❌

Nak tambah gram emas amat mudah melalui transaksi online FPX yang selamat.

Caranya begini…

Step 1: Login di web Public Gold dengan PG code (jika tiada PG code boleh daftar percuma di sini dan ikut panduan yang diemel.

Step 2: Tap Menu > My GAP > Go To New Site > Purchase > Pilih FPX > Isi jumlah minima MYR100 atau Gram agar cukup atau melebihi 3.125g dalam akaun.

Step 3: Tap butang PLACE ORDER dan teruskan dengan pembelian secara FPX hingga selesai.

(Nota: Baki akan dikemaskini di akaun dalam tempoh 24 jam. Jika masih belum kemaskini selepas 24 jam boleh whatsapp saya di https://msuhaimee.wasap.my. )

Step 4: Setelah baki mencukupi, boleh Tap Menu > GIT WITHDRAWAL dan ikut Step yang di tunjukkan di Panduan Pengeluaran Emas Fizikal Secara Gold-In-Transit (GIT).

Semoga berjaya top-up gram emas ya. 😉


Mulai 24 November 2020 juga, pemegang akaun GAP boleh mengeluarkan Edisi Terhad 1g Goldbar dengan tema Quantitative Easing.

Edisi Terhad 20,000 keping 1g Goldbar 24k dengan tema Quantitative Easing boleh dikeluarkan dari akaun GAP mulai 24 November 2020.

Goldbar ini mempunyai kadar caj Gold Premium sebanyak RM20 untuk setiap 1,000 keping yang pertama. Caj Gold Premium akan dinaikkan selepas kuantiti 1,000 keping yang pertama habis dikeluarkan.


Mulai Khamis, 31 Disember 2020 hingga 2 Januari 2021, semua pemegang akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP) boleh mengeluarkan goldbar fizikal serendah 1g daripada akaun GAP dengan gold premium serendah RM11 sahaja setiap item seperti:-

📦 1g Goldbar 999.9 WIRA NEGARAKU
📦 1g Goldbar 999.9 OX 2021
📦 1g Goldbar 999.9 Wedding
📦 1g Goldbar 999.9 Prosperity
📦 1g Goldbar 999.9 SIP Russia
📦 Half Dinar 999.9

Tanpa promosi caj Gold Premium ialah RM15 – RM20 setiap satu item.

Boleh tambah gram kepada minima 2.0000 gram dan layak keluarkan 1.0000 gram dari akaun.

Jika nak keluarkan half dinar boleh tambah gram emas kepada 3.1250 gram dah boleh keluarkan half dinar dari akaun.


Panduan Pengeluaran Emas Fizikal Secara GIT

Anda boleh ikut panduan di bawah untuk pengeluaran secara GIT. Caranya begini:-

  1. Login ke akaun GAP guna web desktop view di fon atau guna PC paling mudah di web Public Gold (klik sini).

👉Nota:
▪️Elakkan guna GAP apps.
▪️Jika masih belum ada PG Code, sila daftar percuma untuk buka akaun GAP dengan klik di sini dan ikuti panduan di emel.

  1. Klik Menu > My GAP > Go To New Site
  2. Klik Menu > Klik GIT WITHDRAWAL. Sila refresh web page jika tiada GIT WITHDRAWAL dipaparkan.
  3. Klik butang merah Troli 🛒dan Add to cart. Isi bilangan gram. Setiap pengeluaran 1g akan dicaj premium RM15 sahaja waktu promosi ini. Terhad 2,000 keping dan caj premium bakal naik selepas itu. Sila refresh web page jika produk habis stok.
  4. Maksima pengeluaran guna GIT ialah 10 keping dalam satu parcel dan caj shipping RM10 sahaja. Jika nak keluarkan 20 keping perlu buat 2 kali transaksi GIT WITHDRAWAL.
  5. Teruskan dan klik SEND TAC NUMBER untuk bayaran secara FPX
  6. Tunggu dengan senyuman di rumah.

Anda boleh juga lihat infografik di bawah sebagai panduan.

Begitulah cara yang mudah nak keluarkan emas fizikal daripada akaun simpanan emas GAP. Tak perlu ke mana-mana untuk dapatkan emas pelaburan yang anda ingin simpan sendiri.

Semoga kita semua selamat dari bahaya wabak COVID-19. Amin



PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian