Pelaburan emas Maybank 2021 merupakan satu akaun pelaburan emas yang popular di Malaysia. Produk berbentuk akaun pelaburan emas yang diberi nama sebagai Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) ini telah dilancarkan oleh Maybank Islamic Berhad (MIB) pada hari Isnin, 17 Mei 2021.
Apa itu Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i)?

Ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya apa itu Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i) ini?
Produk pelaburan emas MIGA-i ini merupakan akaun emas yang pertama membolehkan pelanggan membuka akaun, membeli dan menjual emas, serta memindahkan emas, semuanya secara atas talian melalui Maybank2u.
Produk emas pelaburan yang ditawarkan merupakan emas dengan ketulenan 999.9 yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA) tanpa perlu menyimpan emas atau membimbangkan keselamatan pemegangnya.
Pelanggan boleh memulakan simpanan emas dan melakukan transaksi beli atau jual dengan
nilai serendah RM10. MIGA-i berbeza daripada akaun emas konvensional, kerana akaun emas patuh Syariah ini membolehkan pelanggan menebus baki emas yang ada dalam akaun mereka dengan emas fizikal, dalam denominasi dari sekecil satu gram sehingga satu kilogram emas.
Hukum Pelaburan Emas Maybank
Maybank Islamic Berhad telah menyatakan bahawa hukum pelaburan emas Maybank Islamic di MIGA-i adalah berbeza daripada akaun emas konvensional. Oleh kerana pelaburan emas Maybank patuh syariah, pelanggan akaun MIGA-i tidak perlu risau akan status patuh syariahnya dan dapat melakukan transaksi jual beli dengan hati yang tenang.
Berapa Harga Emas Maybank?
Mengenai harga emas Maybank akaun MIGA-i pula, pelanggan boleh mendapatkannya di laman web Maybank Gold & Silver Counter Rates. Jom lihat ciri-ciri produk akaun emas MIGA-i sebelum anda memulakan pelaburan emas di MIGA-i.
Apabila anda mengetahui harga beli dan harga jual balik sesuatu emas, maka anda akan tahu kadar spread atau selisihan harga emas tersebut. Perbezaan harga beli dan harga jual emas di akaun pelaburan emas MIGA-i didapati sekitar 1.49% untuk emas dengan berat 100 gram ke atas manakala sekitar 2.37% untuk emas dengan berat bawah 100 gram. Sila lihat di bawah.

Ciri-ciri akaun pelaburan emas MIGA-i
Akaun MIGA-i tidak dilindungi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Soalan 1: Apakah Produk Ini?

Soalan 2: Apakah kontrak syariah yang digunakan?
Kontrak Syariah yang digunakan untuk produk ini ialah Musawamah: jualan biasa yang merujuk kepada transaksi dimana pembayaran dan penghantaran emas mestilah dilakukan dengan segera di antara bank dan anda.
Soalan 3: Apakah yang saya perolehi dari produk ini?
Berikut ialah ciri-ciri akaun emas MIGA-i seperti yang tertera dalam dokumen pdf.






Soalan 4: Tidak dijumpai di dalam dokumen. Jadi saya langkau ke Soalan 5.
Mohon maaf kerana saya tidak menjumpai soalan no. 4 di kedua-dua versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dalam dokumen yang disertakan oleh pihak Maybank di sini.
Soalan 5: Berapakah caj dan bayaran yang perlu saya bayar?


Setakat itu sahaja yang saya dapat info daripada dokumen pdf pelaburan emas Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i). Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk kepada laman sesawang pelaburan emas Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i) di sini.
Untuk makluman anda, terdapat akaun pelaburan emas yang patuh syariah yang saya dapati lebih mudah dan tidak tertakluk kepada caj bayaran perkhidmatan atau yuran atau caj penebusan emas fizikal malah caj penghantaran ke rumah yang mahal seperti apa yang ditunjukkan di atas.
Malah jika seseorang yang telah diisytiharkan bankrap sekalipun, masih boleh membuka akaun pelaburan emas ini tanpa perlu membuka atau memiliki akaun bank. Akaun pelaburan emas ini dinamakan sebagai Gold Accumulation Program (GAP) di Public Gold Marketing Sdn Bhd dan disahkan patuh syariah oleh Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor sejak tahun 2017.

Ciri-ciri akaun GAP ini didapati setanding dengan akaun pelaburan emas MIGA-i. Sudah tentu terdapat kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua akaun simpanan emas ini. Apa yang pasti saya telah mengkaji beberapa ciri yang menunjukkan terdapat beberapa kelebihan kepada akaun GAP berbanding MIGA-i seperti berikut:-
Kos penebusan emas fizikal lebih murah
Kos penebusan emas fizikal seperti Goldbar dan Dinar daripada akaun GAP lebih murah berbanding MIGA-i. Sila rujuk posting di Cara Keluarkan Emas Fizikal Daripada Akaun Simpanan Emas GAP (Gold Accumulation Program)
Stok tanpa had
Stok emas dan perak tanpa had kerana Public Gold ada kilang minting di Relau Pulau Pinang.
Public Gold jenama terlaris
Jika anda buat carian di Internet, anda akan dapati Public Gold Marketing Sdn Bhd merupakan jenama emas pelaburan yang sangat dipercayai dan kukuh sehingga Syarikat GLC seperti Pos Arrahnu, pihak kerajaan seperti Jabatan Perdana Menteri telah membuat tempahan khas edisi terhad Goldbar dan Dinar.
Proses jual balik emas yang mudah
Anda hanya perlu login dalam akaun di laman web dengan PG code anda dan klik Menu > Order > Buyback pilih emas yang sama di katalog, pilih cawangan yang terdekat, Add to Cart dan Place Order. Bawa emas anda ke cawangan pilihan dan boleh dapat tunai di akaun bank dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Jika guna Maybank lebih cepat.
Bagaimana cara nak mula buka akaun simpanan emas GAP?
Cara nak mula buka akaun simpanan emas GAP amat mudah dan anak boleh mulakan serendah RM100 atau mengikut bajet 10% daripada pendapatan bulanan seperti yang disarankan oleh pakar kewangan.
Sila isi maklumat anda di borang pendaftaran di bawah ini. Sila ambil maklum, panduan lengkap akan terus diemel kepada anda selepas pendaftaran.
Semoga bermanfaat.