Anda nak tahu promosi belian emas Dinar, goldbar dan akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP)?
Untuk makluman anda, pada masa ini, seramai lebih 670,000 penyimpan emas di Malaysia menunggu-nunggu promosi belian emas samada dalam bentuk dinar, goldbar atau akaun simpanan emas di syarikat jual beli emas terbesar di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Alhamdulillah bermula malam ini ada promosi Dealer melalui belian Dinar, Goldbar dan akaun simpanan emas GAP.
Semua promosi tamat pada jam 11.59PM tengah malam ini, 22 Februari 2022.
Promosi Dealer
Pilihan 1: Normal Dealer
Promosi Normal Dealer Public Gold
1.1 Beli minima 12 dinar emas secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU 1.2 Beli minima 50g emas Goldbar secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU 1.3 Beli minima 50g emas Akaun GAP secara FULL PAYMENT
Wealth Card (order berasingan) untuk dapat 1.0% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya.
Isi remarks: Upgrade ND/PD.
Pilihan 2: Priority Dealer
Promosi Priority Dealer Public Gold
2.1 Beli minima 24 dinar emas secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU 2.2 Beli minima 100g emas Goldbar secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU 2.3 Beli minima 100g emas Akaun GAP secara FULL PAYMENT.
Wealth Card (order berasingan) untuk dapat 1.5% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya.
Isi remarks: Upgrade ND/PD.
Nota: Promosi tamat pada jam 11.59PM 22/2/2022 malam ini!
CARA BELI EMAS DALAM AKAUN GAP
Login guna PG Code dan Password. Jika tiada PG Code boleh daftar percuma di https://www.pelaburanemas.org/akaun-gap/)
Step 1: Beli emas dalam akaun GSAP
Selepas Login tap Menu, Purchase, pilih Pay FPX, isi 50g (ND) atau 100g (PD) dan tap butang Place Order.
Teruskan belian secara FPX sehingga selesai.
Step 2: Beli Wealth Card di web PG dengan login di www.pelaburanemas.org/go/login.php.
Klik Menu, Order dan Purchase Order. Klik Add to Cart, Isi Remark: Upgrade ND/PD dan selesaikan bayaran.
Beri detail belian kepada saya untuk saya bantu upgrade Dealer secepat mungkin.
Semoga berjaya! Jika ada apa-apa pertanyaan boleh terus whatsapp saya di https://promosidealer.wasap.my.
Lebih murah berbanding promosi bulan Februari 2022 iaitu RM50k untuk dapat ND dan RM130k untuk dapat PD.
SEMUA PROMOSI DI ATAS TAMAT PADA JAM 11.59PM TENGAH MALAM 22 FEBRUARI 2022.
Anda nak buka akaun GAP (Gold Accumulation Program) atau akaun simpanan emas patuh syariah?
Anda cuba klik pada butang BUY NOW! di atas tapi anda tiada PG Code untuk Login ke web Public Gold?
Jangan bimbang, di sini saya tunjukkan anda cara nak buka akaun GAP dengan pantas. Minima pembelian emas ke dalam akaun GAP hanyalah sebanyak RM100 sahaja.
Langkah yang saya tunjukkan di bawah boleh diikuti dengan mudah sekiranya anda telah ada akaun bank dengan kemudahan perbankan internet kerana pembelian minima RM100 dilakukan menggunakan platform FPX.
Namun, sekiranya anda tiada akaun bank untuk melakukan transaksi FPX secara atas talian, anda boleh Hubungi saya melalui Whatsapp di sini (opens in a new window).
Untuk teruskan, sila ikuti langkah-langkah di bawah:-
Klik link Whatsapp ini (opens in a new window) untuk dapatkan PG Code sementara anda. Atau anda boleh salin dan tampal perkara 1 hingga 7 di bawah ini ke dalam mesej whatsapp untuk hantar kepada saya Suhaimee di +60197475788.
Salam En. Suhaimee. Saya ingin buka akaun simpanan emas GAP. Berikut ialah maklumat saya:
Nama penuh (seperti dalam IC): pastikan BIN atau BINTI ditaip penuh
Nanti tuan wasap PG Code untuk saya login dengan password IC tanpa sengkang.
Terima kasih.
Langkah 2:
Anda akan dapat emel PG code daripada Public Gold. Anda boleh terus login sementara menggunakan PG code sebagai Username dan IC tanpa sengkang sebagai Password di web Public Gold (opens in a new window).
Nota penting: PG code untuk login sementara ini hanya sah dalam tempoh 7 hari sahaja. Selepas 7 hari, akaun sementara anda akan dibekukan dan tidak dibenarkan mendaftar semula. OLeh itu, sila rancang pembelian emas pertama anda agar tiada masalah teknikal berlaku semasa pembelian pertama nanti.
Selepas login, anda boleh terus klik MENU > HOME. Kemudian klik butang GAP BUY NOW.
Langkah 3:
Teruskan sehingga anda selesai buat pembayaran menggunakan platform FPX dan simpan snapshot akhir transaksi FPX untuk rujukan anda pada masa akan datang.
Selesai.
Untuk lebih mudah, sila download apps PG GAP di link berikut dan anda boleh login menggunakan PG Code sementara dan nombor IC tanpa sengkang.
Nota: PG Apps ini termasuk belian emas dalam akaun GAP untuk simpan di Public Gold, belian secara fizikal (outright purchase) dan simpan sendiri. Belian secara runcit perlu login ke website Public Gold.
Kelebihan buka akaun GAP
Terdapat beberapa kelebihan apabila anda membuka akaun GAP di www.PelaburanEmas.org dan saya Founder Master Dealer PG047646 Suhaimee Manaf sebagai Introducer Public Gold anda.
Akaun GAP ialah akaun simpanan emas PERCUMA seumur hidup dan tiada sebarang caj dikenakan.
Transaksi jual beli telah mendapat sijil patuh syariah oleh Panel Amanie Advisor sejak tahun 2017.
Anak-anak dari umur sehari hingga umur bawah 18 tahun boleh buka akaun bersama ibu / bapa / penjaga.
Jumlah gram direkodkan sehingga kepada 4 titik perpuluhan (kebiasaan akaun simpanan di bank hanya kepada 2 titik perpuluhan sahaja).
Anda akan dimasukkan ke dalam Private Group Telegram yang menghantar info terkini mengenai pelaburan emas dan harga turun dan naik agar boleh jual balik bila harga tinggi dan beli bila harga rendah.
Layari Akaun GAP (Gold Accumulation Program) untuk info penuh mengenai akaun GAP. Cuma langkah buka akaun GAP di sana telah dinaiktaraf kepada yang lebih mudah di sini sejak 16 Jun 2020.
Nak tahu strategi pelaburan emas yang telah terbukti dan dipraktikkan oleh pakar kewangan tersohor di Malaysia?
Ya! Anda berpeluang menjana keuntungan berganda dalam pelaburan emas emas dengan menggunakan strategi yang digunakan oleh pakar kewangan Tuan Azizi Ali.
Beliau adalah seorang mentor kewangan yang telah menulis lebih 30 buah buku mengenai kewangan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Berikut disenaraikan 5 Strategi Utama Pelabur Emas oleh Tuan Azizi Ali:
Strategi Pelaburan Emas No. 1: Bermula Kecil Dahulu
Disarankan bermula dengan 1 gram dahulu pada hari ini. Mengapa perlu beli hari ini? Sebab selepas beli segram barulah kita akan tahu harga selepas ini turun atau naik. Harga belian pertama itulah merupakan tanda aras kepada harga emas pada masa akan datang.
Jika anda nak tunggu masa yang sesuai untuk beli emas, biasanya anda tak akan mula. Nak tunggu harga emas turun? Tiada siapa tahu masa bila emas akan turun. Pakar analisis teknikal harga emas dunia pun tak pernah beri jaminan bahawa analisisnya tepat 100%. Kebiasaan pakar analisis hanya berani menyatakan jangkaan mereka sekitar 70% tepat.
Strategi Pelaburan Emas No. 2: Beli Emas Secara Konsisten
Beli dan Simpan (Labur) Emas Secara Konsisten Setiap Bulan
Strategi ini telah digunapakai oleh beliau sejak berpuluh tahun yang lalu.
Strategi Pelaburan Emas No. 3: Tambah Simpanan Bila Ada Lebih
Tambah Simpanan dan Pelaburan Emas Ketika Menerima “Wang Besar” Atau Durian Runtuh
Contoh bonus tahunan, untung saham dan untung perniagaan.
Strategi Pelaburan Emas No. 4: Melabur Secara Banyak
Mengapa strategi ini digunakan? Baiklah. Jika anda mula melabur 1 gram dan tiba masa harga emas naik RM84/g dalam tempoh 5 bulan. Keuntungan kasar yang anda akan dapat hanyalah RM84.00 sahaja.
Jika anda beli 100g Goldbar pula, dalam tempoh 5 bulan sahaja anda boleh kaut untung kasar sebanyak RM8,400.00!
Oleh sebab itu, pakar kewangan seperti Tuan Azizi Ali menyarankan jika mahu kaut keuntungan besar, melaburlah dalam jumlah yang besar sekurang-kurangnya 100 gram!
Strategi Pelaburan Emas No. 5: Tuntut Ilmu Emas
Dapatkan ilmu mengenai emas dan pelaburan emas sebanyak-banyaknya. Beli dan baca buku-buku mengenai emas pelaburan dan hadiri seminar mengenai emas samada secara bersemuka atau secara maya atau online.
Itu sahaja 5 Strategi Pelaburan Emas Jana Keuntungan yang boleh anda gunakan. Namun, sebenarnya banyak lagi rahsia ilmu emas dapat diterokai apabila anda menceburi pelaburan emas dengan betul.
Anda boleh mulakan serendah RM100 sahaja dahulu untuk mendapat sejumlah 0.3XXX gram emas (bergantung kepada harga harian emas yang dikemaskini setiap hari). Misalnya pada hari ini harga emas ialah RM258/g, maka anda akan dapat 0.3876 gram dalam akaun GAP.
Jika anda terus beli 1 gram lebih mudah nak ingat harga pertama kali anda beli emas untuk dijadikan tanda aras (benchmark) kepada turun atau naiknya harga emas selepas ini.
Mulakan dengan gram emas yang kecil dahulu dengan buka akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP) hanya serendah RM100 sahaja dan anda akan dapat gram emas sehingga kepada 4 titik perpuluhan disimpan dalam akaun GAP yang boleh diakses 24 jam sehari.
Setelah beberapa ketika anda boleh teruskan menyimpan berdikit-dikit secara konsisten. Letaklah sasaran sekurang-kurangnya gram emas bersamaan dengan 3 bulan gaji.
Contoh pengiraan berapa gram emas yang patut anda ada sebagai dana kecemasan selama 3 bulan. Misalnya pendapatan bulanan anda bersamaan dengan RM2,000 sebulan. Ini bermakna anda memerlukan sebanyak RM6,000 sebagai dana kecemasan anda.
Anda nak keluarkan emas fizikal daripada Akaun Simpanan Emas GAP (Gold Accumulation Program) di Public Gold?
Caranya amat mudah. Ada dua cara yang anda boleh pilih:-
Ambil sendiri di cawangan Public Gold berdekatan dengan bayar Gold Premium secara tunai di kaunter.
Buat pesanan di dalam akaun GAP menggunakan kemudahan Gold-In-Transit (GIT) Withdrawal. Bayar Gold Premium dan caj kurier berinsurans secara FPX dan tunggu di rumah.
Terpulang kepada keadaan anda. Jika rumah anda terletak berdekatan dengan mana-mana cawangan Public Gold, lebih baik pilih cara 1.
Jika rumah anda jauh dari cawangan Public Gold, lebih baik pilih cara 2.
Kedua-dua cara perlu menepati dua syarat iaitu:-
Anda mempunyai baki minima DUA (2) gram dalam akaun GAP sebab perlu berbaki 1 gram selepas pengeluaran.
Anda perlu bayar Gold Premium seperti yang ditunjukkan di bawah:-
Gold Premium untuk setiap pengeluaran emas atau perak secara fizikal daripada akaun emas GAP atau akaun perak SAP.
Keluarkan emas / perak cara ambil sendiri di cawangan Public Gold
Langkah 2: Dapatkan invois untuk bayar Gold Premium dan caj kurier.
Langkah 3. Buat bayaran mengikut jumlah invois dengan meletakkan nombor CSO (Customer Sales Order) sebagai rujukan.
Langkah 4: Whatsapp screenshot resit bayaran kepada cawangan Public Gold.
Langkah 5: Boleh lihat status shipping dengan login di web Public Gold dan klik My Shipment. Klik nombor merah di jadual untuk kemaskini alamat penghantaran.
Langkah 6: Tunggu dengan senyuman.
Kadar caj kurier berinsurans
Kadar caj kurier berinsurans bagi Goldbar dan Dinar serta Silverbar adalah terhad dengan nilai maksima RM5,000 sahaja. Oleh itu, berat satu parsel berubah mengikut harga semasa emas atau perak. Berat satu dinar bersamaan dengan 4.25 gram.
Berikut ialah caj Gold-In-Transit yang boleh didapati di web Public Gold.
Caj kurier berinsurans untuk penghantaran emas mengikut jumlah gram ke alamat rumah anda.
Manakala kadar caj Silver-In-Transit di bawah…
Caj kurier berinsurans untuk penghantaran silver mengikut jumlah gram ke alamat rumah anda.
Pengeluaran Goldbar atau Dinar Emas Edisi Terhad
Namun, kadang kala terdapat Goldbar Edisi Terhad yang boleh dikeluarkan secara Gold-In-Transit (GIT) daripada akaun GAP dengan caj yang berbeza dengan pengeluaran Goldbar atau Dinar emas edisi biasa.
Sebagai contoh terdapat 10,000 keping Edisi Terhad 1g Goldbar Frontliners COVID-19 WIRA NEGARAKU yang boleh dikeluarkan secara GIT dari akaun GAP.
Edisi Terhad 1g Goldbar 24K Frontliners COVID-19 dengan tema WIRA NEGARAKU boleh dikeluarkan dari akaun GAP dengan caj Gold Premium RM15 sekeping untuk 2,000 keping yang pertama.
Bermula 13 November 2020, harga Gold Premium dan caj kurier berinsurans bagi setiap keping hanya RM15 terhad untuk 2,000 keping yang pertama dan kedua sahaja. Caj Gold Premium ini bakal dinaikkan setelah batch 2,000 keping yang kedua ini habis dikeluarkan.
Batch 2,000 pertama 1g Goldbar 24k yang boleh dikeluarkan secara GIT dari akaun GAP.
Batch 2,000 kedua 1g Goldbar 24k yang boleh dikeluarkan secara GIT dari akaun GAP.
Mulai jam 9 pagi, 24 November 2020, pemegang akaun GAP boleh mengeluarkan setengah dinar emas yang mesra Ar-Rahn. Setengah dinar emas ini mempunyai berat 2.125g emas 999.9 dari akaun GAP.
Setengah Dinar 24k (2.125g) mesra Ar-Rahnu jenama Public Gold boleh dikeluarkan dari akaun GAP.
Pemegang akaun Gold Accumulation Program (GAP) boleh mengeluarkan setengah dinar (2.125g) menggunakan kaedah Gold-In-Transit (GIT) dengan caj Gold Premium RM15 sekeping.
Oleh kerana setengah dinar bersamaan dengan 2.125g emas dan syarat minima baki 1.0000g perlu ada selepas keluarkan setengah dinar, oleh itu jika anda nak keluarkan setengah dinar ini, anda perlu pastikan baki akaun GAP anda mencukupi.
Jika tidak cukup baki gram emas dalam akaun GAP anda tidak dapat membuat pengeluaran item half dinar ini. Anda boleh lihat cara pengiraan untuk keluarkan half dinar dari akaun GAP.
Anda tak perlu tambah (Purchase) jika akaun GAP berbaki ..
🔸️5g – 2.125g = 2.875g ✅ 🔸️4g – 2.125g = 1.875g ✅
Tapi jika akaun GAP anda berbaki 3 g.. anda perlu top-up (tambah gram dengan klik butang GAP Buy Now (di web) agar cukup sebab.. 🔸️3g – 2.125g = 0.875g ❌
Nak tambah gram emas amat mudah melalui transaksi online FPX yang selamat.
Caranya begini…
Step 1: Login di web Public Gold dengan PG code (jika tiada PG code boleh daftar percuma di sini dan ikut panduan yang diemel.
Step 2: Tap Menu > My GAP > Go To New Site > Purchase > Pilih FPX > Isi jumlah minima MYR100 atau Gram agar cukup atau melebihi 3.125g dalam akaun.
Step 3: Tap butang PLACE ORDER dan teruskan dengan pembelian secara FPX hingga selesai.
(Nota: Baki akan dikemaskini di akaun dalam tempoh 24 jam. Jika masih belum kemaskini selepas 24 jam boleh whatsapp saya di https://msuhaimee.wasap.my. )
Mulai 24 November 2020 juga, pemegang akaun GAP boleh mengeluarkan Edisi Terhad 1g Goldbar dengan tema Quantitative Easing.
Edisi Terhad 20,000 keping 1g Goldbar 24k dengan tema Quantitative Easing boleh dikeluarkan dari akaun GAP mulai 24 November 2020.
Goldbar ini mempunyai kadar caj Gold Premium sebanyak RM20 untuk setiap 1,000 keping yang pertama. Caj Gold Premium akan dinaikkan selepas kuantiti 1,000 keping yang pertama habis dikeluarkan.
Mulai Khamis, 31 Disember 2020 hingga 2 Januari 2021, semua pemegang akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP) boleh mengeluarkan goldbar fizikal serendah 1g daripada akaun GAP dengan gold premium serendah RM11 sahaja setiap item seperti:-
Klik Menu > Klik GIT WITHDRAWAL. Sila refresh web page jika tiada GIT WITHDRAWAL dipaparkan.
Klik butang merah Troli 🛒dan Add to cart. Isi bilangan gram. Setiap pengeluaran 1g akan dicaj premium RM15 sahaja waktu promosi ini. Terhad 2,000 keping dan caj premium bakal naik selepas itu. Sila refresh web page jika produk habis stok.
Maksima pengeluaran guna GIT ialah 10 keping dalam satu parcel dan caj shipping RM10 sahaja. Jika nak keluarkan 20 keping perlu buat 2 kali transaksi GIT WITHDRAWAL.
Teruskan dan klik SEND TAC NUMBER untuk bayaran secara FPX
Tunggu dengan senyuman di rumah.
Anda boleh juga lihat infografik di bawah sebagai panduan.
Sila gunakan Desktop View di fon atau web browser di PC untuk dapat paparan yang lebih mudah.
Pelaburan emas CIMB yang dikenali sebagai e-Gold Investment Account (e-GIA) merupakan salah satu kemudahan menyimpan emas secara elektronik tanpa emas fizikal (perbankan konvensional dan bukan Islamik) yang terdapat di Malaysia.
Akaun pelaburan emas CIMB atau dikenali sebagai e-Gold Investment Account (eGIA).
Akaun pelaburan emas CIMB ini boleh dimohon terus melalui website CIMB yang terdapat di sini. Namun, sebelum anda teruskan, saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang perlu anda ketahui.
Terdapat beberapa persoalan penting yang sering ditanya oleh pelabur emas khususnya pelabur emas Muslim tentang status patuh syariah pelaburan emas CIMB ini.
Seperti yang saya dah maklum di perenggan pertama, akaun pelaburan emas e-GIA di CIMB ini hanya berlandaskan jumlah gram emas yang dibeli dan disimpan dalam bentuk elektronik dan bukan fizikal. Senang cerita akaun pelaburan emas e-GIA ini tidak patuh syariah.
Anda boleh lihat bukti jawapan secara bertulis di Facebook seperti berikut:-
Jawapan pelaburan emas CIMB e-GIA ialah akaun konvensional yang tidak patuh syariah.
Seterusnya, anda akan dikenakan caj / fi sekiranya baki dalam akaun di bawah 5 gram. Nak tutup akaun pun dikenakan caj RM10.
Terdapat caj RM5.00 jika baki akaun pelaburan emas CIMB eGIA anda di bawah 5 gram.
Jika begitu, saya ingin kongsikan kepada anda satu akaun pelaburan emas yang disahkan patuh syariah dan tidak dikenakan sebarang caj / fi / yuran tahunan walaupun berbaki hanya 1 gram sahaja. Simpanan emas pelaburan fizikal secara percuma seumur hidup.
Daftar secara percuma akaun simpanan emas pelaburan GAP sekarang…
Akaun Simpanan Emas GAP (Dewasa)
Akaun Simpanan Emas GAP (Junior)
Terdapat juga kemudahan akaun simpanan emas GAP bagi anak-anak yang berusia bawah 18 tahun. Pendaftaran dibuka ke atas bayi yang telah mempunyai MyKid. Sila daftar dengan menggunakan borang di bawah.
Pelaburan emas Bank Muamalat atau dikenali sebagai Muamalat Gold-i merupakan salah satu jenis simpanan emas pelaburan berketulenan 99.99% dalam bentuk akaun simpanan dan juga emas pelaburan fizikal yang telah dilancarkan oleh Bank Muamalat sejak Februari 2016. (Sila rujuk artikel The Star bertarikh 12 April 2016)
Harga Emas Muamalat Gold-i dan Muamalat Gold-i Physical.
Harga emas pelaburan di Muamalat Gold-i Account dan Muamalat Gold-i Physical pada 29 jun 2020.
Produk pelaburan emas Bank Muamalat Gold-i
Di sini saya mudahkan anda untuk mengetahui beberapa ciri dan kelebihan akaun emas Bank Muamalat dan juga beberapa kekurangan yang mungkin memberi kesan kepada anda sebelum anda mulakan pelaburan emas Bank Muamalat.
Ciri #1 ialah transaksi patuh syariah merupakan perkara pertama yang saya lihat agar transaksi jual beli emas pelaburan tiada melibatkan unsur riba. Setelah diteliti, akaun Muamalat Gold-i telah mendapat pengiktirafan patuh syariah. Alhamdulillah.
Ciri #2 ialah syarikat pengedar emas, jenama dan denominasi emas yang ditawarkan melalui akaun Muamalat Gold-i. Setelah diteliti, Bank Muamalat mendapatkan emas pelaburan daripada syarikat pengedar emas Quantum Metal Sdn. Bhd. yang beralamat di Gelugor, Pulau Pinang.
Ciri #3 ialah jenama yang ditawarkan ialah goldbar Perth Mint dari Australia yang bertaraf LBMA (London Bullion Merchant Association). Oleh itu, transaksi jual beli emas tidak dikenakan cukai GST. Namun, denominasi yang paling kecil ialah goldbar 5 gram.
Ciri #4 ialah kemudahan dan caj buka tabungan emas Bank Muamalat. Akaun simpanan boleh dibuka serendah hanya RM10 sahaja.
Namun, sebelum anda buat keputusan untuk memulakan pembelian emas pelaburan yang pertama di Bank Muamalat samada dengan buka akaun Bank Muamalat Gold-i atau membeli emas pelaburan fizikal Bank Muamalat Gold-i, saya mahu anda tahu beberapa perkara yang mungkin menjadi masalah kepada anda.
Perkara-perkara yang saya nyatakan di bawah ini adalah berdasarkan dokumen “Soalan-soalan Lazim MUAMALAT Emas akaun Gold-i dan Gold-i (Fizikal).
Seperti yang anda semua ketahui, salah satu jenama emas pelaburan yang paling popular dan disukai ramai ialah jenama Public Gold.
Sebagaimana produk akaun emas Gold-i di Bank Muamalat, syarikat emas pelaburan Public Gold juga mempunyai akaun emas pelaburan yang dikenali sebagai akaun GAP (Gold Accumulation Program).
Oleh itu, di sini saya akan bandingkan emas pelaburan akaun Gold-i (MG-i) di Bank Muamalat versus akaun pelaburan emas GAP di Public Gold.
Berdasarkan dokumen no. 1 (Soalan-soalan Lazim MUAMALAT Emas akaun Gold-i), anda akan dapati perkara di soalan dengan NOMBOR berikut:-
No. 1 – Muamalat Emas-i tidak dilindungi oleh PIDM.
Akaun Muamalat Gold-i FAQ 1 – Tidak dilindungi PIDM.
Kelebihan akaun GAP Public Gold berbanding akaun Muamalat Gold-i:
Disebabkan syarikat Public Gold ada kilang menempa emas di Pulau Pinang dan stok emas disimpan di Public Safe, semua akaun GAP di Public Gold dilindungi insurans sehingga RM15 juta oleh Lonpac Insurance Berhad (opens in a new window) dan akan ditambah mengikut jumlah GAP yang disimpan. Oleh itu, anda boleh berasa terjamin untuk menyimpan dalam akaun GAP tanpa had. Malah, anda boleh juga keluarkan dan simpan sendiri dalam bentuk fizikal.
No. 10 – Pengeluaran Goldbar fizikal (telah tiada dalam syarat terkini)
Akaun Muamalat Gold-i fizikal FAQ10 – Goldbar terkecil 5 gram dan paling besar 100 gram.
Pada tahun 2019, klausa di bawah ini dikeluarkan:
Di Bank Muamalat, anda hanya boleh keluarkan denominasi terkecil goldbar 5 gram dan yang paling besar ialah 100g. manakala baki minima yang perlu ada dalam akaun Muamalat Gold-i ialah 5 gram.
Setakat ini, saya dapati Bank Muamalat telah mempunyai denominasi 1 gram seperti yang ditunjukkan di atas. Manakala penebusan minima permulaan dan seterusnya samada akaun Muamalat Gold-i Individu / Bukan Individu adalah dalam gandaan 1 gram atau gandaan RM10.
Kelebihan akaun GAP Public Gold berbanding akaun Muamalat Gold-i:
Di Public Gold, denominasi terkecil yang boleh anda keluarkan ialah 1g goldbar. Baki minima yang perlu ada untuk akaun kekal aktif ialah 1 gram.
No. 11 – Pecahan denominasi terkecil hanya kepada 2 titik perpuluhan.
Akaun Muamalat Gold-i FAQ11 – berat kepada hanya 2 titik perpuluhan.
Kelebihan akaun GAP Public Gold berbanding akaun Muamalat Gold-i:Manakala akaun GAP di Public Gold membuat pecahan denominasi terkecil sehingga kepada 4 titik perpuluhan.
No. 12 – Perlu sediakan notis kepada cawangan untuk mengeluarkan emas.
Pelaburan emas Akaun Muamalat Gold-i FAQ12 – perlu sediakan notis
Pelanggan akaun elaburan emas Muamalat Gold-i perlu menyediakan notis untuk menukar Akaun Emas kepada Akaun Fizikal. Ini merupakan proses birokrasi yang sangat tipikal apabila berurusan dengan pihak bank. Anda boleh bayangkan proses birokrasi menghantar notis kepada bank.
Di Public Gold, anda boleh keluarkan emas pada bila-bila masa bermula Isnin hingga Sabtu kecuali Cuti Umum, Sabtu pertama dan ketiga bermula 9 pagi hingga 6 petang. Hari Sabtu dibuka bermula 9 pagi hingga 1 petang sahaja.
Jika anda nak keluarkan emas, anda hanya semak stok di branch dahulu dengan menelefon / sms / whatsapp kepada staf yang bertugas di branch. Jika stok ada, boleh booking dan keluarkan dari akaun GAP dengan caj premium minima.
No. 15 – Perlu ada akaun simpanan atau semasa sebelum boleh beli emas di akaun Gold-i.
Akaun Muamalat Gold-i FAQ15 – perlu ada akaun sebelum boleh beli emas.
No. 18 – Perlu bawa buku akaun simpanan emas sebelum boleh jual emas di akaun Gold-i.
Akaun Muamalat Gold-i FAQ18 – perlu bawa buku akaun.
Anda boleh bayangkan keadaan di bank masa anda nak buka akaun. Kena minta cuti, kena naik kereta / bas / teksi / motosikal, kena bayar parking kereta, kena ambil nombor giliran, kena tunggu giliran, kena isi borang buka akaun bank. Yang ini paling mengecewakan… nak jual balik pun kena pergi bank dengan bawa buku simpanan emas dan isi Borang Penebusan.
Manakala untuk beli emas di Public Gold, anda tak perlu ada akaun pun tidak mengapa. Anda boleh terus buat bayaran melalui Maybank2u / ATM dan simpan salinan resit. Selepas itu, anda boleh ikuti langkah mudah di bawah:
i. Transfer minima RM100 atau 1g ke akaun Public Gold Sdn. Bhd. (Maybank – 5571-3923-8048)
ii. Whatsapp kepada saya +60197475788 Suhaimee Manaf atau emel: gap @ publicgold.com.my dan cc ke suhaimee @ pelaburanemas.org salinan gambar RESIT transfer beserta maklumat Nama penuh, IC, emel dan nombor telefon.
Itu sahaja! Insya Allah emas dengan berat sehingga 4 titik perpuluhan akan ditunjukkan dalam penyata akaun GAP dalam tempoh 24 jam hari bekerja. Sangat mudah tanpa birokrasi.
Jika anda nak jual balik emas dalam akaun GAP, anda tidak perlu pergi ke kedai Public Gold. Apabila harga emas GAP telah meningkat melebihi 15% daripada harga asal pembelian, anda boleh terus Login di web Public Gold, klik MyGAP, klik Buy Back, isikan jumlah gram yang anda mahu jual balik (dengan syarat ada baki minima 1g selepas jual) dan akhir sekali klik Request. Tunggu pengesahan dan duit tunai akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 48 jam. Itu sahaja! Tiada birokrasi dan tak perlu bersusah payah ambil cuti.
No. 27 – Kadar spread harga emas pelaburan fizikal Muamalat Gold-i dan Akaun GAP tidak melebihi 10% .
Akaun Muamalat Gold-i FAQ27 – spread emas tidak melebihi 10%.
Untuk pengetahuan anda, kadar spread yang disyorkan oleh pakar emas seluruh dunia adalah tak melebih 10%. Anda boleh kira sendiri dengan menggunakan formula berikut:-
Formula Susutnilai atau Spread (%) = [(Harga Jualan – Harga Belian)/ Harga Jualan] X 100
Muamalat Gold-iAccount: Harga bank jual = RM177.79/g; Harga bank beli balik = RM165.13. Spread = 7.67%.
Public Gold akaun GAP: Harga kedai jual = RM181/g: Harga kedai beli balik = RM165/g. Spread = 8.84%.
Di sini, kadar spread akaun Muamalat Gold-i Account adalah lebih rendah berbanding Akaun GAP Public Gold. Namun kedua-duanya masih di bawah paras 10% seperti yang disyorkan oleh pakar emas seluruh dunia.
No. 32 – Ada yuran penukaran untuk keluarkan emas fizikal dari akaun Gold-i.
Akaun Muamalat Gold-i FAQ32 – yuran penukaran keluarkan emas.
Contoh pengiraan untuk keluarkan denominasi 5g emas fizikal daripada akaun Gold-i:
– Harga emas fizikal LME (6/4/18) = RM184.02/g
– Perbezaan (%) antara harga emas fizikal berbanding akaun Gold-i = (RM184.02-RM177.79) X 100 / RM184.02 = 3.39%
Maka, Yuran Penukaran = RM184.02/g X 5g X 0.0339 = RM31.19
(Sila maklumkan kepada saya dengan reply di bawah jika cara pengiraan saya ada kesilapan sebab inilah yang saya faham berdasarkan dokumen Muamalat Gold-i).
Berbanding dengan caj premium pengeluaran emas fizikal 5g daripada akaun GAP Public Gold hanyalah RM10 sahaja (Semenanjung) atau RM15 sahaja (Sabah & Sarawak).
Caj premium pengeluaran emas Public Gold.
Akhir sekali, kelebihan akaun simpanan GAP di Public Gold yang paling hebat jika dibandingkan dengan akaun Gold-i Bank Muamalat malah jika dibandingkan dengan mana-mana akaun pelaburan emas yang terdapat di Malaysia ialah anda boleh dapatkan duit tunai segera dengan memajakkan secara Ar-Rahnu emas di dalam akaun GAP tanpa perlu keluarkan emas tersebut!
Minima berat emas yang perlu ada untuk proses pajak Ar-Rahnu dalam akaun GAP ialah 5 gram. Nilai marhun akan berdasarkan nilai harian segram emas GAP. Manakala nilai pinjaman ialah 70% daripada nilai marhun. Kadar upah simpan hanya 1% untuk tempoh 6 bulan.
Sebenarnya ada banyak lagi yang saya nak tunjuk… tapi blog ini akan menjadi terlalu panjang dan mungkin anda berasa berat nak membaca sampai habis.
Saya dah tunjukkan kepada anda perbezaan antara produk pelaburan emas Bank Muamalat vs Public Gold. Sekarang terserah kepada anda untuk buat keputusan.
Jika anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas di Public Gold, anda boleh terus isi borang pendaftaran di bawah ini untuk buka akaun patuh syariah Gold Accumulation Program (GAP) untuk dapat nombor akaun PG dan password.:
Selepas mendaftar, anda akan dapat makluman dari saya untuk dapat akses ke akaun GAP dengan menggunakan Login Username dan Password anda.
Anda nak tahu harga emas pelaburan pada hari ini Sabtu, 20-6-2020 dan pergerakan harga emas akaun simpanan GAP (Gold Accumulation Program) pada Ahad (21-6-2020) dan seterusnya Isnin (22-6-2020)?
Jangan bimbang, di sini saya akan beri sedikit penerangan bagaimana anda boleh tahu pergerakan harga emas pelaburan dalam simpanan emas akaun GAP di Public Gold.
Sila perhatikan jadual harga dan penerangan yang di berikan dalam petak.
Di sini saya nak maklum bahawa harga emas akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP) yang dipaparkan pada RM259/g hari ini akan berkekalan sehingga jam 11.56 malam ini sahaja.
Sebab harga emas fizikal ditutup pada RM259.20/g pada jam 11.56am tengahari tadi, harga emas GAP akan dikemaskini kepada RM260/g pada jam 11.56pm tengah malam ini dan berkekalan hingga Isnin 22-6-2020.
Jika anda dah ada akaun GAP dengan PG code dan nak tambah gram emas dalam akaun GAP bolehlah berbuat demikian sebelum jam 11.56 malam ini.
Jika anda nak jual gram emas dalam akaun GAP (jika harga masa beli dulu RM200/g) bolehlah berbuat demikian mulai esok hingga Isnin 22/6/2020.
Banyak kelebihan akaun GAP ini, antaranya amat mudah pemegang akaun nak lakukan transaksi jual atau beli secara online dan tidak tertakluk bila dan di mana anda berada.
Asalkan anda ada data mobile internet atau boleh tumpang Wifi di kedai mamak sekalipun sebab ditunjukkan juga link untuk anda memasang aplikasi akaun simpanan emas dan perak Gold / Silver Accumulation Program (GSAP apps).