Tag Archives: emas fizikal

Pelaburan Emas – Berapa Banyak Nak Melabur Emas?

Posted on by 0 comment

Mulakan pelaburan emas? Sudah tentu. Tetapi … Berapa banyak nak melabur emas?

Terdapat jawapan ringkas untuk soalan ini iaitu sekurang-kurangnya 10% daripada portfolio pelaburan anda.

Itulah yang dicadangkan oleh pakar kewangan dunia. Pemilikan emas pelaburan dan logam berharga lain dalam bentuk fizikal dan menyimpan secara peribadi di luar sistem perbankan, yang membentuk sekurang-kurangnya 10% daripada nilai kewangan anda.

Pelaburan emas ini akan sentiasa mempunyai kecairan segera sekalipun krisis ekonomi melanda negara yang menghalang anda daripada mengakses aset lain. Tidak ada cara pemeliharaan kekayaan yang lebih baik.

Terdapat, sudah tentu, pendapat dan pertimbangan lain untuk situasi tertentu anda.

Salah satu pendapat lain mengenai berapa banyak jumlah emas pelaburan adalah dengan menggunakan pendekatan empat bahagian iaitu emas, bon, ekuiti dan tunai pada tahap 25% setiap satu.

Walau bagaimanapun, apabila tinjauan peribadi pelabur emas di beberapa negara besar seperti Amerika menunjukkan bahawa 30% daripada mereka mengagihkan 80% portfolio pengurusan kekayaan mereka kepada emas.

Keputusan sedemikian tidak dibuat tanpa sebab. Apa yang berlaku di dunia di sekeliling anda boleh sama pentingnya dengan apa yang berlaku dalam hidup dan kewangan anda.

Sebagai contoh, pada tahun 2002, dunia berada dalam krisis defisit kredit-bank. Pada masa itu, terdapat pakar kewangan yang menasihatkan pelanggan pelaburannya untuk meletakkan sehingga 50% aset mereka menjadi emas fizikal. Ini adalah bukti betapa dahsyatnya keadaan kewangan pada masa itu.

Namun pada hari ini, ramai pakar pelaburan emas dunia, melihat situasi kewangan di seluruh dunia adalah lebih buruk berbanding pada tahun 2002. Perlindungan kekayaan lebih kritikal berbanding sebelum ini.

Ramai pelabur bertanya berapa peratus aset kewangan mereka perlu disimpan dalam bentuk emas fizikal? Sesetengah pelabur yang benar-benar prihatin dengan sistem kewangan mempunyai pegangan emas mulai 60 hingga 80%, termasuklah pelaburan  perak.

Namun, anda tak perlu tamak, memiliki sekurang-kurangnya 10% aset anda dalam emas akan memastikan keselamatan portfolio kewangan anda. Para pelabur emas harus menentukan sendiri peratusan yang mereka rasa selesa.

Pada pandangan pakar kewangan dunia, pelaburan emas atau logam berharga yang lain seperti perak sepatutnya mencukupi untuk ditunaikan sekiranya terdapat krisis dalam sistem kewangan yang menghalang akses kepada pelaburan lain atau menjadikannya tidak mungkin untuk mendapatkan tunai dari aset lain.

Yang penting untuk diingat ialah emas dan perak adalah wang dan mudah dicairkan menjadi tunai segera. Sepanjang sejarah, di setiap negara di mana terdapat krisis kewangan yang serius, emas dan perak selalu berfungsi sebagai wang atau barang tukaran.

Emas boleh memainkan empat peranan asas dalam portfolio kekayaan anda:

  1. sumber pulangan jangka panjang,
  2. sumber kepelbagaian yang dapat mengurangkan kerugian semasa tekanan pasaran,
  3. aset mudah cair tanpa risiko hutang yang telah mengatasi mata wang fiat dan
  4. cara untuk meningkatkan prestasi keseluruhan portfolio kewangan anda.

Oleh itu, kepada anda yang belum bermula… masih belum terlambat kerana masa masih sesuai untuk mulakan pelaburan emas.

Jika dilihat carta harga emas dunia berbanding USD masih berlegar sekitar USD1,300. Mengikut analisis teknikal pergerakan harga emas dunia dijangka akan mula melepasi paras USD1,350 selepas Oktober 2019.

Carta harga emas vs USD

 

Anda tak perlu susah payah mendapatkan emas pelaburan goldbar, dinar atau dirham fizikal daripada negara-negara Barat. Malah, anda juga tak perlu bersusah payah membawa masuk logam berharga daripada Thailand, Jepun atau China.

Pada masa ini terdapat kemudahan pemilikan emas dan perak secara fizikal di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Saya telah menyediakan panduan mudah untuk anda memulakan pelaburan emas dengan memiliki emas fizikal secara mudah, murah, sah dan patuh syariah di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Jika anda masih belum mendapatkan panduan memulakan pelaburan emas fizikal tersebut, sila isi nama dan emel anda di sini.

Mudahnya Buat Pelaburan Emas Untuk Anak-Anak

Posted on by 2 comments

Anda nak buat pelaburan emas untuk anak-anak? Alhamdulillah… Syukur kepada Ilahi kerana pada hari ini, amat mudah untuk melabur emas pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada untuk anak-anak.

Seperti yang saya ceritakan di halaman “Mengenai Saya“, Alhamdulillah, Allah Taala mengurniakan kepada kami 7 orang cahayamata – 3 puteri dan 4 putera. Pada 17 September 2015, dalam bulan Zulhijjah sebelum berakhir tahun 1436H anak sulung saya berusia 16 tahun telah dapat syahadah hafazan 30 juzuk Al-Quran. Selang beberapa minggu kemudian, pada 28 Oktober 2015, anak yang kedua (14 tahun) telah dapat mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Pada 17 November 2015 pula, anak yang ketiga (12 tahun) telah mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR.

Slip keputusan 5A UPSR Umair. Tahniah!

Slip keputusan 5A UPSR Umair. Tahniah!

Alhamdulillah, pihak sekolah telah memberi ganjaran kepada pelajar yang cemerlang 5A dalam UPSR sebanyak RM500.00!

Dapat 5A UPSR hadiah wang pos RM500

Sumbangan sekolah kepada Umair dapat 5A – hadiah UPSR RM500 dalam bentuk wang pos.

Oleh kerana ayah dan ibu mereka telah mendapat ilmu mengenai pelaburan emas, maka duit sebanyak RM500.00 tersebut disimpan dalam bentuk emas dengan membuka akaun emas GAP. (Sila lihat apa itu akaun emas GAP di sini).

Rezeki Umair bertambah apabila bapa saudaranya juga turut memberi sumbangan duit tunai menjadikan kesemuanya berjumlah RM750.00!

Kami memanfaatkan sumbangan tersebut dengan membuka akaun pelaburan emas GAP. Kesemuanya saya lakukan hanya dari telefon pintar sahaja! Amat menakjubkan dan saya sungguh senang hati kerana tak perlu keluar rumah, tak perlu bazirkan petrol walaupun pada hari ini harga petrol RON95 turun RM0.10 kepada RM1.85 seliter. Juga saya tak perlu ambil cuti untuk buka akaun pelaburan emas anak dan tak perlu bazirkan masa, tak perlu bayar parking kereta dan tak perlu beratur atau menunggu lama.

Hanya melalui telefon pintar menggunakan aplikasi Maybank2u.com.my saya terus membuat pembelian emas pelaburan GAP sebanyak 4 gram X RM159.00 (harga emas GAP pada 31 Disember 2015) = RM636.00. Seterusnya saya Whatsapp ke nombor telefon bimbit Person In-Charge (PIC) cawangan terdekat Public Gold (Dalam kes saya Pn Latifah Public Gold Cawangan Sungai Petani) seperti berikut:-

Mudahnya buka akaun pelaburan emas GAP

Mudahnya buka akaun pelaburan emas GAP

Jika anda nak buka akaun anak anda buat pertama kali… anda perlu bank in ke akaun Maybank Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di nombor akaun 5571-3923-8048 ATAU  akaun Public Bank 3167-52-0833.

Setelah anda selesai bank-in, anda hanya perlu hantar kepada staf Public Gold HQ maklumat berikut (sekiranya anak anda di bawah 18 tahun):-

  1. Nama penuh anak:
  2. No. IC/Mykid anak:
  3. Nama ibu/bapa:
  4. No. IC ibu/bapa:
  5. No. H/P ibu/bapa:
  6. Emel anak:
  7. Jumlah bayaran (RM):
  8. Masa & Tarikh Bayaran:
  9. Introducer: (Jika tiada, boleh letak PG047646 Suhaimee Manaf).
  10. Salinan gambar resit (bukan pdf).

Anda boleh Whatsapp semua info di atas ke nombor 017-4866916.

Itu sahaja… Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar dan Puan Latifah dari PG Cawangan Sungai Petani telah mengesahkan penerimaan bayaran untuk pembelian sebanyak 4 gram emas pelaburan GAP.

Akaun pelaburan emas GAP ini patuh syariah kerana setiap gram emas yang dibeli merupakan emas fizikal dan anda boleh keluarkan emas GAP dalam bentuk goldbar 999.9 atau dinar 24K pada bila-bila masa. Apa yang perlu anda lakukan ialah menghubungi PIC Cawangan Public Gold dan buat permohonan pengeluaran jenis dan berat emas yang anda ingin keluarkan dengan syarat tinggalkan minima 1 gram emas dalam akaun GAP tersebut. Jika anda keluarkan semua sekali emas GAP maka akaun anda dianggap tidak aktif dan anda perlu membayar RM50 untuk mengaktifkannya semula.

Setiap jenis dan berat emas yang anda keluarkan akan dikenakan caj premium yang paling minimum. Anda boleh lihat senarai caj premium di bawah ini…

Caj premium emas Public Gold

Caj premium emas Public Gold. Buat bayaran tunai semasa anda mengambilnya di Public Gold.

 

Oleh yang demikian, buatlah keputusan yang terbaik untuk diri dan keluarga anda. Lindungilah kekayaan anda sekeluarga dengan memiliki emas. Ketahuilah bahawa dengan menyimpan duit kertas Ringgit Malaysia akan mendedahkan kekayaan yang anda usahakan kepada risiko inflasi dan susutnilai wang kertas pada masa akan datang.

Kasihanilah diri anda sekeluarga. Buatlah keazaman agar anak cucu cicit kita tidak perlu buat pinjaman bank untuk beli kereta dan rumah pada masa akan datang. Satu dinar emas 1,400 tahun dahulu boleh beli seekor kambing… begitu juga satu dinar emas pada hari ini boleh beli seekor kambing. Lihatlah kekuatan nilai emas yang begitu ampuh dan tak ditenggelam dek zaman.

Apa tunggu lagi.. bukalah akaun pelaburan emas GAP sekarang!

(PERHATIAN: Jika anda tiada nombor Introducer, anda boleh gunakan nombor Introducer saya PG047646.)

Selamat berjaya dalam pelaburan emas…

Pelaburan Emas di Brunei

Posted on by 0 comment

Dua hari lepas saya ada menerima pertanyaan mengenai pelaburan emas di Brunei daripada seseorang yang bernama Encik Abu Bakar Hj Mohd. Bekir menggunakan borang “Hubungi Saya“. Saya dah jawab pertanyaan beliau dan cuba menghantar melalui emel suhaimee@pelaburanemas.org dan juga emel peribadi saya namun tidak berjaya kerana saya mendapat mesej emel MAILER-DAEMON menyatakan alamat emel beliau tidak dapat dicapai.

Oleh yang demikian saya mengharapkan Encik Abu Bakar dari Brunei dapat membaca posting ini.

Mesej beliau seperti berikut:-

Assalamualaikum encik suhaimee, saya dari Brunei Darussalam dan sangat tertarik dengan pelaburan emas. saya merancang melabur emas sebelum saya menamatkan perkhidmatan dalam masa 3 tahun. Bolehkah saya mengikuti pelaburan emas melalui online? Di Brunei bank daripada Malaysia yang ada disini ialah MAYBANK sahaja. Harap encik Suhaimee terangkan lebih jelas.

Daripada Abu Bakar (Brunei)

Wa’alaikumussalam Encik Abu Bakar,

Terima kasih kerana menghubungi saya di PelaburanEmas.org. Pertama sekali saya minta maaf kerana terlewat respond emel tuan.

Yang keduanya, saya mohon maaf kerana masih kurang arif berkaitan peraturan pelaburan emas di Brunei. Pada pendapat saya jika tuan ingin membeli emas secara online tiada masalah.

Terdapat dua kaedah:-

  1. Tuan boleh beli emas melalui Maybank2u dan simpan secara percuma di
    Public Gold melalui Program GAP seperti yang saya terangkan di sini tanpa perlu mengeluarkan emas tersebut sampai bila-bila. Kemudian ketika harga emas naik melebihi 20% atau mencapai harga yang tuan ingin jual balik, maka tuan boleh lock secara online kemudian pihak Public Gold akan bayar terus masuk Maybank tuan di Brunei. Ada caj TT yang akan dikenakan jika tak silap untuk transaksi di Maybank (sekitar 0.125% + processing fee, tuan perlu semak dengan bank di Brunei).
  2. Setelah mendaftar di www.publicgold.com.my, tuan boleh beli secara online samada jongkong emas atau dinar emas wafer 999 (24K) LBMA melalui Maybank2u dan dapatkan emas fizikal. Tapi jika tuan nak dapatkan emas fizikal ke Brunei melalui pos mungkin ada risiko kastam di sana. Jika tidak, tuan bolehlah  mengambil emas fizikal di Cawangan Public Gold yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat caj penghantaran mengikut jenis emas dan berat masing-masing dan tuan boleh dapati di sini Atau, jika tuan setuju, saya boleh tolong poslaju ke Pejabat Pos Limbang, Sarawak dan tuan boleh ambil di sana.

 

Apa-apapun, saya lebih pilih tuan buat pelaburan emas di Brunei dengan menggunakan kaedah yang pertama kerana tak perlu susah-susah dapatkan emas fizikal dari Malaysia. Tuan boleh letakkan nama tuan atau nama waris tuan melalui program GAP dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk tuan menukarkan gold bar 24K yang tuan beli dan simpan di Public Gold kepada duit tunai dan terus dimasukkan ke dalam akaun Maybank di Brunei.

Caranya ialah tuan boleh daftar dahulu di www.publicgold.com.my dengan langkah yang saya terangkan di Pendaftaran Percuma.

Sebelum saya akhiri posting ini, saya ingin menasihati sahabat-sahabat pengunjung laman web PelaburanEmas.org untuk menyemak alamat emel yang diisi di dalam borang ‘Hubungi Saya’ agar saya boleh menjawab kepada anda semua.

Selamat melabur emas dan semoga memberi keuntungan kepada Encik Abu Bakar Hj Mohd Bekir dari Brunei.

 

wpChatIcon
PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian