Nak Jual Emas? Siapa Yang Nak Beli Emas?

Anda ada emas dan nak jual emas? Namun anda ragu-ragu untuk cari pembeli emas. Bimbang dan risau nak jual emas sedangkan anda perlukan duit tunai dalam sehari dua ni!

Tak kisahlah apa jenis emas pun anda ada, samada gelang emas, rantai emas, goldbar, Dinar Kelantan, Dinar Mekah, Kijang Emas, emas Sri Ayu, emas GCR, emas Habib Jewels, emas Poh Kong, emas Wah Chan, emas Sri Pinang, emas Sri Harmoni dan banyak lagi jenama emas yang anda simpan…

Barang kemas
Gold bar atau jongkong emas
Gold bar atau jongkong emas
Syiling dinar emas
Syiling dinar emas

Apa anda nak buat? Jangan risau, sebab pada hari ini anda boleh tukar apa jua jenis simpanan emas yang anda ada kepada duit tunai tanpa perlu buat pinjaman di bank untuk dapat duit tunai segera! Anda boleh jual balik sebarang barang kemas atau jongkong emas jenama lain kepada duit tunai.

Kemudian anda boleh membeli produk Public Gold dengan harga yang tertinggi di Malaysia. Pelan ini dinamakan X-Plan (trademark).

Anda boleh trade-in apa juga jenama emas anda di Public Gold. Perlu diingat proses trade-in emas atau perak jenis pelaburan (bukan emas hiasan) tertakluk kepada syarat yadin bi yadan yang patuh syariah.

Jual emas untuk duit tunai

Bagaimana? Caranya mudah sahaja iaitu anda pastikan nilai tunai emas pelaburan Goldbar atau Dinar yang anda jual. Selepas dah setuju, anda boleh terus beli emas yang baharu dengan nilai duit tunai yang and dapat tadi. Itu sahaja.

Nilai transaksi untuk X-Plan ini akan berdasarkan harga semasa yang tertera di laman web Public Gold (www.publicgold.com.my)

Anda boleh bawa sebarang jenama emas yang anda ada ke cawangan terdekat Public Gold. Sila hubungi dahulu cawangan Public Gold yang terdekat seperti yang boleh anda dapati di link “Cawangan Public Gold di Malaysia“.

Anda boleh menggunakan aplikasi Whatsapp ke talian telefon bimbit yang tertera untuk setiap cawangan tanpa perlu bazirkan credit telefon bimbit anda… nak guna Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris pun tiada masalah. Apa yang penting anda perlu perkenalkan diri anda dahulu dengan maklumat seperti berikut:-

Hai Nama PIC (Person In Charge).
Nama: Fulan bin Fulan
IC: 987654321000
Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf
Pertanyaan: Saya ingin jual balik emas jenama X saya kepada tunai. Bila saya boleh hadir? Sekian TQ.

Sila bawa screenshot e-statement akaun bank / muka depan buku bank anda untuk diserah kepada staf Public Gold kerana bayaran tunai akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Oleh kerana seluruh dunia termasuk negara kita dilanda wabak COVID-19 sejak akhir tahun 2019, anda perlu set temujanji secara online dahulu untuk pergi ke cawangan terdekat.

STEP 1: Sila daftar secara percuma di Public Gold. Isikan password no kad pengenalan anda tanpa sengkang dahulu.

STEP 2: Anda boleh klik link ini untuk membuat tempahan tarikh dan masa ke sana.

STEP 3: Selepas anda klik link tersebut anda tutup mesej pop-up dengan klik butang pangkah di atas kanan.

STEP 4: Kemudian sila pilih cawangan terdekat dan pilih Walk in enquiry.

STEP 5: Seterusnya, anda pilih tarikh dengan klik pada tarikh yang anda rancang nak ke sana. Jika tarikh tersebut penuh, anda klik > di sebelah kanan untuk scroll tarikh ke kanan.

STEP 6: Klik semua tarikh hingga anda jumpa tarikh yang ada paparan masa seperti di bawah:

STEP 7: Seterusnya, anda hanya perlu isikan maklumat peribadi anda dengan lengkap dan klik butang Book Appointment..

Itu sahaja! Sila screenshot bukti tempahan temujanji anda untuk followup dengan cawangan Public Gold pilihan anda. Sila Whatsapp screenshot tersebut kepada staf Public Gold yang terdekat seperti yang boleh anda dapati di link “Cawangan Public Gold di Malaysia“.

Waktu urusan ialah 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat) manakala 9.00 pagi hingga 1.00 petang (Sabtu). Jadi, anda tak perlu ambil nombor dan beratur bila anda sampai ke Public Gold. Sila bawa IC dan salinan muka depan buku bank (Maybank yang terbaik) untuk urusan bayaran tunai terus ke bank anda. Namun anda boleh emel salinan buku bank anda kemudian jika tertinggal.

Untuk maklumat lanjut anda boleh emel terus kepada Public Gold di en*****@pu********.my (Sila cc emel anda ke su******@pe***********.org untuk bantuan dari saya sekiranya ada apa-apa masalah).

Semoga info ini dapat membantu anda menjual emas anda untuk dapat duit tunai dengan segera.

Cukai GST Emas

Nak tahu pasal cukai GST emas? Ada satu Warta Kerajaan Persekutuan tentang Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 atau dipanggil Goods and Services (Exempt Supply) 2014 telah disiarkan pada 13 Oktober 2014 oleh Jabatan Peguam Negara yang boleh didapati di www.treasury.gov.my.

Snapshot Warta Kerajaan Persekutuan berkaitan emas dikecualikan cukai GST
Snapshot Warta Kerajaan Persekutuan berkaitan emas dikecualikan cukai GST. (Sumber: www.treasury.gov.my)

Alhamdulillah, setelah dibaca, sebenarnya anda tak perlu risau sangat tentang cukai GST. Kebanyakan jenis emas pelaburan adalah DIKECUALIKAN cukai GST. Jenis emas, perak dan platinum yang dikecualikan cukai adalah seperti berikut:-

  1. dalam bentuk bar, jongkong atau wafer;
  2. mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%; dan
  3. memilik ciri-ciri pelaburan

Untuk syiling emas (gold coin), syiling tersebut mestilah telah diperakukan sah oleh negara asal masing-masing dan berketulenan sekurang-kurangnya 99.5%. Nama-nama gold coin yang dikecualikan cukai GST ialah:-

(i) syiling America Buffalo;
(ii) syiling Australia Kangaroo Nugget;
(iii) syiling Australia Lunar;
(iv) syiling Austria Philharmoniker;
(v) syiling Canada Maple Leaf;
(vi) syiling China Panda;
(vii) syiling Malaysia Kijang Emas;
viii) syiling Mexico Libertad;
(ix) syiling Singapore Lion;
(x) syiling United Kingdom Britannia;

Dan akhirnya cukai GST emas yang dikecualikan juga terpakai kepada mana-mana emas, perak dan platinum yang mempunyai ciri-ciri pelaburan jika ia telah ditapis oleh:-
(i) seorang penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good Delivery” bagi London Bullion Market Association dalam hal emas atau perak; atau
(ii) seorang penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good Delivery” bagi London Platinum and Palladium Market
dalam hal platinum.

Ini bermakna, jenis-jenis emas pelaburan selain daripada yang disenaraikan di atas adalah TIDAK DIKECUALIKAN daripada cukai GST termasuklah jongkong emas 99.9 (24K) yang tidak mendapat perakuan sah daripada negara pengeluar, syiling Dinar Emas 916 (22K), Dinar Kelantan 917, Dinar Emas Mekah Sri Ayu 917 dan lain-lain dinar yang berketulenan kurang daripada 99.5% adalah dikenakan cukai!

Oleh itu, kepada pelabur-pelabur emas Public Gold yang mempunyai Dinar Emas 91.6 (22K) boleh menukarkan simpanan dinar emas 22K masing-masing kepada Gold Wafer Dinar Emas 99.9 (24K) yang telah disahkan oleh London Bullion Market Association (LBMA) mulai 22 Disember 2014 sehinggalah sebelum 1 April 2015 dengan hanya menambah RM60 untuk setiap Gold Wafer Dinar 99.9 Public Gold. Manakala pelabur-pelabur emas yang ada menyimpan dinar emas 91.6 (22K) berjenama selain Public Gold seperti Dinar Kelantan 917 dan Dinar Emas Mekah 917 Sri Ayu juga boleh menukarkan dinar-dinar tersebut kepada Gold Wafer Dinar Emas 99.9 (24K) LBMA dengan hanya menambah RM100 setiap dinar sebelum 1 April 2015 (seperti di gambar bawah).

Cara tukar Dinar Emas 22K kepada Dinar Emas 24K LBMA Public Gold
Cara tukar Dinar Emas 22K kepada Gold Wafer Dinar Emas 24K LBMA Public Gold

Jika anda ingin membuat penukaran, sila daftar di www.publicgold.com.my secara percuma dahulu. Kemudian anda akan diberikan Nama Pengguna dan Kata Laluan khas untuk anda menghubungi Public Gold secara emel. Anda boleh menghubungi cawangan Public Gold yang terdekat untuk memulakan proses penukaran dinar emas 916 atau dinar emas 917 kepada Dinar Emas 99.9 (24K) LBMA seperti di posting saya – Simpanan Emas LBMA Tidak Dikenakan Cukai GST Emas Tax. Anda tak perlu risau kerana Gold Wafer Dinar Emas 99.9 LBMA Public Gold diterima untuk pajakan Ar-Rahnu di Pejabat POS tanpa perlu mengoyakkan seal.

Bila meneliti laman web pelaburan emas GSR (Golden Star Resources), pihak terbabit menyatakan gold bar dan gold coin 99.9 (24K) adalah daripada Guyana/Ghana? Manakala emas gold bar dan gold coin GCP (GoldenCrest Pavilion) tidak dinyatakan emas-emas tersebut dikeluarkan daripada negara mana. Jika saya silap mohon “Hubungi Saya” atau menghantar komen dengan menggunakan borang komen di bawah agar saya boleh membetulkan maklumat ini. Sila berkongsi info sekiranya anda ada kaedah penukaran emas-emas yang akan dikenakan cukai GST emas daripada syarikat-syarikat lain.

Jika anda masih baru nak mula melabur emas, sila klik di sini untuk dapatkan bimbingan secara terus daripada orang yang dah berjaya.

Semoga Allah Taala memudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat. Amin…

Promosi menabung emas Akaun GAP Public Gold berbaki 37 akaun sahaja!

This will close in 25 seconds