Promosi Goldbar dan Dinar Public Gold – Syariah Easy Payment Plan (SEPP)

Jika anda nak beli Goldbar dan Dinar Public Gold, kemungkinan anda masih tak berapa jelas bagaimana anda boleh dapat peace of mind sedangkan harga emas global sedang meningkat ke paras paling tinggi dalam sejarah harga emas di Malaysia?

Jangan bimbang…

Di sini saya tunjukkan bagaimana anda boleh beli emas pelaburan Goldbar dan Dinar secara patuh syariah dengan modal kecil!

Ya betul!… dengan modal kecil serendah sekitar RM100 sebulan sehingga 10 bulan, anda boleh dapat sekeping syiling 1 Dinar emas 999.9 pada harga tetap sekitar RM900 sekeping) walaupun harga emas terus meningkat sehingga melebihi RM1000 sekeping dalam tempoh 10 bulan tersebut.

Pelan pembayaran mudah patuh syariah 10 bulan yang dinamakan Syariah Easy Payment Plan 10 (SEPP10) baru sahaja dilancarkan pada Jumaat 23 Ogos 2019 yang lalu oleh syarikat Public Gold terbuka kepada mana-mana pembelian minima 10 gram Goldbar LBMA / Bunga Mas / Tai Fook dan juga pembelian minima 1 Dinar Emas LBMA.

Sebelum 23 Ogos 2019, kemudahan SEPP10 hanya dibuka untuk pembelian minima 100 gram Goldbar ke atas sahaja.

Pelan pembayaran SEPP10 ini BUKAN merupakan ansuran bulanan seperti hutang. Pelan SEPP10 ini ialah pembayaran deposit keselamatan (security deposit) selama 10 bulan dan setelah cukup, barulah anda ambil stok emas pelaburan anda di Public Gold.

Di sini saya berikan contoh jadual pembayaran bagi pembelian 1 Dinar 999.9 yang cantik ketika harganya RM885 sekeping pada 23 Ogos 2019 (Jadual 1).

Jadual 1: Contoh jadual pembayaran SEPP10 bagi pembelian 1 Dinar Emas 999.9 Public Gold yang patuh syariah.

 

Merujuk kepada jadual 1 di atas, anda hanya perlu mendeposit sebanyak RM108 sahaja pada bulan pertama dan boleh dilakukan dalam tempoh TUJUH(7) hari dari tarikh yang dinyatakan dalam jadual iaitu selewat-lewatnya sebelum jam 12 tengah malam 30 Ogos 2019.

Bayaran RM98 pada bulan kedua sehingga bulan ke-10 juga boleh dibuat dalam tempoh TUJUH(7) hari daripada tarikh 23hb bulan tersebut.

Begitu juga contoh untuk pembelian Goldbar 10 gram 999.9 di Public Gold (Jadual 2).

Dengan merujuk Jadual 2 di atas, dengan modal kecil serendah sekitar RM239 pada bulan pertama dan RM208 pada setiap bulan berikutnya hingga bulan ke-10, anda dah boleh dapatkan Goldbar 999.9 di Public Gold yang cantik dan bermutu tinggi.

Untuk pengetahuan anda promosi Goldbar dan Dinar SEPP10 bagi pembelian 1 Dinar dan 10 gram Goldbar ini telah berakhir pada jam 5 petang tadi (Isnin 26 Ogos 2019).

Namun, Insya Allah saya percaya Public Gold akan meneruskan SEPP10 ini memandangkan ramai yang mengambil peluang promosi SEPP10 ini.

Ingatlah pesanan pakar kewangan di Malaysia seperti En. Azizi Ali, malah pakar kewangan di seluruh dunia juga menegaskan perkara yang sama iaitu simpanlah sekurang-kurangnya 10% daripada duit tunai dalam bentuk emas yang tak dimakan inflasi.

Jika tidak hari ini bila lagi? Pada ketika ini harga emas sedang meningkat dengan ketara daripada USD1300/oz dua bulan lalu (sekitar RM198/g) kepada lebih USD1500/oz (RM215/g) pada minggu ini.

Harga emas dijangka mencecah USD1,700/oz iaitu sekitar RM235/g dalam masa terdekat.

Manakala risiko pelaburan emas adalah rendah berbanding pelaburan dalam bentuk wang Ringgit kerana harga emas amat mustahil jatuh ke paras RM0/g.

Sekiranya anda berminat dan masih belum mendaftar online secara percuma, sila klik Pendaftaran Percuma Public Gold di sini.

Selepas pendaftaran, sila isikan nama dan emel di borang berikut agar anda dapat tips dan panduan pelaburan emas secara percuma melalui emel anda di sini.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment

Download E-Book 5 Minit Emas Bernilai RM99 Secara Percuma!


Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan
Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan yang amat PENTING elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas.

This will close in 0 seconds