Pelaburan emas Maybank merupakan salah satu jenis pelaburan emas yang terkenal di Malaysia yang dikenali sebagai Maybank Gold Investment Account (MGIA). Dalam MGIA ni, anda melabur emas dengan membuka buku akaun pelaburan emas. Sebelum anda mula untuk melabur emas melalui MGIA ni, saya nasihatkan anda kaji betul-betul dulu. Saya tahu anda tiada masa yang banyak. Jadi saya dah buat kajian tentang pelaburan emas Maybank ni. Anda boleh melihat dalam jadual di Gambarajah 1.

Berdasarkan Gambarajah 1 di atas, terdapat dua jenis akaun yang ditawarkan:
- Akaun Individu dengan minima pelaburan 1 gram emas. Manakala jual atau beli minima 1 gram emas.
- Akaun Bukan Individu (atau Akaun Bersama) dengan minima pelaburan emas 50 gram. Manakala jual atau beli minima 10 gram emas.

Harga emas Maybank untuk pelaburan MGIA dipaparkan di laman web Maybank2u.com.my bersama-sama dengan harga emas semasa Kijang Emas Maybank seperti yang ditunjukkan di Gambarajah 2 (diambil pada 25 September 2014). Di sana ada juga dipaparkan harga Kijang Emas dan unit ukuran berat yang digunakan ialah auns (ounce) untuk Kijang Emas manakala grams untuk emas MGIA. Bila dikira, nilai spread atau susutnilai harga emas Maybank adalah amat rendah iaitu sekitar 4.12% sahaja (kiraan dibuat pada 25hb. September 2014). Selepas enam tahun, saya layari semula laman web Maybank untuk mengira nilai spread pada 20 November 2020. Berdasarkan harga beli dan harga jual balik emas akaun MGIA di atas, nilai spread semakin rendah! Hanya 3.82% sahaja! Memang sangat menarik untuk melabur kerana lebih rendah nilai spread, maka lebih menguntungkan para pelabur emas kerana rata-rata nilai spread emas fizikal di Malaysia adalah sekitar 5.0% dan ke atas.
Namun, sebagai orang Islam bukan nilai spread yang rendah yang membuatkan kita membuat pelaburan emas… tetapi ciri-ciri pelaburan emas yang patuh syariah adalah yang menjadi keutamaan para pelabur Muslim.
Memang terdapat persoalan yang sering ditanya oleh para pelabur emas Muslim disebabkan ciri-ciri pelaburan emas Maybank yang ditawarkan. Rujuk semula pada Gambarajah 1 di atas. Bila di teliti, jelaslah kepada kita semua bahawa pelaburan emas Maybank tidak menawarkan sistem jual beli emas fizikal.
Sila lihat baris berwarna kelabu di ‘Gold Purchase Options‘ dan ‘Gold Withdrawal Options‘ yang menunjukkan tiada emas fizikal yang sebenar melainkan hanyalah jualbeli emas kertas atau paper gold sahaja!
Maknanya, anda beli emas tapi anda dapat kertas, iaitu, buku akaun pelaburan emas yang hanya mencatat angka-angka nilai emas yang anda labur. Tetapi, hakikatnya, Maybank tiada emas fizikal yang sebenar!
Jika anda masih ragu-ragu apakah ciri-ciri pelaburan emas yang anda sertai itu halal atau haram… saya telah menerangkannya di Pelaburan Emas Halal atau Haram? Anda boleh download maklumat pelaburan emas Maybank dan mengkaji sendiri dengan melayari Maybank Gold Investment Account di sini.
Oleh yang demikian, jika anda mencari pelaburan emas yang halal, saya sudah pasti akan menasihati anda agar menjauhi pelaburan emas Maybank disebabkan ciri-cirinya yang tak patuh syariah. Maksudnya, bila anda beli emas… anda semestinya mendapat emas dan bukan kertas!
Apakah kesannya apabila anda melabur emas kertas? Persoalan terjawab di Pelaburan Emas Kertas atau Emas Sebenar.
Jika anda ingin mencari pelaburan emas yang patuh syariah dan yang paling mudah, saya dapati akaun simpanan Gold Accumulation Program (GAP) di Public Gold yang paling mudah jika dibandingkan dengan akaun pelaburan emas Maybank malah jika dibandingkan dengan mana-mana akaun pelaburan emas yang terdapat di Malaysia.
Di akaun simpanan emas pelaburan GAP, anda boleh beli dan jual secara atas talian menggunakan apps sahaja. Anda boleh juga keluarkan emas fizikal atau pajak untuk dapatkan duit tunai segera dengan secara Ar-Rahnu emas di dalam akaun GAP tanpa perlu keluarkan emas tersebut!
Layari Gold Accumulation Program yang patuh syariah di sini.
Minima berat emas yang perlu ada untuk proses pajak Ar-Rahnu dalam akaun GAP ialah 5 gram. Nilai marhun akan berdasarkan nilai harian segram emas GAP. Manakala nilai pinjaman ialah 70% daripada nilai marhun. Kadar upah simpan hanya 1% untuk tempoh 6 bulan.
Layari Pelaburan Emas Ar-Rahnu di sini.
Sebenarnya ada banyak lagi yang saya nak tunjuk… tapi blog ini akan menjadi terlalu panjang dan mungkin anda berasa berat nak membaca sampai habis.
Saya dah tunjukkan kepada anda perbezaan antara produk pelaburan emas Maybank vs Public Gold. Sekarang terserah kepada anda untuk buat keputusan.
Jika anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas di Public Gold, anda boleh terus isi borang pendaftaran di bawah ini untuk buka akaun patuh syariah Gold Accumulation Program (GAP) untuk dapat nombor akaun PG dan password.:

Pendaftaran akaun simpanan emas GAP adalah percuma. Hanya isikan butiran peribadi anda dengan menggunakan borang di bawah dan anda akan menerima emel panduan berikutnya.
Semoga bermanfaat.
the nature of product (about what?).
This is about physical gold saving or investment account. There is no charge what so ever. Whenever you managed to reach minimum weight of 2 grams, you may request for withdrawal of 1g Goldbar at minimum Gold Premium (around RM15) and insured courier service charge of RM10 (Semenanjung) or RM20 (Sabah Sarawak).
salam en suhaimee. adakah kita perlu buka account baru untuk pelaburan emas ni ? atau boleh guna account debit yg sedia ada
Wksalam En Hussin. Untuk sebarang pertanyaan mengenai akaun MGIA, tuan boleh rujuk http://www.maybank.com.my. Namun akaun emas di Maybank didapati tidak mematuhi syarak dan parameter pelaburan emas yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2011. Saya sarankan tuan buka akaun emas di Public Gold dan simpan percuma seumur hidup, senang keluarkan pada bila-bila masa dan senang jual. Tuan boleh rujuk di akaun simpanan emas fizikal Gold Accumulation Program (GAP).
Tuan, statement dibawah ni dr Maybank..mengatakan yg simpanan emas ni bersandarkan pada emas fizikal.. so bole terangkan sikit x..
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Akaun Pelaburan Emas Maybank?
Akaun Pelaburan Emas Maybank (MGIA) ialah akaun yang membenarkan pelanggan
individu/syarikat untuk melabur dengan komoditi 999.9 emas tulen pada harga harian dalam
Ringgit Malaysia (RM) tanpa perlu berhadapan dengan kesukaran untuk menyimpan emas
fizikal. Pelaburan dalam MGIA adalah disokong sepenuhnya oleh emas fizikal yang
didepositkan di PAMP S.A. Pulangan pelaburan anda adalah bergantung pada turn naik
harga emas. Transaksi yang dibuat akan direkodkan seperti yang tertera di perenggan 2 di
bawah. Pelaburan ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
Benar kenyataan dan jawapan yang tuan perolehi seperti di atas. Seperti yang saya terangkan walaupun pelaburan emas maybank bersandarkan nilai emas fizikal tetapi tuan tidak dapat keluarkan emas fizikal tersebut. Yang ada hanyalah nilai emas yang tertera di penyata akaun yang menyebabkan isu tidak patuh syariah.
Manakala sememangnya PIDM tidak akan melindungi pelaburan tuan di Maybank sepertimana akaun simpanan. Jika nilai emas jatuh, maka duit dalam akaun pelaburan emas MGIA tuan juga akan tinggal sedikit. Tetapi jika tuan ada emas fizikal, tuan tetap ada emas walaupun harga emas jatuh.
salam…sy mohd azirul bin hussein,sy nak bertanya skit dulu sy ada main saham emas dgn maybank..jdi sy nk tnya mcm mna sy nk tahu yg saham yg sy labur itu masih ada lgi ke tak…ada tak cara2 nk cek melalui online tentang saham itu
sekian terima kasih
Wksalam sdra azirul. Tuan boleh menghubungi Maybank terus dengan merujuk kepada laman web http://www.maybank.com.my
Saya kurang bersetuju dengan alasan pelaburan emas maybank tidak patuh syariah kerana tiada emas fizikal. Sekiranya ini dijadikan asas maka banyak pelaburan-pelaburan berasaskan komoditi lain menibulkan keraguan. Contoh sekiranya Tabung Haji melabur dalam komoditi sawit dan saya menjual unit pelaburan saya dikaunter tabung haji, bolehkah tabung haji memberi sawit kepada saya ‘on the spot’?. Cara pelaburan sekarang sudah berubah. Bukankah lebih selamat sekiranya kita tidak simpan emas fizikal di rumah. Jika dirompal, habis semua emas kita tapi jika dalam buku akaun, perompak tak boleh buat apa-apa.
Untuk makluman tuan, emas dan perak merupakan salah satu item ribawi. Perlu ada fizikalnya. Jika tuan ada akaun simpanan emas MGIA di Maybank, adakah tuan boleh pajak emas dalam akaun untuk dapat tunai segera tanpa keluarkan emas tersebut? Jika tuan kata boleh, insya Allah tiada masalah.
Terima kasih en Suhaimee atas tips yg tuan berikan. Alhamdulillah serba sedikit dpt kefahaman sebelum sy melabur emas.
Sama-sama. Alhamdulillah.. segala pujian hanya untuk Allah. Terima kasih.