15 thoughts on “Pelaburan Emas Bank Muamalat Gold-i”

  1. Salam.Wah menarik pasal Publik gold ni ya.Saya rasa kt Relau depan Pisa Penang ada satu agen nya.saya selalu heran.adakah Publik gold ni patuh syariah dan adakah emas yg tersimpan dalam acc Publik gold harus juga di bayar zakat.boleh bagi details pasal ni tak.saya tak berapa faham tapi berminat membelinya.tapi saya tak tau caranya. Terima kasih.

    Reply
    • Wksalam. Ya betul Public Gold ada di Relau. Transaksi jual beli emas di Public Gold telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisor. Pembayaran zakat dilakukan oleh pemegang akaun emas setelah cukup haul simpanan 85g. Puan boleh baca mengenai cara buka akaun emas Public Gold serendah RM100 di Akaun GAP dan Cara Buka Akaun Patuh Syariah. Terima kasih.

      Reply
  2. Utk no 27 tu, GAP mualamat ialah 7% manakala GAP PG ialah 9%. Sebab sy kira ialah Gap vs Gap manakala kiraan tuan ialah Gap vs Fizikal Betul kan tuan? Maaf kalau sy tersilap.

    Reply
    • Ya betul. Cuma spread fizikal PG berbeza ikut berat.
      Spread GAP PG dan Fizikal PG 10g = 9%.
      Spread Fizikal PG 20g = 8%
      Spread Fizikal PG 50g = 7.5%
      Spread Fizikal PG 100g = 7%
      Spread Fizikal PG 250g – 1000g = 6%.

      Reply
  3. salam tuan, saya bru membaca penulisan tuan berkaitan akaun emas ini, boleh saya tahu daripada kedua dua jenis akaun ini, adakah terdapat unsur unsur yang tersembunyi sama ada dari segi hukum hakam,penggunaan ,pengurusan dan pentadbirannya. terima kasih

    Reply
    • Wksalam. Insya Allah tiada unsur-unsur tersembunyi. Cuma saya tidak memilih bank atas alasan masa operasi, bilangan cawangan dan denominasi minima pengeluaran 5 gram berbanding Public Gold yang lebih mesra pelanggan. Selain itu, Fahim boleh dapat bimbingan percuma agar boleh memulakan pelaburan emas dengan betul.

      Reply
  4. salam. encik suhaimi.saya student sedang buat kajian pasal gold account. saya faham dgn semua perbandingan yg encik buat tentang bank muamalat gold i. tapi saya juga nak tahu apa drawbacks yang ada pada public gold..

    Reply
    • Wksalam cik ira. Drawback yg saya kenalpasti hanya isu stok emas lambat sampai di kawasan padat penduduk seperti Ampang. Berkemungkinan besar disebabkan terlalu banyak pesanan dan perlu kerap followup branch. Namun isu ini insya Allah dapat diselesaikan dengan adanya kemudahan kurier Gold-In-Transit penghantaran ke alamat rumah. Itu sahaja. Jangan lupa letakkan rujukan cik ira dalam kertas kajian dan boleh emel saya di [email protected] untuk saya jawab persoalan mengenai gold account insya Allah.

      Reply

Leave a Comment

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian