Mengenai Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian…


Saya Suhaimee dan seperti yanSuhaimee dan keluargag saya dah terangkan serba sedikit di sebelah kanan blog ini, saya merupakan seorang suami bersama seorang isteri yang penyayang dan sebagai ayah kepada tujuh orang anak. Alhamdulillah.. Allah kurniakan tiga cahayamata perempuan dan empat cahayamata lelaki berusia dari satu tahun hingga 15 tahun.

Masih bekerja dan sangat berminat dalam pelaburan emas. Mengapa? Sebab saya pasti bahawa akan datang nilai wang kertas akan susut sehingga tidak laku untuk membeli barang keperluan. Bukan di Malaysia sahaja, bahkan semua wang kertas di seluruh dunia akan mengalami susut nilai.

Lihat sahaja dinar Iraq, walaupun namanya dinar tetapi dinar Iraq adalah wang kertas negara Iraq yang tiada nilai setelah kejatuhan Saddam Hussein. Sepertimana duit pokok pisang (duit Jepun) semasa berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Sebab itulah saya mula melabur emas dan menyimpan emas fizikal. Jika anda belum mula menyimpan… simpanlah dari sekarang.

Kalau ada duit simpanan dalam Tabung Haji atau ASB yang tersimpan lama dengan kadar dividen sekitar 5% setahun.. maka keluarkanlah sebahagian daripada duit simpanan tu untuk beli emas atau perak. Memang kita semua tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang.

Tetapi matawang Ringgit Malaysia (RM) telah beberapa kali diserang oleh penyangak matawang antarabangsa seperti yang pernah berlaku pada 1997. Pada waktu itu, nilai matawang RM berbanding USD telah jatuh begitu teruk sehingga sekitar RM6.50 berbanding USD1.

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlu berfikir di luar kotak. Cari alternatif terbaik untuk mengelakkan duit yang kita simpan hasil titik peluh kita dapat dilindungi dalam bentuk yang lebih stabil dan kukuh iaitu emas dan perak.

Kenaikan harga barang, kadar inflasi akan dapat dibendung apabila kita menyimpan dan menggunakan nilai emas menggantikan duit kertas. Apa yang hampir dapat dipastikan, harga petrol dan diesel akan naik dari tahun ke tahun kerana permintaan tinggi manakala rezab minyak semakin susut. Oleh itu, harga barang-barang keperluan harian akan pasti naik juga dari tahun ke tahun.

Oleh itu, saya ingin syorkan sahabat-sahabat semua agar mulalah menyimpan emas dan perak. Tapi kalu nak beli emas dan perak… anda perlu ada ilmu tentang pelaburan emas dan perak. Rupa-rupanya terlalu banyak syarikat atau orang perseorangan yang menawarkan skim yang hanya bertopengkan emas. Saya hampir-hampir rugi besar akibat tidak belajar dulu apabila nak melabur emas.

Apa yang penting, segala aktiviti yang kita sertai perlulah halal dan dengan niat untuk menegakkan hukum Allah.

Surah At-Taubah ayat 71

So, dalam PelaburanEmas.org, saya hanya ingin membantu anda membuat penilaian kepada soal pelaburan emas yang sedang anda cari. Dulu, saya juga seperti anda yang mahu melabur emas tetapi tidak tahu bagaimana dan dimana?

Oleh itu, saya sediakan beberapa tips untuk anda buat perbandingan sebelum anda menceburi pelaburan emas. Kerana hanya sedikit kesilapan membuat keputusan akan membuatkan anda menyesal tak sudah… Semoga blog ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.

P/S: Anda nak tahu cara bagaimana blog PelaburanEmas.org dapat ranking #1 Google melalui pelbagai katakunci / keyword ‘pelaburan emas’? Anda juga boleh dapat ranking #1 Google dengan beribu katakunci lain.

Saya guna Dreamhost – sila klik Dreamhost – dapat domain name PERCUMA!

Nak dapat ranking #1 Google? Saya guna Dreamhost.

27 thoughts on “Mengenai Saya”

  1. Assalam dan Selamat Hari Raya Tuan…saya berminat nak tahu lebih lanjut pelaburan emas..mcm mna nak hubungi tuan?

    Wassap saya +6019 xxxx714

    Reply
    • Wa’alaikumussalam dan Selamat Hari Raya juga kepada tuan Hassan. Alhamdulillah saya dah dapat hubungi tuan. Semoga bermanfaat.

      Reply
    • Wa’alaikumussalam. Sejak akhir Dis 2016 harga emas berlegar di atas RM184/g. Jika lihat trend hari ini harga emas dilihat turun ke RM186/g berbanding semalam. Puan boleh lihat trend turun naik harga emas secara harian di http://www.pelaburanemas.org/cara-naik-turun-harga-emas-gap-public-gold/.

      Reply
  2. Assalamualaikum tuan. Konsep GAP ini selari dengan syarak dan patuh shariah ka tuan…berminat tapi perlu keyakinan dalam syarak

    Reply
    • Wa’alaikumussalam tuan Roslan. Ya, kaedah GAP ini selari dengan syarak selagi kita beli dalam gandaan 1g untuk goldbar atau 4.25g untuk dinar.

      Reply
    • Wksalam FOZUYANIS. Ok saya dah wassap puan. Pada tarikh 31 Mac 2016. Puan boleh menggunakan borang di Hubungi Saya untuk melindungi maklumat peribadi seperti nombor telefon kepada umum. Saya juga telah merahsiakan nombor telefon puan kerana mematuhi Dasar Privasi yang ditetapkan.

      Reply

Leave a Comment

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian