Harga Emas Pelaburan Ditutup Tinggi Pada 20-6-2020.

Anda nak tahu harga emas pelaburan pada hari ini Sabtu, 20-6-2020 dan pergerakan harga emas akaun simpanan GAP (Gold Accumulation Program) pada Ahad (21-6-2020) dan seterusnya Isnin (22-6-2020)?


Jangan bimbang, di sini saya akan beri sedikit penerangan bagaimana anda boleh tahu pergerakan harga emas pelaburan dalam simpanan emas akaun GAP di Public Gold.

Sila perhatikan jadual harga dan penerangan yang di berikan dalam petak.

Harga emas GAP RM259/g pada 20-6-2020 akan jadi RM260/g selepas 11:56pm malam ini.

Di sini saya nak maklum bahawa harga emas akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP) yang dipaparkan pada RM259/g hari ini akan berkekalan sehingga jam 11.56 malam ini sahaja.

Sebab harga emas fizikal ditutup pada RM259.20/g pada jam 11.56am tengahari tadi, harga emas GAP akan dikemaskini kepada RM260/g pada jam 11.56pm tengah malam ini dan berkekalan hingga Isnin 22-6-2020.

Jika anda dah ada akaun GAP dengan PG code dan nak tambah gram emas dalam akaun GAP bolehlah berbuat demikian sebelum jam 11.56 malam ini.

Jika anda nak jual gram emas dalam akaun GAP (jika harga masa beli dulu RM200/g) bolehlah berbuat demikian mulai esok hingga Isnin 22/6/2020.

Jika anda atau ada ahli keluarga masih belum ada akaun simpanan emas GAP dan mahu buka akaun GAP dengan beli minima RM100 (dapat 0.3861 gram) sebelum 11.56pm malam ini, boleh ikut Panduan Cara Buka Akaun GAP (Gold Accumulation Program) Bagi Yang Tiada PG Code.

Banyak kelebihan akaun GAP ini, antaranya amat mudah pemegang akaun nak lakukan transaksi jual atau beli secara online dan tidak tertakluk bila dan di mana anda berada.

Asalkan anda ada data mobile internet atau boleh tumpang Wifi di kedai mamak sekalipun sebab ditunjukkan juga link untuk anda memasang aplikasi akaun simpanan emas dan perak Gold / Silver Accumulation Program (GSAP apps).

Apabila anda dah buka akaun GAP, anda boleh login terus ke dalam akaun GAP dengan PG Code dan password anda di GSAP apps. Harga jual beli emas pelaburan dan perak pelaburan akaun GAP juga ada dipaparkan dalam aplikasi tersebut.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian