Harga Emas Dijangka Meningkat Semula

Harga emas dijangka meningkat semula. Pada masa ketika ini, harga emas seauns (1 oz = 28.3495g) berbanding USD meningkat daripada USD1,272/oz (24/05/2019) kepada USD1,305/oz (31/05/2019) dalam tempoh seminggu sahaja! (Rajah 1).

Harga emas vs USD dalam tempoh 30 hari - 1 Mei hingga 31 Mei 2019.
Rajah 1: Harga emas vs USD dalam tempoh 30 hari – 1 Mei hingga 31 Mei 2019.

 

Jika anda lihat pola pergerakan harga emas seauns berbanding USD dalam tempoh 10 tahun lepas (Rajah 2), harga emas seauns pernah mencecah sehingga USD1889.70/oz selepas pertengahan tahun 2011. Seterusnya pergerakan naik dan turun di antara sekitar USD1,550/oz dan USD1,800/oz.

Rajah 2: Harga emas vs USD dalam tempoh 10 tahun – 2008 hingga 2019.

 

Pada tahun 2013 (Rajah 2), harga emas seauns bergerak turun dari sekitar USD1,700/oz ke paras USD1,200/oz. Seterusnya harga emas seauns bergerak turun lagi sehingga ke paras di bawah USD1,200/oz pada akhir 2014 sehingga akhir 2015 sebelum bergerak naik semula melebihi USD1,200/oz pada awal tahun 2016.

Lonjakan ketara pada Jun 2016 mencecah USD1,350/oz berikutan kesan BREXIT namun terus susut semula pada paras USD1,130/oz pada akhir 2016.

Bermula awal tahun 2017, harga emas seauns dilihat meningkat semula melebihi USD1,200/oz sehingga mencecah USD1,350 pada suku ke-2 tahun 2018 sebelum susut semula seketika ke paras di bawah USD1,200/oz. Akhirnya, harga emas seauns meningkat naik melepasi USD1,300/oz, turun dan melonjak semula pada tengah malam tadi (31/05/2019).

Tempoh 10 tahun seperti singkat sahaja. Jom kita perhatikan pula harga emas berbanding Ringgit Malaysia.

Di bawah ini (Rajah 3) anda boleh lihat pola pergerakan harga emas berbanding Ringgit Malaysia (MYR) dalam tempoh 10 tahun.

Rajah 3: Harga emas vs MYR dalam tempoh 10 tahun – 2008 hingga 2019.

 

Di sini disediakan satu rajah (Rajah 4) yang merupakan pertindihan pola pergerakan harga emas berbanding USD (merah) dan Ringgit Malaysia (hijau).

Pola pergerakan harga emas vs USD dan MYR dalam tempoh 10 tahun - 2008 hingga 2019.
Rajah 4: Pola pergerakan harga emas vs USD dan MYR dalam tempoh 10 tahun – 2008 hingga 2019.

 

Merujuk kepada Rajah 4 di atas, anda boleh lihat terdapat persamaan pola pergerakan harga emas berbanding USD dan MYR sejak tahun 2009 sehingga akhir tahun 2014. Namun selepas 2014, pola pergerakan harga emas berbanding MYR telah semakin meningkat walaupun USD semakin menurun.

Harga emas segram berbanding Ringgit Malaysia (MYR) pernah mencecah sehingga MYR198/g pada akhir tahun 2012. Pada tahun 2017 juga pernah berlaku harga emas mencecah sehingga RM198/g.

Harga emas pelaburan Public Gold RM198/g pada 05/09/2017. (Sumber: www.publicgold.com).
Harga emas pelaburan Public Gold RM198/g pada 05/09/2017. (Sumber: www.publicgold.com).

 

Pergerakan harga emas berbanding matawang USD dan Ringgit Malaysia (MYR) memang unik dan tidak boleh sama pada satu-satu masa. Ini adalah kerana nilai matawang tidak terletak pada duit kertas itu sendiri. Matawang kertas di seluruh dunia sangat bergantung kepada suasana ekonomi dan politik sesebuah negara.

Harga emas pelaburan Public Gold RM187/g pada 01/06/2019. (Sumber: www.publicgold.com).

Misalnya pada tarikh 18/02/2019, harga emas Public Gold telah berada pada paras RM187/g sedangkan nilai matawang USD berbanding emas ialah USD1,336/oz!

Kadar tukaran matawang USD kepada MYR ditutup pada MYR4.14 (18/02/2019) malah MYR terus susut kepada MYR4.18 (31/05/2019) hingga ke hari ini (01/6/2019).

Pada hari ini (01/06/2019) harga emas dilihat melonjak daripada RM184/g pada minggu lepas (24/05/2019) kepada RM187/g!

Memang harga emas dijangka meningkat sebelum akhir tahun 2019.

Terdapat analisis teknikal yang telah saya baca antaranya teori “Head and Shoulder” dan juga teori “Saucer” (Teori Piring).

Harga emas dijangka meningkat.
Harga emas dijangka meningkat.

 

Buat persediaan dari sekarang kerana harga emas dijangka meningkat bermula Oktober 2019.

Untuk makluman anda, harga emas pelaburan Public Gold merupakan yang termurah di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia berbanding harga emas pelaburan yang ditawarkan oleh jenama lain.

Jika anda belum mendaftar online secara percuma boleh daftar di link bawah mengikut negara anda:-

  1. PG Malay
  2. PG Malaysia, Singapura dan Brunei – Daftar Percuma di Public Gold Malaysia, Singapura dan Brunei.
  3. PG Indonesia – Daftar Percuma di Public Gold Indonesia.

Nota: Sekiranya anda tiada kod PG di ruangan Introducer, sila isikan 047646 seperti di bawah..

Selepas daftar sila isikan nama dan emel di borang berikut agar anda boleh dapat tips dan panduan pelaburan emas secara percuma melalui emel anda.


Selepas anda selesai mendaftar dan mengisi nama serta emel menggunakan borang di atas, anda boleh Login menggunakan nombor ID (kad pengenalan / passport) tanpa sengkang atau simbol di ruangan Username dan isikan Password seperti yang telah anda isi di web PG.

Semoga berjaya!

Leave a Comment

Download E-Book 5 Minit Emas Bernilai RM99 Secara Percuma!


Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan
Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan yang amat PENTING elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas.

This will close in 0 seconds