Category Archives: Pelaburan Emas

Belajar Ilmu Pelaburan Emas Secara Percuma

Posted on by 0 comment

Anda nak belajar ilmu pelaburan emas secara percuma? Alhamdulillah, pada hari ini terdapat kemudahan yang sangat banyak telah disediakan kepada semua lapisan masyarakat samada tua, muda, pelajar universiti, pelajar kolej, penjawat awam atau pekerja swasta untuk belajar dan dapatkan ilmu pelaburan emas secara percuma di seluruh Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, ilmu mengenai emas, perak, dinar dan dirham telah lama disorokkan sejak selepas Perang Dunia Pertama lagi.

Sebab ilmu pelaburan emas ini tidak pernah diajar di sekolah-sekolah malah di universiti-universiti… maka kebanyakan rakyat Malaysia sering tertipu dengan pelbagai skim cepat kaya yang bertopeng emas.

Maklumlah, pada hari ini pelbagai jenis pelaburan yang bersandarkan emas samada secara atas talian yang disediakan oleh broker-broker pelaburan emas milik Yahudi yang beroperasi dengan menawarkan peluang menambah pendapatan secara maya sebanyak berpuluh-puluh USD malah beratus-ratus USD dalam tempoh hanya beberapa jam sehari! Mereka menggunakan pelbagai komoditi seperti minyak mentah, gas asli dan termasuklah metal berharga seperti emas, perak, palladium dan titanium.

Nasihat saya…. tolong jangan tertipu dengan gimik keuntungan beratus-ratus USD dalam tempoh hanya sejam atau dua jam. Mereka akan menawarkan akaun demo dahulu dengan deposit sebanyak puluhan ribu USD untuk anda gunakan dan dapat untung. Itu hanya gimik sahaja. Bila anda dah termasuk jerat mereka dengan memberikan butiran kad kredit…. anda akan lihat betapa rakusnya mereka menelan beratus-ratus USD juga dari akaun kad kredit anda!

Dah ler rugi… dari segi syariah pula gagal, iaitu tak patuh syariah. So, anda dinasihatkan jangan cari pasal dengan alasan nak cepat kaya dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang salah di segi undang-undang serta tak patuh syariah.

Saya nasihatkan anda agar dapatkan ilmu pelaburan emas yang betul dahulu sebelum cuba-cuba nasib dengan pelbagai skim cepat lebur atau skim cepat lingkup di luar sana.

Caranya amat mudah. Hanya ikuti langkah demi langkah seperti berikut:-

LANGKAH #1: Layari link di Seminar Pelaburan Emas Percuma.

LANGKAH #2: Pilih ‘Region’ samada Central – Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan; Southern – Johor, Melaka; Northern – Kedah, Pulau Pinang, Perak, East Coast – Kelantan, Terengganu, Pahang; East – Sarawak dan Sabah.

Kursus emas percuma juga terdapat di Singapura dan pelbagai lokasi di Indonesia.

 

LANGKAH #3: Lihat tarikh dan masa yang anda boleh hadir. Klik pada ikon borang dan pensel pada kolum akhir untuk mendaftar seperti di paparan berikut:-

 

LANGKAH #4: Isi maklumat anda untuk menghadiri seminar dengan mengisi nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat emel dan nama Introducer anda telah sedia dengan kod PG047646 Suhaimee Manaf (sekiranya anda tiada nama Introducer) seperti contoh di paparan berikut dan klik butang ‘Register’:-

Isikan maklumat anda untuk menghadiri Seminar Pelaburan Emas secara percuma di Public Gold.

 

Itu sahaja dan Insya Allah anda akan menerima emel pemberitahuan daripada Public Gold dan tempat duduk anda akan disediakan. Sila beri maklumbalas melalui emel atau Whatsapp kepada staf Public Gold sekiranya terdapat apa-apa keperluan untuk menghadiri seminar yang telah anda daftar. Tak rugi anda hadir ke seminar pelaburan emas secara percuma kerana ilmu emas yang disampaikan amat berguna kepada kita semua.

Dah la percuma… biasanya ada cabutan bertuah pula di akhir seminar. Berbeza sangat dengan seminar-seminar anjuran syarikat-syarikat perniagaan lain seperti MLM dan direct selling. Saya pun dulu pernah terkena. 😉

So, jangan buang masa… sebab kehadiran peserta seminar untuk Mentor Emas tersohor di Malaysia seperti En. Syukor Hashim yang juga penulis buku “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (anda boleh dapatkannya di sini), En. Mohd. Zulkifli Shafie yang juga penulis buku “Zero Hutang – Bukan Mudah Tapi Tak Mustahil” dan Pn. Azizah Hassan @ Mama biasanya penuh sedangkan hanya ada 50 tempat duduk sahaja.

Sekaranglah masanya untuk anda semak jadual dan daftar untuk hadiri seminar emas percuma yang terdekat di Seminar Pelaburan Emas Percuma.

Semoga bermanfaat.
Yang benar,

M. Suhaimee A. Manaf
Pengasas
Authorized Dealer PG047646
www.pelaburanemas.org

 

Dapatkan Keuntungan Pelaburan Emas Setiap Bulan

Posted on by 4 comments

Dapatkan keuntungan pelaburan emas setiap bulan dengan menyimpan emas pelaburan yang sah di sisi undang-undang dan patuh syariah serta berkongsi ilmu pelaburan emas yang betul kepada masyarakat.

Wah! Biar betul Suhaimee…

Jawapan saya:Ya! Betul dan bukan scam atau skim cepat kaya bertopeng emas…”

Nak tahu mengapa? Begini…

Setelah berminggu-minggu mengkaji pelbagai tawaran pelaburan emas dan jenama emas yang banyak di pasaran dengan keuntungan yang dijanjikan, saya dapati hanya ada satu jenama emas pelaburan 24K goldbar dan dinar yang bertaraf LBMA (London Bullion Merchant Association) boleh didapati di Malaysia yang TIDAK dikenakan cukai GST.

Persoalannya, mengapa saya mencari jenama emas pelaburan yang tidak dikenakan GST?

Jawapannya mudah jika emas pelaburan yang anda beli dikenakan GST sebanyak 6%, ditambah dengan kadar spread (susutnilai 9% misalnya), maka harapan untuk mendapat untung atas simpanan emas amat nipis atau mustahil.

Sebabnya? Pakar emas sedunia menyarankan kadar cukai + spread emas pelaburan mestilah tak melebihi 10% daripada harga pembelian.

Okay. Sekarang mari kita lihat bagaimana anda boleh mengaut keuntungan pelaburan emas setiap bulan?

Jawapannya dengan mendapat status Dealer syarikat kedai emas yang menawarkan emas pelaburan 24K LBMA iaitu kedai emas Public Gold. Anda berpeluang mendapat insentif atas setiap transaksi jual beli emas samada oleh anda atau pelanggan anda.

Oleh itu, anda akan sentiasa gembira dan tersenyum samada ketika harga emas naik (sebab banyak transaksi jual emas) ataupun ketika harga emas turun (sebab banyak transaksi beli emas).

Apabila status Dealership anda telah disahkan, anda dah layak mendapat insentif keuntungan seperti berikut:-

(1) Anda mendapat sebanyak 1-2% daripada setiap pembelian emas berikutnya. Ini bermakna sekiranya anda membeli dan simpan 1g emas GAP setiap bulan, maka Public Gold akan masukkan 0.01g emas ke dalam akaun pelaburan emas GAP anda setiap 20hb bulan berikutnya.

(2) Anda mendapat sebanyak 1-2% daripada setiap pembelian emas oleh setiap pembeli emas yang anda kenalkan kepada program akaun pelaburan emas GAP.

Ini bermakna sekiranya pelanggan anda membeli dan simpan 1g emas GAP setiap bulan, maka Public Gold akan masukkan 0.01g emas ke dalam akaun pelaburan emas GAP anda setiap 20hb bulan berikutnya.

Jika pembelian emas dalam satu-satu bulan dilakukan oleh hanya pelanggan-pelanggan anda sahaja sekalipun, anda dah layak dapat keuntungan 1%.

(*Nota: Bila insentif keseluruhan keuntungan melebihi RM100, maka Public Gold akan terus masukkan duit tunai ke dalam akaun bank anda pada setiap 20hb).

Sikit je untungnya?… hehe… Ya!.. tiada janji manis untung ribu-ribu bro… sebab jika ada individu yang kata boleh dapat untung tetap ribu-ribu bulan-bulan tu sebenarnya TIADA… kecuali anda dan pelanggan anda beli emas sekurang-kurangnya RM100,000 setiap bulan di akaun pelaburan emas GAP (RM100,000 x 1% = RM1,000).

Memang dah ramai pun yang dapat pendapatan sampingan 4 hingga 5 angka sebulan hasil usaha mereka melalui strategi pemasaran masing-masing.

Anda jangan risau, sehingga pada satu tahap, anda tak perlu keluar modal untuk beli emas dan simpan dalam akaun pelaburan emas GAP anda!

Wow!… apa sebabnya?

Sebab… jumlah insentif bulanan anda akan terus meningkat apabila lebih ramai rakan dan ahli keluarga menyimpan emas melalui anda sebagai Introducer.

Nak perkenalkan emas Public Gold pun dah semakin mudah sebab nama Public Gold dah semakin dikenali ramai dari hari ke hari… dah masuk TV1, TV3, Astro, akhbar… jangan takut sebab Mentor Kewangan Azizi Ali juga berpuashati dengan goldbar dan dinar Public Gold! Semakin ramai yang mula menyimpan emas Public Gold melalui anda, semakin banyak keuntungan anda.

Suatu hari nanti anda akan lihat insentif tunai bulanan anda melebihi harga 1g, 2g, 5g, 10g emas dan seterusnya berikutan pembelian berulang pelanggan-pelanggan anda.

Oleh itu, anda dah boleh gunakan insentif tunai untuk menambah gram emas dalam akaun simpanan emas GAP anda.

Akan tiba satu masa apabila anda menikmati ‘passive income‘ yang boleh diwarisi!

Tak perlu gundah gulana untuk memberitahu yang lain tentang kepentingan simpan emas. Sebenarnya kerana tiada asas ilmu pelaburan emas dan kerana terlalu banyak kes penipuan skim bertopeng pelaburan emas yang kita dah dengar masa lalu menjadikan ramai antara kita rasa takut nak simpan emas. Takut rugi…

Oleh itu jika anda nak mendapat kemahiran dan mendalami ilmu pelaburan emas, saya syorkan anda dapatkan daripada guru pelaburan emas yang betul dan diiktiraf di Malaysia.

Untuk makluman anda, harga biasa pembelian emas Public Gold untuk melayakkan anda sebagai Dealer ialah RM30,000 dalam satu resit.

Anda boleh pilih samada buka akaun simpanan emas GAP atau pembelian secara runcit (beli, ambil stok di cawangan dan simpan sendiri).

Jadi… apa tunggu lagi.. sila terus ke Langkah #1 di Buka Akaun Pelaburan Emas GAP sekarang!

Atau daftar percuma untuk Login dan buat tempahan secara online pembelian emas secara runcit. Sila ikuti Langkah #1 di Pendaftaran Percuma.

Jika anda ada apa-apa persoalan, sila Hubungi Saya.

Namun, kedai emas pelaburan Public Gold sentiasa membuat tawaran istimewa kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, Singapura dan Brunei untuk merasai keuntungan pelaburan emas secara bulanan!

Terdapat pelbagai contoh promosi yang ditawarkan oleh kedai emas Public Gold untuk memudahkan seluruh lapisan masyarakat mendapat insentif melalui pembelian dan simpanan emas.

Saya cadangkan kepada sesiapa yang layak semasa promosi Public Gold ini agar mengambil kesempatan emas sebab tiada siapa tahu bila lagi peluang keemasan ini akan ditawarkan oleh Public Gold.

Terkini: Promosi Dealer Public Gold bermula 15 November 2017 dimudahkan sempena pengiktirafan patuh syariah ke atas cara jual beli emas pelaburan melalui akaun simpanan GAP. Hanya beli minima RM10,000 sahaja dalam satu resit, anda layak mendapat status peniaga emas atau Dealer Public Gold!

Jika anda ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan GAP atau akaun GAP, anda boleh dapatkan maklumat penuh di Gold Accumulation Program.

Sila lihat Promosi Dealer Public Gold yang terkini.

Berikut ialah contoh-contoh promosi Dealer yang telah dilaksanakan pada tahun 2016.

Sebagai contoh sepanjang bulan September 2016 lalu, Public Gold membuka tawaran istimewa kepada golongan pelajar kolej / IPT / universiti (18 tahun ke atas) dan penjawat awam untuk membuka akaun pelaburan emas fizikal dengan nilai minima masing-masing hanya RM2,500 (pelajar) dan hanya RM5,000 (penjawat awam) dalam satu resit.

promosi-public-gold-september-2016

Oleh itu, saya cadangkan kepada sesiapa yang layak digolongkan sebagai pelajar dan penjawat awam agar mengambil kesempatan emas pada bulan September 2016 ini sebab tiada siapa tahu bila lagi peluang keemasan ini akan ditawarkan oleh Public Gold. Seingat saya pada tahun lepas ada satu bulan promosi untuk pelajar hanya RM500 pembelian emas GAP… tapi masa tu dah terlepas… Jadi… apa tunggu lagi.. sila terus ke Langkah #1 di Buka Akaun Pelaburan Emas GAP sekarang!

Anda hanya perlu buka satu akaun pelaburan emas GAP di Public Gold melalui kaedah seperti yang ditunjukkan di Buka Akaun Pelaburan Emas GAP. (* Nota penting: Anda perlu sertakan salinan kad pelajar / penjawat awam selain maklumat yang diperlukan di link tersebut).

Info terkini tawaran istimewa Oktober 2016: Berita baik kepada pelajar kolej dan universiti (berumur 18 tahun dan ke atas) kerana promosi RM2500 sebagai Dealer dilanjutkan sepanjang Oktober 2016! Manakala promosi RM5000 sebagai Dealer dibuka kepada para peniaga berstatus SDN. BHD dan ke atas beserta satu lot percuma di PG Mall dan boleh kembangkan apa juga jenis produk di PG Mall seperti pakaian, alatan sukan, alat tulis, buku, barangan runcit dan lain-lain. PG Mall merupakan platform ‘Shopping At Home’ atas talian yang menggunakan Goldcash (1g emas = GC100). Namun tawaran ini terhad kepada hanya 100 peserta sahaja! Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Promosi Public Gold Oktober 2016

Promosi Public Gold Oktober 2016

 

Info terkini tawaran istimewa November 2016: Berita baik kerana promosi RM5000 sebagai Dealer dilanjutkan sepanjang November 2016 untuk para peniaga berstatus SDN. BHD dan ke atas beserta satu lot percuma di PG Mall dan boleh kembangkan apa juga jenis produk di PG Mall seperti pakaian, alatan sukan, alat tulis, buku, barangan runcit dan lain-lain. PG Mall merupakan platform ‘Shopping At Home’ atas talian yang menggunakan Goldcash (1g emas = GC100). Namun tawaran ini terhad kepada hanya 100 peserta sahaja! Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Info terkini tawaran istimewa Disember 2016 – Januari 2017: Berita baik kerana promosi pembelian 50g emas GAP untuk layak sebagai Dealer dilanjutkan sepanjang Disember 2016 – Januari 2017 terbuka kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia / Singapura.

Promosi Dealer Public Gold Disember 2016 – Januari 2017.

 

Info terkini tawaran istimewa Februari – Mac 2017: Berita baik kerana promosi pembelian 100g emas GAP untuk layak sebagai Dealer dilanjutkan sepanjang Februari – Mac 2017 terbuka kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia / Singapura / Indonesia.

Info terkini tawaran istimewa April 2017: Berita baik kepada semua Penjawat Awam di Malaysia / Singapura / Indonesia kerana hanya pembelian minima RM10K emas GAP layak sebagai Dealer.

Semoga anda beroleh keuntungan dalam pelaburan emas.

Tempahan Emas Pelaburan Goldbar LBMA 24K Public Gold

Posted on by 2 comments

Anda ingin membuat tempahan emas pelaburan goldbar LBMA 24K Public Gold? Sekarang amat mudah… anda tak perlu bersusah payah menelefon kedai emas atau cawangan Public Gold kerana semua info tempahan disediakan di sini. Anda hanya perlu scroll ke bawah katalog yang disediakan dan klik pada mana-mana item emas pelaburan goldbar yang anda ingin booking.

Pada kebiasaannya, emas pelaburan seperti goldbar merupakan ‘hot item’ disebabkan pada hari ini terlalu ramai yang meminati emas Public Gold selain dari harganya yang murah serta tanpa GST! Hanya emas pelaburan jenama Public Gold sahaja yang bebas GST di Malaysia! Oleh itu, apa tunggu lagi… cepat buat tempahan kerana lagi lambat … lagi harga emas akan naik…

Emas pelaburan Public Gold juga dikeluarkan dalam bentuk seperti kad debit (sila klik pada mana-mana goldbar di katalog untuk lihat secara dekat). Pada belakang kad setiap goldbar ada tertera sijil ketulenan LBMA dengan tandatangan Certified Assayer dan dikeluarkan oleh Nader Metal Rafineri, Istanbul, Turki. Amat mudah disimpan tanpa risau kehilangan sijil emas masing-masing.

Bila dah setuju untuk beli goldbar tertentu, sila klik Contact Seller dan isikan maklumat yang dikehendaki seperti nama penuh, nombor telefon, emel dan mesej dengan menyatakan bilangan yang dikehendaki. Setelah itu klik butang Submit dan Insya Allah saya akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

Jika anda belum mempunyai Kod PG, sila daftar secara percuma di Pendaftaran Percuma sekarang. Kemudian anda kembali ke posting ini untuk membuat tempahan emas pelaburan yang anda minati.

Untuk makluman, jika anda beli terus 1g dan 5g goldbar serta setengah dinar (2.125g) 24K LBMA melalui agen atau di kedai emas Public Gold, anda akan dikenakan harga runcit yang lebih mahal. Oleh itu untuk pengetahuan anda, saya kongsikan tips bagaimana anda boleh dapatkan goldbar 1g, 5g dan setengah dinar dengan harga yang jauh lebih murah seperti di bawah:-

Langkah #1: Rujuk harga emas di ruangan “GOLD ACCUMULATION PROGRAM (24K)” hari ini di seperti dipaparkan di bawah:-

(Harap anda bersabar dan tunggu sebentar sekiranya paparan harga emas di atas mengalami kelewatan).

Langkah #2: Anda darabkan dengan bilangan gram emas yang anda nak beli. (Nota: Setengah dinar bersamaan dengan 2.125g emas GAP).

Langkah #3: Anda boleh transfer jumlah RM ke no. akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd di Maybank 557139238048.

Nota penting:
a. Jika anda gunakan kemudahan Internet Banking selain M2U, sila gunakan kemudahan Instant Transfer dan bukan Normal Transfer kerana Normal Transfer akan mengambil masa lebih sehari untuk proses.
b. Sila printscreen transaksi terakhir pembayaran sebagai bukti. Elakkan guna SMS atau Transaction history sebagai bukti pembelian emas. Sila simpan salinan resit untuk rujukan akan datang.

Langkah #4: Anda boleh emel terus ke gap@publicgold.com.my dan cc ke suhaimee@pelaburanemas.org atau Whatsapp maklumat berikut beserta gambar resit  di http://pelaburanemas.wasap.my/:

1. Nama penuh:
2. NRIC:
3. No. telefon:
4. Emel:
5. Jumlah bayaran: RM
6. Tarikh bayaran: dd/mm/yyyy
7. Masa bayaran: xx:xx
8. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf

Nota penting: Minima buka akaun adalah sebanyak 1g. Jika anda nak keluarkan 1g perlu beli 2g dan tinggalkan baki ada 1g. Caj premium 1 gram goldbar hanyalah RM5 setiap unit. Prosedur ini didapati lebih baik berbanding minima 5g pengeluaran dan 5 g baki di bank komersial.

Anda boleh pilih samada untuk mengambil sendiri di cawangan Public Gold terdekat (tertakluk kepada caj premium) atau melalui PosLaju (caj premium dan caj pos akan dikenakan). Sila layari Cawangan PG untuk anda pilih dan ambil stok emas di cawangan PG terdekat.

No product matches your request.

1g Goldbar LBMA 24K Public Gold Merdeka

Tempah koleksi 1g Goldbar LBMA Public Gold tema Merdeka. Edisi terhad! Boleh jadikan sebagai hadiah sempena Hari Merdeka kepada adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan. Anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah dengan membuka akaun emas GAP. Terus ikuti Langkah #1 di https://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/ seperti yang dinyatakan di atas.

Harga : RM250

1g Goldbar LBMA 24K Public Gold Happy Birthday

Koleksi 1g Goldbar LBMA Public Gold dengan tema Happy Birthday. Boleh jadikan sebagai hadiah sempena Hari Lahir adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan. Anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah dengan membuka akaun emas GAP. Terus ikuti Langkah #1 di https://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/ seperti yang dinyatakan di atas.

Harga : RM250

1g Goldbar LBMA 24K Public Gold Wedding

Koleksi 1g Goldbar LBMA Public Gold dengan tema Wedding. Boleh jadikan sebagai hadiah sempena Hari Perkahwinan saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan. Anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah dengan membuka akaun emas GAP. Terus ikuti Langkah #1 di https://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/ seperti yang dinyatakan di atas.

Harga : RM250

1g Goldbar LBMA 24K Public Gold Newborn Baby

Koleksi 1g Goldbar LBMA Public Gold dengan tema Newborn Baby. Anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah dengan membuka akaun emas GAP. Terus ikuti Langkah #1 di https://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/ seperti yang dinyatakan di atas.

Harga : RM250

1g Goldbar LBMA 24K Public Gold Klasik

Koleksi Klasik 1g goldbar LBMA 24K Public Gold. Tempah sekarang! Sila nyatakan berapa bilangan tempahan semasa menghubungi kami. Anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah dengan membuka akaun emas GAP. Terus ikuti Langkah #1 di https://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/ seperti yang dinyatakan di atas.

Harga : RM250

1g Goldbar LBMA 24K Hari Raya

Koleksi terhad 1.0g goldbar LBMA 24K Public Gold eksklusif Hari Raya. Tempah sekarang! Sila nyatakan berapa bilangan tempahan semasa menghubungi kami. Anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah dengan membuka akaun emas GAP. Terus ikuti Langkah #1 di https://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/ seperti yang dinyatakan di atas.

Harga : RM250

0.5g Goldbar LBMA 24K Gold Museum

Koleksi terhad 0.5g goldbar LBMA 24K Public Gold Muzium Emas, Penang. Tempah sekarang! Sila nyatakan berapa bilangan tempahan semasa menghubungi kami.

Harga : RM150

0.5g Goldbar LBMA 24K Basikal

Koleksi terhad 0.5g goldbar LBMA 24K Public Basikal akan ditamatkan pengeluaran. Tempah sekarang! Sila nyatakan berapa bilangan tempahan semasa menghubungi kami.

Harga : RM150

0.5g Goldbar LBMA 24K Kucing

Koleksi terhad 0.5g goldbar LBMA 24K Public Kucing akan ditamatkan pengeluaran. Tempah sekarang! Sila nyatakan berapa bilangan tempahan semasa menghubungi kami.

Harga : RM150

5 gram Goldbar LBMA Public Gold

5 gram Goldbar LBMA Public Gold. Harga dikemaskini setiap 20 minit di laman web Public Gold. Di sini anda hanya buat tempahan dan nyatakan bilangan. Sila lock harga yang anda setuju dengan nyatakan masa dan harga emas. Anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah dengan membuka akaun emas GAP. Terus ikuti Langkah #1 di https://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/ seperti yang dinyatakan di atas.

Harga : RM1100
1 / 1

Terima kasih atas tempahan anda.

Carta Alir Pelaburan Emas Public Gold

Posted on by 1 comment

Nak mula pelaburan emas? Setelah anda membaca penerangan saya di blog ini, Saya juga yakin, rakan-rakan semua telah yakin dan jelas tentang kaedah pelaburan emas yang terbaik di Malaysia. Jika anda masih belum memahami kaedah pelaburan emas yang patuh syariah dan sah di sisi undang-undang di Malaysia, sila baca posting berikut:-
1. Tips Pelaburan Emas
2. Emas Kertas Atau Emas Sebenar?
3. Pendaftaran Percuma
4. Kaedah Jual Beli Emas – Elakkan Beli Secara Runcit
5. Kaedah Simpanan Emas Percuma
6. Jana Keuntungan
7. FAQs – Persoalan lazim

Namun, terdapat persoalan yang paling kerap ditanya oleh rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dengan pelaburan emas. Persoalannya bagaimana ingin anda mulakan?

Di sini saya ingin kongsikan sedikit mengenai ilmu pelaburan emas sebenar agar anda tidak tersalah pilih dan terperdaya atau terperangkap dengan skim cepat kaya yang banyak di luar sana. Untuk memudahkan anda faham, saya ringkaskan kepada hanya TIGA matlamat utama pelaburan emas dan bagaimana nak mula:-

1. Untuk tujuan lindungi kekayaan.
Pakar emas dunia mencadangkan minima 10% pendapatan ditukar kpd simpanan dalam bentuk emas. Anda boleh mulakan minima 1g goldbar atau setengah dinar (berat 2.125g emas). Jika pendapatan bulanan anda sebanyak RM2K, anda disarankan tukar minima RM200 kepada emas setiap bulan. Contoh berat emas yang boleh dibeli: Harga emas GAP 17/6/2017 = RM188/g. anda boleh beli 1g goldbar = RM188 dan buat bayaran ke akaun Public Gold seperti dinyatakan dengan ikuti langkah demi langkah untuk buka akaun simpanan emas GAP di https://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/#akaunGAP.

Simpanan secara percuma dan boleh letak nama waris. Boleh keluarkan minima 1g bila-bila masa dan baki minima hanya 1g dalam akaun.

Nota: Simpanan GAP ini didapati lebih baik berbanding dengan bank patuh syariah yang lain kerana minima simpanan adalah 5g!

Tahap risiko kerugian adalah rendah sebab anda beli sedikit demi sedikit. Anda boleh jual balik pada bila-bila masa melalui akaun anda di web dan duit tunai akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 48 jam hari bekerja.

2. Untuk tujuan dapat keuntungan ‘buy low sell high’.
Dicadangkan beli emas minima 250g / 1kg sebab spread yg rendah (6%) berbanding 1g (9%). Harga emas dijangka meningkat dalam jangka panjang. Sila rujuk https://www.pelaburanemas.org/masa-untuk-melabur-emas/. Setahun lalu harga emas sekitar RM171/g dan pada bulan April tahun 2017 mencecah sehingga RM196/g. Seorang penyimpas emas 1kg goldbar di Melaka telah raih keuntungan RM11,000 dalam tempoh setahun.

3. Untuk tujuan bisnes.
Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer. Sebagai Dealer, anda tidak perlu menjual emas, anda hanya perlu simpan emas dan anda akan dapat insentif 1% untuk setiap pembelian emas berikutnya. Anda juga boleh gunakan borang pendaftaran di www.publicgold.com.my untuk kenalan anda mendaftar dan letakkan kod PG di ruangan Introducer (Jika anda tak pasti, Insya Allah saya boleh sediakan link untuk anda kemudian). Terdapat sokongan Seminar Emas percuma oleh Public Gold setiap bulan dan anda boleh gunakannya sebagai medium penyampaian ilmu emas kepada yang lain seperti yang saya tunjukkan di sini.

Sebagai Dealer, anda juga boleh dapat insentif 1% dari setiap pembelian emas kenalan anda. Kiraan insentif seperti diterangkan di Dapatkan Keuntungan Pelaburan Emas Setiap Bulan. Anda boleh pilih samada nak terus simpan dalam akaun GAP atau keluarkan sebahagian emas dalam bentuk dinar atau goldbar. Kaedah buka akaun sama seperti di Para 1. Nilai insentif dibayar setiap 20hb berikutnya. Nilai bawah RM10 akan dibawa ke bulan hadapan, nilai RM10-RM99 akan dimasukkan ke akaun GAP bersamaan nilai emas GAP dan nilai RM100 ke atas akan dimasukkan ke akaun bank secara tunai. Tahap risiko kerugian tiada kerana anda dapat penjimatan berterusan.

Oleh itu, pilihlah mana-mana matlamat pelaburan emas yang anda fikir sesuai dengan situasi kewangan anda. Perlu diingatkan agar anda tidak menggunakan pinjaman bank untuk menyimpan dan melabur emas. Anda juga diingatkan agar tidak terpedaya dengan mana-mana skim pelaburan emas yang tidak sah di sisi undang-undang walaupun mereka menawarkan bonus / dividen / pulangan yang lebih tinggi dalam masa yang lebih singkat.

 

Akhir sekali, anda boleh mula dengan memilih mana-mana Laluan yang sesuai untuk anda di bawah:-

Carta alir pelaburan emas Public Gold.

Laluan 1: Sebagai pelanggan biasa yang ikut Matlamat 1 –  simpan emas berdikit-dikit setiap bulan dengan menetapkan sasaran tak kurang 10% pendapatan tunai ditukar kepada simpanan emas. Simpan untuk tujuan seperti untuk menunaikan haji dan umrah, atau untuk simpanan tabung pendidikan anak-anak, atau hanya sebagai pegangan aset mudah alih yang boleh dicairkan melalui pajak gadai Ar-Rahnu apabila terdesak.

Laluan 2: Sebagai Dealer – termasuk juga kepada pelanggan biasa yang mengikuti Matlamat 2 dan 3.

Semoga anda berjaya di dalam mana-mana Laluan Pelaburan Emas yang anda pilih! Anda boleh hubungi saya sekiranya masih ada apa jua persoalan dengan menggunakan borang “Hubungi Saya“.

Semoga bermanfaat.

Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia, Singapura dan Indonesia

Posted on by 0 comment

Anda tercari-cari pelaburan emas terbaik di Malaysia, Singapura dan sedang berkembang di Indonesia? Malah akan berkembang ke Brunei dan Filipina dalam masa terdekat? Anda tak perlu risau sebab saya juga seperti anda. Dahulu saya juga tercari-cari cara nak mula melabur emas di syarikat atau bank yang paling menguntungkan. Sudah semestinya jika boleh yang sedang berkembang dan yang paling baik.

Dalam pelaburan emas, apa yang penting ialah MULA melabur emas DENGAN BETUL. Anda dinasihatkan jangan TERPEDAYA dengan skim cepat kaya a.k.a skim cepat lingkup di luar sana. Cara paling cepat nak tahu sesuatu aktiviti pelaburan emas yang ditawarkan kepada anda itu samada BENAR atau LINGKUP ialah dengan ikuti langkah seperti berikut:-

LANGKAH #1 – DAPATKAN NAMA / LAMAN WEB SYARIKAT

Mendapatkan nama syarikat atau laman web syarikat pelaburan emas terbaik daripada agen pelaburan emas. Anda boleh dapatkan dari kad bisnes atau minta agen tulis dan serah kepada anda. Beritahu kepada agen, nanti saya fikirkan dahulu (pastikan anda senyum ;-)) samada untuk sertai atau tidak beberapa hari lagi. Jika agen pelaburan emas terbaik tersebut mendesak dan seperti terdesak, anda ulang balik “Nanti saya fikirkan dulu” dengan senyum lagi. Tolak dengan baik – itulah sebaik-baik cara.

LANGKAH #2 – SEMAK STATUS SYARIKAT

Semak status aktiviti pelaburan emas yang dijalankan oleh syarikat pelaburan emas tersebut. Jika di Malaysia, anda boleh semak dengan layari laman web Bank Negara Malaysia untuk mengetahui syarikat yang disenarai hitam sebelum anda memberi deposit anda kepada mana-mana individu ataupun syarikat yang boleh didapati di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_financialconsumeralert&lang=bm. Kemudian, anda klik di link “Senarai nama entiti dan laman sesawang” seperti di bawah:-Senarai entiti dan laman yang dipantau Bank Negara Malaysia.

Saya sarankan anda semak dengan teliti senarai tersebut kerana tulisannya agak kecil dan ada kemungkinan anda terlepas pandang. Terdapat juga laman web yang diberikan tidak wujud dalam senarai, tetapi LOGO syarikat adakalanya seakan sama atau memang sama dengan LOGO syarikat yang dalam siasatan BNM. Jika anda dah semak sebanyak TIGA kali dan dapati tiada satu pun nama syarikat atau laman web sama dengan yang tersenarai… anda boleh terus pergi ke langkah berikutnya. Jika anda dapati syarikat atau laman web syarikat pelaburan emas yang diberi tersenarai, maka saya cadangkan agar anda tinggalkan tawaran atau “peluang pelaburan emas terbaik” yang ditawarkan oleh agen tersebut.

LANGKAH #3 – BANDINGKAN HARGA EMAS SEMASA

Lihat harga emas semasa emas yang ditawarkan di laman web. Bandingkan dengan harga emas spot seperti yang saya tunjukkan di “Lihat Harga Emas Semasa“. Jika harga emas semasa produk emas yang ditunjukkan MELEBIHI 10% dari harga emas spot dunia, saya cadang anda terus lupakan hasrat untuk membeli produk emas pelaburan yang ditawarkan kerana anda akan mengalami kerugian dan bukan keuntungan.

LANGKAH #4 – KIRA KADAR SPREAD EMAS

Setelah anda lepasi langkah di atas dan harga emas semasa emas pelaburan syarikat tersebut didapati kurang dari 10% daripada harga emas spot dunia, maka anda boleh kira kadar spread emas pelaburan yang ditawarkan. Kadar spread atau susutnilai ialah peratus perbezaan harga emas yang dijual kepada anda dan harga emas yang dibeli daripada anda. Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai kadar spread di “Bandingkan Harga Emas Dengan Susutnilainya Sekali“. Kebiasaannya harga jual beli emas dipaparkan di laman web syarikat atau bank. Kadar spread yang paling baik ialah DI BAWAH 10%.

LANGKAH #5 – KAJI KEMUDAHAN LATIHAN / SOKONGAN

Seterusnya, anda perlu tahu kemudahan latihan sokongan pelaburan emas yang anda boleh dapat dengan percuma daripada syarikat pelaburan emas. Jika terdapat hanya satu sahaja atau paling banyak pun tak lebih lima kemudahan latihan sokongan yang ditawarkan, dikhuatiri anda mungkin akan menghadapi masalah pada masa akan datang.

LANGKAH #6 – PATUH SYARIAH

Akhir sekali ialah, anda perlu selidiki setiap pembelian emas anda mematuhi syarak atau patuh syariah iaitu anda beli emas dan dapat emas. Bukan anda beli emas dan hanya dapat penyata sahaja (emas kertas) dan tidak boleh dapat emas.

Setelah syarat-syarat di atas dilepasi, maka, saya cadangkan anda bolehlah buat keputusan untuk menerima produk pelaburan emas yang ditawarkan oleh agen tersebut. Terpulang kepada anda untuk mulakan samada secara berdikit-dikit atau secara banyak sekaligus bergantung kepada matlamat pelaburan emas yang anda tetapkan.

Seperti yang saya terangkan di atas, saya juga seperti anda tercari-cari peluang pelaburan emas terbaik agar tidak rugi dan sebaik-baiknya jauhi RIBA’ dalam pelaburan item ribawi seperti emas dan perak. Anda tak perlu risau sebab bukan seminggu atau dua minggu saya membuat kajian di atas… malah berminggu-minggu ke atas pelbagai produk emas pelaburan di bank-bank komersial dan syarikat-syarikat pelaburan emas. Masing-masing memang kata pelaburan emas mereka yang paling baik.

Akhirnya saya dah jumpa syarikat pelaburan emas terbaik di Malaysia, Singapura dan sedang berkembang di Indonesia. Anda boleh lakukan pendaftaran secara percuma dahulu seperti yang diterangkan di “Pendaftaran Percuma“.

Daftar percuma di syarikat Pelaburan Emas Terbaik  Malaysia. Terdapat cawangan-cawangan syarikat pelaburan emas di Malaysia seperti:- Taman Perling, Johor Bahru; Batu Berendam, Melaka; Bandar Sunway, Petaling Jaya; Taman Dagang, Ampang; Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor; Taman Komersil Senawang, Seremban, Negeri Sembilan; Jalan Kota, Alor Setar; Kampung Baru, Sungai Petani, Kedah; Relau, Bayan Lepas; Lebuh Bishop, Pulau Pinang; Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Perak; Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bahru, Kelantan; Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu; Jalan Beserah, Kuantan, Pahang; Al-Idrus Commercial Centre, Jalan Satok, Kuching Sarawak; Along Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah.

Daftar percuma di syarikat Pelaburan Emas Terbaik Singapura. Terdapat cawangan syarikat pelaburan emas di Sinagpura seperti di Tampines, Singapore.

Daftar percuma di syarikat Pelaburan Emas Terbaik Indonesia. Terdapat cawangan syarikat pelaburan emas di Jakarta, Indonesia.

Jika anda mengalami kesukaran untuk mendaftar, sila gunakan link di sini dengan mengisi maklumat berikut:-

  1. Nama penuh:
  2. Nombor kad pengenalan:
  3. Alamat emel:
  4. No. telefon:
  5. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf.

Semoga anda mendapat manfaat di dunia dan akhirat. Amin.

 

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian