Terpedaya Skim Pelaburan Emas Tipu

Terpedaya skim pelaburan emas tipu malah tak wujud, lebih RM6 juta lebur!

Ipoh: Seorang peniaga wanita warga emas berusia 61 tahun diberitakan telah kerugian lebih RM6 juta apabila diperdaya dengan individu yang menawarkan skim pelaburan emas tidak wujud di media sosial sejak Oktober tahun lalu (2023).

Peniaga warga emas itu dipetik baru menyedari ditipu oleh scammer skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas pada 22 Januari 2024 lalu apabila beliau gagal untuk mengeluarkan sebahagian duit pelaburannya berjumlah RM2.2 juta.

Peniaga terbabit diberitakan mula mengenali skim pelaburan emas tipu dan yang sebenarnya tidak wujud tersebut selepas melayari media sosial Facebook pada 14 Oktober 2023 lepas semasa berada di rumahnya.

Selepas beliau terpedaya dengan iklan yang ditawarkan skim pelaburan emas, beliau telah menekan pautan di Facebook tersebut dan mula berkomunikasi menerusi WhatsApp dengan seorang individu yang tidak dikenali.

Sumber berita mengenai penipuan skim pelaburan emas tipu yang tidak wujud ini dipetik daripada Harian Metro bertarikh 23 Januari 2024 seperti yang dipaparkan di atas.

Di bawah ini pula berita mengenai 300 individu di Tawau, Sabah kerugian lebih RM5 juta diperdaya pelaburan emas tipu.


Tonton berita 300 individu rugi lebih RM5 juta diperdaya pelaburan emas tipu di Astro Awani bertarikh 23 Disember 2023.

Kasihan…

Begitulah nasib mangsa yang terpedaya disebabkan janji-janji manis scammer yang banyak di luar sana yang sentiasa mencari mangsa melalui media sosial seperti Facebook, Telegram, Whatsapp dan lain-lain lagi.

Sebenarnya skim pelaburan emas tipu ini dah memperdaya ramai mangsa sejak lama dulu! Di bawah ini, saya kongsikan video berita Astro Awani tahun 2015 dulu.


Tonton berita skim pelaburan emas tipu di Astro Awani bertarikh 16 Jan 2015.

Siapa yang berisiko jadi mangsa? Jawapannya mudah sahaja… sesiapa yang banyak duit! Ikut sejarah yang lepas, scammer biasanya target mangsa yang sudah berusia samada pesara atau peniaga atau kontraktor yang berduit.

Scammer tahu pesara sama ada penjawat awam atau swasta semua berduit sebab dapat gratuity / golden hand shake yang mencecah ratusan ribu Ringgit tak termasuk duit simpanan Tabung Haji atau ASB. Begitu juga peniaga yang mempunyai akaun bisnes dan kontraktor yang baru selesai projek.

Pesan guru emas saya, ramai orang akan melakukan kesilapan kewangan ketika ada duit simpanan yang banyak. Masa itulah, otak akan berfikir apa yang aku nak buat dengan duit sebanyak ini? Maka kebiasaannya ramai antara kita terus akan berfikir perkataan MELABUR dengan menyangka melalui pelaburan duit yang banyak itu akan bertambah banyak!

Walhal risiko dalam apa jua pelaburan ialah… Rugi Dalam Tangan, Untung Belum Tentu! Persoalannya bagaimana cara kita nak kenal pelaburan emas tipu atau tidak?

Nak kenal sama ada sesuatu pelaburan itu tipu sangatlah senang kalau kita ada ilmu. Kalau pun kita tidak ada ilmu tetapi ada keinginan untuk mencari ilmu atau jawapan sama ada bertanya kepada yang pakar. Kaji dahulu sebelum percaya bulat-bulat.

Masalahnya ramai antara kita yang terjebak dengan skim pelaburan yang bertopengkan emas ini disebabkan tidak mahu belajar daripada kesilapan mangsa-mangsa terdahulu.

Di sini saya nak kongsikan beberapa ciri skim pelaburan emas yang telah dikenalpasti oleh pakar-pakar kewangan seperti Tuan Azizi Ali dan guru emas saya iaitu Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Antara ciri-ciri pelaburan emas tipu ialah seperti berikut:-

Apabila kita diberitahu oleh mana-mana individu atau syarikat atau kawan baik kita sendiri (paling ramai terkena), bagi deposit sekarang, mulai bulan depan dan seterusnya akan dapat keuntungan tetap setiap bulan, saya nasihatkan… lari jauh-jauh!

Biasanya kadar keuntungan yang ditawarkan melebihi 5% sebulan atau 60% setahun (5% x 12 bulan). Kadang-kadang ada yang sampai 70% hingga 100% setahun! Walhal pakar kewangan Tuan Azizi Ali menyatakan pulangan paling tinggi yang boleh diberikan oleh institusi pelaburan terbaik di Malaysia sekitar 15% sahaja setahun (1.25% sebulan).

Begitulah caranya nak tahu sama ada skim pelaburan emas itu betul atau tidak. Ambil kalkulator kiralah sendiri. Kalau lebih 2% sebulan atau 24% setahun pun kita boleh buat keputusan “angkat kaki” lari jauh-jauh lah…

Ini memang ciri biasa scammer skim cepat kaya. Biasanya scammer akan tunjuk kemewahan dengan memandu kereta mewah dan memakai jam tangan mewah. Kalau secara atas talian, scammer juga tunjukkan bukti-bukti ada keuntungan dibayar kepada pendeposit-pendeposit terdahulu. Tunjuk video pendeposit keluarkan duit daripada ATM, screenshot resit bank atau gambar duit berkepok-kepok (diikat getah) berpuluh ribu Ringgit kononnya telah berjaya dinikmati ramai pendeposit.

Bila scammer dah nampak tanda-tanda bakal mangsa terpedaya dengan keuntungan bulanan yang banyak, ciri yang ketiga ini pun biasa digunakan oleh scammer sama ada secara bersemuka atau secara atas talian melalui media sosial. Scammer akan menggunakan teknik mendesak secara halus seperti kalau lambat nanti rugi sebab ramai orang lain yang join awal akan dapat untung lebih banyak.

Cara paling selamat daripada terjebak dalam skim cepat kaya bertopengkan emas ialah buang dulu sifat tamak nak untung cepat. Sebab sifat tamak inilah yang selalu mengakibatkan kerugian. Seperti pepatah Melayu…

Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.

Pepatah Melayu

Bila dah buang sifat tamak, nafsu untuk dapat segala tawaran keuntungan atau dividen besar bulanan yang tak masuk akal akan dapat dikawal. Kalau ada posting yang beri pulangan lumayan di media sosial seperti di Facebook pun kita boleh fikir sebelum tekan link Whatsapp. Contoh:-

Pelaburan emas patuh syariah… Modal RM…. untung XX% setiap bulan ATAU

Pelaburan emas dijamin untung. Modal RM…. dividen bulanan XX%

Iklan scammer

Bila dah buang sifat tamak, mudahlah kita nak menolak tawaran menyertai skim yang bukan-bukan.

Biasanya, orang yang ajak join skim ini ialah orang yang kita kenal. Kalau pun pelaburan itu betul, kita tak perlu takut nak ucap kepada individu scammer, “Maaf! Saya tak minat” dan terus beredar. Tolak dengan cara yang baik. Kalau individu masih mendesak, ulang sekali lagi, “Maaf! Saya tak minat”. Itu sahaja!

Semoga perkongsian saya ini dapat memberi gambaran serba sedikit tentang bagaimana skim pelaburan emas tipu memerangkap mangsa. Juga kita dapat mengenali golongan yang berisiko terpedaya dengan skim pelaburan bertopengkan emas.

Adalah sangat diharapkan agar kita semua sentiasa waspada dengan skim cepat kaya seperti pelaburan emas tipu yang sejak bertahun-tahun telah menipu melalui berbagai rupa skim dan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah guru, ustaz, artis, pelajar universiti, penjawat awam dan pekerja swasta.

Sebab utama saya bina blog PelaburanEmas.org ini ialah untuk berkongsi pengalaman sejak 2014 saya berkecimpung dalam emas pelaburan. Di sini saya nak kongsikan pelaburan emas sebenar, patuh syariah, sah malah telah ada lebih 1.1 juta pemegang akaun emas di syarikat jual beli emas pelaburan terbesar di Malaysia.

Lihat portfolio emas pelaburan saya di SINI.

Sila baca Mengenai Saya untuk info lanjut.

Wallahu a’lam.

Berita Baik! Harga Emas Turun Mendadak Pada 28/9/2023

BERITA BAIK! HARGA EMAS TURUN MENDADAK!

Harga emas turun dari rekod tertinggi minggu lepas RM320/gram pada 21 September 2023 ke RM310/gram hari ini.

Rekod harga emas terendah sepanjang bulan ini!

Jika Tuan Puan masih belum mulakan tabungan emas, jangan tunggu lama-lama, terus mulakan sekarang!

Pakar-pakar kewangan menasihati agar semua orang ada antara 10% hingga 50% kekayaan aset dalam bentuk emas.

Tapi kalau Tuan Puan risau lari bajet, mulakan sahaja dengan RM100. Apa yang penting ikut strategi simpan dulu belanja kemudian.

Waktu terbaik untuk tambah tabungan emas adalah selepas terima gaji.

Supaya kita dapat selamatkan duit gaji kita dari dibelanjakan entah ke mana.

Tiada guna harga emas turun hingga RM100/gram sekalipun tapi duit gaji kita yang habiskan entah ke mana?

Tuan Puan nak tahu bagaimana emas boleh bantu kukuhkan kewangan? Anda boleh baca testimoni ramai penyimpan emas di SINI.

Kalau Tuan Puan nak mulakan tabungan emas, dapatkan panduan Cara Bermula di SINI.

Selamat menabung!

Kalau anda dah ada PG Code, boleh rujuk Tutorial Kemudahan Tabungan Emas di bawah:

CARA TAMBAH SIMPANAN Di SINI.

CARA SET AUTO-DEBIT (POTONGAN SERENDAH RM100/GRAM SEBULAN)

JIKA LUPA USERNAME ATAU PASSWORD

Semoga berjaya menabung emas!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-66 Tahun

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-66 tahun daripada saya dan isteri di Blog PelaburanEmas.org.

Selamat menyambut Hari Merdeka ke-66

Sejak 2014 kami berblog dan sebarkan manfaat dan ilmu berkaitan dengan pelaburan emas yang sah serta patuh syariah di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei serta beberapa negara Timur Tengah.

Alhamdulillah! Tahniah kepada semua penabung dan pelabur emas yang menyertai kami di G100 Network Public Gold. Beli emas mesti dapat emas!

Sempena Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia yang dicintai ini, saya juga nak kongsi dua berita baik iaitu Public Gold mengadakan …

PROMOSI BELIAN EMAS DAN PERAK DI PUBLIC GOLD SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-66!!!

Ada dua promosi khas bagi anda yang nak rebut peluang promosi belian emas dan perak di Public Gold iaitu:-

  1. Promosi belian emas dan perak secara Easy Payment Purchase (EPP) sehingga 10 bulan yang patuh syariah. Anda beli emas masa hadapan dengan harga hari ini!
  2. Promosi belian emas dan perak untuk menaik taraf status akaun kepada Normal Dealer atau Priority Dealer

Nak tahu apa kelebihan Dealer Public Gold? Sila layari Promosi Dealer Public Gold di sini.

Tanpa promosi dealer ini, untuk jadi dealer akan perlu buat belian 200 gram dan 500 gram berjumlah lebih RM60k dan RM 150k

Jika nak lebih jimat.. Grab promosi ini. Promosi tamat jam 12 tengah hari Khamis 31/8/2023.

Untuk dapatkan panduan jadi Dealer, klik di Panduan jadi Dealer dalam rangkaian G100 Public Gold yag diasaskan oleh Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

PELUANG MENANG HADIAH CABUTAN BERTUAH PUBLIC GOLD!

Berita baik nombor dua sempena Hari Kemerdekaan yang ke-66 ini ialah bila anda berjaya buat pembelian mengikut tempoh promosi yang akan berakhir sebelum tengah malam 31 Ogos 2023 ini, anda diberi peluang untuk menyertai cabutan bertuah seterusnya peluang menang pelbagai hadiah daripada Public Gold seperti di bawah:

Hadiah cabutan bertuah promosi beli emas Public Gold Merdeka 31 Ogos 2023
Hadiah cabutan bertuah promosi beli emas Public Gold Merdeka 31 Ogos 2023

Layari Panduan jadi Dealer Public Gold sempena Hari Kemerdekaan ke-66 Tahun di sini.

Semoga anda kaya dengan emas!

Harga Emas Melonjak Ke Paras Tertinggi Sejak Penutupan Bank Silicon Valley!

Apa??? Harga emas melonjak ke paras tertinggi sejak penutupan Bank Silicon Valley, Amerika Syarikat Mac 2023 lalu?

Ya betul… lihatlah paparan harga emas semasa Public Gold Malaysia di bawah..

Harga emas melonjak ke paras tertinggi RM316 segram pada 3 Mei 2023

Apa Yang Menyebabkan Kenaikan Mendadak Harga Emas Pada 3 Mei 2023?

1. Banyak bank besar seluruh negara menambahkan aktiviti pembelian emas, kesan daripada ekonomi yang sedang terjejas dan juga kejatuhan bank2 besar di Amerika Syarikat. Selain daripada itu, pasaran kerja di US turut menunjukkan tanda-tanda aktiviti ekonomi yang perlahan, dengan bilangan pekerjaan menurun lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Mac 2023.

2.Kerajaan Singapura telah menambahkan rizab emas mereka sebanyak 17.3 tan pada bulan Mac 2023, menjadikan keseluruhan rizab emas kepada 222.4 tan (45% lebih tinggi daripada pada akhir Disember 2022).

3. Kerajaan China turut melakukan pembelian emas bulan kelima berturut-turut, dengan jumlah rizab emas China kini berjumlah 2,068.

4. Kejatuhan mendadak dalam saham perbankan di negara Amerika Syarikat hari ini, antara reaksi pasaran kesan daripada kejatuhan beberapa bank besar di Amerika Syarikat iaitu Sillicon Valley Bank, Signature Bank dan First Republic Bank.

Apa Iktibar Pengajaran Yang Kita Dapat?

1. Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi, emas akan sentiasa menjadi safe heaven dan pilihan utama pelabur dan negara.

2. Kegagalan 3 bank terbesar di US dalam masa kurang 2 bulan telah menyebabkan ramai pelabur beralih kepada emas, dan menyebabkan harga emas meningkat.

3. Dalam apa-apa keadaan sekalipun, emas fizikal adalah aset yang paling selamat dan berada dalam kawalan kita sepenuhnya. Sedangkan aset-aset digital yang lain? Tidak berada dalam kawalan kita!

4. Sebagai penyimpan emas, fokus kita bukanlah harga, fokus utama ialah tabungan gram emas bertambah. Penyimpan emas yang berilmu dan tenang akan menang di akhirnya!

Ada persoalan? Layari Persoalan Lazim Berkaitan Pelaburan Emas di sini

Semoga bermanfaat.

Tip Utama Pelaburan Emas Apabila Kadar Inflasi Matawang Meningkat

Pelaburan Emas Versus Kadar Inflasi Matawang

Satu konsep mudah nak faham adalah semakin meningkat kadar inflasi sesuatu matawang negara maka semakin meningkat harga emas. Mari kita lihat apa yang telah berlaku sejak bulan April 2021 hingga Mei 2021.

Berdasarkan graf di atas, kadar inflasi di USA pada bulan April ialah 4.2% (vs 1.4% di bulan Januari) sementara kadar inflasi di Malaysia ialah 4.7% (vs -0.2% di bulan Januari). Berita yang lebih buruknya ialah kadar inflasi di USA pada bulan Mei telah meningkat lagi kepada 5%! Kadar inflasi di Malaysia pada bulan Mei ialah 4.4%. 

Berita ini adalah buruk kerana inflasi membuat kuasa belian matawang jatuh. Jika ianya berterusan, satu hari nanti kita akan membayar RM10 atau RM20 untuk secawan white coffee! (perlu diingat yang pendapatan kita kekal dan tidak meningkat!) 

Oleh itu, kita perlu bertindak untuk menyelamatkan kuasa beli kita. Kita perlu lindung kekayaan kita yang telah kita usahakan selama ini. Kita boleh melakukan ini dengan senang dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan kita ke dalam pelaburan yang naik nilainya ketika kadar inflasi naik menggila. Pelaburan yang paling mudah dan patuh syariah ialah emas dan perak.

Mengapa kita perlu menukar wang simpanan kita kepada bentuk yang kalis inflasi seperti emas?

Jawapannya sangat mudah. Inflasi merompak kekayaan kita semua tanpa sedar. Tahukah anda 1 dinar emas (4.25 gram) pada zaman Rasulullah SAW dahulu mampu membeli seekor kambing dan nilai 1 dinar emas yang sama pada hari ini masih mampu membeli seekor kambing walaupun telah berlalu selama lebih 1,400 tahun!

Berbeza dengan duit Ringgit yang kita gunakan sejak kecil atau 40 tahun dahulu duit 30 sen mampu beli sepinggan nasi dan segelas air namun pada hari ini dengan 30 sen mampu beli mungkin sebiji gula-gula sahaja! Pada hari ini nak dapat sepinggan nasi dan segelas air mungkin dengan RM3.00 pun tak cukup!

Lihat! Baru 40 tahun nilai kekuatan matawang Ringgit telah susut begitu banyak! Apa yang akan berlaku 30 atau 40 tahun lagi?

Bagaimana nak tukar wang simpanan kepada bentuk emas?

Pada hari ini terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai syarikat jual beli emas dan juga bank-bank komersial. Namun, sebelum anda memilih untuk menukar wang simpanan kepada bentuk emas pelaburan, mari lihat jenis emas yang betul dan menguntungkan anda dalam jangka masa panjang.

Jika anda minat nak simpan sendiri dan pegang emas secara fizikal, boleh mulakan dengan menyimpan sekurang-kurangnya 1 dinar atau boleh juga 10 gram Goldbar BungaMas dengan harga rendah yang mesra Ar-Rahnu (boleh buka seal).

Contoh 1 Dinar dan 10g Goldbar 24k BungaMas mesra Arrahnu boleh dibeli secara EPP sehingga 10 bulan tanpa risau kenaikan harga pada bulan ke-10. Harga tetap sama sampai selesai bayaran.

Melalui kedai Public Gold, anda boleh dapat simpan sendiri emas pelaburan secara fizikal dengan harga yang terbaik di pasaran dan Public Gold jamin beli balik apabila  anda nak jual balik nanti. Tanpa soal!

Sekaranglah masa yang sebenar nak mulakannya sebab ada promosi deposit ansuran patuh syariah Easy Payment Purchase (EPP) sehingga 10 bulan.

Jika anda nak rebut promosi 1 dinar (bajet sekitar RM110/bulan secara EPP10) atau 10 gram Goldbar (bajet sekitar RM260 sebulan) bayaran shariah EPP10 (bayar 10 kali dalam masa 10 bulan), boleh terus buat tempahan order sahaja dahulu. Tak perlu bayar lagi pada hari ini.

Sijil patuh syariah outright purchase, EPP dan jual balik di Public Gold.
Sijil Patuh Syariah oleh Panel Penasihat Syariah AManie Advisor

Bayar dalam tempoh 4 hari dari tarikh tempahan pun tak mengapa. Sebab transaksi pembelian secara deposit sekuriti EPP patuh syariah ini telah mendapat Sijil Patuh Syariah oleh Panel Penasihat Amanie Advisor. Selesai deposit terakhir baru dapat emas. Nak selesai awal boleh dapat emas awal. Akad jual beli emas hanya berlaku ketika emas sampai.

Caranya:

  1. Login di web PG, klik menu, klik order, klik purchase order. Jika tiada PG Code, boleh login sementara dengan daftar di sini. Selepas dapat PG code boleh login di sini.
  2. Isi dinar / 10g. Klik butang Search. Pilih item 1 dinar  / 10 g goldbar BungaMas. Add to cart. Klik troli sebelah atas kanan.
  3. Proceed to next page. Jika nak deposit bulanan pilih Pick up at branch dan pilih Syariah Easy Payment Purchase (Pilih EPP4 atau EPP10). Jika nak bayar sekaligus dan dipos berinsurans tersu ke rumah boleh pilih GIT shipment dan pilih Full Payment.
  4. Tick ‘I Agree’. Klik Proceed to next page. Akan dipapar nombor CSO. Selesai.
  5. Boleh buat bayaran dalam tempoh 4 hari dari tarikh hari ini.
  6. Reply emel ini untuk cara bayaran berikutnya.

Itu sahaja.

Alhamdulillah! Ada PROMOSI DEALER. Sehingga 12 hari Rabu 30.6.2021 seperti berikut:-

1. Normal Dealer (PD)

1.1 Beli RM5,000 akaun GAP (Bayar penuh) atau
1.2 Beli 7 Dinar Local (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau
1.3 Beli 30g BungaMas (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau
1.4 Beli 2kg Silver (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau
1.5 Beli PG Jewel RM3,000 (boleh EPP6) atau
1.6 Beli RM4,200 Set Marvel Fantasy 12pcs (Bayar penuh /EPP4/ EPP10)1.7 Beli 2 X Set Mickey Raya 8 X 1g Goldbar RM2,998 (Bayar penuh /EPP4/ EPP10)1.8 Khas untuk Penjawat Awam dan Pelajar IPT: Beli minima RM2,500 Goldbar / Dinar di PG Gold Museum (Full payment) / Aurora Italia (Boleh EPP6) / Dinar Casing (Boleh EPP6).

+ Wealth Card untuk dapat 1.0% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya.

2. Priority Dealer (PD)

2.1 Beli RM10,000 akaun GAP (bayar penuh) atau
2.2 Beli 14 Dinar Local (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau
2.3 Beli 50g BungaMas (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau
2.4 Beli 3kg Silver (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau
2.5 Beli PG Jewel RM5,000 (boleh EPP6 ) atau
2.6 Beli RM8,400 Set Marvel Fantasy 24pcs (Bayar penuh /EPP4/ EPP10)2.7 Beli 4 X Set Mickey Raya 16 X 1g Goldbar RM5,996 (Bayar penuh /EPP4/ EPP10)2.8 Khas untuk Penjawat Awam dan Pelajar IPT: Beli minima RM5,000 Goldbar / Dinar di PG Gold Museum (Full payment) / Aurora Italia (Boleh EPP6) / Dinar Casing (Boleh EPP6)

+ Wealth Card untuk dapat 1.5% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya. Sebenarnya tiada kos untuk dapat status Dealer dan nikmati insentif 1-1.5%. Hanya beli emas dan emas itu anda yang punya. 

Bagaimana cara nak beli? 

Step 1: Login di web PG Login di web PG, klik menu, klik order, klik purchase order. Jika tiada PG Code, boleh login sementara dengan daftar di sini. Tunggu PG code.

Selepas dapat PG code boleh login di sini. Selepas login boleh klik Menu > Order > Purchase Order dan scroll katalog. Boleh juga klik di link dan ikut panduan yang disediakan berikut:-

  • Klik Menu, Order, Purchase Order dan pilih item yang berkaitan dalam katalog.
  • Add to cart. Klik troli sebelah atas kanan.
  • Proceed to next page. Pilih GIT Shipment jika bayaran FULL PAYMENT / Pilih Pick up at branch jika pilih Syariah Easy Payment Purchase (EPP4 / EPP10).
  • Isi Remarks FBLIVE SYUKOR HASHIM
  • Tick ‘I Agree’. Klik Proceed to next page. Akan dipapar nombor CSO. Selesai.
  • Boleh buat bayaran dalam tempoh 4 hari dari tarikh hari ini.
  • Reply emel ini untuk cara bayaran berikutnya.
  • Jika nak beli Goldbar / Dinar untuk Penjawat Awam atau Pelajar IPT boleh login di PG Mall dengan menggunakan PG code dan Password anda. Sila klik PG Gold Museum atau Aurora Italia seller selepas login di PG Mall.

Step 2: Beli Wealth Card berasingan jika beli secara EPP atau akaun GAP (Jika buat bayaran FULL PAYMENT boleh add sekali dengan order di atas). 

Itu sahaja. Untuk makluman, jika nak dapat status Dealer tanpa promosi perlu modal beli emas yang lebih besar iaitu 200g (sekitar RM51,000) untuk Normal Dealer dan 500g (sekitar RM127,000) untuk Priority Dealer. Memang banyak perbezaan harga!

Lekas ambil peluang yang jarang-jarang ditawarkan ini sebab tempoh promosi tamat pada jam 12 tengahari Rabu 30.6.2021

Semoga bermanfaat.

Edisi Khas Wafer Emas Koperasi Tentera Ulang Tahun Ke-60

Edisi Khas Emas Koperasi Tentera sempena Ulang Tahun Ke-60

Edisi Khas 24K Wafer Emas Koperasi Tentera telah dilancarkan pada 5 November 2020 sempena menyambut Ulang Tahun Koperasi Tentera Ke-60.

Goldbar 1 gram Edisi Khas Koperasi Tentera ini ditempah khas di kilang Public Gold yang terletak di Pulau Pinang, Malaysia. Edisi Khas Wafer Emas 1g 24K ini dibuat dengan design yang sangat gah!

Lihatlah bagaimana gahnya Edisi Khas 1g Goldbar 24K Koperasi Tentera seperti yang ditunjukkan di bawah…

Edisi Khas 1g Wafer Emas 24K Koperasi Tentera yang ditempah khas di Public Gold, Pulau Pinang.

Hebat dan gah!

Ciri-ciri Goldbar 1g Emas 24K Edisi Khas Koperasi Tentera

  • Berat: 1 gram
  • Saiz wafer / goldbar: 9mm (Width) x 15mm (Length) x 0.6mm (Thickness)
  • Goldbar 1g ini dimeteri (sealed) sekali dengan sijil ketulenan dalam sekeping kad bersaiz kad ATM di belakang.
  • Ketulenan disahkan Assayer bertauliah antarabangsa.
  • Emas dikilangkan di Turki oleh Nadir Metal Rafineri yang diiktiraf antarabangsa.
  • Edisi khas 1g wafer emas Koperasi Tentera ini terhad hanya sebanyak 20,000 keping sahaja.

Jangan terlepas peluang keemasan ini untuk mendapatkan dan simpan edisi khas ini sebagai koleksi untuk sempena Sambutan Ulang Tahun Koperasi Tentera Ke-60!

Dapatkan Edisi Khas 24K Jongkong Emas Koperasi Tentera dan Ar-RahnuKT di 25 cawangan di seluruh Malaysia dengan klik di sini.

Seperti yang diketahui umum, Public Gold yang ditubuhkan sejak 2008 telah mengeluarkan banyak goldbar edisi khas seperti berikut:-

#KoperasiTentera #PublicGold #20000KepingSahaja #24KJongkongEmas #SambutanKe-60

TERHAD! 1 Dinar 999 Mesra Ar-Rahnu Percuma 1 Goldcard Folder

Promosi Belian 1 Dinar 999 Mesra Arrahnu

Kepada peminat 1 Dinar mesra Ar-Rahnu, ada tawaran istimewa bermula 25 September 2020 hingga 30 September 2020 ini 

Harga RM1,152.00 sahaja dan siap masuk Shipping ke alamat rumah.

Ada percuma 1 unit Goldcard Folder!

Belian tanpa promosi kena pergi ambil sendiri dan tiada percuma apa-apa.

Tapi bilangan TERHAD! Hanya ada 400 lebih keping sahaja!

Setakat sekarang ini baki 300 keping lebih sahaja!

Cepat buat belian sebelum habis! Boleh guna kad kredit juga!

Klik di sini untuk terus buat belian 1 Dinar mesra Ar-Rahnu.

1 Dinar 999 Promosi PG Museum

Jika beli di web Public Gold harga keseluruhan RM1,160.00 (Semenanjung) atau RM1,165.00 (Sabah & Sarawak). Kena ambil sendiri di branch PG terdekat pula!

Tapi offer malam ini hingga habis stok hanya RM1,152 selepas guna KUPON SMO20OFF sebelum Checkout.

Harga termasuk shipping ke suruh negara walau ke Sabah atau Sarawak!

Harga 1 Dinar 999 Pubic Gold RM1150
1 dinar 24K tempatan Public Gold mesra Ar-Rahnu

Step 3: Klik Shopping, slide ke kanan dan cari PGMall. Tap Get Deal di PGMall.

Step 4: Mula shopping di PGMall dan cari banner 1 dinar seperti di atas, isi Coupon Code berikut sebelum Checkout:

a. Jika anda pertama kali shopping di PGMall sila isi SMONEW25 boleh dapat diskaun RM25 atas belian minima RM80!

b. Jika anda shopper sediada sila isi SMO20OFF boleh dapat diskaun RM20 atas belian minima RM100!

c. Jika dah guna kedua-dua kupon di atas, boleh isi SMOSHIP8 untuk Free Shipping atas belian minima RM80!

Nota: Offer kod diskaun tamat 11.59pm 30 September 2020.

Psstt.. macam-macam offer yang PGMall, PG Museum dan PG Jewel buat sehingga 30hb September 2020.

Ikuti langkah di atas untuk dapat pulangan tunai dan juga diskaun!

Lekas-lekas la order sebelum kehabisan. Boleh guna kad kredit juga!

Klik di sini untuk terus buat belian 1 Dinar mesra Ar-Rahnu.

Promosi menabung emas Akaun GAP Public Gold berbaki 37 akaun sahaja!

This will close in 25 seconds