Cara Keluarkan Emas Fizikal Daripada Akaun Simpanan Emas GAP (Gold Accumulation Program)

Anda nak keluarkan emas fizikal daripada Akaun Simpanan Emas GAP (Gold Accumulation Program) di Public Gold?

Caranya amat mudah. Ada dua cara yang anda boleh pilih:-

  1. Ambil sendiri di cawangan Public Gold berdekatan dengan bayar Gold Premium secara tunai di kaunter.
  2. Buat pesanan di dalam akaun GAP menggunakan kemudahan Gold-In-Transit (GIT) Withdrawal. Bayar Gold Premium dan caj kurier berinsurans secara FPX dan tunggu di rumah.

Terpulang kepada keadaan anda. Jika rumah anda terletak berdekatan dengan mana-mana cawangan Public Gold, lebih baik pilih cara 1.

Jika rumah anda jauh dari cawangan Public Gold, lebih baik pilih cara 2.

Kedua-dua cara perlu menepati dua syarat iaitu:-

  1. Anda mempunyai baki minima DUA (2) gram dalam akaun GAP sebab perlu berbaki 1 gram selepas pengeluaran.
  2. Anda perlu bayar Gold Premium seperti yang ditunjukkan di bawah:-
Caj premium pengeluaran emas Public Gold.
Gold Premium untuk setiap pengeluaran emas atau perak secara fizikal daripada akaun emas GAP atau akaun perak SAP.

Keluarkan emas / perak cara ambil sendiri di cawangan Public Gold

Langkah 1: Whatsapp staf di cawangan Public Gold yang terdekat untuk menanyakan stok apa yang ada di sana. Senarai nombor WhatsApp boleh di dapati di sini.

Langkah 2: Tetapkan masa temu janji anda untuk hadir dan ambil stok di cawangan Public Gold tersebut.

Keluarkan emas cara kurier berinsurans

Langkah 1: Whatsapp staf di cawangan Public Gold yang terdekat untuk menanyakan stok apa yang ada di sana. Senarai nombor WhatsApp boleh di dapati di sini.

Langkah 2: Dapatkan invois untuk bayar Gold Premium dan caj kurier.

Langkah 3. Buat bayaran mengikut jumlah invois dengan meletakkan nombor CSO (Customer Sales Order) sebagai rujukan.

Langkah 4: Whatsapp screenshot resit bayaran kepada cawangan Public Gold.

Langkah 5: Boleh lihat status shipping dengan login di web Public Gold dan klik My Shipment. Klik nombor merah di jadual untuk kemaskini alamat penghantaran.

Langkah 6: Tunggu dengan senyuman.

Kadar caj kurier berinsurans

Kadar caj kurier berinsurans bagi Goldbar dan Dinar serta Silverbar adalah terhad dengan nilai maksima RM5,000 sahaja. Oleh itu, berat satu parsel berubah mengikut harga semasa emas atau perak. Berat satu dinar bersamaan dengan 4.25 gram.

Berikut ialah caj Gold-In-Transit yang boleh didapati di web Public Gold.

Caj kurier berinsurans untuk penghantaran emas mengikut jumlah gram ke alamat rumah anda.

Manakala kadar caj Silver-In-Transit di bawah…

Caj kurier berinsurans untuk penghantaran silver mengikut jumlah gram ke alamat rumah anda.

Namun, kadang kala terdapat Goldbar Edisi Terhad yang boleh dikeluarkan secara Gold-In-Transit (GIT) daripada akaun GAP.

Sebagai contoh terdapat 10,000 keping Edisi Terhad 1g Goldbar Frontliners COVID-19 WIRA NEGARAKU yang boleh dikeluarkan secara GIT dari akaun GAP.

Edisi Terhad 1g Goldbar 24K Frontliners COVID-19 dengan tema WIRA NEGARAKU boleh dikeluarkan dari akaun GAP dengan caj Gold Premium RM15 sekeping untuk 2,000 keping yang pertama.

Bermula 13 November 2020, harga Gold Premium dan caj kurier berinsurans bagi setiap keping hanya RM15 terhad untuk 2,000 keping yang pertama dan kedua sahaja. Caj Gold Premium ini bakal dinaikkan setelah batch 2,000 keping yang kedua ini habis dikeluarkan.

Batch 2,000 pertama 1g Goldbar 24k yang boleh dikeluarkan secara GIT dari akaun GAP.
Batch 2,000 kedua 1g Goldbar 24k yang boleh dikeluarkan secara GIT dari akaun GAP.

Anda boleh ikut panduan di bawah untuk pengeluaran secara GIT. Caranya begini:-

  1. Login ke akaun GAP guna web desktop view di fon atau guna PC paling mudah di web Public Gold (klik sini).

👉Nota:
▪️Elakkan guna GAP apps.
▪️Jika masih belum ada PG Code, sila daftar percuma untuk buka akaun GAP dengan klik di sini dan ikuti panduan di emel.

  1. Klik Menu > My GAP > Go To New Site
  2. Klik Menu > Klik GIT WITHDRAWAL. Sila refresh web page jika tiada GIT WITHDRAWAL dipaparkan.
  3. Klik butang merah Troli 🛒dan Add to cart. Isi bilangan gram. Setiap pengeluaran 1g akan dicaj premium RM15 sahaja waktu promosi ini. Terhad 2,000 keping dan caj premium bakal naik selepas itu. Sila refresh web page jika produk habis stok.
  4. Maksima pengeluaran guna GIT ialah 10 keping dalam satu parcel dan caj shipping RM10 sahaja. Jika nak keluarkan 20 keping perlu buat 2 kali transaksi GIT WITHDRAWAL.
  5. Teruskan dan klik SEND TAC NUMBER untuk bayaran secara FPX
  6. Tunggu dengan senyuman di rumah.

Anda boleh juga lihat infografik di bawah sebagai panduan.

Begitulah cara yang mudah nak keluarkan emas fizikal daripada akaun simpanan emas GAP. Tak perlu ke mana-mana untuk dapatkan emas pelaburan yang anda ingin simpan sendiri.

Semoga kita semua selamat dari bahaya wabak COVID-19. Amin

Leave a Comment

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian