Cara Jual Emas Untuk Dapat Duit Tunai Dengan Harga Tinggi

Cara Jual Emas Perhiasan

Anda nak jual emas perhiasan seperti rantai, gelang, cincin emas 916 untuk dapat duit tunai dengan harga yang tinggi? Jika anda tiada sijil atau surat emas pun tidak mengapa.

Sekarang memang harga emas semasa sedang melambung tinggi sejak kesan BREXIT pada akhir bulan Jun 2016 yang lalu. Sehingga kini (17/9/2016), harga emas terendah telah dikesan pada awal bulan September serendah RM182.00/g. Pada hari ini harga emas 999 ialah RM187.00/g manakala harga emas perhiasan ialah RM148.00/g.

[KEMASKINI] Harga emas 24K 999 tertinggi pada 5 hingga 8 September 2017 ialah RM198.00/g. Manakala harga emas perhiasan ialah RM154.00/g.

Di sini saya ingin tunjukkan ‘RAHSIA’ bagaimana anda boleh dapat duit tunai yang 100% lebih banyak daripada apa yang kebanyakan orang dapat.

Wah!…. 100% lebih banyak duit tunai!… Biar betul Suhaimee…

Jawapan saya:Ya! Betul dan TIADA SEBARANG PENIPUAN PUN…”

Nak tahu rahsianya? Begini…

AMALAN BIASA KITA JUAL EMAS UNTUK DAPAT DUIT TUNAI

Biasanya kebanyakan kita rakyat Malaysia, samada duduk di bandar atau di kampung, bila nak jual emas je, kita akan pergi ke kedai emas yang berhampiran. Apa yang kita tak tahu, bila kita jual emas di kedai emas biasa, kita dah rugi baaaaaanyak sekali…. dan kita dah untungkan peniaga emas baaaaaaanyak sekali tanpa kita sedari.

Berapa kita dah rugi? Mari saya tunjukkan. Pada hari Sabtu, 17/9/2016, saya dan isteri bersama anak-anak telah pergi ke kedai emas Public Gold di Sungai Petani. Tujuan kami pergi ke sana memang nak cuba tukar subang emas perhiasan 916 yang dah patah seberat hanya 1.3 gram.

Biasanya kalau isteri saya jual emas di kedai emas di Sungai Petani memang peniaga kedai emas akan buat muka sedih…. dan kata.. “Murah je ni kak… RM80 je boleh dapat…” Huhu… dah la beli subang emas tahun 2014 dulu dengan harga RM130 sepasang… rugi betul. Jadi isteri saya memang dah tak pergi ke kedai emas biasa… dia sekarang pergi ke kedai emas special!

TUKAR AMALAN JUAL EMAS DI KEDAI EMAS BIASA KEPADA KEDAI EMAS SPECIAL

Kenapa special? … sebab harga subang emas 916 yang seberat 1.3 gram tu mereka boleh beri tunai RM187.00!!!! Alhamdulillah… rezeki Allah Taala beri. Jika kita kira peratus untung berbanding jual di kedai emas biasa ialah sebanyak 133.8%! Cuma duit RM187 tu boleh dapat dalam tempoh 48 jam masuk dalam akaun bank terus. Okaylah tu.. better late than rugi baaaaaanyaak… Anda hanya boleh untung baaaaaaanyak dengan jual emas di kedai Public Gold.

Masa kami jual emas di Public Gold Sungai Petani. Kami dilayan dengan sangatt baik oleh staf Public Gold, Ms Emily. Terima kasih Ms Emily.
Masa kami jual emas di Public Gold Sungai Petani. Kami dilayan dengan sangat baik oleh staf Public Gold, Ms Emily. Kami berpeluang membelek emas keluaran terbaru Public Gold – Aurora, memang sangat cantik. Terima kasih Ms Emily.

Bagaimana boleh dapat duit tunai sebanyak itu? Di sini saya tunjukkan caranya…

(1) Daftar percuma secara online di kedai Public Gold (isikan kod PG047646 di ruangan Introducer sekiranya tiada)

(2) Lihat harga emas perhiasan di www.publigold.com.my atau anda juga boleh capai dengan lebih pantas memasang Aplikasi Public Gold di smartfon anda. Belajar cara pasang melalui Android, iOS dan Blackberry di sini.

Sebagai contoh pada hari ini 17/9/2016, harga emas perhiasan 916 atau 22K ialah RM148/g.

harga-emas-semasa-public-gold
Harga jual emas hiasan 916 Public Gold dalam bulatan biru.

(3) Setelah dapat harga emas perhiasan 22K (916) segram, anda darabkan dengan berat emas anda untuk dapatkan anggaran duit tunai kepada ringgit yang terdekat yang bakal anda perolehi.

Contoh 1:

Sekiranya anda ingin dapatkan duit tunai, harga PG Buy perlu ditolak RM5 (RM148-RM5 = RM143/g)

1.3g X RM143 = RM186 (tanpa nilai sen dimasukkan).

Contoh 2:

Sekiranya anda ingin terus masukkan ke dalam akaun simpanan emas GAP pun boleh (sila klik sini untuk tahu apa itu akaun simpanan emas GAP) dan harga PG Buy tidak perlu ditolak dengan RM5 (kekal RM148/g)

1.3g X RM148 = RM192 (tanpa nilai sen dimasukkan).

(4) Bila anda dah puas hati dengan nilai duit tunai yang bakal anda dapat, anda boleh hubungi mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat untuk beritahu akan tujuan kehadiran anda.

(Nota penting: Jangan lupa untuk anda bawa satu salinan kad pengenalan (depan & belakang) serta satu salinan muka depan akaun buku bank (yang ada nombor akaun) untuk tujuan penerimaan duit tunai anda. Kalau takde hardcopy, dalam bentuk softcopy pdf pun boleh. Anda boleh emel jer).

Kemudian, mereka akan minta nombor kod PG anda. Sekiranya ada, anda boleh terus nyatakan bila anda nak datang ke kedai Public Gold. Jika anda masih tiada kod PG, anda boleh daftar secara percuma dahulu di sini.

Terdapat 17 cawangan kedai Public Gold di seluruh Malaysia dan beroperasi dari Isnin hingga Sabtu kecuali Ahad dan cuti umum. Di Public Gold anda boleh dapatkan berat sebenar emas yang anda bawa. Mereka tidak akan buat muka sedih… (Hehe..) atau mereka tidak akan cerewet untuk terima apa sahaja jenis dan jenama emas yang anda bawa untuk anda jual kepada Pubic Gold dan anda boleh dapat duit tunai tertinggi untuk anda dapat keuntungan yang maksima.

Jika anda ada apa-apa persoalan mengenai cara jual emas di Public Gold, sila “Hubungi Saya” dengan nyatakan secara khusus maksud pertanyaan anda atau boleh hubungi saya melalui Whatsapp di sini.

239 thoughts on “Cara Jual Emas Untuk Dapat Duit Tunai Dengan Harga Tinggi”

    • Ya boleh. Jika berminat boleh ikut langkah berikut:-

      1. Daftar percuma dengan password sendiri di https://www.pelaburanemas.org/go/daftar.php.

      2. Bawa emas ke kedai Public Gold terdekat. Boleh rujuk alamat cawangan terdekat di https://pelaburanemas.org/go/cawanganpublicgold.php.

      3. Dptkn nilai jualan emas dgn tepat secara percuma. Harga tepat hanya ditentukan di kedai emas Public Gold.

      4. Jika setuju boleh jual dan beri salinan akaun bank utk PG transfer tunai dlm tempoh 24-48 jam. Guna akaun Maybank paling cepat.

      5. Boleh beri kod Introducer sy PG047646 Suhaimee Manaf bila diminta staf kedai PG.

      Selesai.

      Reply
    • Kalau di Sabah ada di KK. Jika berminat boleh ikut langkah berikut:-

      1. Daftar percuma dengan password sendiri di https://www.pelaburanemas.org/go/daftar.php.

      2. Bawa emas ke kedai Public Gold terdekat. Boleh rujuk alamat cawangan KK di https://pelaburanemas.org/go/cawanganpublicgold.php.

      3. Dptkn nilai jualan emas dgn tepat secara percuma. Harga tepat hanya ditentukan di kedai emas Public Gold.

      4. Jika setuju boleh jual dan beri salinan akaun bank utk PG transfer tunai dlm tempoh 24-48 jam. Guna akaun Maybank paling cepat.

      5. Boleh beri kod Introducer sy PG047646 Suhaimee Manaf bila diminta staf kedai PG.

      Selesai.

      Reply
        • Maaf puan. Tiada cawangan Public Gold di W.P Labuan. Ada di Kota Kinabalu sahaja. Jika nak jual beli secara akaun GAP memang tak perlu ke Kota Kinabalu. Boleh buat di mana-mana sahaja secara transaksi online. Jika nak jual balik emas hiasan / emas fizikal memang kna pergi branch. Apa-apa pun puan boleh daftar percuma dengan password sendiri di https://www.pelaburanemas.org/go/daftar.php.

          Reply
  1. Salam, saya ada membeli gelang emas di Habib pada Jun tahun ni dan saya tidak berminat untuk memakainya dan mahu menjual gelang tersebut. boleh advice mcm mana saya nak jual gelang tersebut? harga pembelian pada ketika itu ialah 5K. adakah saya akan mendapat semula harga yang sama semasa pembelian atau nilai akan kurang daripada harga semasa pembelian? saya ada baca yang saya perlu menjual semula gelang tersebut di Habib semula. mohon advise.

    Reply
    • Wksalam. Puan boleh bawa gelang emas dan jual balik ke Habib. Biasanya akan dapat harga jual balik sekitar 25-30% rendah sikit daripada harga beli.

      Reply
      • Dalam situasi Pn Atiqah ni, boleh ke dia menjual ke PG tanpa perlu pergi Habib:

        Salam, saya ada membeli gelang emas di Habib pada Jun tahun ni dan saya tidak berminat untuk memakainya dan mahu menjual gelang tersebut. boleh advice mcm mana saya nak jual gelang tersebut? harga pembelian pada ketika itu ialah 5K. adakah saya akan mendapat semula harga yang sama semasa pembelian atau nilai akan kurang daripada harga semasa pembelian? saya ada baca yang saya perlu menjual semula gelang tersebut di Habib semula. mohon advise.

        Reply
        • Ya boleh. Cuma harga emas pada bulan Jun 2020 lebih tinggi dari harga emas sekarang. Lebih baik tangguhkan dahulu sehingga harga emas naik atau pajak di Ar-Rahnu jika terdesak nak guna duit.

          Reply

Leave a Reply to suhaimee Cancel reply

Dapatkan EBook PERCUMA

Download Ebook 5 Minit Emas Percuma! Download di SINI


This will close in 0 seconds

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian
Verified by MonsterInsights