Awas Skim Pelaburan Emas Palsu – Duit Pencen Anda Bukan Untuk Ditipu!
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai pesara dan warga emas menjadi mangsa skim cepat kaya, terutamanya melibatkan pelaburan emas palsu. Baru-baru ini, beberapa kes besar telah dilaporkan di Malaysia, memperlihatkan bagaimana penipu bijak memperdaya mangsa dengan janji pulangan lumayan.
Menurut beberapa laporan akhbar dan media tempatan, terdapat banyak kes penipuan pelaburan emas yang berjaya menjerat mangsa, termasuk golongan pesara yang telah menghabiskan simpanan mereka. Salah satu kes besar melibatkan sebuah syarikat yang menjanjikan pulangan bulanan sehingga 15% untuk setiap gram emas yang dibeli. Namun, syarikat tersebut akhirnya ‘hilang’ bersama wang pelabur.
Kes-kes Terkini Skim Pelaburan Emas Palsu
1. Penipuan RM1.63 Juta di Pulau Pinang
Seramai 13 individu ditipu oleh dua orang penipu yang mengendalikan syarikat pelaburan emas, menjanjikan pulangan bulanan 5-10%. Malangnya, semua pelabur ini kehilangan wang pelaburan mereka, berjumlah RM1.63 juta! Kes ini dilaporkan berlaku di Pulau Pinang pada September 2024 (Kosmo Digital).
2. Kehilangan RM100 Juta oleh 1,500 Mangsa
Sebuah skim pelaburan emas yang menawarkan komisen harian 3% telah menyebabkan kerugian sebanyak RM100 juta kepada hampir 1,500 individu. Penipu menggunakan taktik piramid untuk menarik mangsa, dan syarikat tersebut akhirnya menutup operasi pada akhir 2022 lepas (Kosmo Digital).
3. Warga Emas Kehilangan RM320,000
Seorang lelaki berusia 78 tahun menjadi mangsa penipuan pelaburan emas melalui Facebook. Mangsa melaburkan wang pencennya dan dijanjikan pulangan 10-20%, namun akhirnya laman web pelaburan tersebut ditutup, dan dia kehilangan lebih RM300,000 (Buletin TV3).
Kenapa Pesara dan Warga Emas Mudah Terpedaya?
Warga emas dan pesara sering menjadi sasaran penipuan kerana beberapa faktor:
Tiada Ilmu Kewangan & Ilmu Emas: Pesan guru emas kami, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, ramai yang melakukan kesilapan atau dosa kewangan apabila mereka dapat duit dalam jumlah yang banyak kerana tiada ilmu. Mereka hanya ikut sahaja apa yang orang lain terutama inner circle (kenalan rapat) cakap.
Kurang Pendedahan Teknologi: Ramai yang tidak biasa dengan teknologi moden dan mudah percaya iklan di media sosial terutama Telegram, Whatsapp, Facebook.
Sifat Mudah Percaya: Generasi ini cenderung lebih mempercayai janji yang diberi, terutama apabila ia datang dari sumber yang nampak ‘profesional’.
Simpanan Duit Pencen: Wang pencen seperti KWSP dan duit gratuiti pencen yang mereka dapat dan simpan dilihat sebagai ‘sasaran mudah’ oleh penipu yang mencari mangsa dengan jumlah wang yang besar.
7 Tips Elak Ditipu Skim Cepat Kaya Bertopeng Pelaburan Emas
Skim pelaburan bertopeng emas – Gambar hiasan.
Periksa Kredibiliti Syarikat: Sebelum melabur, pastikan syarikat tersebut berdaftar dengan Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti.
Jangan Mudah Percaya Pulangan Tinggi: Jika sesuatu pelaburan menjanjikan pulangan yang terlalu baik, itu tanda amaran. Pelaburan emas biasanya tidak memberikan pulangan yang tetap dalam jangka masa pendek.
Rujuk Pakar Kewangan: Dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan yang bertauliah sebelum melaburkan wang.
Jangan Terlalu Bergantung kepada Maklumat dari Media Sosial: Iklan di Facebook atau WhatsApp sering digunakan oleh penipu untuk menarik perhatian. Selidik dulu sebelum mengambil tindakan.
Elakkan Membuat Pembayaran ke Akaun Individu: Sentiasa pastikan pembayaran dilakukan kepada akaun syarikat yang sah, bukan akaun peribadi.
Simpan Rekod Semua Transaksi: Pastikan setiap transaksi direkodkan untuk rujukan jika berlaku penipuan.
Laporkan Jika Ditipu: Jangan berdiam diri jika anda telah menjadi mangsa. Laporkan kepada polis dan Bank Negara Malaysia supaya tindakan dapat diambil.
Sekarang ini scammer menggunakan kaedah menipu yang semakin canggih. Hanya dengan ilmu dan kesedaran serta langkah berhati-hati mudah-mudahan kita dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
Seperti yang kami kongsikan di Mengenai Kami bagaimana kami juga hampir-hampir terpedaya dengan skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas, kongsi pengalaman anda atau pandangan di ruangan komen – apa lagi langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri kita?
Mesin Public Gold ATM yang dipanggil “Malaysia Gold ATM” ini boleh digunakan untuk mengeluarkan emas goldbar dan dinar secara fizikal oleh seluruh rakyat Malaysia yang memiliki akaun emas di Public Gold.
Mesin Public Gold ATM bukan mesin jual cokelat salut emas. Mesin keluarkan goldbar dan dinar 999.9!
Jika anda masih belum daftar akaun emas di Public Gold, daftarlah sekarang secara percuma (Nota Penting: kalau akaun Junior bawah 18 tahun perlu daftar guna emel berlainan dengan ibu/bapa untuk tujuan reset password) sebelum anda boleh beli dan keluarkan goldbar dan dinar daripada mesin ATM Public Gold ini.
Mesin Gold ATM ini menawarkan jongkong emas dan juga dinar dengan ketulenan 999.9. dan berat emas antara 0.5 gram hingga 5 gram.
Terdapat banyak rekaan jongkong emas yang menarik, antaranya Disney, Marvel Studios, Warner Bros, Juventus, Garfield, Ejen Ali dan Monsta. Manakala syiling dinar yang boleh dikeluarkan ialah 1 dinar.
Tujuan mesin ATM Public Gold ini ditempatkan di lokasi-lokasi orang ramai adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia memegang emas sebagai simpanan jangka panjang.
Selain dijadikan sebagai satu bentuk simpanan kekayaan, jongkong emas atau dinar jenama Public Gold ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah atau cenderahati.
MAKLUMAT CAJ PENGELUARAN MESIN PUBLIC GOLD ATM
Di sini saya kongsikan maklumat Gold Premium dan caj pengeluaran yang dikenakan kepada setiap item yang dikeluarkan daripada Public Gold ATM:
Public Gold menyasarkan untuk menyediakan 200 mesin ATM Emas Public Gold di seluruh Malaysia berakhir tahun 2025 dan Gold ATM ini akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di pasaraya, lapangan terbang dan taman perumahan yang mempunyai kelengkapan CCTV.
Jadi apa tunggu lagi? Ikuti panduan daftar di Public Gold secara percuma (Nota Penting: kalau akaun Junior bawah 18 tahun perlu daftar guna emel berlainan dengan ibu/bapa untuk tujuan reset password) sebelum anda boleh pergi ke mesin ATM emas dan keluarkan goldbar dan dinar daripada mesin ATM Public Gold ini. Mesin Gold ATM ini telah digabungkan dengan akaun emas Dewasa Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold.
LOKASI MESIN PUBLIC GOLD ATM
Pada masa ini anda boleh miliki Goldbar dan Dinar emas 24K di lokasi-lokasi seperti di Lokasi Mesin Public Gold ATM. (Pastikan anda tekan navbar merah bertajuk Our Gold ATM) seperti di bawah:
Zon Utara
Alamat
1. Gurney Paragon Mall (Ground Floor, bersebelahan The Brew House)
Ground Floor, Sultan Abdul Aziz Shah Airport (Subang Airport) (SZB), Terminal, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor.
17. Giant Bandar Kinrara, Puchong
(Ground Floor, beside Old Klang Road Kopitiam)
Lot 449 Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Jalan BK 5a/1, Bandar Kinrara 5, 47180 Puchong, Selangor.
18. MYDIN Semenyih, Selangor
Lot 21452, Jln Anggerik Perdana 1, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor
19. Public Gold Ampang Branch
12-G, Jalan Dagang, 1/1A, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor.
20. Giant Kemuning Utama, Shah Alam
(Ground Floor, beside Escalator)
Giant Hypermarket Kemuning Utama, No. 2, Jalan Anggerik Vanilla U31/U, Kemuning Utama, 40460 Shah Alam, Selangor
21. Melawati Mall
(Ground Floor & Next to Escalator)
355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur
22. Giant Ulu Kelang
(Ground Floor & Next to ATM Machine)
Lot 2688-1 & 2688-2, Jalan Permata 1, Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur
23. BMC Mall
(Ground Floor & Next to Gdex)
Bukit Mahkota Cheras Mall, Jalan Temenggung 27/9, 43200 Cheras, Selangor
Zon Pantai Timur
Alamat
24. MYDIN Tunjong
(Ground Floor)
Lot PT 666, Jalan Kuala Krai, Bandar Baru Tunjong, 16010 Kota Bharu, Kelantan
25. MYDIN Gong Badak, Terengganu
(Ground Floor)
Kampung Banggul Tiang Kulat, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
26. Public Gold Kuantan Branch
(Ground Floor)
36, Jalan Putra Square 1, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang.
27. MYDIN Jengka
(Ground Floor next to Gadget Store)
Bandar Baru Jengka, 26400 Bandar Jengka, Pahang
28. MYDIN Mall Kuala Terengganu
(Ground Floor near the Groceries entrance)
Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Zon Selatan
Alamat
29. MYDIN Pelangi Indah (Ground Floor)
PTD 120470, Persiaran Pelangi Indah, Taman Pelangi Indah, 81800 Ulu Tiram, Johor.
30. MYDIN Mutiara Rini (Ground Floor)
7, Persiaran Jaya 1, Mutiara Rini, 81300 Johor Bahru, Johor.
31. MYDIN Senawang, Negeri Sembilan
(Ground Floor)
No. 110, Jalan BPS 7, Taman Senawang Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.
32. MYDIN Pulau Sebang, Melaka
(Ground Floor, opposite to Marrybrown)
Jalan Pulau Sebang / Tampin, Kampung Lendu Pekan, 78000 Alor Gajah, Melaka.
33. Giant 9 Avenue, Nilai (Next to KFC)
Giant, Bandar Baru Nilai, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
34. MYDIN Jasin, Melaka
PT 8537, Seksyen 1 Bandar Jasin Bestari, 77200 Jasin, Melaka
35. Johor Bahru Senai International Airport (Next to Subway)
Johor Darul Ta’zim, 81250 Johor Bahru, Johor
36. R&R Seremban (North Bound), Negeri Sembilan
(Sebelah ATM & Medan Selera)
Lot 7576, Lebuhraya Utara – Selatan, Seremban, Negeri Sembilan
37. UTC Melaka
(Near Elevator)
Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka
38. KDE Melaka Branch
Jalan TTC 25, Taman Teknologi Cheng, 75260 Melaka
39. Dataran Pahlawan Melaka Megamall
(Nearby Foodcourt & Waterfall)
Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Senarai ini akan bertambah panjang sehingga kepada 200 unit mesin Gold ATM. Apa yang penting, ikuti panduan daftar di Public Gold secara percuma (Nota Penting: kalau akaun Junior bawah 18 tahun perlu daftar guna emel berlainan dengan ibu/bapa untuk tujuan reset password) sebelum anda boleh pergi ke mesin ATM emas dan keluarkan goldbar dan dinar daripada mesin ATM Public Gold ini. Semoga bermanfaat.
Berita pelaburan emas terkini menunjukkan terdapat bukti negara dan rakyat China dah celik emas sejak sekian lama sehingga pemenang emas sukan Olimpik ping pong dianugerahkan 6kg emas (RM2.25 juta) dan duit tunai USD525,000 (RM2.32 juta)!
Nisbah nilai emas:duit lebih kurang 50:50! Hanya pemain profesional yang layak dapat kekayaan begini! Nampak macam mudahnya mereka kumpul kekayaan dan jadi jutawan dalam masa yang singkat. Namun, mereka telah melalui latihan yang sukar dalam tempoh bertahun-tahun sebelum mencipta kejayaan.
Tidak ada ada kejayaan tanpa usaha, komitmen dan konsisten (istiqomah).
Adakah Cara Yang Lebih Mudah Nak Jadi Kaya?
Kita sebagai orang awam mungkin terasa sukar nak mencapai kekayaan dengan cara begitu. Namun berita baiknya, guru saya pesan kalau nak kaya, kita hanya perlu tahu apa yang orang kaya tahu, buat apa yang orang kaya buat, maka kita akan dapat apa yang orang kaya dapat.
Formula mudah untuk berjaya dan kaya ialah dengan dengar dan ikut pesan orang yang telah berjaya dan kaya. Tetapi ikut secara melulu tanpa ilmu sehingga terjebak dalam skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas!
Sekali lagi diingatkan, tidak ada ada kejayaan tanpa usaha, komitmen dan konsisten (istiqomah).
Di sini, kita boleh lihat apa pendapat orang-orang kaya dalam emas dan kewangan pasal berapa banyak orang awam perlu ada simpanan emas:
Pakar-pakar kewangan luar negara seperti Mike Maloney menyarankan 50% pendapatan atau kekayaan disimpan dalam bentuk emas. Mungkin nisbah 50:50 inilah yang diambil oleh negera China seperti yang dipaparkan di atas.
Manakala Robert Kiyosaki sebanyak 25% daripada kekayaan disimpan dalam bentuk emas. Di Malaysia, kita ikut pendapat pakar kewangan Tuan Azizi Ali, iaitu paling minima 10% pendapatan kita simpan dalam bentuk emas.
Contoh Pengiraan 10% Gaji Ditukar Kepada Emas
Contoh kalau pendapatan kita RM3,000/bulan, minima sebanyak RM300 kita tukar duit kertas kepada bentuk emas fizikal. Tapi macamana dan di mana nak mulakan simpanan emas secara potongan gaji?
Jangan risau sebab saya dah cari dan kaji selama berminggu-minggu. Akhirnya saya dah jumpa cara menyimpan emas yang paling mudah guna kemudahan potongan bulanan Auto-debit daripada akaun bank ke dalam akaun tabungan emas Gold Accumulation Program (GAP).
Gunakan cara ini “Simpan dan Lupakan” sebab pesan guru saya kalau kita asyik ingat simpanan kita, maka kita asyik rasa nak jual balik secepat yang boleh! Kalau boleh hari ini beli emas, esok atau lusa nak jual balik!
Emosi kita juga selalu dibazirkan dengan harga emas yang sentiasa bergerak sama ada turun atau naik.
BERITA BAIK PROMOSI DEALER PUBLIC GOLD SEMPENA G100 TALKSHOW 15 MEI 2024!
Anda nak menabung emas pelaburan di akaun tabungan emas Gold Accumulation Program (GAP) atau belian goldbar atau dinar sambil buat duit di Public Gold?
Menabung emas pelaburan, untung! Tapi pandaikan orang lain tentang menabung emas (sambil anda sendiri menabung emas), jauh lebih untung!
Kalau simpanan emas dapat membantu meningkatkan tahap kewangan anda, maka sampaikanlah manfaat tersebut kepada orang lain.
Anda berpeluang mendapat pendapatan pasif sambil menyimpan emas!
Bagaimana nak jadi Dealer Public Gold? Anda boleh ikut langkah di bawah…
1. Layak Upgrade kepada Normal Dealer
Anda buat belian emas pelaburan samada akaun tabung emas GAP atau Goldbar atau Dinar 24k secara banyak dalam satu order berjumlah minima RM14 ribu + Wealth card RM300 + Training (PLT & NDO) RM65
2. Layak Upgrade kepada Priority Dealer
Belian emas pelaburan samada akaun tabung emas GAP atau Goldbar atau Dinar 24k secara banyak dalam satu order berjumlah minima RM28 ribu + Wealth card RM300 + Training (PLT & NDO) RM65
Nota penting:
1. Promosi Dealer berakhir jam 12 tengah hari Khamis 16 Mei 2024
2. Order wealth card berasingan. Isi Remark: FBLIVE150524 sebelum bayar Wealth Card
3. Daftar untuk hadir training PLT & NDO di www.g100.my/plt (Hanya akaun baharu atau PG Code di bawah G100 Network sahaja layak sertai training.
Pertama sekali untuk makluman sahabat sekalian, GAP adalah singkatan bagi nama Gold Accumulation Program bagi akaun pelaburan emas di Public Gold.
Auto-debit pula bermakna potongan bulanan duit daripada akaun bank sahabat sekalian secara automatik ke dalam akaun pelaburan emas GAP.
Jadi GAP auto-debit ini merupakan satu kemudahan bagi memudahkan sahabat sekalian untuk membuat potongan bulanan duit daripada akaun bank gaji secara konsisten untuk ditukar kepada gram emas dalam akaun pelaburan emas GAP.
Apakah Asas Keuntungan Sesuatu Pelaburan?
Asas keuntungan pelaburan seperti Amanah Saham Nasional (ASN) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan begitu juga emas pelaburan ialah konsisten. Kalau kita hanya letak duit sekali sahaja sebagai deposit dan mengharapkan keuntungan secara bulanan, maka kita mungkin terpedaya dengan skim cepat kaya!
Jadi berhati-hatilah! Kalau ada agen perseorangan atau syarikat yang mendatangi kita menawarkan keuntungan ribu-riban dalam masa 3 jam, atau sehari atau seminggu atau setiap bulan kerana itulah ciri-ciri utama skim cepat kaya yang akan memiskinkan kita dengan cepat!
Kempen GAP Auto-Debit Akaun Pelaburan Emas
Pada masa ini, syarikat jual beli emas pelaburan terbesar di Malaysia iaitu Public Gold Marketing Sdn Bhd menganjurkan satu kempen Cabutan Bertuah setiap bulan bagi siapa yang mengaktifkan simpanan emas di akaun GAP secara auto-debit dengan potongan minima RM200.00.
Bagi memeriahkan lagi Public Gold menawarkan banyak hadiah yang menarik termasuklah Goldbar 10 gram setiap bulan!
Kempen ini telah bermula sejak bulan Jun 2022 dan memandangkan sambutan yang begitu menggalakkan, kempen GAP auto-debit ini diteruskan hingga ke hari ini. Kita boleh lihat senarai pemenang sejak Jun 2022 hingga kini dipaparkan DISINI.
Kita juga boleh baca terma dan syarat penyertaan Kempen GAP Auto-debit DISINI.
Bagaimana Cara Nak Sertai Kempen GAP auto-debit Akaun Emas Ini?
Caranya mudah sahaja. Kepada sahabat semua yang berumur 18 tahun ke atas yang ada kad pengenalan atau passport (bagi bukan warganegara) dah layak sertai kempen ini. Kalau kita masih belum dapat PG Code, boleh ikut step-by-step di bawah:
Beritahu saya supaya saya boleh bantu sekiranya ada persoalan di SINI.
Itu sahaja. Semoga sahabat sekalian berpeluang menang 10 gram Gold Bar dan seterusnya berjaya kaya dengan emas dengan konsisten menabung GAP autodebit.
Terpedaya skim pelaburan emas tipu malah tak wujud, lebih RM6 juta lebur!
Ipoh: Seorang peniaga wanita warga emas berusia 61 tahun diberitakan telah kerugian lebih RM6 juta apabila diperdaya dengan individu yang menawarkan skim pelaburan emas tidak wujud di media sosial sejak Oktober tahun lalu (2023).
Peniaga warga emas itu dipetik baru menyedari ditipu oleh scammer skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas pada 22 Januari 2024 lalu apabila beliau gagal untuk mengeluarkan sebahagian duit pelaburannya berjumlah RM2.2 juta.
Peniaga terbabit diberitakan mula mengenali skim pelaburan emas tipu dan yang sebenarnya tidak wujud tersebut selepas melayari media sosial Facebook pada 14 Oktober 2023 lepas semasa berada di rumahnya.
Selepas beliau terpedaya dengan iklan yang ditawarkan skim pelaburan emas, beliau telah menekan pautan di Facebook tersebut dan mula berkomunikasi menerusi WhatsApp dengan seorang individu yang tidak dikenali.
Di bawah ini pula berita mengenai 300 individu di Tawau, Sabah kerugian lebih RM5 juta diperdaya pelaburan emas tipu.
Tonton berita 300 individu rugi lebih RM5 juta diperdaya pelaburan emas tipu di Astro Awani bertarikh 23 Disember 2023.
Kasihan…
Begitulah nasib mangsa yang terpedaya disebabkan janji-janji manis scammer yang banyak di luar sana yang sentiasa mencari mangsa melalui media sosial seperti Facebook, Telegram, Whatsapp dan lain-lain lagi.
Sebenarnya skim pelaburan emas tipu ini dah memperdaya ramai mangsa sejak lama dulu! Di bawah ini, saya kongsikan video berita Astro Awani tahun 2015 dulu.
Tonton berita skim pelaburan emas tipu di Astro Awani bertarikh 16 Jan 2015.
Siapa Yang Berisiko Menjadi Mangsa Pelaburan Emas Tipu?
Siapa yang berisiko jadi mangsa? Jawapannya mudah sahaja… sesiapa yang banyak duit! Ikut sejarah yang lepas, scammer biasanya target mangsa yang sudah berusia samada pesara atau peniaga atau kontraktor yang berduit.
Scammer tahu pesara sama ada penjawat awam atau swasta semua berduit sebab dapat gratuity / golden hand shake yang mencecah ratusan ribu Ringgit tak termasuk duit simpanan Tabung Haji atau ASB. Begitu juga peniaga yang mempunyai akaun bisnes dan kontraktor yang baru selesai projek.
Pesan guru emas saya, ramai orang akan melakukan kesilapan kewangan ketika ada duit simpanan yang banyak. Masa itulah, otak akan berfikir apa yang aku nak buat dengan duit sebanyak ini? Maka kebiasaannya ramai antara kita terus akan berfikir perkataan MELABUR dengan menyangka melalui pelaburan duit yang banyak itu akan bertambah banyak!
Walhal risiko dalam apa jua pelaburan ialah… Rugi Dalam Tangan, Untung Belum Tentu! Persoalannya bagaimana cara kita nak kenal pelaburan emas tipu atau tidak?
Mengenali Pelaburan Emas Tipu
Nak kenal sama ada sesuatu pelaburan itu tipu sangatlah senang kalau kita ada ilmu. Kalau pun kita tidak ada ilmu tetapi ada keinginan untuk mencari ilmu atau jawapan sama ada bertanya kepada yang pakar. Kaji dahulu sebelum percaya bulat-bulat.
Masalahnya ramai antara kita yang terjebak dengan skim pelaburan yang bertopengkan emas ini disebabkan tidak mahu belajar daripada kesilapan mangsa-mangsa terdahulu.
Di sini saya nak kongsikan beberapa ciri skim pelaburan emas yang telah dikenalpasti oleh pakar-pakar kewangan seperti Tuan Azizi Ali dan guru emas saya iaitu Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Antara ciri-ciri pelaburan emas tipu ialah seperti berikut:-
1. Ada keuntungan tetap setiap bulan
Apabila kita diberitahu oleh mana-mana individu atau syarikat atau kawan baik kita sendiri (paling ramai terkena), bagi deposit sekarang, mulai bulan depan dan seterusnya akan dapat keuntungan tetap setiap bulan, saya nasihatkan… lari jauh-jauh!
Biasanya kadar keuntungan yang ditawarkan melebihi 5% sebulan atau 60% setahun (5% x 12 bulan). Kadang-kadang ada yang sampai 70% hingga 100% setahun! Walhal pakar kewangan Tuan Azizi Ali menyatakan pulangan paling tinggi yang boleh diberikan oleh institusi pelaburan terbaik di Malaysia sekitar 15% sahaja setahun (1.25% sebulan).
Begitulah caranya nak tahu sama ada skim pelaburan emas itu betul atau tidak. Ambil kalkulator kiralah sendiri. Kalau lebih 2% sebulan atau 24% setahun pun kita boleh buat keputusan “angkat kaki” lari jauh-jauh lah…
2. Tunjuk kemewahan
Ini memang ciri biasa scammer skim cepat kaya. Biasanya scammer akan tunjuk kemewahan dengan memandu kereta mewah dan memakai jam tangan mewah. Kalau secara atas talian, scammer juga tunjukkan bukti-bukti ada keuntungan dibayar kepada pendeposit-pendeposit terdahulu. Tunjuk video pendeposit keluarkan duit daripada ATM, screenshot resit bank atau gambar duit berkepok-kepok (diikat getah) berpuluh ribu Ringgit kononnya telah berjaya dinikmati ramai pendeposit.
3. Kena bertindak cepat, tak boleh lengah
Bila scammer dah nampak tanda-tanda bakal mangsa terpedaya dengan keuntungan bulanan yang banyak, ciri yang ketiga ini pun biasa digunakan oleh scammer sama ada secara bersemuka atau secara atas talian melalui media sosial. Scammer akan menggunakan teknik mendesak secara halus seperti kalau lambat nanti rugi sebab ramai orang lain yang join awal akan dapat untung lebih banyak.
Cara Nak Jauhi Skim Pelaburan Emas Tipu
1. Buang sifat tamak
Cara paling selamat daripada terjebak dalam skim cepat kaya bertopengkan emas ialah buang dulu sifat tamak nak untung cepat. Sebab sifat tamak inilah yang selalu mengakibatkan kerugian. Seperti pepatah Melayu…
Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.
Pepatah Melayu
Bila dah buang sifat tamak, nafsu untuk dapat segala tawaran keuntungan atau dividen besar bulanan yang tak masuk akal akan dapat dikawal. Kalau ada posting yang beri pulangan lumayan di media sosial seperti di Facebook pun kita boleh fikir sebelum tekan link Whatsapp. Contoh:-
Pelaburan emas patuh syariah… Modal RM…. untung XX% setiap bulan ATAU
Pelaburan emas dijamin untung. Modal RM…. dividen bulanan XX%
Iklan scammer
2. Berani Menolak Tawaran Untuk Melabur
Bila dah buang sifat tamak, mudahlah kita nak menolak tawaran menyertai skim yang bukan-bukan.
Biasanya, orang yang ajak join skim ini ialah orang yang kita kenal. Kalau pun pelaburan itu betul, kita tak perlu takut nak ucap kepada individu scammer, “Maaf! Saya tak minat” dan terus beredar. Tolak dengan cara yang baik. Kalau individu masih mendesak, ulang sekali lagi, “Maaf! Saya tak minat”. Itu sahaja!
Semoga perkongsian saya ini dapat memberi gambaran serba sedikit tentang bagaimana skim pelaburan emas tipu memerangkap mangsa. Juga kita dapat mengenali golongan yang berisiko terpedaya dengan skim pelaburan bertopengkan emas.
Adalah sangat diharapkan agar kita semua sentiasa waspada dengan skim cepat kaya seperti pelaburan emas tipu yang sejak bertahun-tahun telah menipu melalui berbagai rupa skim dan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah guru, ustaz, artis, pelajar universiti, penjawat awam dan pekerja swasta.
Pelaburan Emas Sebenar, Patuh Syariah dan Sah
Sebab utama saya bina blog PelaburanEmas.org ini ialah untuk berkongsi pengalaman sejak 2014 saya berkecimpung dalam emas pelaburan. Di sini saya nak kongsikan pelaburan emas sebenar, patuh syariah, sah malah telah ada lebih 1.1 juta pemegang akaun emas di syarikat jual beli emas pelaburan terbesar di Malaysia.
Untuk memilih jenis pelaburan emas samada emas kertas (buka buku akaun pelaburan emas) atau membeli emas sebenar merupakan satu persoalan yang bermain di kepala saya pada mulanya nak melabur emas.
Pada ketika hati saya terdetik mula nak melabur emas, saya tercari-cari jenis akaun emas di bank-bank yang saya rasa lebih secure seperti akaun emas Maybank, akaun emas CIMB, pelaburan emas Bank Islam atau Bank Rakyat kot-kot saya jumpa kaedah terbaik membuat pelaburan emas.
Namun bila saya search perkataan-perkataan tu di Google saya dapati berbagai jenis pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank dan juga pelbagai syarikat dengan jenama emas yang belum pernah saya dengar…
Jika anda tidak waspada, mungkin kita akan terjerat dengan skim cepat kaya yang bertopengkan harga emas dengan tawaran “dividen” bulanan yang sangat menarik… ribu-ribu bro….
Atau kita mungkin akan terdaftar di platform atas talian yang menawarkan kemudahan jual beli emas berdasarkan harga komoditi emas dunia seperti plus500, xm.com, gcmasia.com dan banyak lagi.
Suka saya ingatkan kepada sahabat-sahabat semua agar menjauhi amalan RIBA yang haram ni.
Bersabarlah… jangan terburu-buru untuk mendapatkan kekayaan. Carilah kekayaan dengan jalan yang halal dan baik.
Apabila saya meneliti pelaburan emas di bank pula, terdapat beberapa bank di Malaysia yang menawarkan pelaburan emas:
Maybank Gold Investment Account
MaybankGold Investment Account (MGIA) yang menawarkan pelaburan emas melalui akuan emas secara online atau atas talian menggunakan Maybank2u.com.my. Saya difahamkan kalau dahulu anda boleh mendapat emas yang anda beli tetapi sekarang sudah tiada lagi. Pihak bank akan menyimpan emas yang kita beli untuk tujuan pelaburan manakala nilai emas yang kita simpan akan dicetak di dalam buku akaun emas tersebut. Maknanya, kita hanya boleh melihat angka nilai pelaburan kita dalam buku akaun (emas kertas) dan tidak boleh mengeluarkan emas sebenar yang kita beli untuk dipajakkan sekiranya kita perlukan duit. Oleh kerana tiada emas fizikal yang boleh saya pegang, saya terpaksa cari platform lain dahulu. Saya dah sediakan info lanjut di Pelaburan Emas Maybank.
Kuwait Finance House Gold Account-i
Kuwait Finance House Gold Account-i menawarkan emas fizikal sebenar yang patuh syariah. Kita boleh mula buka akaun simpanan emas KFH dengan minima 10g emas 995 (ketulenan 99.5%) dan penambahan 1 g berikutnya. Kalau nak keluarkan dari akaun kena tinggalkan minima 2 g emas dalam akaun.
Namun kita tidak boleh buka seal plastik dan jika seal terkoyak atau rosak, maka nilai emas akan jatuh susutnilai sebanyak 25%! Tambahan pula, kita hanya boleh berjualbeli di kaunter cawangan KFH sahaja dan tidak diterima di bank-bank lain. Kalau cari di laman web, cawangan-cawangan KFH tidak terdapat di serata Malaysia.
Jadi susah kepada sebahagian besar pelabur yang ingin berurusan di kaunter KFH pada waktu pejabat sahaja. Walaupun patuh syariah, tapi masih banyak kelemahannya. Oleh itu, saya pun tak berminat nak melabur di KFH. Maklumat yang tersebar dimedia sejak 2015 menunjukkan bahawa Kuwait Finance House (KFH) dilaporkan mahu menjual operasinya di Malaysia selepas 10 tahun menjalankan perniagannya di negara ini. Maka, sudah pasti saya dan anda tidak akan berfikir panjang untuk itu kan…
Akaun emas Al-Rajhi Gold-i
Pelaburan Emas Al-Rajhi Gold-i menawarkan akaun emas sebenar / fizikal berlandaskan syariah seperti KFH Gold Account-i juga. Anda boleh mula buka akaun dengan pembelian emas minima 10 gram dan penambahan berikutnya sebanyak 5 gram. Emas yang diniagakan ialah Pamp Suisse Gold Bar 999.9. Namun terdapat dua kelemahan ketara di Al-Rajhi iaitu (1) kadar spread yang tinggi iaitu 12.8%, (2) cawangan Al-Rajhi amat terhad di Malaysia. Pada ketika ini saya dapati hanya ada 5 cawangan Al-Rajhi sahaja di seluruh Malaysia. Oleh itu, saya tak mencadangkan anda untuk pilih pelaburan emas Al-Rajhi untuk melabur emas.
CIMB Gold Investment Account
CIMB Gold Investment Accountmenawarkan pelaburan emas CIMB secara maya atau emas kertas (paper gold) juga tanpa membekalkan emas sebenar kepada anda. Tiada banyak maklumat diperolehi daripada laman web CIMB namun apabila anda mencari ulasan tentang pelaburan emas CIMB, anda akan jumpa beberapa perkara yang membuatkan saya pasti bahawa pelaburan emas di CIMB tidak mematuhi pelaburan emas yang berlandaskan syariah. Yang ini pun saya tak perlu melabur duit saya ke dalam akaun pelaburan emas CIMB. Tak boleh…
Pelaburan emas Bank Islam / Pelaburan emas Bank Rakyat / Agrobank / Pos Malaysia
Kalau kita cari pelaburan emas Bank Islam, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia, istilah yang sama sebenarnya yang digunakan ialah pelaburan emas Ar-Rahnu kerana institusi kewangan seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia ada menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu.
Tapi apa yang sedih adalah apabila kebanyakkan daripada kita mudah terpedaya dengan segelintir pelabur emas yang menawarkan skim cepat kaya menggunakan teknik manipulasi pajak gadai Islam Ar-Rahnu dengan mengambil kesempatan daripada kenaikan harga emas.
Dari segi hukum Ar-Rahnu tiada masalah, namun, apa yang perlu kita tahu bahawa terdapat kekeliruan maqasid syariah apabila teknik manipulasi pajak gadai Islam Ar-Rahnu digunakan untuk mendapat keuntungan daripada beli-pajak, beli-pajak emas.
Saya ada kemaskini tentang Pelaburan Emas Ar-Rahnu dan boleh didapati di sini. Saya dapati tiada apa-apa maklumat atau tawaran melabur emas yang boleh anda dapati di mana-mana cawangan bank atau pejabat pos kecuali sistem pajakan Islam Ar-Rahnu.
Pelaburan emas Public Gold
Pelaburan Emas Public Gold. Setelah saya membuat perbandingan dengan lain-lain syarikat yang menjual dan membeli emas seperti Sri Ayu, GCP, GSR dan Dinar Kelantan, saya dapati Public Gold menawarkan konsep pelaburan emas yang paling mudah, cepat, boleh lock harga beli dan jual, menjual dengan harga yang terendah di pasaran, kadar spread yang terendah, stok emas yang sentiasa ada, cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan yang paling penting tidak cerewet.
Emas jenis apa pun pihak Public Gold akan terima bila kita nak jual balik kepada mereka walaupun emas Public Gold yang kita simpan tu kemek atau calar! Insya Allah saya yakin bahawa sahabat-sahabat pasti akan berpuashati dengan kaedah pelaburan emas yang ditawarkan oleh Public Gold sebagaimana saya berpuashati dengan sebenar-benarnya. Banyak lagi kelebihannya dan Insya Allah saya akan terus memberi penjelasan lebih lanjut dalam posting yang akan datang.
Bila difikirkan semula, rupa-rupanya, bila nak melabur emas, rasa secure sahaja tidak cukup. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yang perlu kita fikir, nilai dan kaji sebelum kita memulakan tabungan dan pelaburan emas. Jika tidak… sesal kemudian tidak berguna…
Sahabat-sahabat tak perlu risau sebab saya dah kaji berminggu-minggu dan insya Allah saya sedia beri bimbingan percuma kepada anda yang mahu memulakan pelaburan atau simpanan emas pertama. Sejak 2014 lagi, saya beli emas dan saya dapat emas tanpa masalah. Alhamdulillah.
Beli emas di Public Gold dan dapat emas fizikal bukan dapat nombor atas kertas (paper gold).
Sehingga ke hari ini, hanya terdapat dua sahaja cara menyimpan emas pelaburan iaitu:
Simpanan di dalam akaun
Simpanan emas pelaburan secara fizikal di rumah atau safe deposit box.
Jawapan mudah kepada persoalan samada anda sesuai simpan di akaun atau di rumah ialah bergantung kepada situasi anda. Jika anda rasa tenang dan boleh tidur dengan lena bila simpan sendiri emas secara fizikal, maka anda bolehlah mulakan dengan pembelian emas Goldbar atau Dinar secara fizikal.
Jika anda rasa risau dan tidak tidur lena jika simpan emas di rumah, maka anda dinasihatkan beli dan simpan emas dalam akaun. Namun, pastikan akaun simpanan emas tersebut boleh dikeluarkan emas secara fizikal.
Mulai hari ini mulakanlah untuk simpan emas kerana emas akan melindungi kekayaan anda berbanding menyimpan wang kertas yang kekuatan nilainya akan semakin turun berbanding emas.
Elakkan menabung emas atau melabur emas dalam sistem pelaburan emas kertas kerana sudah semestinya bila tiada emas fizikal, kekayaan masih bukan di tangan kita.
Sebarang kemusykilan boleh dimajukan kepada saya di “SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN“. Saya tak suka SPAM sebagaimana anda juga. Jadi tiada nombor telefon diperlukan. Insya Allah saya akan segera memberi respon kepada persoalan anda.