Wahai Pelabur Emas! Marilah Kita Bersedekah

Ke hadapan para pelabur emas di Malaysia sekelian. Assalamualaikum warahmatullah dan salam hormat.

sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-1Saya menulis di sini untuk menyeru diri saya dan para pelabur emas sekelian agar marilah kita sama-sama membantu saudara-saudara kita di Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang yang telah mengalami banjir yang amat dahsyat sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Sejak banjir besar 1971, banjir yang melanda pada tahun 2014 ini menunjukkan tahap kerosakan yang paling teruk dengan banyak jalan-jalan utama ditutup dan tidak dapat dilalui malah oleh kenderaan berat sekalipun!

Terdapat juga jalanraya utama yang runtuh dan pecah serta mengakibatkan beberapa kawasan dan kampung terputus hubungan selama beberapa hari! Ya Allah!.. Sungguh besar ujian-Mu pada mereka. Semoga Engkau memberi kesabaran dan ketabahan hati dalam menempuh ujian-Mu ini. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-2 sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-4 Oleh yang demikian, di sini saya sekali lagi ingin menyeru semua pelabur emas di seluruh Malaysia agar mulakan untuk menghulur bantuan dalam bentuk kewangan bagi membantu meringankan beban saudara-saudara kita yang amat memerlukan. Jangan lupa bahawa dalam setiap harta yang kita simpan dalam bentuk apa sekalipun seperti emas, perak dan wang simpanan, terdapat hak orang lain di dalamnya dan kita mesti menunaikan hak mereka dengan ibadat sedekah dan zakat. Jika kita tidak ambil peduli untuk mengeluarkan sebahagian daripada apa yang kita simpan itu dalam bentuk emas, perak dan wang simpanan untuk disedekahkan dan dikeluarkan zakat, maka ditakuti segala usaha kita tidak mendapat keberkatan malah mendapat azab sengsara pula.. Nauzubillahi min zaalik.

Marilah kita renung Firman Allah Taala di dalam Surah At-Taubah ayat 34 hingga 35:

At-Taubah ayat 34 mengenai zakat emas dan perak.

At-Taubah ayat 35 mengenai zakat emas dan perak.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa maklumat akaun bank Muslim Care yang terdapat di Malaysia agar mereka dapat menyediakan barang-barang keperluan dengan sedekah dan derma yang kita berikan.

sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-3 Sumbangan anda boleh disalurkan melalui:

Maybank Account:
564490413882 Muslim Care Malaysia

RHB Account:
26-2120-0000-4747 Muslim Care

Bank Muamalat Account:
14010007654717 Muslim Care Malaysia

Bank Islam:
14014010147470 Muslim Care Malaysia
14032010093666 Muslim Care Malaysia

ataupun sumbangan online di http://www.muslimcare.org.my/derma/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pertubuhan-pertubuhan, NGO-NGO dan parti-parti politik serta lokasi-lokasi pengumpulan barang-barang keperluan sebelum mereka menghantar dengan kontena ke sana.

Jika anda tidak berkesempatan untuk meluangkan masa bersama sukarelawan-sukarelawan, maka anda juga boleh terus menggunakan kemudahan bersedekah secara online sahaja seperti yang tertera di dalam pautan di http://www.muslimcare.org.my/derma/.

Muslim Care - Bantuan Mangsa Banjir

Muslim Care – Bantuan Mangsa Banjir

Semoga Allah Taala mengampunkan dosa dan kesalahan kita semua melalui musibah banjir ini dan memberkati para pelabur emas yang memberi bantuan dan sokongan samada dalam bentuk tenaga, barangan keperluan dan sedekah secara tunai kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan jika anda ingin menderma ke Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Ummul Qura (P), 08500 Kota Kuala Muda, Kedah, anda boleh menyumbangkannya melalui akaun Bank Islam dengan nombor akaun 02020010021119 atau Bank Muamalat A/C: 02020000079717.

Semoga Allah Taala terima sedekah dan derma anda sekalian.

Pengasas
PelaburanEmas.org
6 Rabiul Awwal 1436

Sharing is caring:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian