Tips Pelaburan Emas

Nak buat pelaburan emas? Memang terdapat banyak persaingan di antara bank-bank dan syarikat-syarikat malah kedai-kedai menjual emas di Malaysia. Sampai pening nak pilih yang mana?

  1. Barang kemas? Atau
  2. Gold bar atau Jongkong Emas? Atau
  3. Syiling Dinar Emas?

Barang kemas

Gold bar atau jongkong emas

Gold bar atau jongkong emas

Syiling dinar emas

Syiling dinar emas

(Psst… Tolong elak beli barang kemas untuk pelaburan. Nak tahu mengapa? Dapatkan 5 Tips Memulakan Pelaburan Emas dengan betul, murah dan selamat di sini).

Lepas tu kalau dah pilih jenis emas pelaburan yang baik, nak beli kat mana?

 

Jangan risau, sebab saya dah cari dan bandingkan pelbagai jenis tawaran pelaburan emas sama ada di bank-bank, syarikat-syarikat dan kedai-kedai yang ada menjual emas di Malaysia.

Sebelum saya teruskan, eloklah saya terangkan bahawa istilah “pelaburan emas” di blog ini adalah berbeza dengan istilah “pelaburan emas” di bank. Memang benar hanya bank sahaja mendapat lesen untuk buat pelaburan emas oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Pelaburan emas banner Apa yang dimaksudkan dengan pencarian pelaburan emas yang terbaik di blog ini adalah:

1. Kaedah pembelian emas fizikal yang sah di sisi undang-undang dan patuh syariah.

2. Kaedah simpanan emas fizikal yang terbaik dan pengeluaran emas yang boleh dilakukan pada bila-bila masa.

3. Kaedah penjualan semula emas fizikal pada bila-bila masa ketika harga emas naik untuk menjana keuntungan.

Jika anda perlukan bantuan untuk tahu bagaimana nak mula melabur emas, sila klik Perlu Bantuan.

Maksudnya, saya akan terangkan teknik terbaik beli emas dan simpan emas yang lebih menguntungkan sebagai pelaburan jangka panjang berbanding simpan wang kertas dalam bank atau amanah saham sebagai contoh pelaburan ASB. Anda buat potongan gaji setiap bulan dan menyangka angka semakin bertambah, namun kekuatan nilai duit kertas semakin lemah berbanding dahulu.

Kekuatan nilai duit kertas semakin menyusut dari tahun ke tahun merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan. Tahun 1990an dahulu, anda boleh beli sebiji karipap dengan harga 10 sen, namun tahun 2000 harga sebiji karipap telah menjadi 20 sen.

Mulai 2006, anda perlu belanja RM1 untuk dapat empat biji karipap. Mulai 2010 pula, anda terpaksa dapat hanya TIGA biji karipap dengan harga RM1. Mulai 2015 pula, ada peniaga karipap yang menjual TIGA biji karipap dengan harga RM2!

Jika anda seorang yang makan gaji, walaupun terdapat kenaikan kepada gaji anda dari tahun ke tahun, namun kuasa beli wang kertas yang anda miliki semakin menyusut. Inilah yang dinamakan INFLASI.

Sekarang anda boleh bandingkan pula kekuatan nilai emas. Pada zaman Rasulullah SAW dahulu di Madinah, 1 dinar emas boleh beli 1 ekor kambing, dan pada hari ini 1 dinar emas dengan nilai sekitar RM800 boleh beli 1 ekor kambing!

Nah! Pilihan di tangan anda samada anda nak terus simpan wang kertas atau lindungi kekayaan anda dengan tukar sebahagian duit kertas anda kepada emas.

Namun, anda perlu berhati-hati…

Disebabkan terdapat segelintir orang yang memanipulasi nama emas, sebahagian besar daripada kita rakyat Malaysia mahupun di Asia Tenggara tidak terlepas dari tawaran keuntungan yang berbunyi seperti labur duit dulu lepas tu, syarikat akan niagakan emas dan mangsa diberitahu akan mendapat untung tetap setiap bulan.

Maka saya nasihatkan agar anda jauhi “skim cepat kaya” sebelum terlambat. Rahsianya, kita semua boleh lakukan jual beli emas sepertimana kita jual beli emas di mana-mana kedai emas di Malaysia!

Tapi saya nak minta maaf jika anda mengharapkan agar ada teknik pelaburan emas yang beri pulangan tetap setiap minit, atau setiap jam, atau setiap hari sebagaimana kebanyakan iklan pelaburan forex atau pelaburan emas maya atas talian.

Jika anda nak cepat untung dalam pelaburan emas, sila buang jauh-jauh pemikiran tersebut sebab memang konsep pelaburan emas malah forex seperti itu tak patuh syariah dan kebanyakkannya amat berisiko untuk anda RUGI.

Kononnya mereka beri anda akaun demo secara percuma dengan deposit percuma. Kononnya apabila anda menggunakan akaun demo anda boleh peroleh untung beratus-ratus malah beribu-ribu Ringgit dalam hanya beberapa jam! Tetapi sekali anda menukar akaun kepada yang betul, lihat bagaimana mereka menyedut duit dalam kad kredit anda! Jangan terkejut dengan jumlah yang mereka sedut… beribu-ribu juga bro… mereka tak akan kasihan kepada anda kerana mereka dah jumpa mangsa.

Di sini saya sedia untuk kongsikan tips cara nak melabur emas dengan rakan-rakan semua. Terdapat sekurang-kurangnya lapan tips mudah untuk anda bandingkan sebelum anda buat pilihan jenis pelaburan emas dan di mana nak buat pelaburan emas.

1. Kira nilai spread harga emas beli dan harga emas jual

2. Semak jika ada stok emas sebenar atau emas fizikal yang boleh anda pegang. Sila pastikan ketulenan emas pada sijil yang disertakan.

3. Kemudahan cawangan atau kedai pelaburan emas

4. Lokasi cawangan atau kedai yang berhampiran untuk anda ambil emas

5. Kemudahan ‘lock’ harga emas yang anda setuju

6. Caj atau upah atau fee emas yang anda beli

7. Kemudahan safe deposit box atau peti simpanan keselamatan untuk menyimpan emas

8. Kadar upah simpan emas

Selepas beberapa minggu buat perbandingan, maka saya dah jumpa jenis pelaburan emas yang terbaik berbanding tempat-tempat lain.

Kalau anda rajin dan tak rasa nak cepat-cepat beli emas, bolehlah anda buat perbandingan untuk mencari pelaburan emas terbaik berdasarkan tips tu. Namun, apa yang saya lalui memang agak mencabar kerana bila saya cari menggunakan pakcik Google terdapat beratus-ratus ribu laman web yang keluar.

Sebanyak 510,000 dapatan carian 'pelaburan emas' di Google

Setakat hari ini, sebanyak 510,000 hasil pencarian ‘pelaburan emas’ di Google

Jika anda nak bandingkan satu-satu, Masya Allah… sampai tahun depan pun belum tentu dapat keputusan. Maklumlah, biasanya kalau dah mula nak melabur ni memang nak kena buat keputusan cepat.

Tak ada masa nak fikir-fikir lebih-lebih lagi macam-macam spekulasi tentang harga emas dunia. Ada yang kata harga emas akan naik bila-bila masa.

Kalau nak diikutkan, hari ini juga mahu beli emas sebab harga masih rendah dan takut-takut esok dah mula naik dan tak turun-turun pula.

Apa yang penting bagi rakan-rakan adalah pilihan syarikat pelaburan emas yang sah dan halal di Malaysia. Jauhi dari amalan riba.

Jika rakan-rakan semua dalam keadaan dah bersedia nak melabur emas dan masih tercari-cari jenis dan bank atau syarikat yang mempunyai ciri-ciri pelaburan emas yang sah, patuh syariah dan terbaik di Malaysia, saya syorkan rakan-rakan untuk baca posting mengenai cara mendapatkan keuntungan setiap bulan melalui pelaburan emas yang patuh syariah dan sah di sisi undang-undang.

Masih lagi keliru? Perlukan bantuan? Anda akan mendapat jawapan tak sampai 1 minit. Sila klik Perlu Bantuan.

Jika anda masih baru nak belajar tentang pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.

Jika anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas, anda boleh terus whatsapp saya di http://msuhaimee.wasap.my/ sebab anda perlu tahu cara yang betul dan menjimatkan sebelum anda membeli emas pelaburan.

Jika tersilap cara, kemungkinan anda akan terbeli emas pelaburan yang mahal atau emas pelaburan yang dikenakan GST 6%.

Sila hubungi saya terus melalui Whatsapp di http://msuhaimee.wasap.my/.

Semoga rakan-rakan semua success dalam simpanan dan pelaburan emas!!! Insya Allah…

Sharing is caring:

44 comments on “Tips Pelaburan Emas

  1. As salam…
    Sy nak tahu mcm mana nak melabur emas dgn betul..

    • Wa’alaikumussalam.. saudari hanya perlu mula membeli emas secara istiqamah. Disiplinkan diri sepertimana kita menabung wang simpanan. Hanya perlu diingat bahawa beli emas menggunakan wang lebihan simpanan dan bukan menggunakan wang pinjaman. Semoga berjaya Insya Allah..

  2. Bagaimana mendapat pulangan yang lumayan dengan jual beli emas ini?

    • Konsepnya mudah sahaja. Beli emas semasa harga rendah dan simpan. Jual semula bila harga emas dah tinggi melebihi 15% dari harga beli dahulu. Namun turun naik harga emas mungkin memakan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Secara asasnya, harga emas 5 tahun dahulu adalah lebih rendah dari hari ini dan besar kemungkinan akan lebih tinggi 5 tahun akan datang.

  3. Adakah pelaburan emas dalam public gold akan dikeluarkan sijil ketulenan?

    • Ya. Kesemua emas Public Gold mempunyai sijil ketulenan masing-masing.

  4. salam..
    saya nak tahu macam mana nak mulakan perlaburan dengan Public Gold dan berapa nilai minimum untuk buka akaun perlaburan emas ini..

  5. salam…kalau kita dah membeli emas dalam jumlah yang banyak, bagaimana cara menyimpan emas yang mudah, murah dan selamat?

    • Wksalam tuan Hadi. Tuan boleh simpan di Public Safe dgn fi yang minima. Tuan boleh hubungi cawangan Public Gold yang terdekat.

  6. salam..saya berminat untuk membeli minimum 100g dalam tempoh promosi seperti yang tuan tulis kat sebelah tu, masih terbuka ka?apa langkah yang perlu saya buat?TQ

  7. Assalamulaikum, sy mizi, sy sudah ada emas dan diakui tulen sepenuhny, cuma sy tak tau macam mna nk laburkan emas sy ini. Dimanakah hrus sy mula.. Tq

    • Wa’alaikumussalam En. Mizi. Tuan simpan je dulu emas tu. Insya Allah, tuan akan dapat hasil nanti.

  8. Salam. Saya baru berjinak2 utk melabur dalam emas. Ttpi saya ada sedkt kemusykilan.
    1. Kalau saya beli brg kemas emas 916 dan saya simpan dalam tempoh lama , ada untung x, ke kena beli jongkong emas je utk melabur.

    2. Macam mane nam tahu ketulenan barang kemas emas 916?

    Hope enck dpt balas

    • Wksalam Kamiza. Kadar spread sehingga 35% dan dikenakan GST menyebabkan barang kemas 916 tidak sesuai dijadikan sebagai emas pelaburan. Oleh itu disarankan puan beli goldbar dan dinar 24K LBMA yang tidak dikenakan GST. Untuk mengetahui ketulenan hanya berdasarkan sijil ketulenan dikeluarkan bersama pembelian emas 916. Hrp maklum.

  9. Salam adakah harga emas di public gold mengikut harga pasaran atau lebih rendah?

    • Wksalam Sofian. Harga emas Public Gold adalah lebih rendah berbanding harga emas di pasaran. Sebagai contoh harga 1g goldbar 24K LBMA pada hari ini hanya RM181/g (termasuk premium) berbanding RM215/g di kedai emas.

  10. salam.. mcm mana kita mau tau naik turun harga emas semasa? rujuk di mana?

  11. Blh mtak no Tuan. Supaya senang lgi untuk berurusan.

    • Okay. Sy dh pm tuan. Tq

  12. Salam tuan…
    Kalau saya beli emas bar 5g atau 10g mesti kena ambil ke….
    Tak boleh simpan je kt sana…

  13. assalamualaikum tuan… bolehkah rujukan “introducer” ditukar? saya baru shj daftar dgn public gold ini, tetapi menggunakan rujukan introducer PG0000000 (public gold). saya berminat utk berada di bwh tuan.

    • Wa’alaikumussalam. Boleh tuan. Saya dah emel untuk tindakan selanjutnya.

  14. Assalamualaikum Suhaimee
    Sy juga berminat berada d bwh bimbingan Tuan. Sy mahu beli emas Dinar dan mahu menyimpan mulai sekarang.

    • Wa’alaikumussalam pn. Rashidah. Puan boleh daftar percuma, login dan buat pembelian secara terus melalui akaun puan. Terima kasih.

  15. Ade wsap nom ke utk contact…terangkan melalui emel blh tak encik suhaime cara mlbur emas

    • Ada no wsap. Nnti sy emel tuan. Tq

  16. Boleh saya dapatkan contact no En Suhaimee?

    • Boleh. Saya pm di emel. Tq

  17. Salam. Tuan Suhaimee, saya berminat untuk membuat pelaburan emas dengan bimbingan tuan. Boleh email saya cara2nya?

  18. Boleh saya dapatkan no tuan ? Sye berminat utk mula melabur dlm emas.

    • Ok saya dah emel tuan. Info dan no telefon saya. Terima kasih.

  19. Assalm tuan sy berminat untuk melabur emas boleh bg no untuk berurusan tq

    • Wa’alaikumussalam en. Aiman. Saya dah emel tuan. Harap maklum. Tq

  20. salam tuan saya pernah dengar tentang sewaan emas dimana kita beli emas contohnya 10g dengan harga rm2150 dan kita sewakan balik emas tu kepada kedai tersebut dan pada masa yang sama tiap2 bulan kita akan dapat rm50 hasil dari sewaaan emas tersebut. sewaan tu ada kontrak dan jika habis kontrak kita boleh ambil emas tersebut atau jual emas trsebut atau sewakan sekali lagi emas trsebut. apa betul ke ada cara yang sedemikian dan di mana emas itu disewakan ?

    • Wksalam. Maaf saya belum pernah mendengar sewaan emas. Tapi berdasarkan apa yang tuan khabarkan, caranya meragukan malah harga 10g emas pun terlalu mahal banding dengan harga emas goldbar 999 semasa hanya sekitar RM1800 sahaja. Untuk info lanjut boleh wasap saya di http://msuhaimee.wasap.my

  21. Assalamualaikum..saya berminat untuk melabur emas di bawah bimbingan tuan

  22. hi, so maksudnya kita boleh menyimpan emas ni di PG selama yang kita nak secara percuma…dan boleh menyimpan/membeli setiap hari atau bulan jika mampu..dan hanya mendapat keuntungan apabila emas di jual…emm ini menurut pemahaman saya setakat ni…saya sgt berminat untuk melabur hrp saya akn dapat maklumat lebih details..tq

    • Hi Irina. Ya simpanan emas di PG dalam akaun GAP adalah percuma seumur hidup dan boleh letak nama waris. Irina hanya perlu ikuti langkah untuk buka akaun GAP seperti yang ditunjukkan di Akaun Simpanan Emas GAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian