Promosi Pakej Umrah 10 Dinar – Buat Tempahan 2 Dinar Sebelum 15 Januari 2017

Pernah dengar Pakej Umrah 10 Dinar? Ada ke pakej umrah guna dinar emas di Malaysia dan Singapura?

Jawapannya: Ada.

Jika anda atau saudara-mara terdekat yang ada niat nak tunaikan umrah pada bulan Mac 2017, saya cadang anda dapatkan info Pakej Umrah 10 Dinar di sini.

Alhamdulillah, pada ketika ini memang terlalu banyak pakej umrah yang ditawarkan oleh pelbagai agensi umrah di Malaysia dan Singapura. Di sini saya ingin mencadangkan kepada pasangan suami isteri yang masih belum pernah menunaikan umrah agar mengambil peluang untuk mengerjakan umrah melalui pakej umrah 10 Dinar yang ditawarkan oleh Public Gold. Sejak 2016, Public Gold telah bekerjasama dengan agensi umrah Safari Haramain Travel & Tours Sdn. Bhd. yang beralamat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Alhamdulillah, saya dan isteri telah dipilih Allah S.W.T untuk menunaikan umrah pada tahun 2016 melalui Pakej Umrah 10 Dinar Public Gold.

Pakej Umrah 10 Dinar Public Gold – Tempahan 2 Dinar Sebelum 15 Januari 2017

 

Kami dapati Pakej Umrah 10 Dinar Public Gold (10 Dinar To Umrah)  ini amat berbaloi untuk disertai oleh pasangan suami isteri kerana bilik penginapan di Madinah dan di Mekah yang disediakan adalah untuk berdua. Amat sesuai bagi pasangan suami isteri lebih-lebih lagi yang baru bernikah bulan Disember 2016 lalu untuk mengambil Pakej Umrah 10 Dinar Public Gold ini. Insya Allah semoga Allah mudahkan anda berdua tunaikan umrah sebelum menimang cahayamata. Nanti bila dah ada anak dah makin jauh niat untuk tunaikan umrah pertama sedangkan umrah yang pertama adalah wajib bagi setiap muslim.

Syaitan akan letak pelbagai alasan…. terutama dari segi panjang lagi umur tu.. nanti bila anak-anak dah besar boleh pergi tunai umrah beserta haji sekaligus.. tak membazir.. 

Innalillahi wa inna ilahi raji’un… Hasutan demi hasutan dan alasan demi alasan agar kita menangguh-nangguhkan niat kita sampai masa bila nyawa ditarik barulah kita menyesal… Sesungguhnya Syaitan adalah musuh kita yang nyata!

A’uzubillahi minassyaitanirrajim… (Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam)

Anda hanya perlu niat dan kuatkan azam kemudian tawakal kepada Allah. Insya Allah akan dipermudahkan-Nya.

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya” (Ali-Imran Ayat 159)

Pada kebiasaannya, pakej umrah untuk bilik berdua adalah sekitar RM10,000 hingga RM12,000 bergantung kepada bilangan hari dan musim cuti.

Pakej umrah yang ditawarkan dengan kerjasama agensi umrah Safari Haramain ini adalah selama 12 hari bernilai RM12,000 seorang! Jika anda dan pasangan anda menyertai Pakej Umrah 10 Dinar Public Gold pada hari ini, anda dan pasangan anda hanya perlu bayar hanya sekitar RM7,600 sahaja untuk seorang. Bermaksud anda dah jimat antara RM2,000 hingga RM4,000 seorang!

 

Umrah 10 Dinar Public Gold – Sesuai untuk pasangan suami isteri.

 

Umrah 10 Dinar Public Gold – Ustaz Khalid Safari Haramain beri taklimat di Muzium Mekah.

Semasa kami menyertai Pakej Umrah Ziarah 10 Dinar Public Gold pada bulan Jun 2016 lalu, kami berada di Madinah selama 5 hari dan di Mekah selama 7 hari dan penerbangan selama 2 hari. Bergantung kepada itineri penerbangan anda, semuanya diuruskan dengan baik oleh Safari Haramain. Sewaktu kami tiba di Airport Jeddah, bas berhawa dingin disediakan untuk berangkat ke Madinah. Hotel yang disediakan berdekatan dengan Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabi di Madinah. Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam disediakan oleh pihak hotel.

Pakej umrah ziarah amat berbaloi apabila kami dibawa untuk menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W., Perkuburan Baqi’, Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Hudaibiyah, Maqam Syuhada di Jabal Uhud, Ladang kurma, Masjid Kucing, Jabal Nur, Jabal Rahmah, Muzium Mekah, Ladang Unta dan pelbagai tempat-tempat bersejarah yang menunjukkan pengorbanan Nabi-Nabi ‘Alaihimussalam yang terdahulu seperti Nabi Adam A.S., Nabi Nuh A.S, Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Ustaz Khalid dan Ustaz Naser sebagai pembimbing memberi taklimat kepada kami di sana.

Umrah 10 Dinar Public Gold – Lawatan ke Ladang Unta (Pesanan kami semasa di ladang unta agar anda tidak membeli susu unta yang diletak bersebelahan dengan botol-botol kencing unta… kalau nak fresh minta dia perah secara ‘live’ dengan tangan basuh dulu ler.. 😉

 

Jika anda telah sedia, hanya terus ikuti Langkah #1 di Buka Akaun Simpanan Emas GAP dengan pembelian minima sebanyak 43.5g emas GAP. Jika pada hari ini (1 Januari 2017) harga emas GAP = RM179/g, anda hanya perlu beli sebanyak 10 Dinar + 1g goldbar dengan harga RM7,786.50 sahaja untuk seorang. Untuk berdua dengan pasangan anda, hanya perlu sebanyak 20 Dinar + 1g goldbar = 86g emas GAP X RM179 = RM15,394 sahaja.

Setelah pembelian emas GAP anda disahkan oleh Public Gold, anda boleh buat tempahan sebanyak 2 Dinar seorang (4 Dinar untuk berdua) sebelum 15 Januari 2017 untuk anda dan pasangan anda pergi menunaikan umrah selama 12 hari yang dijadualkan berangkat pada 16 Mac 2017 dan tiba semula ke Malaysia pada 27 Mac 2017.

NOTA PENTING: Terdapat promosi pembelian emas GAP dalam bulan Januari 2017. Bila anda dah beli emas GAP lebih 50g dalam satu resit, anda dah layak dapat insentif 1% untuk sebarang pembelian barangan atau perkhidmatan di PG Mall termasuklah perkhidmatan pakej umrah Safari Haramain Travel & Tours Sdn. Bhd.

Oleh itu, saya cadangkan anda untuk beli emas GAP sebanyak 50g dahulu selewat-lewatnya pada hari Khamis 12 JANUARI 2017 agar akaun simpanan GAP anda dapat disahkan pada hari Jumaat dan tempahan 2 Dinar (8.5g emas GAP) boleh dibuat pada hari Sabtu 14 JANUARI 2017. Kemudian anda boleh tambah 36g lagi untuk cukupkan baki 8 dinar dan tinggalkan 1g dalam akaun untuk anda nikmati insentif 1% yang akan dibayar pada bulan Februari 2017. Sila rujuk ‘Dapatkan Keuntungan Pembelian Emas Setiap Bulan

Semoga niat dan usaha kita untuk menunaikan umrah ke Mekah dan menziarahi Rasulullah S.A.W diterima Allah S.W.T jua. Semoga kita semua mendapat Umrah yang Mabrur. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Sertai Pakej Umrah 10 Dinar Public Gold sekarang!

Download E-Book 5 Minit Emas Bernilai RM99 Secara Percuma!


Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan
Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan yang amat PENTING elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas.

This will close in 0 seconds