Tag Archives: sri ayu

Tukar Beli Emas Public Gold Atau Tukar Duit Tunai

Anda nak tukar beli emas Public Gold atau dapatkan duit tunai? Memandangkan emas 24K LBMA jenama Public Gold dijamin harga termurah dan tidak dikenakan cukai GST di Malaysia, di sini saya ingin memberikan beberapa tips agar anda dapat memanfaatkan ilmu pelaburan emas yang diberi.

Bagaimana nak tukar emas jenama lain kepada emas 24K LBMA Public Gold atau duit tunai?

Memang kebanyakan dari kita pernah beli dan simpan emas samada emas pelaburan seperti goldbar dan dinar jenama lain seperti Amethyst Powergold, Zenith, GCP, Sri Ayu atau emas perhiasan seperti emas Poh Kong, Habib Jewels. Tapi fakta yang kita tak ketahui ialah emas pelaburan atau perhiasan yang kita beli dan simpan itu kurang beri manfaat jangka panjang disebabkan kadar spread yang tinggi dan dikenakan GST sebanyak 6%. Sebagai contoh sekiranya kadar spread goldbar 1g bersamaan dengan 7% ditambah dengan GST 6%, maka total semua sekali yang perlu anda tanggung ialah sebanyak 13%! Manakala kadar spread emas perhiasan boleh mencecah sehingga 35%. Oleh itu, Public Gold ada menawarkan penukaran pelbagai jenama goldbar dan dinar kepada emas 24K LBMA Public Gold.

(PERHATIAN: TIGA Promosi Gold Exchange dan Dinar Exchange yang dinyatakan di bawah telah TAMAT. Hanya promosi KE-4 iaitu Upgrade Your Gold Now! sahaja yang masih ada).

  • [PROMOSI INI TELAH TAMAT] Untuk 1g goldbar jenama Bunga Mas dan Tai Fook Public Gold (bukan LBMA) boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM12/g sahaja (sila rujuk infografik 1 dibawah).
  • Manakala untuk 1g goldbar jenama lain (Amethyst Powergold, Zenith, GCP, Sri Ayu dan lain-lain) boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM15/g sahaja. Oleh itu, jika anda ada beli emas Powergold atau Amethyst 1g dan nak jual emas Powergold atau Amethyst anda, sila rujuk infografik 1 dibawah.
Tukar goldbar 1g Public Gold.

Infografik 1: Tukar goldbar 1g Public Gold – terhad kepada 3kg sahaja (Promosi telah TAMAT).

  • [PROMOSI INI TELAH TAMAT] Untuk goldbar jenama Bunga Mas dan Tai Fook Public Gold (bukan LBMA) 10g dan ke atas boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM60 sahaja (sila rujuk infografik 2 dibawah).
  • Manakala untuk goldbar jenama lain (Amethyst Powergold, Zenith, GCP, Sri Ayu dan lain-lain) 10g dan ke atas boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM80 sahaja. Oleh itu, jika anda ada beli emas Powergold atau Amethyst 10g dan nak jual emas Powergold atau Amethyst anda, sila rujuk infografik 2 dibawah).
Infografik 2: Tukar goldbar 10g Public Gold.

Infografik 2: Tukar goldbar 10g Public Gold (Promosi ini telah TAMAT).

  • [PROMOSI INI TELAH TAMAT] Untuk kategori dinar emas pula, Public Gold menawarkan tukar 1 dinar emas 916 jenama Public Gold kepada 1 dinar emas 999 (24K) LBMA dengan tambahan RM60 sahaja. Begitu juga dengan pelbagai jenama 1 dinar emas 999 (24K). Manakala tambahan hanya RM80 sahaja, anda dah boleh tukar 1 dinar emas 916 pelbagai jenama kepada 1 dinar emas 999 (24K) LBMA (sila rujuk Infografik 3 di bawah).
tukar-dinar-24k-lbma-public-gold

Infografik 3: Tukar 1 dinar 916 pelbagai jenama termasuk Public Gold atau 1 dinar 999 pelbagai jenama kepada 1 dinar 999 LBMA Public Gold.

  • [PROMOSI INI MASIH ADA] Untuk emas perhiasan apa-apa jenama boleh ditukarkan kepada goldbar atau dinar 24K LBMA dengan hanya satu panggilan dan satu lawatan ke mana-mana cawangan Public Gold sahaja. Anda tak perlu rasa takut atau bimbang… Public Gold seperti kedai emas biasa sahaja… Hanya beritahu.. “Hi Public Gold, saya nak ke cawangan Public Gold di (sila nyatakan cawangan mana) pada tengahari ini untuk jual  goldbar atau gold coin samada emas 916 atau emas 999 atau emas perhiasan…” (sila rujuk infografik 4 di bawah).
Infografik 4: Jual emas 916, 999 atau emas perhiasan jenama lain dengan harga tinggi untuk tukar kepada emas GAP 24K LBMA Goldbar atau Dinar Public Gold.

Infografik 4: Jual emas perhiasan 916, emas pelaburan 999 atau emas perhiasan jenama lain dengan harga tinggi untuk tukar kepada emas GAP 24K LBMA. Anda boleh keluarkan Goldbar atau Dinar Public Gold setelah jumlah gram emas dalam akaun GAP mencukupi.

 

Anda boleh ikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan di bawah jika anda ingin tukar emas-emas pelaburan atau jual emas perhiasan untuk dapat duit tunai dan kemudian membeli emas Public Gold 24K LBMA yang tidak dikenakan GST…

Langkah #1: Anda hanya perlu daftar secara percuma dahulu di Pendaftaran Percuma.

Langkah #2: Hubungi staf cawangan Public Gold yang terdekat seperti yang tertera di link Cawangan Public Gold di Malaysia untuk buat temujanji (Anda boleh guna aplikasi Whatsapp je ke talian Mobile staf Public Gold yang tertera di link tersebut).

Langkah #3: Bawa emas pelaburan atau perhiasan anda ke cawangan Public Gold yang telah anda hubungi tadi. Jangan lupa bawa IC ye. Jika anda nak tukar kepada duit tunai, sila bawa juga salinan muka depan buku bank anda (Anda boleh dapatkan di kaunter bank jika tiada).

Itu sahaja… sangat mudah dan cepat. Pada masa ini, kita tak perlu lagi ambil nombor giliran atau menunggu lama untuk berurusan di kedai emas Public Gold sebagaimana anda perlu ambil nombor giliran bila berurusan dengan mana-mana bank yang menawarkan produk emas pelaburan fizikal.

Semoga anda beroleh keuntungan dalam pelaburan emas.

Sharing is caring:

Cukai GST Emas

Nak tahu pasal cukai GST emas? Ada satu Warta Kerajaan Persekutuan tentang Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 atau dipanggil Goods and Services (Exempt Supply) 2014 telah disiarkan pada 13 Oktober 2014 oleh Jabatan Peguam Negara yang boleh didapati di www.treasury.gov.my.

Snapshot Warta Kerajaan Persekutuan berkaitan emas dikecualikan cukai GST

Snapshot Warta Kerajaan Persekutuan berkaitan emas dikecualikan cukai GST. (Sumber: www.treasury.gov.my)

Alhamdulillah, setelah dibaca, sebenarnya anda tak perlu risau sangat tentang cukai GST. Kebanyakan jenis emas pelaburan adalah DIKECUALIKAN cukai GST. Jenis emas, perak dan platinum yang dikecualikan cukai adalah seperti berikut:-

  1. dalam bentuk bar, jongkong atau wafer;
  2. mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%; dan
  3. memilik ciri-ciri pelaburan

Untuk syiling emas (gold coin), syiling tersebut mestilah telah diperakukan sah oleh negara asal masing-masing dan berketulenan sekurang-kurangnya 99.5%. Nama-nama gold coin yang dikecualikan cukai GST ialah:-

(i) syiling America Buffalo;
(ii) syiling Australia Kangaroo Nugget;
(iii) syiling Australia Lunar;
(iv) syiling Austria Philharmoniker;
(v) syiling Canada Maple Leaf;
(vi) syiling China Panda;
(vii) syiling Malaysia Kijang Emas;
viii) syiling Mexico Libertad;
(ix) syiling Singapore Lion;
(x) syiling United Kingdom Britannia;

Dan akhirnya cukai GST emas yang dikecualikan juga terpakai kepada mana-mana emas, perak dan platinum yang mempunyai ciri-ciri pelaburan jika ia telah ditapis oleh:-
(i) seorang penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good Delivery” bagi London Bullion Market Association dalam hal emas atau perak; atau
(ii) seorang penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good Delivery” bagi London Platinum and Palladium Market
dalam hal platinum.

Ini bermakna, jenis-jenis emas pelaburan selain daripada yang disenaraikan di atas adalah TIDAK DIKECUALIKAN daripada cukai GST termasuklah jongkong emas 99.9 (24K) yang tidak mendapat perakuan sah daripada negara pengeluar, syiling Dinar Emas 916 (22K), Dinar Kelantan 917, Dinar Emas Mekah Sri Ayu 917 dan lain-lain dinar yang berketulenan kurang daripada 99.5% adalah dikenakan cukai!

Oleh itu, kepada pelabur-pelabur emas Public Gold yang mempunyai Dinar Emas 91.6 (22K) boleh menukarkan simpanan dinar emas 22K masing-masing kepada Gold Wafer Dinar Emas 99.9 (24K) yang telah disahkan oleh London Bullion Market Association (LBMA) mulai 22 Disember 2014 sehinggalah sebelum 1 April 2015 dengan hanya menambah RM60 untuk setiap Gold Wafer Dinar 99.9 Public Gold. Manakala pelabur-pelabur emas yang ada menyimpan dinar emas 91.6 (22K) berjenama selain Public Gold seperti Dinar Kelantan 917 dan Dinar Emas Mekah 917 Sri Ayu juga boleh menukarkan dinar-dinar tersebut kepada Gold Wafer Dinar Emas 99.9 (24K) LBMA dengan hanya menambah RM100 setiap dinar sebelum 1 April 2015 (seperti di gambar bawah).

Cara tukar Dinar Emas 22K kepada Dinar Emas 24K LBMA Public Gold

Cara tukar Dinar Emas 22K kepada Gold Wafer Dinar Emas 24K LBMA Public Gold

Jika anda ingin membuat penukaran, sila daftar di www.publicgold.com.my secara percuma dahulu. Kemudian anda akan diberikan Nama Pengguna dan Kata Laluan khas untuk anda menghubungi Public Gold secara emel. Anda boleh menghubungi cawangan Public Gold yang terdekat untuk memulakan proses penukaran dinar emas 916 atau dinar emas 917 kepada Dinar Emas 99.9 (24K) LBMA seperti di posting saya – Simpanan Emas LBMA Tidak Dikenakan GST Tax. Anda tak perlu risau kerana Gold Wafer Dinar Emas 99.9 LBMA Public Gold diterima untuk pajakan Ar-Rahnu di Pejabat POS tanpa perlu mengoyakkan seal.

Bila meneliti laman web pelaburan emas GSR (Golden Star Resources), pihak terbabit menyatakan gold bar dan gold coin 99.9 (24K) adalah daripada Guyana/Ghana? Manakala emas gold bar dan gold coin GCP (GoldenCrest Pavilion) tidak dinyatakan emas-emas tersebut dikeluarkan daripada negara mana. Jika saya silap mohon “Hubungi Saya” atau menghantar komen dengan menggunakan borang komen di bawah agar saya boleh membetulkan maklumat ini. Sila berkongsi info sekiranya anda ada kaedah penukaran emas-emas yang akan dikenakan cukai GST daripada syarikat-syarikat lain.

Jika anda masih baru nak mula melabur emas, sila klik di sini untuk dapatkan bimbingan secara terus daripada orang yang dah berjaya.

Semoga Allah Taala memudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat. Amin…

Sharing is caring:
PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian