Tag Archives: sap public gold

Gold Accumulation Program (GAP)

Gold Accumulation Program (Program Akumulasi Emas) bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan emas dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini disokong 100% oleh emas fizikal. Pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.

Minima pengeluaran adalah 1 gram goldbar. Manakala baki minima dalam akaun hanyalah 1 gram sahaja. Saya dapati syarat baki minima sebanyak 1 gram dalam akaun simpanan GAP ini jauh lebih rendah daripada syarat yang ditetapkan oleh bank-bank komersial.

Ciri-ciri & Kelebihan:

  • Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24K)
  • Pembelian minimum RM100 atau 1 gram
  • Patuh syariah
  • Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm).
  • Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9
  • Tiada yuran simpanan
  • Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
  • Pengeluaran sekurang-kurangnya 1gm emas fizikal
  • Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan
  • Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction)
  • Diaudit oleh juruaudit bebas
  • Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun

Saya dapati program Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold adalah yang terbaik di Malaysia.

Pelan Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold

Program Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold

Program GAP ni memang sangat sesuai untuk seluruh rakyat Malaysia samada untuk dewasa dan juga terdapat akaun emas untuk anak-anak bersama ibubapa atau penjaga masing-masing kerana syarat buka akaun emas hanyalah serendah RM100 sahaja dan pembelian minimum emas seterusnya dengan gandaan RM50 atau 1 gram emas.

Emas yang disimpan adalah jenis gold bullion dan simpan di Public Gold secara PERCUMA tanpa upah! Anda juga boleh keluarkan minima 1 gram emas pada bila-bila masa tak terikat pada waktu bank.

Emas pelaburan 24K atau emas 999.9 yang anda simpan dalam Program GAP ini disimpan dalam peti simpanan di Public Safe Pulau Pinang dan kesemua simpanan emas anda dilindungi insurans sekiranya apa-apa yang berlaku kepada Syarikat Public Gold Sdn. Bhd.

Mulai 1 April 2015, kerajaan telah melaksanakan Goods and Services Tax (GST) dan telah mewartakan dalam Warta Kerajaan yang boleh dibaca di sini. Dalam Warta Kerajaan tersebut semua jual beli emas berketulenan 995 (99.5%) dan ke atas telah diisytiharkan TIDAK DIKENAKAN GST.

Harga emas semasa untuk pelan GAP ni dikemaskini setiap hari selepas jam 12 tengah malam. Rakan-rakan boleh rujuk harga emas hari ini untuk pelan GAP di Harga Emas Semasa. Sila rujuk pada bahagian yang tertera seperti contoh imej di bawah:

Harga GAP Public Gold

Harga GAP Public Gold

Jika dibandingkan dengan program simpanan emas di Kuwait Finance House Gold-i Account atau Al-Rajhi, saya dapati program GAP Public Gold ini bukan sahaja patuh syariah, malah jauh lebih baik daripada kedua-dua jenis bank tersebut. Minta maaf kepada staf kedua-dua bank tersebut ye. Bukan maksud saya nak merendahkan mana-mana bank. Cuma pendapat dan perbandingan peribadi sahaja.

Pada 29 September 2017, panel penasihat syariah Amanie Advisor telah mengeluarkan Sijil Patuh Syariah ke atas aktiviti jual beli emas akaun GAP Public Gold.
Pengumuman secara rasmi telah dilakukan pada 11.11.2017 lalu di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya.
Mulai sekarang, anda dah tak perlu berasa was-was untuk berjual beli secara online emas pelaburan 24K LBMA yang tidak dikenakan cukai GST melalui akaun GAP. Anda boleh mulakan serendah RM100.


Caranya begini:-

LANGKAH #1 – Lihat harga emas GAP di bawah:-

Jika anda tidak dapat melihat paparan di atas, sila layari publicgold.com.my. Sila lihat harga 1 gram emas 24K GAP. Harga emas akan dikemaskini selepas setiap jam 12 tengah malam. Jika anda pernah membeli emas Public Gold dan mempunyai kod PG untuk Login, anda hanya terus klik butang ‘Buy GAP’. Jika anda belum pernah membeli emas Public Gold, anda tidak boleh Login lagi.

Jika anda boleh login, anda boleh menggunakan platform FPX dengan caj RM1 setiap transaksi dengan ikuti langkah yang dipaparkan setelah anda klik butang ‘Buy GAP’.

Jika anda nak jimat RM1 untuk transaksi pembelian emas, anda perlu ikuti Langkah #2 seterusnya.

LANGKAH #2 – Buat pembayaran menggunakan Maybank2u.com.my

Maybank2u

Amat mudah jika anda dah pun ada akaun Maybank2u. Buat bayaran ke akaun Maybank Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di nombor akaun 5571-3923-8048 atau 5071-3410-4563. Buat bayaran untuk mengikut gandaan 1 gram emas GAP atau dalam gandaan RM100.

Sebagai contoh jika di web Public Gold menunjukkan harga emas GAP seperti berikut:

MYR 100 = 0.5319 gram
MYR 188 = 1.0000 gram

dan anda ingin menyimpan 1 gram, maka transfer duit sebanyak RM188.00. Jika mahu simpan 5 gram emas, maka transfer duit sebanyak 5 x RM188.00 = RM940.00.

Anda boleh juga transfer minima RM100 dan berat emas sebanyak 0.5319 gram (sehingga 4 titik perpuluhan) akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan emas GAP anda.

Gunakan kemudahan ‘Print receipt’ di Maybank2u.com.my untuk menyimpan maklumat pembayaran. Jika anda menggunakan smartfon, sila pastikan anda simpan screenshot terakhir transaksi yang telah berjaya sebagai bukti pembelian emas GAP. Adalah amat penting agar anda TIDAK menggunakan bukti SMS kerana tidak diterima.

Jika anda ada akaun Public Bank, anda juga boleh buat bayaran di akaun Public Bank 3167-52-0833.

Beli emas GAP - pembayaran

Jika anda berada di luar negara, sila masukkan kod Swift berikut:
nombor Swift MBBEMYKL untuk akaun Maybank atau
nombor Swift PBBEMYKL untuk akaun Public Bank.

LANGKAH #3 – Hantar maklumat pembayaran melalui Whatsapp / Messenger / SMS / Emel (Hanya dibuat sekali sahaja semasa buka akaun GAP)

Sila hantar maklumat berikut melalui emel ke gap@publicgold.com.my dan cc kepada saya di suhaimee@pelaburanemas.org (Insya Allah saya akan follow-up):-

  1. Nama penuh:
  2. NRIC atau Kad Pengenalan: xxxxxx-xx-xxxx
  3. No. telefon:
  4. Emel anda:
  5. Jumlah bayaran: RM
  6. Tarikh bayaran: dd/mm/yyyy
  7. Masa bayaran: xx:xx
  8. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf (Sekiranya anda tiada introducer).

Di samping itu, anda perlu melampirkan salinan resit pembelian juga. Anda juga boleh Whatsapp saya semua maklumat di atas di http://pelaburanemas.wasap.my/ agar saya dapat membantu jika terdapat apa-apa masalah.

Oleh itu, saya nasihatkan anda agar menyimpan resit pembelian emas GAP anda dan buat printscreen atau snapshot menggunakan smartfon untuk paparan transaksi akhir setelah bayaran / pindahan dibuat. (Nota penting: Bukti bayaran SMS tidak akan diterima).

Seterusnya, untuk mempercepatkan pengesahan, saya dapati penghantaran maklumat melalui aplikasi Whatsapp adalah yang paling cepat dan senang diterima oleh Public Gold.

Anda hanya perlu ikuti langkah 3 sekali sahaja untuk buka akaun GAP. Selepas pembelian anda disahkan, anda akan menerima kod PG khas melalui emel.

Itu sahaja! Anda hanya perlu tunggu maklumbalas daripada Public Gold sekitar 4-5 jam sahaja Insya Allah. Anda akan dapat melihat penyata akaun emas GAP anda dalam tempoh 48 jam selepas pengesahan.

Beli emas GAP - pengesahan pesanan

Beli emas GAP - kemaskini penyata

Simpanan emas anda di Public Safe adalah PERCUMA dan DILINDUNGI INSURANS sampai bila-bila! Anda boleh juga mengeluarkan emas dari akaun anda pada bila-bila masa dengan caj premium yang terendah di Malaysia!

 

 

Nak lihat akaun emas online GAP anda? Mudah sahaja… hanya Login menggunakan Nama Pengguna (Nombor PG anda) dan Kata Laluan anda di Public Gold > Login. Kemudian klik butang My GAP seperti imej di bawah:-

Anda dinasihatkan untuk mengemaskini nama waris di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat sekiranya berlaku perkara yang tak disangka kerana telah pernah berlaku seorang pelanggan Public Gold yang meninggal dunia dan belum sempat menamakan pewaris. Sekiranya anda tidak mengemaskini nama, pihak Public Gold memerlukan surat kematian dan pengesahan pentadbir harta yang mungkin mengambil masa untuk pengeluaran emas nanti.

Sekiranya anda ingin menjual semula, anda boleh jual balik emas dalam akaun GAP pada bila-bila masa tanpa perlu pergi ke mana-mana atau bersusah-payah menunggu giliran. Sila Login ke akaun PG anda dan klik pada My GAP seperti ditunjukkan di bawah.

Pada bahagian atas ada butang “Purchase” iaitu Beli, “Buy-Back” iaitu Jual Semula, “Transfer” iaitu Pindah (hanya kepada akaun PG Mall sahaja) dan “Statement” iaitu Penyata.

Klik butang ‘Purchase’ setelah anda membuat bayaran ke akaun bank Public Gold dan isikan maklumat bayaran seperti yang ada pada salinan resit. Upload salinan resit dan klik butang ‘Request’. Anda boleh Whatsapp ke staff Public Gold untuk kemaskini pembelian terbaharu dengan mesej mudah seperti…

“Salam hormat! Mohon kemaskini akaun GAP saya PGxxxxxxxxx. TQ”.

Insya Allah akaun anda akan dikemaskini dalam tempoh 48 jam hari bekerja. Anda boleh simpan nombor fon staff Public Gold yang boleh didapati di sini.

Sekiranya anda membeli emas GAP melalui platform FPX, insya Allah akaun anda terus dikemaskini dan tidak perlu untuk upload resit ke dalam akaun GAP.

Anda dinasihatkan untuk mencetak penyata sekurang-kurangnya 3 bulan sekali kerana maklumat transaksi yang melebihi 3 bulan tidak akan dipaparkan.

Sekiranya anda ingin menjual balik emas dalam akaun GAP anda, sila klik “Buy-Back” dan butang “Add New” untuk jual semula emas GAP anda dan lihat harga jual semula seperti yang dibulatkan di bawah. Pastikan harga jual semula emas GAP anda sekurang-kurangnya melebihi 15% daripada harga beli dahulu untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. Kemudian klik butang Request di bawah sekali.

Harga jual semula emas GAP Public Gold

Anda akan mendapat emel dari Public Gold untuk pengesahan jual balik dan sila reply emel tersebut dengan segera jika terdapat kesalahan. Jika tiada kesilapan, insya Allah jumlah duit tunai jualan balik emas GAP akan dimasukkan ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam hari bekerja.

Seperti yang anda lihat di atas, amat mudah berurusan untuk proses jual beli emas di Public Gold dan saya pasti anda akan dapat menjimatkan duit, masa dan tenaga anda berbanding akaun simpanan emas di bank-bank. Malah anda boleh membuat pembelian barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat yang menyertai PG Mall melalui akaun emas GAP.

Setelah anda selesai, anda boleh “Log out” dengan klik pada butang di atas seperti di bawah.

Log out akaun emas GAP

Untuk keterangan lanjut, sila klik kanan (right click) dan ‘save as’ atau ‘save link as’ dalam pdf di link: Gold Accumulation Program (Anda memerlukan Adobe Reader untuk membuka dokumen tersebut)

Selepas anda selesai membuka akaun emas GAP Public Gold, anda juga boleh mula menyimpan perak dalam bentuk silver bar atau dirham menggunakan akaun yang sama dikenali sebagai Silver Accumulation Program (SAP) Public Gold.  Sila download Panduan Pelaburan Emas Akaun GAP/SAP di sini (sila klik kanan (right click) dan ‘save as’ atau ‘save link as’ dalam pdf).

Semoga anda semua success dalam pelaburan emas!!! Insya Allah…

Sharing is caring:
PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian