Tag Archives: pelaburan emas arrahnu

Pelaburan Emas Ar-Rahnu

Berminat buat pelaburan emas Ar-Rahnu? Ada sesiapa yang mengajak anda buat pelaburan emas Bank Rakyat? Atau pelaburan emas di Bank Islam? Sabarlah dulu… bertenang dan jangan tergopoh-gapah. Anda perlu faham apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu dan istilah pelaburan emas.

Ar-Rahnu ialah pajak gadai kaedah Islam yang patuh syariah. Bila anda pajak gadai sebarang bentuk emas di mana-mana cawangan Ar-Rahnu, maka anda akan dapat kebiasaannya sehingga 70-75% nilai emas yang anda gadai dalam bentuk wang tunai. Pada masa ini terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu seperti Ar-Rahnu Xchange Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam. Malah terdapat juga agensi agama Islam seperti Ar-Rahnu Yapeim malah Pejabat Pos pun dah sediakan kemudahan Ar-Rahnu Pos Malaysia.

Namun, apa yang perlu anda tahu ialah anda perlu bayar upah simpan yang ditetapkan yang biasanya mengikut per gram emas. Sebagai contoh pajak gadai Ar-Rahnu Pos Malaysia dipaparkan di bawah.

Contoh pajak gadai Islam Ar-Rahnu di Pejabat Pos

Contoh kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu di Pejabat Pos

 

Pada masa ini, emas jenis Public Gold dan Pamp Suisse diterima untuk pajak gadai Ar-Rahnu di Pejabat Pos Malaysia Ar-Rahnu di seluruh negara tanpa buka seal. Untuk makluman anda, setiap emas pelaburan di’seal’ untuk lindungi dari calar dan kemek kerana emas 24K merupakan emas lembut. Oleh itu, jika anda ke mana-mana Ar-Rahnu, sila pastikan emas pelaburan anda tidak dibuka seal kerana susutnilai akan jatuh sehingga 25% jika jual balik.

Jika anda nak tahu kedai Ar-Rahnu yang paling tak cerewet dan boleh dapat duit tunai dalam masa tak sampai 20 minit, layari Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan. (Saya tunjukkan contoh pengiraan dan saya dapati Ar-Rahnu KDE beri pembiayaan yang paling senang dan anda boleh dapat duit tunai lebih banyak)

Untuk emas Public Gold, anda tak perlu untuk bawa resit belian. Memadai bawa emas dan emas Public Gold dikeluarkan dalam bentuk seal bersama sijil seperti dalam gambar yang ditunjukkan. Daftar keahlian di Kedai Emas Public Gold secara percuma tanpa yuran keahlian di sini.

Dinar emas 24k Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.

Dinar emas 24k Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan.

Goldbar 999.9 Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.

Goldbar 999.9 Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan.

Oleh itu, kemudahan Ar-Rahnu ialah satu kemudahan PINJAMAN yang bertujuan untuk MENGGANTIKAN kemudahan PINJAMAN YANG TIDAK PATUH SYARIAH seperti kedai pajak gadai konvensional (pajak gadai haram) yang berleluasa di Malaysia. Ar-Rahnu BUKAN satu kaedah pelaburan emas seperti yang digembar-gemburkan oleh ramai orang Islam yang “Kreatif” seperti yang diulas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik di Masjid Al-I’tisam, Taman Tun Dr Ismail pada 13 Ogos 2012 yang lalu.

Beliau ada menegaskan tentang proses manipulasi sistem Ar-Rahnu beli-pajak, beli-pajak emas sebagai satu kreativiti oleh pihak tertentu. Dari segi teknikal tiada isu syariah dan tiada masalah kerana itu ialah kreativiti masing-masing tetapi dari sudut Maqasid Syariah ada benda yang tak kena.

Sila tonton video Hukum Pelaburan dan Jual Beli Emas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik. Anda boleh terus ke minit 28:55 perbincangan beliau tentang manipulasi sistem pajak gadai Ar-Rahnu.

Ustaz Mohd Nazri Chik merupakan Setiausaha Majlis Pengawasan Syariah dan Penolong Pengurus Besar – Ketua Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad. Oleh itu, saya berpandangan bahawa beliau adalah orang yang layak dan berpengetahuan tinggi untuk memberi jawapan yang lebih tepat berbanding ustaz-ustaz yang lain di Youtube mengenai pelaburan emas Ar-Rahnu dan hukum pelaburan emas dan jual beli emas.

Semoga anda faham apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu dan sepatutnya tiada istilah “Pelaburan emas Ar-Rahnu” boleh digunakan. Beliau menyatakan akan ada risiko apabila harga emas jatuh dan sistem manipulasi tersebut akan rosak. Pada tahun 2012, harga emas memang sedang meningkat naik dan seperti yang Ustaz Mohd Nazri Chik kata, sistem akan rosak bila harga emas jatuh telah terbukti pada akhir 2012 sehingga 2013. Ramai “pelabur emas Ar-Rahnu” menangis tak berlagu.

Apa yang dilakukan dalam teknik pelaburan emas Ar-Rahnu ini ialah mereka sentiasa memantau harga emas Bank Rakyat atau harga emas di Bank Islam hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan dengan harapan harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa.

Oleh itu adalah dinasihatkan agar anda berhati-hati sebelum menyertai skim manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu ini. Anda boleh dapatkan kemahiran pelaburan emas Ar-Rahnu melalui mereka yang berkemahiran di sini.

Anda boleh mendapatkan duit tunai melalui pajakan emas yang anda ada ditangan untuk tujuan sebagai modal bisnes yang anda telah kenalpasti keuntungannya agar anda boleh tebus semula emas yang anda gadai dalam tempoh tak lebih 6 bulan.

Jika anda tiada simpanan emas, saya nasihatkan agar anda membeli dan menyimpan emas pelaburan mulai sekarang sebab hari demi hari terdapat risiko kejatuhan nilai duit tunai yang kita simpan samada dalam bank atau dalam Tabung Haji. Walaupun bilangan angka dalam akaun bank bertambah, namun kekuatan nilai RM100,000 pada hari ini tidak sama dengan kekuatan nilai RM100,000 pada 10 tahun lalu. Tapi kekuatan nilai 1 kg jongkong emas beribu tahun dahulu dilihat semakin tinggi nilainya pada hari ini.

Anda dinasihatkan agar mendapatkan tips pelaburan emas yang betul sebelum membeli emas seperti yang saya bincangkan di Tips Pelaburan Emas. Layari Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan yang paling mudah dan tiada rekod CCRIS / CTOS.

Sharing is caring:
PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian