Tag Archives: pelaburan emas

Cara Beli Emas Public Gold Yang Menjimatkan

Posted on by 0 comment

Jangan beli emas Public Gold sebelum anda baca tips pelaburan emas Public Gold ini. Sejak kebelakangan ini kebanyakan kita dah mula sedar akan kepentingan menukar sebahagian duit tunai kepada simpanan emas fizikal yang patuh syariah seperti emas Public Gold berbanding menyimpan emas di akaun ’emas maya’ di bank-bank komersial di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei malah di Filipina.

Anda boleh lihat contoh-contoh emas Public Gold edisi khas seperti edisi Hari Raya Aidilfitri, edisi Merdeka 60 Tahun dan edisi Pos Malaysia.

Edisi Hari Raya Aidilfitri 2017 1 gram LBMA 24K goldbar Public Gold – edisi terhad hanya 30,000 keping sahaja.

 

Edisi Merdeka 60 Tahun 1 gram goldbar Public Gold – edisi terhad hanya 3,000 keping sahaja.

 

Empat emas Edisi Pos Malaysia emas jenama Public Gold – hanya boleh didapati di Pejabat Pos Ar-Rahnu di seluruh Malaysia.

 

Setengah atau Half Dinar Public Gold (2.125 gram)

 

Kebiasaannya apabila anda beli melalui agen atau beli terus di Pejabat Pos Malaysia, harga emas yang ditawarkan adalah sekitar RM220 hingga RM250 segram. Ini adalah kerana harga runcit yang dicadangkan untuk dijual oleh agen atau Pejabat Pos Malaysia dipaparkan di web Public Gold sendiri seperti di bawah:-

Harga emas Public Gold – sebelah kanan ialah harga runcit dan sebelah kiri ialah harga GAP.

 

Bila anda perhatikan harga emas di ruangan “LBMA SMALL BAR / WAFER (24K)”, harga 1 gram = RM250. Manakala, jika anda lihat pada ruangan “GOLD ACCUMULATION PROGRAM (24K)” pula, harga 1 gram lebih rendah! Oleh itu, anda tak perlu tergesa-gesa membeli emas Public Gold dengan harga yang lebih mahal melalui agen berbanding rahsia beli emas Public Gold dengan lebih jimat sehingga lebih 30% seperti yang saya akan terangkan di sini.

Cara beli emas Public Gold yang menjimatkan sehingga lebih 30% adalah dengan membuka akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP). Akaun simpanan GAP adalah percuma seumur hidup dan boleh diwarisi walaupun anda telah jatuh bankrap. Anda boleh keluarkan bila-bila masa minima 1gram goldbar. Di sini saya beri tips pelaburan emas agar anda dapat mula melabur emas dengan lebih jimat melalui 2 kaedah pembelian:-

Kaedah #1:
Jika anda mahu beli goldbar 1g, 5g goldbar atau setengah dinar (2.125g) emas Public Gold LBMA 24K, samada nak simpan sendiri atau simpan percuma tanpa yuran seumur hidup, adalah lebih jimat membeli kaedah akaun simpanan GAP.

Cara nak beli Kaedah #1 ada ditunjukkan bermula Langkah #1 di http://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/#akaunGAP.

Secara ringkasnya anda boleh ikuti langkah berikut:-
Langkah #1: Rujuk harga emas di ruangan “GOLD ACCUMULATION PROGRAM (24K)” hari ini di seperti dipaparkan di bawah:-

Langkah #2: Anda darabkan dengan bilangan gram emas yang anda nak beli. (Nota: Setengah dinar bersamaan dengan 2.125g emas GAP).

Langkah #3: Anda boleh transfer jumlah RM ke no. akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd di Maybank 557139238048.

Nota penting:
a. Jika anda gunakan kemudahan Internet Banking selain M2U, sila gunakan kemudahan Instant Transfer dan bukan Normal Transfer kerana Normal Transfer akan mengambil masa lebih sehari untuk proses.
b. Sila printscreen transaksi terakhir pembayaran sebagai bukti. Elakkan guna SMS atau Transaction history sebagai bukti pembelian emas. Sila simpan salinan resit untuk rujukan akan datang.

Langkah #4: Anda boleh emel terus ke gap@publicgold.com.my dan cc ke suhaimee@pelaburanemas.org atau Whatsapp maklumat berikut beserta gambar resit terus ke nombor GAP Public Gold di talian +6017-4866916:

1. Nama penuh:
2. NRIC:
3. No. telefon:
4. Emel:
5. Jumlah bayaran: RM
6. Tarikh bayaran: dd/mm/yyyy
7. Masa bayaran: xx:xx
8. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf

Nota penting: Minima buka akaun adalah sebanyak 1g. Jika anda nak keluarkan 1g perlu beli 2g dan tinggalkan baki ada 1g. Caj premium 1 gram goldbar hanyalah RM5 setiap unit. Prosedur ini didapati lebih baik berbanding minima 5g pengeluaran dan 5 g baki di bank komersial.

Kaedah #2:
Jika anda mahu beli emas dan simpan sendiri goldbar / dinar 24K LBMA 10g dan ke atas, anda perlu lihat turun naik harga emas GAP. Jika harga emas GAP lebih tinggi, maka beli Kaedah #2. Jika harga emas GAP lebih rendah, maka beli Kaedah #1. Perbezaan berlaku kerana harga emas 10g dan ke atas berubah setiap 20 minit, manakala harga emas GAP berubah setiap 12 jam sekali (tepat jam 12 tengah malam dan 12 tengahari jika pergerakan melebihi 5%).

Cara nak beli Kaedah #2 ada ditunjukkan bermula Langkah #1 di http://www.pelaburanemas.org/jual-beli-emas/. Boleh keluarkan bila-bila masa dengan caj premium (ada dalam jadual. Cth: 1g = RM5, 10g = RM10, 20g = RM15 dsb). Anda  perlu daftar dahulu sebelum buat tempahan di http://www.pelaburanemas.org/pendaftaran-percuma/.

Semoga bermanfaat.

Sharing is caring:

Jual Beli Emas

Posted on by 36 comments

Jika anda nak jual beli emas untuk tujuan melabur dan dapat keuntungan, anda perlu tahu perbezaan susutnilai atau spread harga emas yang anda beli. Anda perlu faham jenis emas yang paling rendah susutnilainya yang akan memberi keuntungan lebih cepat. Jika anda masih kurang jelas jenis emas untuk pelaburan, sila baca “Tips Pelaburan Emas” dahulu. Jual beli emas

Jika anda dah faham bahawa untuk tujuan pelaburan emas, susutnilai harga emas perlulah tidak melebihi 10%. Oleh itu saya nasihatkan agar anda tidak melabur emas dengan membeli barang kemas kerana susutnilainya melebihi 10% bahkan jika anda bertanya di semua kedai emas seperti Habib Jewels dan Poh Kong, susutnilai mereka sekitar 20-35%.

Pakar-pakar pelaburan emas hanya menggalakkan jual beli dinar emas dan gold bar sahaja agar anda menikmati keuntungan dengan lebih cepat. Hanya satu sahaja perkara penting iaitu jual beli emas mestilah halal dan tidak meragukan atau terdapat unsur syubhah.

Terdapat banyak sistem jual beli emas untuk tujuan pelaburan didapati haram (tidak patuh syariah). Pada pandangan saya secara ilmiah dan bukan untuk menjatuhkan mana-mana bank atau bisnes, pelaburan emas di bank-bank seperti pelaburan emas CIMB, pelaburan emas Maybank (Maybank Gold Investment Account), pelaburan emas Public Bank (Gold Investment Account) boleh dikategorikan sebagai tidak patuh syariah. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang halal dan haram, sila baca “Pelaburan Emas Halal Atau Haram?

Setakat ini, hanya pelaburan emas Kuwait Finance House (KFH) dan bank Al-Rajhi sahaja yang disahkan patuh syariah dalam bab jual beli emas di Malaysia. Namun, terlalu cerewetlah bila kita deal dengan mana-mana bank ni. Saya dah ulas panjang lebar di post yang lalu. (Boleh baca di sini).

Di sini saya ingin berkongsi cara jual beli emas paling best di Malaysia. Jika anda ragu-ragu, sila bandingkan sendiri… akhirnya saya yakin anda akan kata… jual beli emas di Public Gold memang mudah dan puas hati.

Harga anda beli emas = PG Sell

Harga anda jual emas = PG Buy

Berdasarkan perbezaan spread 100% X [PG Sell – PG Buy] / PG Sell, anda akan dapati kadar spread Goldbar dan Dinar LBMA 24K Public Gold adalah seperti berikut:-

Kadar spread Public Gold.

Lagi berat emas… lagi rendah kadar spread (setengah orang guna perkataan spread nipis), maka lagi cepat keuntungan yang akan diperolehi. Apabila harga emas naik melebihi 15% dalam tempoh tertentu, anda boleh pilih untuk jual. Saya dapati Public Gold amat tak cerewet untuk beli balik emas anda. Duit tunai akan terus dipindah ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 48 jam.


Untuk mula beli emas pelaburan goldbar atau dinar LBMA 24K, ambil stok di cawangan Public Gold (3-5 hari) atau di Pejabat Pos Ar-Rahnu (14-18 hari) dan simpan sendiri, sila ikuti langkah berikut:-

Langkah #1: Daftar secara PERCUMA

Jika anda sampai ke sini KHAS untuk BELI DAN SIMPAN SENDIRI, anda boleh mendaftar secara percuma dahulu. Atau anda boleh terus isi borang pendaftaran di bawah dan klik butang ‘Submit’:-

(Nota: Sila ikuti link berikut sekiranya anda nak BELI DAN SIMPAN PERCUMA DI KEDAI EMAS, sila ikuti LANGKAH #1 di sini).

Selepas mendaftar, anda akan mendapat emel pengesahan sebelum anda mendapat Nama Pengguna dan Kata Laluan yang membolehkan anda Login masuk ke laman web web Public Gold

Sila isikan nama penuh dan emel anda menggunakan borang berikut untuk maklumkan kepada saya agar saya boleh beri panduan kepada anda untuk memulakan pelaburan emas dengan betul dan menjimatkan.




Makluman Pendaftaran Public Gold

(Agar anda dipanggil dengan betul, isi panggilan Dato'/Dr./Encik/Puan/Cik sebelum First Name)



Langkah #2: Login Username dan Password

Sila gunakan PC jika anda baru pertama kali buat tempahan di Public Gold. Anda tidak dibolehkan Login untuk pertama kali menggunakan aplikasi di smartfon. Username anda ialah nombor kad pengenalan anda (tanpa sengkang). Jika anda pernah buat tempahan sebelum ini, Username anda bermula dengan PGXXXXX (Sila rujuk nombor pada sebelah atas kanan Sales Order yang terdahulu).

Untuk Login, sila ikuti arahan emel pendaftaran dan masukkan maklumat Login di bawah. (Nota: Sekiranya anda gagal, sila klik 'Forgot your password?' dan ikuti arahan seterusnya).

Langkah #3: Pilih item emas pelaburan anda.

Setelah anda berjaya Login, sila klik pada butang 'Purchase Order' di bawah. Selepas itu, anda boleh pilih item emas pelaburan anda.

Nota penting: Sekiranya anda ingin membeli emas pelaburan 1g, 5g atau setengah dinar, sila layari Cara Beli Emas Public Gold Yang Menjimatkan Anda.

Anda perlu pilih cawangan Public Gold yang terdekat untuk ambil item emas pelaburan anda (S.O.P emas sampai ke cawangan selama 3 hari). Sekiranya tiada cawangan Public Gold yang terdekat, anda boleh memilih untuk ambil stok emas anda di mana-mana Pejabat Pos Ar-Rahnu yang tertera di web. Namun S.O.P untuk emas anda sampai ke Pejabat Pos Ar-Rahnu adalah selama 14 hari dan caj premium juga adalah berganda berbanding di cawangan Public Gold.

Ada 2 cara pembelian secara terus.

a. Tempah dan bayar sekaligus.

b. Tempah dan bayar secara ansuran (Easy Payment Plan - EPP)

Samada anda nak bayar sekaligus atau secara ansuran, kedua-duanya telah melepasi syarat pembelian patuh syariah. Bayaran dilakukan secara manual dengan membuat pemindahan / transfer dari akaun bank anda ke akaun bank Public Gold Marketing Sdn Bhd. seperti berikut:-

Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank)
Acc No. : 5071-3410-4563
Swift No. : MBBEMYKL
Bank : Public Bank Berhad
Acc No. : 3167-52-0833
Swift No. : PBBEMYKL
Emelkan bukti transaksi anda terus ke : payment@publicgold.com.my dan cc kepada suhaimee@pelaburanemas.org untuk saya follow-up sekiranya ada apa-apa masalah kemudian. Sekiranya anda buat bayaran melalui Platform FPX, terdapat caj RM1-2 setiap transaksi.

Untuk pembelian dan simpan emas sendiri, anda perlu mengambil emas anda di cawangan Public Gold yang terdekat (Sila layari cawangan Public Gold di Malaysia). Terdapat bayaran caj premium yang minima untuk setiap pengeluaran emas mengikut jenis seperti di bawah. (Caj premium di Pos Ar-Rahnu adalah 2X ganda).

Sila lihat frame di bawah untuk panduan 'How To Order'.

Setelah anda membuat pembayaran pertama dan mendapat pengesahan, anda akan menerima emel dari Public Gold yang mengandungi kod PG sebagai contoh PG000123456. Sila ikuti arahan emel agar anda boleh Login menggunakan kod PG anda untuk jual beli emas berikutnya.

Selesailah kaedah beli emas. Untuk pembelian seterusnya, saya lebih suka untuk menggunakan aplikasi Public Gold android di smartphone. Ianya sangat mudah. Yang penting ada line internet. Saya juga ada menerangkan tentang cara nak install aplikasi Public Gold melalui Google Playstore di sini. (Download Manual Public Gold App - Android, iPhone dan Blackberry)

Seterusnya, untuk beli emas di kedai emas online Public Gold tersangat mudah. Berikut saya tunjukkan langkah demi langkah cara jual beli emas di Public Gold selepas anda install aplikasi android Public Gold.

Setelah anda install, anda akan dapat paparan seperti berikut:-

Langkah #1: Login guna kod PG dan password anda.

Paparan Public Gold app - Tap pada Menu dan kemudian Login.

Langkah #2: Pilih item emas di 'LIVE PRICE'

Public Gold app - Tap pada imej beg di hujung kanan mana-mana jenis emas Goldbar / Dinar 24K LBMA untuk mulakan pembelian.

 

Langkah #3: Tap pada 'Shopping bag' di hujung kanan dan tap 'Submit' pada halaman berikutnya:

 

Selepas anda dah pasti akan jenis produk dan jumlah sila tap pada 'SUBMIT BOOKING' pada sebelah kanan atas.

Seterusnya anda akan dibawa melalui platform pembayaran kaedah FPX. Kaedah ini akan dikenakan caj minima RM1 atau RM2.

Anda boleh pilih mana-mana bank yang anda miliki akaun untuk membuat transaksi pembelian emas Public Gold.

Akhir sekali, anda perlu isikan alamat emel anda dan tap pada butang 'Agree and Continue'. Sila ikuti arahan perbankan seterusnya sehingga selesai transaksi. Jika boleh anda simpan snapshot terakhir pembayaran agar boleh follow-up sekiranya terdapat kesilapan kemudian. Selesailah pembelian emas Public Gold melalui aplikasi Public Gold.

Jika anda membuat tempahan menggunakan PC, sila ikuti arahan tempahan dan Insya Allah, dalam beberapa minit, anda akan menerima emel daripada Public Gold seperti berikut:-

Emel Public Gold terima pesanan

Emel Public Gold terima pesanan

Sila download lampiran dalam format pdf. Sila semak Sales Order yang anda terima samada maklumat pesanan anda betul atau terdapat kesilapan. Jika terdapat kesilapan, sila hubungi saya atau Dealer anda.

Pesanan pembelian emas Public Gold atau dipanggil sebagai Sales Order.

Pesanan pembelian emas Public Gold atau dipanggil sebagai Sales Order.

Jika tiada apa-apa perubahan, sila tunggu dalam beberapa minit lagi untuk anda menerima Purchase Order (PO) daripada Public Gold.

public gold sales order

Selepas sekitar 4 hingga 5 jam, Public Gold akan menganggap tiada kesilapan pada pesanan anda dan anda akan menerima emel pengesahan tempahan (Sales Order Confirm) daripada Public Gold menyatakan bagaimana pembayaran perlu dilakukan.

Emel sales order Public Gold

Emel sales order Public Gold

Apa yang penting pada langkah ini adalah seperti berikut:-

1. Buat pembayaran dalam tempoh 24 jam atau selewat-lewatnya 4 hari termasuk cuti. Jika pembayaran lewat diterima, maka akaun anda akan DIBEKUKAN dan tempahan berikutnya tidak akan diproses.

2. Buat pembayaran secara online melalui Maybank2u atau Public Bank. Saya lebih suka Maybank2u kerana lebih mudah dan anda boleh printscreen maklumat pembayaran. Pembayaran boleh dilakukan di akaun seperti berikut:-

Maybank: 5071-3410-4563 / Untuk transaksi luar negara Swift No: MBBEMYKL

Public Bank: 3167-52-0833 / Untuk transaksi luar negara Swift No: PBBEMYKL

(Nota: Pembayaran maksima di Maybank2u adalah sebanyak RM60,000 sehari)

3. Emel slip pembayaran ke payment@publicgold.com.my dan cc kepada pm2@publigold.com.my

4. Telefon cawangan Public Gold yang anda pilih untuk tujuan pengambilan emas anda sebelum anda pergi ke cawangan Public Gold tersebut. Jangan lupa untuk membawa bersama Purchase Order dan slip pembayaran. Simpan dalam smarphone pun boleh sebab boleh emel ke cawangan masa tu juga apabila diminta.

5. Di cawangan Public Gold, kepada yang pertama kali order emas, anda akan diminta mengisi borang pendaftaran untuk tujuan rekod. Oleh itu, ambil masa untuk bertanya jika ada apa-apa kemusykilan.

Untuk jual semula emas Public Gold atau emas pelaburan pelbagai jenama seperti Zenith, Amethyst dan mana-mana barang kemas, sila layari Cara Jual Beli Emas Yang Menguntungkan.

Seperti mana-mana kedai emas, Public Gold mempunyai kawalan keselamatan yang maksima. Anda akan diminta untuk mendaftar dengan nombor kad pengenalan sebelum anda masuk ke pejabat Public Gold. Harap anda berjaya dalam jual beli emas.

Sharing is caring:

Carta Alir Pelaburan Emas Public Gold

Posted on by 1 comment

Nak mula pelaburan emas? Setelah anda membaca penerangan saya di blog ini, Saya juga yakin, rakan-rakan semua telah yakin dan jelas tentang kaedah pelaburan emas yang terbaik di Malaysia. Jika anda masih belum memahami kaedah pelaburan emas yang patuh syariah dan sah di sisi undang-undang di Malaysia, sila baca posting berikut:-
1. Tips Pelaburan Emas
2. Emas Kertas Atau Emas Sebenar?
3. Pendaftaran Percuma
4. Kaedah Jual Beli Emas – Elakkan Beli Secara Runcit
5. Kaedah Simpanan Emas Percuma
6. Jana Keuntungan
7. FAQs – Persoalan lazim

Namun, terdapat persoalan yang paling kerap ditanya oleh rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dengan pelaburan emas. Persoalannya bagaimana ingin anda mulakan?

Di sini saya ingin kongsikan sedikit mengenai ilmu pelaburan emas sebenar agar anda tidak tersalah pilih dan terperdaya atau terperangkap dengan skim cepat kaya yang banyak di luar sana. Untuk memudahkan anda faham, saya ringkaskan kepada hanya TIGA matlamat utama pelaburan emas dan bagaimana nak mula:-

1. Untuk tujuan lindungi kekayaan.
Pakar emas dunia mencadangkan minima 10% pendapatan ditukar kpd simpanan dalam bentuk emas. Anda boleh mulakan minima 1g goldbar atau setengah dinar (berat 2.125g emas). Jika pendapatan bulanan anda sebanyak RM2K, anda disarankan tukar minima RM200 kepada emas setiap bulan. Contoh berat emas yang boleh dibeli: Harga emas GAP 17/6/2017 = RM188/g. anda boleh beli 1g goldbar = RM188 dan buat bayaran ke akaun Public Gold seperti dinyatakan dengan ikuti langkah demi langkah untuk buka akaun simpanan emas GAP di http://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/#akaunGAP.

Simpanan secara percuma dan boleh letak nama waris. Boleh keluarkan minima 1g bila-bila masa dan baki minima hanya 1g dalam akaun.

Nota: Simpanan GAP ini didapati lebih baik berbanding dengan bank patuh syariah yang lain kerana minima simpanan adalah 5g!

Tahap risiko kerugian adalah rendah sebab anda beli sedikit demi sedikit. Anda boleh jual balik pada bila-bila masa melalui akaun anda di web dan duit tunai akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 48 jam hari bekerja.

2. Untuk tujuan dapat keuntungan ‘buy low sell high’.
Dicadangkan beli emas minima 250g / 1kg sebab spread yg rendah (6%) berbanding 1g (9%). Harga emas dijangka meningkat dalam jangka panjang. Sila rujuk http://www.pelaburanemas.org/masa-untuk-melabur-emas/. Setahun lalu harga emas sekitar RM171/g dan pada bulan April tahun 2017 mencecah sehingga RM196/g. Seorang penyimpas emas 1kg goldbar di Melaka telah raih keuntungan RM11,000 dalam tempoh setahun.

3. Untuk tujuan bisnes.
Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer. Sebagai Dealer, anda tidak perlu menjual emas, anda hanya perlu simpan emas dan anda akan dapat insentif 1% untuk setiap pembelian emas berikutnya. Anda juga boleh gunakan borang pendaftaran di www.publicgold.com.my untuk kenalan anda mendaftar dan letakkan kod PG di ruangan Introducer (Jika anda tak pasti, Insya Allah saya boleh sediakan link untuk anda kemudian). Terdapat sokongan Seminar Emas percuma oleh Public Gold setiap bulan dan anda boleh gunakannya sebagai medium penyampaian ilmu emas kepada yang lain seperti yang saya tunjukkan di sini.

Sebagai Dealer, anda juga boleh dapat insentif 1% dari setiap pembelian emas kenalan anda. Kiraan insentif seperti diterangkan di Dapatkan Keuntungan Pelaburan Emas Setiap Bulan. Anda boleh pilih samada nak terus simpan dalam akaun GAP atau keluarkan sebahagian emas dalam bentuk dinar atau goldbar. Kaedah buka akaun sama seperti di Para 1. Nilai insentif dibayar setiap 20hb berikutnya. Nilai bawah RM10 akan dibawa ke bulan hadapan, nilai RM10-RM99 akan dimasukkan ke akaun GAP bersamaan nilai emas GAP dan nilai RM100 ke atas akan dimasukkan ke akaun bank secara tunai. Tahap risiko kerugian tiada kerana anda dapat penjimatan berterusan.

Oleh itu, pilihlah mana-mana matlamat pelaburan emas yang anda fikir sesuai dengan situasi kewangan anda. Perlu diingatkan agar anda tidak menggunakan pinjaman bank untuk menyimpan dan melabur emas. Anda juga diingatkan agar tidak terpedaya dengan mana-mana skim pelaburan emas yang tidak sah di sisi undang-undang walaupun mereka menawarkan bonus / dividen / pulangan yang lebih tinggi dalam masa yang lebih singkat.

 

Akhir sekali, anda boleh mula dengan memilih mana-mana Laluan yang sesuai untuk anda di bawah:-

Carta alir pelaburan emas Public Gold.

Laluan 1: Sebagai pelanggan biasa yang ikut Matlamat 1 –  simpan emas berdikit-dikit setiap bulan dengan menetapkan sasaran tak kurang 10% pendapatan tunai ditukar kepada simpanan emas. Simpan untuk tujuan seperti untuk menunaikan haji dan umrah, atau untuk simpanan tabung pendidikan anak-anak, atau hanya sebagai pegangan aset mudah alih yang boleh dicairkan melalui pajak gadai Ar-Rahnu apabila terdesak.

Laluan 2: Sebagai Dealer – termasuk juga kepada pelanggan biasa yang mengikuti Matlamat 2 dan 3.

Semoga anda berjaya di dalam mana-mana Laluan Pelaburan Emas yang anda pilih! Anda boleh hubungi saya sekiranya masih ada apa jua persoalan dengan menggunakan borang “Hubungi Saya“.

Semoga bermanfaat.

Sharing is caring:

Cara Pelaburan Emas Jana Keuntungan

Posted on by 78 comments

Bagaimana cara pelaburan emas jana keuntungan? Caranya amat mudah dan pada hari ini terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk mendapat keuntungan dalam pelaburan emas.

Sebagai contoh, anda boleh install aplikasi pelaburan emas yang terkemuka di Malaysia dan Singapura. Pemasangan di smartfon adalah percuma dan anda boleh mula mengetahui pergerakan harga emas setiap 20 minit.

Sebelum ini saya telah bincangkan tips pelaburan emas yang digunakan dalam sistem perbankan dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Lesen pelaburan emas hanya dikeluarkan oleh BNM kepada bank-bank berlesen dan syarikat pelaburan emas tertentu sahaja serta TIDAK kepada sebarangan syarikat atau orang perseorangan di Malaysia walaupun pada namanya ada ejaan EMAS.

Anda dinasihatkan agar merujuk laman web Bank Negara Malaysia dahulu untuk mengetahui syarikat yang disenarai hitam sebelum anda memberi deposit anda kepada mana-mana individu ataupun syarikat yang boleh didapati di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_financialconsumeralert&lang=bm. Kemudian, anda klik di link “Senarai nama entiti dan laman sesawang” seperti di bawah:

Senarai entiti dan laman yang dipantau Bank Negara Malaysia.

Pihak Bank Negara Malaysia akan sentiasa mengemaskini senarai nama syarikat atau laman web yang menjalankan apa-apa aktiviti berkaitan pelaburan emas yang tidak sah.

Okay.. mari kita teruskan..

Pelaburan emas yang dimaksudkan ialah saat anda memiliki emas pelaburan seperti Emas 24K atau berketulenan 995 (99.5%) dan 999 (99.9%). Ataupun, saat anda memilik Dinar Emas 24K LBMA (London Bullion Merchant Association) yang tidak dikenakan cukai GST. Jika anda tersalah pilih, anda terpaksa tanggung kerugian besar kerana ada cukai yang perlu dibayar.

Tambahan lagi, terdapat segelintir pelabur emas yang mengambil kesempatan ke atas sistem Ar-Rahnu. Pelaburan emas yang dimaksudkan di sini BUKANLAH memberi penerangan tentang teknik manipulasi pajak Ar-Rahnu yang mana teknik pajak Ar-Rahnu iaitu beli-pajak-beli-pajak adalah satu teknik yang akan membebankan pelabur emas dengan hutang! Jika anda ingin mengetahui tentang Ar-Rahnu, sila ke Pelaburan Emas Ar-Rahnu di sini.

Oleh itu, saya ingin berkongsi tips pelaburan emas di sini…

Jika anda membaca tips saya sebelum ini, kebanyakan kenyataan saya tidak bersetuju untuk anda mulakan pelaburan emas di bank-bank seperti Maybank, CIMB, UOB, Ambank dan lain-lain atas sebab-sebab birokrasi, logistik dan kemudahan simpanan dan pengeluaran emas fizikal. Malah, saya juga tidak berapa nak menyebelahi pelaburan emas di bank-bank samada di Ar-Rajhi atau KFH walaupun transaksi emas mereka patuh syariah dan halal. Mengapa? Anda boleh baca Pelaburan Emas Kertas atau Emas Sebenar.

Istilah ‘pelaburan emas’ yang saya gunakan di sini ialah beli emas di kedai emas pada harga rendah dan simpan sehingga satu waktu harga emas naik melebihi 15% dan jual semula simpanan emas anda di kedai emas itu semula. Mudahkan?

Beli emas masa harga emas turun dan jual emas masa harga emas naik melebihi 15%

Beli emas masa harga emas turun dan jual emas masa harga emas naik melebihi 15%

Persoalan pertama ialah bagaimana nak tahu bila harga emas turun dan bila harga emas naik? Anda perlu ada strategi pelaburan emas yang boleh anda pelajari daripada orang yang benar-benar telah mengaut keuntungan dalam pelaburan emas. Saya cadang agar anda mendapatkan kemahiran tersebut di sini.

Strategi pelaburan emas

Strategi pelaburan emas

Jadi persoalan yang kedua sekarang ialah nak jual dan beli di kedai emas yang mana? Poh Kong? Habib Jewels? Kedai Emas Wah Chan? Kedai Emas Sri Harmoni? Kedai Emas Sayang? Kedai Emas …. bla bla bla.. sabar… sabar…

Kedai emas yang saya maksudkan ialah kedai emas yang beroperasi secara online 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kedai emas online yang sentiasa kemaskini harga emas semasa setiap 20 minit berdasarkan turun naik harga emas dunia. Kedai emas online yang ada menyediakan aplikasi di smartfon (samada Android / iPhone / Blackberry) untuk memberi anda notifikasi bila harga emas turun supaya anda boleh ‘lock’ harga dan beli emas serta hantar notifikasi kepada anda bila harga emas naik supaya anda boleh ‘lock’ harga dan jual emas semula.  Dan yang paling penting sekali urusniaga emas tidak dikenakan cukai GST.

Kedai emas ini juga menyediakan kemudahan kepada anda untuk menyimpan emas fizikal (BUKAN emas maya) secara percuma tanpa upah! Anda boleh keluarkan kesemua emas yang anda simpan pada bila-bila masa.

Saya dah meneliti dan mengkaji selama berminggu-minggu… Alhamdulillah… saya dah jumpa kedai emas yang memenuhi syarat seperti yang saya nyatakan di atas tadi.

Anda jangan bimbang bila nak jual balik emas di kedai emas. Saya dapati kedai emas ini yang paling tak cerewet… boleh terima apa sahaja jenama dan jenis emas samada emas goldbar, dinar, emas perhiasan.

Untuk pengetahuan anda, kaedah beli emas harga rendah dan jual harga tinggi (buy low sell high) merupakan hanya salah satu daripada tiga kaedah menjana keuntungan daripada pelaburan emas. Kaedah ini merupakan kaedah Keuntungan Jangka Panjang sebab harga emas mungkin hanya akan naik melebihi 15% dalam tempoh lebih empat bulan (2 atau 3 kali setahun).

Anda mungkin tertanya-tanya ada tak kaedah pelaburan emas untuk jana keuntungan selain ini?

Ada dua lagi kaedah:-

(a) Keuntungan Jangka Panjang – Beli dan simpan sahaja emas pelaburan goldbar dan dinar emas kerana emas pelaburan adalah aset sepertimana hartanah. Oleh kerana tak ramai orang yang mampu beli hartanah puluhan malah ratusan ribu sekali beli, maka, emas pelaburan goldbar dan dinar merupakan alternatif pegangan aset yang mampu milik oleh semua orang.

(b) Keuntungan Jangka Pendek dan Jangka Panjang: Beli, simpan dan kongsikan pengalaman anda membeli dan menyimpan emas dengan yang lain agar mereka juga mula simpan emas untuk lindungi kekayaan mereka kerana duit kertas RM yang anda simpan itu terdedah kepada susutnilai dari masa ke masa dan dari tahun ke tahun. Tahun 2016 sahaja duit RM telah jatuh 30% berbanding USD! Nampak sahaja angka RM dalam akaun simpanan tapi semakin hari semakin tak laku.

Alang-alang simpan emas, simpanlah umpama peniaga kedai emas. Untung-untung, ramai yang anda beritahu cara pelaburan emas yang mudah dan patuh syariah mula tersedar akan risiko jika mereka tak mula simpan emas mulai sekarang. Anda boleh jana keuntungan melalui komisen 1-2% daripada setiap pembelian emas orang perseorangan atau syarikat koperasi yang anda perkenalkan. Ketahui masa yang sesuai untuk melabur emas.

Jika anda dah bersedia untuk membeli dan simpan sendiri emas goldbar atau dinar di rumah, anda boleh dapatkan tips mudah Jual Beli Emas Terbaik di Malaysia.

Jika anda pilih untuk beli emas goldbar atau dinar dan simpan secara PERCUMA SEUMUR HIDUP dan boleh namakan pewaris, anda boleh dapatkan tips mudah Buka Simpanan Akaun Emas GAP.

Simpanan emas melalui kedai emas ini boleh dilakukan samada oleh orang perseorangan selagi ada kad pengenalan. Jika masih bayi hingga sebelum 18 tahun boleh buka akaun simpanan emas GAP dengan memberi nama penuh, nombor sijil kelahiran / MyKid / MyKad beserta nombor kad pengenalan ibu/bapa/penjaga.

Syarikat, persatuan, kelab atau badan korporat juga boleh membeli dan menyimpan emas berbanding duit kertas dengan menggunakan nama syarikat, persatuan, kelab atau badan korporat masing-masing. Saya dapati kedai emas ini tiada halangan untuk memberi kemudahan Simpanan emas akaun emas GAP secara percuma!

Jika anda masih tercari-cari jenis kedai emas yang mempunyai ciri-ciri pelaburan emas yang sah, patuh syariah dan pelaburan emas terbaik di Malaysia, anda boleh daftar secara percuma di sini.

Sila Hubungi Saya jika ada apa-apa persoalan yang anda ingin penjelasan mengenai pelaburan emas.

Sharing is caring:

Tips Pelaburan Emas

Nak buat pelaburan emas? Memang terdapat banyak persaingan di antara bank-bank dan syarikat-syarikat malah kedai-kedai menjual emas di Malaysia. Sampai pening nak pilih yang mana?

  1. Barang kemas? Atau
  2. Gold bar atau Jongkong Emas? Atau
  3. Syiling Dinar Emas?

Barang kemas

Gold bar atau jongkong emas

Gold bar atau jongkong emas

Syiling dinar emas

Syiling dinar emas

Lepas tu kalau dah pilih jenis emas pelaburan yang baik, nak beli kat mana?

 

Jangan risau, sebab saya dah cari dan bandingkan pelbagai jenis tawaran pelaburan emas sama ada di bank-bank, syarikat-syarikat dan kedai-kedai yang ada menjual emas di Malaysia.

Sebelum saya teruskan, eloklah saya terangkan bahawa istilah “pelaburan emas” di blog ini adalah berbeza dengan istilah “pelaburan emas” di bank. Memang benar hanya bank sahaja mendapat lesen untuk buat pelaburan emas oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Pelaburan emas banner Apa yang dimaksudkan dengan pencarian pelaburan emas yang terbaik di blog ini adalah:

1. Kaedah pembelian emas fizikal yang sah di sisi undang-undang dan halal (patuh syariah).

2. Kaedah simpanan emas fizikal yang terbaik dan pengeluaran emas yang boleh dilakukan pada bila-bila masa.

3. Kaedah penjualan emas fizikal pada bila-bila masa ketika harga emas naik untuk menjana keuntungan.

Maksudnya, saya akan terangkan teknik terbaik beli emas dan simpan emas yang lebih menguntungkan sebagai pelaburan jangka panjang berbanding simpan wang kertas dalam bank atau amanah saham sebagai contoh pelaburan ASB. Anda buat potongan gaji setiap bulan dan menyangka angka semakin bertambah, namun kekuatan nilai duit kertas semakin lemah berbanding dahulu.

Disebabkan terdapat segelintir orang yang memanipulasi nama emas, sebahagian besar daripada kita rakyat Malaysia mahupun di Asia Tenggara tidak terlepas dari tawaran keuntungan yang berbunyi seperti labur duit dulu lepas tu, syarikat akan niagakan emas dan mangsa diberitahu akan mendapat untung tetap setiap bulan. Maka saya nasihatkan agar anda jauhi “skim cepat kaya” sebelum terlambat. Rahsianya, kita semua boleh lakukan jual beli emas sepertimana kita jual beli emas di mana-mana kedai emas di Malaysia!

Tapi saya nak minta maaf jika anda mengharapkan agar ada teknik pelaburan emas yang beri pulangan tetap setiap minit, atau setiap jam, atau setiap hari sebagaimana kebanyakan iklan pelaburan forex atau pelaburan emas maya atas talian. Jika anda nak cepat untung dalam pelaburan emas, sila buang jauh-jauh pemikiran tersebut sebab memang konsep pelaburan emas malah forex seperti itu tak patuh syariah dan kebanyakkannya amat berisiko untuk anda RUGI.

Kononnya mereka beri anda akaun demo secara percuma dengan deposit percuma. Kononnya apabila anda menggunakan akaun demo anda boleh peroleh untung beratus-ratus malah beribu-ribu Ringgit dalam hanya beberapa jam! Tetapi sekali anda menukar akaun kepada yang betul, lihat bagaimana mereka menyedut duit dalam kad kredit anda! Jangan terkejut dengan jumlah yang mereka sedut… beribu-ribu juga bro… mereka tak akan kasihan kepada anda kerana mereka dah jumpa mangsa.

Di sini saya sedia untuk kongsikan tips cara nak melabur emas dengan rakan-rakan semua. Terdapat sekurang-kurangnya lapan tips mudah untuk anda bandingkan sebelum anda buat pilihan jenis pelaburan emas dan di mana nak buat pelaburan emas.

1. Kira nilai spread harga emas beli dan harga emas jual

2. Semak jika ada stok emas sebenar atau emas fizikal yang boleh anda pegang. Sila pastikan ketulenan emas pada sijil yang disertakan.

3. Kemudahan cawangan atau kedai pelaburan emas

4. Lokasi cawangan atau kedai yang berhampiran untuk anda ambil emas

5. Kemudahan ‘lock’ harga emas yang anda setuju

6. Caj atau upah atau fee emas yang anda beli

7. Kemudahan safe deposit box atau peti simpanan keselamatan untuk menyimpan emas

8. Kadar upah simpan emas

Selepas beberapa minggu buat perbandingan, maka saya dah jumpa jenis pelaburan emas yang terbaik berbanding tempat-tempat lain. Anda boleh belajar ‘Rahsia Emas’ di sini.

Kalau anda rajin dan tak rasa nak cepat-cepat beli emas, bolehlah anda buat perbandingan untuk mencari pelaburan emas terbaik berdasarkan tips tu. Namun, apa yang saya lalui memang agak mencabar kerana bila saya cari menggunakan pakcik Google terdapat beratus-ratus ribu laman web yang keluar.

Sebanyak 510,000 dapatan carian 'pelaburan emas' di Google

Setakat hari ini, sebanyak 510,000 hasil pencarian ‘pelaburan emas’ di Google

Jika anda nak bandingkan satu-satu, Masya Allah… sampai tahun depan pun belum tentu dapat keputusan. Maklumlah, biasanya kalau dah mula nak melabur ni memang nak kena buat keputusan cepat.

Tak ada masa nak fikir-fikir lebih-lebih lagi macam-macam spekulasi tentang harga emas dunia. Ada yang kata harga emas akan naik bila-bila masa.

Kalau nak diikutkan, hari ini juga mahu beli emas sebab harga masih rendah dan takut-takut esok dah mula naik dan tak turun-turun pula.

Apa yang penting bagi rakan-rakan adalah pilihan syarikat pelaburan emas yang sah dan halal di Malaysia. Jauhi dari amalan riba.

Jika rakan-rakan semua dalam keadaan dah bersedia nak melabur emas dan masih tercari-cari jenis dan bank atau syarikat yang mempunyai ciri-ciri pelaburan emas yang sah, patuh syariah dan terbaik di Malaysia, saya syorkan rakan-rakan untuk baca posting mengenai cara mendapatkan keuntungan setiap bulan melalui pelaburan emas yang patuh syariah dan sah di sisi undang-undang.

Jika anda masih baru nak belajar tentang pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.

Semoga rakan-rakan semua success dalam pelaburan emas!!! Insya Allah…

Sharing is caring:

Belajar Ilmu Pelaburan Emas Secara Percuma

Anda nak belajar ilmu pelaburan emas secara percuma? Alhamdulillah, pada hari ini terdapat kemudahan yang sangat banyak telah disediakan kepada semua lapisan masyarakat samada tua, muda, pelajar universiti, pelajar kolej, penjawat awam atau pekerja swasta untuk belajar dan dapatkan ilmu pelaburan emas secara percuma di seluruh Malaysia.

Sebab ilmu pelaburan emas ini tidak pernah diajar di sekolah-sekolah malah di universiti-universiti… maka kebanyakan rakyat Malaysia sering tertipu dengan pelbagai skim cepat kaya yang bertopeng emas.

Maklumlah, pada hari ini pelbagai jenis pelaburan yang bersandarkan emas samada secara atas talian yang disediakan oleh broker-broker pelaburan emas milik Yahudi yang beroperasi dengan menawarkan peluang menambah pendapatan secara maya sebanyak berpuluh-puluh USD malah beratus-ratus USD dalam tempoh hanya beberapa jam sehari! Mereka menggunakan pelbagai komoditi seperti minyak mentah, gas asli dan termasuklah metal berharga seperti emas, perak, palladium dan titanium.

Nasihat saya…. tolong jangan tertipu dengan gimik keuntungan beratus-ratus USD dalam tempoh hanya sejam atau dua jam. Mereka akan menawarkan akaun demo dahulu dengan deposit sebanyak puluhan ribu USD untuk anda gunakan dan dapat untung. Itu hanya gimik sahaja. Bila anda dah termasuk jerat mereka dengan memberikan butiran kad kredit…. anda akan lihat betapa rakusnya mereka menelan beratus-ratus USD juga dari akaun kad kredit anda!

Dah ler rugi… dari segi syariah pula gagal, iaitu tak patuh syariah. So, anda dinasihatkan jangan cari pasal dengan alasan nak cepat kaya dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang salah di segi undang-undang serta tak patuh syariah.

Saya nasihatkan anda agar dapatkan ilmu pelaburan emas yang betul dahulu sebelum cuba-cuba nasib dengan pelbagai skim cepat lebur atau skim cepat lingkup di luar sana.

Caranya amat mudah. Hanya ikuti langkah demi langkah seperti berikut:-

LANGKAH #1: Layari link di Seminar Pelaburan Emas Percuma.

LANGKAH #2: Pilih ‘Region’ samada Central – Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan; Southern – Johor, Melaka; Northern – Kedah, Pulau Pinang, Perak, East Coast – Kelantan, Terengganu, Pahang; East – Sarawak dan Sabah.

Jadual bulanan Seminar Pelaburan Emas Percuma di cawangan Public Gold.

 

LANGKAH #3: Lihat tarikh dan masa yang anda boleh hadir. Klik pada tanda pensel pada kolum akhir untuk mendaftar seperti di paparan berikut:-

Pilih tarikh dan masa yang anda boleh hadir ke cawangan Public Gold untuk belajar ilmu pelaburan emas secara percuma.

 

LANGKAH #4: Isi maklumat anda untuk menghadiri seminar dengan mengisi nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat emel dan nama Introducer anda (Sila isikan PG047646 Suhaimee Manaf sekiranya anda tiada nama Introducer) seperti contoh di paparan berikut dan klik butang ‘Register’:-

Isikan maklumat anda untuk menghadiri Seminar Pelaburan Emas secara percuma di Public Gold.

 

Itu sahaja dan Insya Allah anda akan menerima emel pemberitahuan daripada Public Gold dan tempat duduk anda akan disediakan. Sila beri maklumbalas melalui emel atau Whatsapp kepada staf Public Gold sekiranya terdapat apa-apa keperluan untuk menghadiri seminar yang telah anda daftar. Tak rugi anda hadir ke seminar pelaburan emas secara percuma kerana ilmu emas yang disampaikan amat berguna kepada kita semua.

Dah la percuma… biasanya ada cabutan bertuah pula di akhir seminar. Berbeza sangat dengan seminar-seminar anjuran syarikat-syarikat perniagaan lain seperti MLM dan direct selling. Saya pun dulu pernah terkena. 😉

So, jangan buang masa… sebab kehadiran peserta seminar untuk Mentor Emas tersohor di Malaysia seperti En. Syukor Hashim yang juga penulis buku “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (Anda boleh dapatkannya di sini), En. Mohd. Zulkifli Shafie yang juga penulis buku “Zero Hutang – Bukan Mudah Tapi Tak Mustahil” dan Pn. Azizah Hassan @ Mama biasanya penuh sedangkan hanya ada 50 tempat duduk sahaja. Sekaranglah masanya untuk anda semak jadual dan daftar untuk hadiri seminar emas percuma yang terdekat di Seminar Pelaburan Emas Percuma.

Semoga bermanfaat.

Sharing is caring:

Masa Untuk Melabur Emas

Inilah masa untuk melabur emas! Harga emas sedang jatuh melebihi RM5 segram setakat 9.00 malam ini. Para pelabur emas sudah semestinya membeli lebih banyak emas pada hari esok! Ini adalah kerana harga emas GAP akan dikemaskini tepat jam 12 tengah malam ini.

Masa untuk melabur emas – Harga emas jatuh lebih RM5 segram.

Jika anda perhatikan imej harga emas yang dipaparkan, anda akan dapati harga emas sedang jatuh ke paras terendah sejak Jun 2016 (RM190/g) iaitu kesan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah atau dikenali sebagai ‘Kesan BREXIT’. Selepas itu harga emas berlegar di sekitar RM185/g.

Kali kedua kenaikan harga emas 2016 berlaku ketika US Election pada bulan November 2016 dan harga emas kembali meningkat kepada lebih RM190/g dan ramai pelabur emas menjual emas dalam simpanan mereka yang dibeli sejak tahun lepas pada harga sekitar hanya RM150/g! Mereka yang menjual emas sebanyak 50g yang dibeli dengan harga RM7,500 telah mendapat keuntungan bersih sebanyak RM2,000.

Pada malam ini harga emas GAP telah jatuh kepada RM175/g dan harga 50g emas goldbar hanya RM8,750 sahaja. Mulakan simpanan emas sekarang dan insya Allah anda tidak akan menyesal tahun-tahun mendatang. Pelbagai amaran telah dikeluarkan sejak awal tahun sebelum rakyat Britain mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah dan US Election serta kesannya ke atas matawang USD dan harga emas di Malaysia. Dan pada malam ini satu peluang yang nyata berada di depan mata kejatuhan harga emas. Namun mengapa harga emas boleh jatuh sehingga sekitar RM175/g pada malam ini?

Tak lain ialah kesan pengumuman satu badan kewangan terbesar dunia iaitu International Monetary Funds (IMF) seperti yang anda boleh cari di Google dan di akhbar seperti di bawah.

Kesan pengumuman IMF ke atas matawang Malaysia.

IMF umum ekonomi Malaysia tahun 2017 berkembang pada 4.5%.

Jika anda mengkaji lebih lanjut, terdapat pengaruh yang amat besar apabila berlaku sesuatu perkara atau pengumuman oleh IMF kepada turun naik matawang dunia termasuk USD dan juga harga emas di Malaysia. Terdapat kebimbangan apabila Presiden Amerika Donald Trump memasuki Rumah Putih pada Januari 2017 terhadap kekuatan matawang USD yang menyebabkan harga emas dijangka melonjak sehingga melebihi USD10,000/auns atau RM1,400/g! Ini adalah kerana pada tahun hadapan USA akan kehilangan kuasa veto pengundian dalam IMF apabila negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan South Africa) berkemungkinan mendapat sokongan beberapa negara lain bagi mengatasi USA.

Pecahan kuasa undian IMF tahun 2016 dan 2017.

Terdapat perancangan oleh negara-negara yang anti-USA untuk mewujudkan sistem kewangan digital tanpa duit tunai. Mereka tidak mahu USD mengawal kekuatan nilai matawang mereka. India telah mengumumkan duit Rupee 500 dan 1,000 tidak sah digunakan yang telah menyebabkan kekacauan dalam negara kerana rakyat tidak dapat menukar duit tersebut di bank dan di ATM seluruh India. Maka simpanan duit tunai yang kita semua penat-penat bekerja juga akan mengalami nasib yang sama satu hari nanti apabila duit RM ada ditangan tetapi tidak laku untuk beli barang keperluan.

India haramkan Rupee 500 dan 1000. Sesal kemudian tidak berguna lagi..

Desperate governments are trying to force citizens to use digital money to rob them of their hard-earned wealth. It’s not just places like India. It’s critical you preserve your wealth outside the banking system and outside the reach of the authorities. The answer: gold.

Anda perasan kekecohan mengenai kad ATM baru-baru ini? Itu adalah sebahagian pelan penggunaan duit digital di Malaysia. Oleh itu, anda dinasihatkan agar mula tukar duit tunai yang anda simpan di bank kepada bentuk yang lebih kukuh dan tidak boleh diganggu oleh penguasa-penguasa kewangan negara iaitu emas.

Berapa banyak emas yang perlu anda melabur emas dan simpan? Pakar emas serata dunia menyarankan membuat pelaburan emas dengan simpanan 10% daripada jumlah pendapatan bulanan. Namun, jika anda ada lebihan simpanan tunai di bank adalah lebih baik tukarkan sebanyak mungkin dan tinggalkan hanya sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan sebagai simpanan tunai kecemasan. Jika ada lebihan tunai untuk beli 1kg emas, maka belilah sekarang kerana mengikut amaran yang telah dikeluarkan oleh pakar emas dunia, harga emas akan melonjak sehingga USD10,000/auns atau RM1,400/g satu hari nanti. Bila? Wallahu’alam. Namun, kenaikan tetap akan berlaku sebagaimana berlakunya krisis kewangan di serata dunia dalam tempoh 10 tahun sejak 1997, 2008 dan kemungkinan 2017?

Namun, hanya terdapat satu sahaja jenama emas yang berbaloi dibeli dan disimpan di Malaysia tanpa dikenakan cukai oleh kerajaan. Jenama emas pelaburan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa oleh London Bullion Market Association (LBMA) dan tidak diragui ketulenannya. Jika anda tersilap beli emas pelaburan, bukan untung yang anda dapat malah rugi.

Mulalah membeli dan simpan sendiri emas goldbar atau dinar 24K LBMA di rumah, anda boleh dapatkan tips mudah Jual Beli Emas Terbaik di Malaysia. Anda boleh install aplikasi pelaburan emas yang terkemuka di Malaysia dan Singapura. Pemasangan di smartfon adalah percuma dan anda boleh mula mengetahui pergerakan harga emas setiap 20 minit.

Jika anda pilih untuk beli emas 24K LBMA dan simpan secara PERCUMA SEUMUR HIDUP serta boleh namakan pewaris, anda boleh dapatkan tips mudah Buka Simpanan Akaun Emas GAP. Jangan risau, anda boleh keluarkan emas goldbar dan dinar pada bila-bila masa.

Sila Hubungi Saya jika ada apa-apa persoalan yang anda ingin penjelasan mengenai pelaburan emas.

Sharing is caring:
PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian