7 Kesilapan Pelaburan Emas Yang Perlu Dielakkan

Nak tahu kesilapan pelaburan emas yang perlu anda tahu dan semestinya elakkan dari berlaku? Berikut saya senaraikan 7 tips kesilapan yang pelabur emas pernah lakukan agar anda tidak melakukannya dan mengulangi kesilapan tersebut.

Belajar dari kesilapan orang lain.

1. Beli emas tapi tak dapat emas hanya kertas

Pada hari ini, memang banyak sistem perbankan konvensional yang menawarkan akaun pelaburan emas. Namun, apa yang ramai tidak sedar, kebanyakan akaun emas yang dipromosikan samada di laman web atau di media sosial merupakan akaun emas kertas sahaja!

audit, auditor, analysis

Orang putih panggil paper gold yang bermaksud anda bukan beli emas fizikal tetapi anda beli digit gram emas yang dicetak atas kertas atau dalam buku akaun sahaja. Sebenarnya emas yang anda beli itu tiada dan tidak boleh dikeluarkan.

Dari segi syarak, jual beli emas begini adalah tidak dibenarkan kerana emas merupakan item ribawi. Sepatutnya pelabur beli emas dapat emas dan bukan dapat kertas!

Jadi berhati-hatilah agar anda tidak menyesal kemudian.

2. Beli emas hiasan untuk tujuan pelaburan emas

Sekadar hiasan: Emas perhiasan

Kesilapan ini memang benar berlaku kepada seorang pelabur emas lelaki. Pada saat ramai orang berpusu-pusu beli emas, beliau juga mengeluarkan simpanan tunainya untuk beli emas. Tapi disebabkan tiada ilmu pelaburan emas, beliau telah beli emas hiasan 916 sebanyak 1 kilogram!

Anda tahu mengapa pelabur emas lelaki itu melakukan kesilapan? Ya! Sudah tentu ramai yang tahu jawapannya. Anda tentu tahu kesilapan utama ialah beliau merupakan seorang lelaki dan seorang lelaki tidak dibenarkan memakai emas hiasan!

Ada lagi kesilapan beliau? Ya! Ada… Kesilapan yang kedua ialah emas hiasan mempunyai susutnilai yang besar iaitu sekitar 25% berbanding emas pelaburan seperti goldbar dan syiling dinar 999.9 yang mempunyai susutnilai di bawah 10%.

Di mana ruginya?

Sebagai contoh pertama, anda beli emas hiasan dengan harga RM50,000. Ketika harga emas naik RM100/g kepada RM100,000 anda jual balik dan kedai emas akan tolak RM25,000 sebelum beri baki hanya RM75,000 kepada anda.

Contoh kedua, anda beli emas jongkong atau dinar pelaburan sebanyak RM50,000. Ketika harga emas naik RM100/g kepada RM100,000 anda jual balik dan kedai emas akan tolak RM8,000 sebelum beri baki RM92,000 kepada anda.

Jadi elakkan dari membeli emas hiasan untuk tujuan pelaburan. Namun, jika anda seorang wanita yang gemar beli emas hiasan, silakan beli emas hiasan. Tiada siapa yang larang.

3. Beli emas pelaburan tanpa mengira susutnilai (spread) terlebih dahulu.

Disebabkan harga emas tidak ditentukan oleh mana-mana negara di dalam dunia, harga jual dan beli balik emas ditentukan oleh pengimport atau pengeluar emas pelaburan di dalam negara masing-masing berdasarkan kos yang terlibat seperti cetakan, pengangkutan dan insurans.

Bagaimana anda nak kira nilai spread emas pelaburan yang paling berbaloi sebelum anda beli? Caranya sangat mudah dan anda hanya perlu isikan nilai harga jual dan harga beli balik sesuatu item emas.

Anda boleh gunakan formula begini: (Harga jual – harga beli balik)/ Harga jual X 100%

Jika nilai spread di bawah 10% anda boleh mula masukkan jenama emas pelaburan tersebut ke dalam senarai emas untuk dipertimbangkan kemudian. Jika nilai spread di atas 10% anda boleh terus keluarkan jenama emas pelaburan tersebut dari dalam senarai emas untuk tujuan pelaburan.

Namun ada juga laman web gold trading atas talian yang menawarkan nilai spread emas pelaburan yang amat nipis di bawah 3%! Ini adalah harga paper contract yang didagangkan di bursa-bursa utama dunia. Ia bukan merujuk kepada harga emas fizikal. Harga jual beli emas yang dipaparkan berdasarkan harga spot.

Tiada kedai emas atau penjual emas fizikal yang boleh jual emas pada harga spot kerana terdapat kos-kos lain yang terlibat. Contohnya minting, pengangkutan, insurans dan margin keuntungan. Ini dipanggil premium over spot price. Sudah tentu peniaga emas fizikal pun nak buat untung.

4. Beli emas pelaburan yang susah untuk dijual balik

Ini merupakan kesilapan yang agak besar. Anda boleh pastikan agar perkara ini tidak berlaku kepada anda. Hanya buka mulut dan tanya balik kepada penjual emas pelaburan samada penjual emas bersedia untuk membeli balik emas anda apabila anda nak jual balik.

Jika jawapannya, “Ya” maka anda boleh senaraikan dalam jenama emas yang boleh dipertimbangkan. Manakala anda boleh tinggalkan jika penjual mengatakan anda perlu jual balik emas pelaburan anda di kedai emas lain.

5. Beli emas pelaburan sekali sahaja dan mengharap jana pendapatan sampai bila-bila

Ada juga segelintir pelabur emas yang baru berjinak-jinak dengan pelaburan emas menganggap dengan membeli emas pelaburan sekali, mereka akan dapat jana keuntungan berkali-kali tanpa perlu buat apa-apa.

Jika anda mendengar tawaran istimewa pembelian emas pelaburan dengan kadar keuntungan setiap minggu atau bulan, maka jauhilah kerana anda bakal menjadi mangsa skim cepat kaya!

6. Beli emas pelaburan dalam bulan ini dan ingin kaut untung dalam bulan depan

Emas sudah tentu merupakan satu pelaburan dalam jangka masa panjang. Oleh kerana itu, anda tidak sepatutnya melabur dalam emas di bulan Januari dan kemudian menjualnya di bulan Februari atau Mac! Atau melabur emas di bulan Disember dan menjualnya di bulan Januari atau Februari melainkan terdapat kenaikan harga emas melebihi 15% berbanding harga masa beli dahulu.

Wang yang dilaburkan dalam emas itu perlulah dibiarkan kekal dalam bentuk emas selama yang boleh. Selalunya, melabur bermakna kita mengambil risiko yang lebih sebagai pertukaran potensi pulangan yang lumayan tadi. Dan selalunya juga, kita melabur untuk jangka masa yang panjang, sekurang-kurangnya dua tahun. Malah, lebih lama tempoh pelaburan, lebih baik kerana ia menambahkan peluang untuk kita mengaut untung yang lebih besar.

Jika anda lihat peratus pergerakan harga emas sejak 20 tahun yang lalu, anda akan dapati purata kenaikan harga emas ialah sekitar 30% setahun, manakala 12% setahun dalam masa 5 tahun lalu dan lebih 18 % setahun lalu.

Jika anda lihat peratus pergerakan harga emas dalam tempoh 6 bulan atau 30 hari yang lalu menunjukkan penurunan antara 3 hingga 7%.

Sebab itu, menjadi kesilapan pelabur apabila beli emas pelaburan pada bulan ini dan berniat untuk menjual pada bulan depan atau enam bulan lagi.

7. Menunggu waktu harga emas pelaburan jatuh baru nak beli emas

Ramai pelabur emas bertanya saya bilakah waktu terbaik untuk mulakan pelaburan emas? Jawapannya seperti berikut…

“Waktu terbaik membeli emas ialah pada 10 tahun lalu. Waktu kedua terbaik ialah sekarang!”

Pakar emas

Tips berjaya kaut keuntungan dalam pelaburan emas ialah beli dulu baru tunggu. Jangan tunggu dulu baru beli. Ada tiga kemungkinan saja pergerakan harga emas iaitu samada bergerak naik atau bergerak mendatar atau bergerak turun.

Jika anda tunggu, harga emas mungkin semakin naik. Jika harga emas dah semakin naik, masa itu harga emas tak tunggu anda untuk beli emas. Sedar-sedar harga emas semakin naik dan anda mula rasa rugi beli emas sebab kalau anda beli, gram yang akan anda dapat semakin sedikit.

Sebaliknya, jika harga emas semakin jatuh, anda akan tunggu dengan harapan harga emas mungkin semakin rendah. Tapi anda tak tahu berapa lama nak tunggu harga emas yang terendah sebelum naik semula.

Paling tak bernasib baik apabila waktu anda dah nekad nak beli emas, tapi bila lihat baki tunai dalam simpanan tinggal sedikit sahaja. Maka anda akan mula rasa menyesal sebab duit dah habis masa menunggu harga emas turun.

Jadi, jawapan kepada soalan utama tadi ialah; waktu terbaik untuk beli emas ialah bila-bila masa selagi anda ada duit.

Fokus kepada matlamat utama anda mahu lindung duit anda daripada habis dibelanjakan pada perkara yang tidak perlu. Fokus kepada matlamat nak bina kekuatan ekonomi anda dengan mengumpul aset paling mudah dibeli dan aset paling berharga atas muka bumi ini iaitu emas.

Who has gold makes the rule.

Pepatah Inggeris

Kekayaan duit berada pada kerajaan. Kerajaan yang menentukan nilai duit. Manakala, kekayaan anda berada pada tangan anda. Anda yang menentukan berapa gram emas yang anda nak kumpul.

Beli emas sekarang. Kumpul emas sekarang. Guna cara paling mudah dan murah. Akaun simpanan emas yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). Bermula serendah RM100 sahaja.

Klik di link ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP). Insya Allah, saya bimbing sampai pandai bagaimana cara nak beli emas dan jual balik bila dah sampai matlamat anda.

Klik di link ini untuk Daftar percuma akaun simpanan pelaburan emas Gold Accumulation Program (GAP).

Semoga bermanfaat.

Kenapa Harga Emas Jatuh?

Harga emas jatuh! Harga emas jatuh!… Rugilah aku… aku dah banyak buat pelaburan emas!

Carta Harga Emas
Carta 1: Harga emas menunjukkan kejatuhan harga emas sejak April 2013 hingga kepada paras terendah dalam tempoh 3 tahun pada hari ini 23 September 2014. Mungkin akan menjunam lagi? Wallahu a’lam…

Masya Allah… janganlah berkeluh kesah dengan apa yang berlaku ke atas diri kita… 

Benarlah Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.” (Surah Al-Ma’arij: 19).

Memang tak dinafikan bahawa bukan sedikit wang yang kita telah gunakan untuk membuat pelaburan emas. Malah sebelum kejatuhan harga emas mulai tahun 2013 (Rujuk Carta 1), ramai yang telah membeli emas dan dinar pada harga yang tinggi iaitu RM830 untuk 1 Dinar emas pada tahun 2011 dan jatuh mendadak pada April 2013 kepada RM550! Kemudian harga 1 Dinar naik semula kepada RM660 dan jatuh semula pada masa sekarang berada pada sekitar RM550 (23 September 2014).

Read more

Promosi menabung emas Akaun GAP Public Gold berbaki 37 akaun sahaja!

This will close in 25 seconds