Tag Archives: melabur emas

Masa Untuk Melabur Emas

Inilah masa untuk melabur emas! Harga emas sedang jatuh melebihi RM5 segram setakat 9.00 malam ini. Para pelabur emas sudah semestinya membeli lebih banyak emas pada hari esok! Ini adalah kerana harga emas GAP akan dikemaskini tepat jam 12 tengah malam ini.

Masa untuk melabur emas – Harga emas jatuh lebih RM5 segram.

Jika anda perhatikan imej harga emas yang dipaparkan, anda akan dapati harga emas sedang jatuh ke paras terendah sejak Jun 2016 (RM190/g) iaitu kesan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah atau dikenali sebagai ‘Kesan BREXIT’. Selepas itu harga emas berlegar di sekitar RM185/g.

Kali kedua kenaikan harga emas 2016 berlaku ketika US Election pada bulan November 2016 dan harga emas kembali meningkat kepada lebih RM190/g dan ramai pelabur emas menjual emas dalam simpanan mereka yang dibeli sejak tahun lepas pada harga sekitar hanya RM150/g! Mereka yang menjual emas sebanyak 50g yang dibeli dengan harga RM7,500 telah mendapat keuntungan bersih sebanyak RM2,000.

Pada malam ini harga emas GAP telah jatuh kepada RM175/g dan harga 50g emas goldbar hanya RM8,750 sahaja. Mulakan simpanan emas sekarang dan insya Allah anda tidak akan menyesal tahun-tahun mendatang. Pelbagai amaran telah dikeluarkan sejak awal tahun sebelum rakyat Britain mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah dan US Election serta kesannya ke atas matawang USD dan harga emas di Malaysia. Dan pada malam ini satu peluang yang nyata berada di depan mata kejatuhan harga emas. Namun mengapa harga emas boleh jatuh sehingga sekitar RM175/g pada malam ini?

Tak lain ialah kesan pengumuman satu badan kewangan terbesar dunia iaitu International Monetary Funds (IMF) seperti yang anda boleh cari di Google dan di akhbar seperti di bawah.

Kesan pengumuman IMF ke atas matawang Malaysia.

IMF umum ekonomi Malaysia tahun 2017 berkembang pada 4.5%.

Jika anda mengkaji lebih lanjut, terdapat pengaruh yang amat besar apabila berlaku sesuatu perkara atau pengumuman oleh IMF kepada turun naik matawang dunia termasuk USD dan juga harga emas di Malaysia. Terdapat kebimbangan apabila Presiden Amerika Donald Trump memasuki Rumah Putih pada Januari 2017 terhadap kekuatan matawang USD yang menyebabkan harga emas dijangka melonjak sehingga melebihi USD10,000/auns atau RM1,400/g! Ini adalah kerana pada tahun hadapan USA akan kehilangan kuasa veto pengundian dalam IMF apabila negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan South Africa) berkemungkinan mendapat sokongan beberapa negara lain bagi mengatasi USA.

Pecahan kuasa undian IMF tahun 2016 dan 2017.

Terdapat perancangan oleh negara-negara yang anti-USA untuk mewujudkan sistem kewangan digital tanpa duit tunai. Mereka tidak mahu USD mengawal kekuatan nilai matawang mereka. India telah mengumumkan duit Rupee 500 dan 1,000 tidak sah digunakan yang telah menyebabkan kekacauan dalam negara kerana rakyat tidak dapat menukar duit tersebut di bank dan di ATM seluruh India. Maka simpanan duit tunai yang kita semua penat-penat bekerja juga akan mengalami nasib yang sama satu hari nanti apabila duit RM ada ditangan tetapi tidak laku untuk beli barang keperluan.

India haramkan Rupee 500 dan 1000. Sesal kemudian tidak berguna lagi..

Desperate governments are trying to force citizens to use digital money to rob them of their hard-earned wealth. It’s not just places like India. It’s critical you preserve your wealth outside the banking system and outside the reach of the authorities. The answer: gold.

Anda perasan kekecohan mengenai kad ATM baru-baru ini? Itu adalah sebahagian pelan penggunaan duit digital di Malaysia. Oleh itu, anda dinasihatkan agar mula tukar duit tunai yang anda simpan di bank kepada bentuk yang lebih kukuh dan tidak boleh diganggu oleh penguasa-penguasa kewangan negara iaitu emas.

Berapa banyak emas yang perlu anda melabur emas dan simpan? Pakar emas serata dunia menyarankan membuat pelaburan emas dengan simpanan 10% daripada jumlah pendapatan bulanan. Namun, jika anda ada lebihan simpanan tunai di bank adalah lebih baik tukarkan sebanyak mungkin dan tinggalkan hanya sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan sebagai simpanan tunai kecemasan. Jika ada lebihan tunai untuk beli 1kg emas, maka belilah sekarang kerana mengikut amaran yang telah dikeluarkan oleh pakar emas dunia, harga emas akan melonjak sehingga USD10,000/auns atau RM1,400/g satu hari nanti. Bila? Wallahu’alam. Namun, kenaikan tetap akan berlaku sebagaimana berlakunya krisis kewangan di serata dunia dalam tempoh 10 tahun sejak 1997, 2008 dan kemungkinan 2017?

Namun, hanya terdapat satu sahaja jenama emas yang berbaloi dibeli dan disimpan di Malaysia tanpa dikenakan cukai oleh kerajaan. Jenama emas pelaburan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa oleh London Bullion Market Association (LBMA) dan tidak diragui ketulenannya. Jika anda tersilap beli emas pelaburan, bukan untung yang anda dapat malah rugi.

Mulalah membeli dan simpan sendiri emas goldbar atau dinar 24K LBMA di rumah, anda boleh dapatkan tips mudah Jual Beli Emas Terbaik di Malaysia. Anda boleh install aplikasi pelaburan emas yang terkemuka di Malaysia dan Singapura. Pemasangan di smartfon adalah percuma dan anda boleh mula mengetahui pergerakan harga emas setiap 20 minit.

Jika anda pilih untuk beli emas 24K LBMA dan simpan secara PERCUMA SEUMUR HIDUP serta boleh namakan pewaris, anda boleh dapatkan tips mudah Buka Simpanan Akaun Emas GAP. Jangan risau, anda boleh keluarkan emas goldbar dan dinar pada bila-bila masa.

Sila Hubungi Saya jika ada apa-apa persoalan yang anda ingin penjelasan mengenai pelaburan emas.

Sharing is caring:

Melabur Emas Untuk Jana Keuntungan

Posted on by 0 comment

Anda ingin melabur emas dan jana keuntungan? Untuk mendapat keuntungan dari aktiviti melabur emas amatlah mudah. Pada hari ini, terdapat banyak peluang dan ruang yang disediakan untuk anda rebut agar tidak menyesal pada masa akan datang…

Persoalan #1 yang biasa ditanya ialah apakah jenis pelaburan emas yang boleh jana keuntungan? Anda tak perlu bersusah payah nak fikir kaedah untuk jana keuntungan pelaburan emas kerana dah ada satu kaedah yang amat mudah dan selamat untuk anda ikut. Namun, sepertimana jenis-jenis pelaburan lain di dunia ini samada pelaburan emas, pelaburan hartanah, pelaburan perniagaan dan pelaburan unit saham bahawa risiko rugi tetap ada jika anda kurang ilmu pelaburan. Oleh itu, sebelum anda ingin menceburi pelaburan emas, anda digalakkan untuk membaca Buku Rahsia Ilmu Pelaburan Emas di sini.

Seterusnya, seperti yang telah saya terangkan dalam post yang lepas, pelaburan emas ialah saat anda miliki emas jongkong (goldbar) dan dinar 24K yang mendapat pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA)… Mengapa? Hanya emas 24K LBMA sahaja yang TIDAK DIKENAKAN GST.

Persoalan #2 yang sering ditanya ialah di mana anda nak dapatkan emas goldbar atau dinar 24K LBMA ini? Oleh itu, di sini saya perkenalkan jenama emas yang tidak dikenakan cukai GST iaitu emas jongkong dan dinar 24K jenama Public Gold…. Sekali lagi saya nak beritahu jenama emas Public Gold dan BUKAN Power Gold sebab Power Gold tu menggunakan jenama emas Amethyst yang tidak mendapat pengiktirafan dari mana-mana negara pengeluar emas dunia dan juga LBMA. Saya bukan nak merendahkan mana-mana jenama, tetapi fakta tetap fakta dan jika anda dapati saya salah, sila betulkan saya.

Goldbar 999.9 Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.

Goldbar 24k (999.9) LBMA Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan bebas GST.

 

Persoalan #3 ialah mengenai riba dalam jual beli emas. Alhamdulillah… anda telah menemui blog mengenai pelaburan emas yang betul kerana di sini saya akan menerangkan kepada anda bagaimana anda dan ahli keluarga anda, persatuan atau kelab yang anda sertai boleh mendapat keuntungan melalui aktiviti pelaburan emas tanpa RIBA’ Insya Allah. Ini adalah kerana Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’.

Jika anda masih sangsi mengenainya anda boleh baca post saya di Pelaburan Emas Halal atau Haram?

Seterusnya ialah bagaimana cara jual beli emas jenama Public Gold yang bebas riba’. Caranya ialah:-

  1. Anda jual beli emas dengan cara tunai dan bukan hutang. Riba’ berlaku apabila anda dapat dulu emas dan bayar ansur-ansur atau lebih 3 hari selepas itu. Ataupun, anda melakukan riba’ apabila anda bayar secara tunai namun emasnya tidak anda miliki serta merta atau sekiranya transaksi jual beli emas secara online tidak diselesai dalam 3 hari.
  2. Anda jual beli emas dalam gandaan minima 1 gram (untuk goldbar) atau 4.25g (untuk 1 dinar) dan BUKAN dalam jumlah berat emas yang tidak boleh didapati dalam bentuk fizikal di pasaran. Di Public Gold, minima pembelian emas ialah RM100 dan anda boleh membuat potongan gaji bulanan berdasarkan “Standing Instruction” kepada pihak bank anda. Namun, untuk mematuhi syariah, anda perlu tetapkan pembelian minima dan dalam gandaan 1 gram atau 4.25g.

Rujukan:-
1. Parameter Pelaburan Emas oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
2. Analisis Syariah Terhadap Produk-Produk Pelaburan Emas di Malaysia.

Persoalan #4 ialah bagaimana nak mulakan pelaburan emas dan jana keuntungan?

Secara asasnya ada tiga kaedah:-

(a) Simpan sendiri (Keuntungan Jangka Panjang).

(b) Simpan di kedai emas (Keuntungan Jangka Panjang). Keuntungan Jangka Panjang bermaksud anda beli dan simpan emas sebagai aset. Anda boleh pilih samada nak jual balik apabila harga semasa meningkat lebih 15% daripada harga beli dulu atau simpan terus untuk capai sasaran simpanan 1kg emas menjelang 10 tahun dari sekarang.

(c) Beli, simpan dan beritahu yang lain agar mereka juga mula simpan emas untuk lindungi kekayaan mereka (Keuntungan Jangka Pendek dan Jangka Panjang). Anda boleh jana keuntungan melalui komisen 1-2% daripada setiap pembelian emas orang perseorangan atau syarikat koperasi yang anda perkenalkan. Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer. Untung-untung, ramai yang anda beritahu cara pelaburan emas yang mudah dan patuh syariah mula tersedar akan risiko jika mereka tak mula simpan emas mulai sekarang.

Jika anda dah bersedia untuk membeli dan simpan sendiri emas goldbar atau dinar di rumah atau buat stok di kedai emas anda, sila ikuti Langkah #1 di Jual Beli Emas.

Jika anda dah bersedia untuk beli emas goldbar atau dinar dan simpan secara PERCUMA SEUMUR HIDUP dan boleh namakan pewaris di Public Gold, sila ikuti Langkah #1 di Simpanan Akaun Emas GAP.

Sharing is caring:

Harga Pakej Umrah dan Ziarah Hanya 10 Dinar

Posted on by 2 comments

Anda tercari-cari pakej Umrah dan Ziarah untuk mengerjakan ibadah umrah pada tahun ini? Alhamdulillah… pada masa kini terdapat banyak syarikat yang menawarkan pakej Umrah dan Ziarah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk sepanjang tahun.

Namun apa yang membezakan antara satu-satu syarikat ialah harga pakej umrah, tempat hotel penginapan samada jauh atau berhampiran dengan Masjidil Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah. Bilik hotel samada berempat, bertiga atau berdua yang mana lebih ramai yang duduk sebilik sudah pasti pakej umrah dan ziarah itu lebih murah. Manakala bilik hotel berdua adalah yang termahal berbanding bilik-bilik hotel yang lain.

Masa ibadah umrah juga merupakan faktor utama harga sesuatu pakej umrah yang ditawarkan itu mahal atau murah. Jika anda ingin menunaikan ibadah umrah pada masa diluar bulan Ramadhan, maka harga pakej umrah yang ditawarkan adalah sekitar RM5,000 hingga RM7,000 mengikut jenis bilik berempat, bertiga atau berdua. Sebagai contoh saya ambil dari laman web syarikat DinarHolidays.com untuk harga pakej umrah.

Perbandingan harga pakej umrah

Dengan melihat contoh di atas, untuk pakej umrah bilik berdua dan ibadah umrah bermula awal bulan Ramadhan, pakej umrah dan ziarah meningkat hingga sekitar RM9,000.00!

Olej itu, saya dan isteri dah membuat perbandingan harga pakej umrah dan ziarah untuk mengerjakan ibadah umrah pada akhir Syaaban dan awal Ramadhan… kami dapati bahawa untuk bilik berdua, harga pakej umrah yang terbaik ditawarkan oleh Syarikat Safari Haramain yang beralamat di Taman Permatang Indah, Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Nak tahu rahsianya? Rahsianya ialah pakej umrah dan ziarah yang ditawarkan adalah tetap pada nilai 10 Dinar LBMA Public Gold sahaja!

Umrah 10 Dinar Public Gold - Safari Haramain. Anda boleh buat tempahan tunaikan umrah sepanjang tahun.

Umrah 10 Dinar Public Gold – Safari Haramain. Anda boleh buat tempahan tunaikan umrah sepanjang tahun.

Masya Allah.. 10 dinar sahaja seorang… jadi kami berdua pun tak buang masa dan membeli 10 dinar emas pada bulan Februari 2016 untuk pergi penghujung Syaaban dan Awal Ramadhan yang pada ketika itu berharga sekitar RM7,210.00 sahaja untuk seorang. Jadi untuk dua orang adalah sebanayak RM7,210.00 x 2 = RM14,420 sahaja! Ya Allah! Kami amat bersyukur kepada-Mu kerana menunjukkan kami jalan yang mudah dan murah untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun ini… rindunya kami untuk ke sana… Labbaikallahumma labbaik…

Untuk pengetahuan anda, 10 Dinar LBMA (London Bullion Market Association) ialah satu-satunya dinar emas yang tidak dikenakan GST di Malaysia. Emas 10 Dinar LBMA ialah emas berketulenan 999.9 atau 24K dengan berat emas sebanyak 42.5g. Bagaimana nak mendapatkan miliki 10 Dinar LBMA pada harga yang murah? Anda boleh membuka akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) di sini. Ikuti dengan Langkah #1 di laman tersebut.

Insya Allah, pakej umrah 10 dinar ini akan diteruskan sepanjang tahun dan pembayaran 10 dinar perlu dilakukan selewat-lewatnya tiga (3) bulan dari tarikh penerbangan. Anda boleh mula membeli secara terus sebanyak 42.5g sekaligus atau membuat ansuran mengikut kadar gandaan serendah 1 Dinar. Sebagai contoh pada bulan ini anda beli sebanyak 1 Dinar dengan harga 1 gram emas GAP ditetapkan pada RM172/gram yang bersamaan dengan RM731 untuk satu dinar.

Harga emas GAP terendah bulan Mei 2016

Harga emas GAP terendah bulan Mei 2016

Sila lihat jadual harga emas di www.publicgold.com.my atau jika server Public Gold perlahan disebabkan terlalu ramai yang layari laman tersebut, anda boleh dapat dengan lebih cepat di Harga Emas Semasa. Jika anda kira harga 10 Dinar pada hari ini dan mungkin esok hanyalah sebanyak RM7,310.00 sahaja. Anda dan pasangan anda boleh pasang niat untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun ini waktu cuti sekolah atau pada bila-bila masa yang anda dan pasangan anda hajati.

(Psstt.. nak beritahu kepada anda bahawa dah hampir sebulan harga emas mencecah lebih RM175/gram! Ni yang terendah dan saya fikir jangan tunggu lama-lama…)

Anda jangan bimbang… harga pakej umrah termasuk set kelengkapan kain ihram, beg sandang, beg kecil (hand carry), beg kasut, buku panduan umrah, visa umrah, tiket penerbangan pergi balik dari KLIA ke Jeddah, penginapan, makan dan minum di Hotel Alrawasi Safeer (50m dari Masjid AN-Nabawi) dan Hotel Saif AL-Yamani Palace (350m dari Masjidil Haram). Saya dan isteri  akan berangkat ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah ikut program 10 dinar syarikat Safari Haramain ini pada 31 Mei 2016 dan akan balik ke Malaysia pada 13 Jun 2016 (pakej umrah awal Ramadhan 14 hari 12 malam dengan bilik berdua). Pada 1 Mei 2016 lepas kami dah menghadiri Kursus Perdana Umrah Public Gold di Surau An-Nur, Permatang Tepi Bendang, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Jadual Kursus Perdana Umrah Public Gold Safari Haramain

Jadual Kursus Perdana Umrah Public Gold Safari Haramain

Ada tiga ustaz terlatih yang telah berkhidmat sebagai Mutawwif selama 8 tahun iaitu Ustaz Hj Mohd Khalid bin Hj Jaafar, Ustaz Abdul Jalil bin Zainol dan Ustaz Nasser bin Osman. Mereka bertiga bergerak bersama-sama menganjurkan Kursus Umrah Perdana Public Gold – Safari Haramain di Pulau Pinang (utara), Perak (tengah), Kelantan (timur) dan Selangor (tengah).

Kursus Umrah 10 Dinar Public Gold Safari Haramain

Kursus Umrah 10 Dinar Public Gold Safari Haramain

Untuk kumpulan di Utara, bas percuma disediakan dari Pulau Pinang ke KLIA. Sekiranya anda dan pasangan anda berminat untuk turut serta pada trip yang berikutnya, sila buat pembelian sebanyak 42.5g emas di akaun GAP untuk cukupkan 10 dinar di sini. Akaun emas GAP ialah akaun simpanan emas fizikal percuma seumur hidup. Hanya tinggalkan baki 1g emas untuk kekalkannya aktif seumur hidup.

Semoga Allah Taala kurniakan kepada kami dan kepada anda semua pahala Umrah yang Mabrur.. Amin Ya Rabbal Alamin.

 

Sharing is caring:

Cara Pelaburan Emas – Persoalan Yang Sering Ditanya

Nak tahu cara pelaburan emas terbaik di Malaysia? Ini adalah salah satu persoalan yang sering ditanya oleh pengunjung blog PelaburanEmas.org. Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu emas agar sahabat-sahabat semua faham teknik pelaburan emas terbaik yang boleh anda lakukan dan juga tips untuk anda elakkan apabila nak melabur emas.

Persoalan yang paling banyak sekali pengunjung blog ini bertanyakan saya tentang hukum pelaburan emas yang ada ditawarkan kepadanya oleh satu syarikat samada halal atau haram. Alhamdulillah… satu petanda baik bahawa umat Islam semakin peka tentang halal dan haramnya sumber pendapatan mereka.

Skim pelaburan bertopeng emas

Gambar hiasan – Jangan terpedaya dengan skim pelaburan bertopeng emas

Ramai di antara para pelabur emas di Malaysia terkeliru dan mungkin terpedaya dengan skim pelaburan emas yang BERTOPENGKAN EMAS dan berbagai-bagai seperti pelaburan emas ETA (Estimate Time of Arrival – macam tunggu masa ketibaan pesawat penerbangan di airport je bunyinya…) yang semakin hangat diperkatakan. Mereka hanyalah satu daripada beratus-ratus contoh skim cepat kaya yang akan memerangkap anda.

Untuk sahabat-sahabat yang masih keliru, persoalan ini mudah dijawab jika kita faham konsep riba iaitu kita mendapat keuntungan dengan memberi pinjam duit kita sebanyak RM10,000 pada pihak yang lain dengan persetujuan bahawa ada bayaran tambahan atau keuntungan (dipanggil riba qardh) pada setiap bulan atau setiap tahun tanpa mengurangi duit RM10,000 tersebut.

Mudahkan? Memang amat mudah nak faham namun pihak Yahudi, Nasrani dan Majusi memang pandai. Mereka cipta pelbagai nama agar umat Islam terkeliru dan terpaksalah ulama-ulama mengeluarkan fatwa demi fatwa yang menyatakan sesuatu pelaburan itu halal atau haram. Perkataan seperti “dividen tetap bulanan” yang paling popular selain daripada bonus atau keuntungan. Ciri-ciri ini terdapat pada Pegasus Bullion yang semakin berkembang secara ‘underground’ di Malaysia (tiada syarikat yang sah dan sedang dipantau oleh BNM) kerana syarikat ini beroperasi dari Hong Kong dan telah membuka cawangan di Thailand dan Indonesia.

Ada satu lagi jenis pelaburan emas yang sedang berkembang di Malaysia ialah pelaburan secara atas talian ke atas komoditi-komoditi utama dunia seperti emas, perak, koko, gula, gandum, minyak mentah dan sebagainya. Mereka mencipta program yang dinamakan plus500 dan apabila kita selidik, syarikat ini beroperasi dari Israel dan pendaftaran di London. Mereka menggunakan istilah CFD atau “Contract For Difference”. Memang syok dapat keuntungan yang banyak samada harga komoditi naik atau jatuh, namun, yang haram tetap haram.

Janganlah kita termakan umpan mereka yang menawarkan keuntungan beribu-ribu ringgit seminggu malah sehari! Ingatlah hari akhirat agar kita tidak menyesal selama-lamanya memakan harta yang haram.

Persoalan seterusnya ialah mengenai cara pelaburan emas yang paling baik. Pada asasnya…

JANGAN SEKALI-KALI MEMBELI EMAS MENGGUNAKAN DUIT PINJAMAN ANDA!

Adalah menjadi sesuatu yang amat malang jika anda memohon personal loan atau pinjaman peribadi semata-mata nak dapat keuntungan pelaburan emas dengan membeli emas. Mana-mana guru pelaburan emas yang menasihati anda untuk menggunakan duit pinjaman untuk beli emas merupakan guru emas ajaran sesat dan akan menyesatkan anda juga. Anda yang akan menjadi mangsa penipuan guru emas ajaran sesat tersebut.

Dan satu lagi kaedah paling berisiko dalam pelaburan emas di Malaysia ini ialah kaedah beli pajak, beli pajak emas di Ar-Rahnu. Aduhai… memang orang Malaysia ni serba boleh dan sangat cepat terpedaya bila dengar apa-apa pelaburan yang ‘janji’ pulangan beribu-ribu dalam skim cepat lebur ni… Tahukah anda bahawa nama anda akan disimpan dalam maklumat Bank Negara Malaysia apabila anda pernah membuat pajakan di Pejabat Pos atau mana-mana bank seperti Bank Rakyat dan Bank Islam. Kemungkinan sukar untuk anda membuat pinjaman untuk beli rumah atau kereta nanti. Jadi, berhati-hatilah ye…

Anda hanya dinasihatkan untuk membuat pelaburan emas hanya dengan membeli emas fizikal menggunakan LEBIHAN DUIT SIMPANAN ANDA SENDIRI SAHAJA! Jangan pula anda gunakan kesemua duit simpanan untuk beli emas. Anda perlu meninggalkan duit simpanan untuk keperluan sekurang-kurangnya untuk selama tiga bulan. Itu adalah teknik pelaburan emas yang terbaik dari dahulu, sekarang dan akan datang. Tiada cara pelaburan emas seperti itu akan mendatangkan masalah atau risiko kepada anda.

Sebenarnya, ada banyak lagi… Jika anda masih baru nak belajar tentang cara pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.

Seperti yang saya dah bincangkan sebelum ini tentang ciri-ciri pelaburan emas yang sah dan patuh syariah, saya cadangkan anda untuk bandingkan sendiri bank-bank atau syarikat-syarikat yang mana memberikan anda keuntungan pelaburan emas yang sebenar malah sah di sisi undang-undang dan yang paling penting patuh syariah iaitu halal

Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas!

Sharing is caring:

Bila Nak Melabur Emas?

Jika nak mula melabur emas, saya ingin nasihatkan sahabat-sahabat semua agar mulalah membuat pelaburan emas sekarang pada hari ini! Kenapa perlu mula hari ini? Jawapannya begini…

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas hanyalah sekitar RM50 segram emas. Namun pada hari ini 19 Februari 2015 (Hari Raya Cina), harga emas mencecah RM140 segram! Sila lihat trend kenaikan harga emas di bawah…

Harga emas sejak 10 tahun lalu.

Harga emas sejak tahun 2005 (10 tahun lalu) hingga tahun 2015 yang menunjukkan trend menaik sepanjang tahun.

Sekarang mari kita kaji pula apa yang berlaku kepada trend harga emas sejak setahun lepas.

Harga emas 1 tahun lepas

Harga emas 1 tahun lepas yang menunjukkan trend menaik juga.

Jika kita meneliti trend sejak setahun lalu, kita akan dapati harga emas telah jatuh kepada paras terendah sekitar RM122 segram pada bulan November 2014 yang lalu dan terus meningkat sehingga melebihi 15% hingga mencecah paras tertinggi iaitu RM150 segram pada akhir bulan Januari 2015.

Dalam tempoh tersebut (November 2014 hingga Januari 2015), terdapat dua kali kejatuhan harga emas akhir November dan penghujung Disember 2014 dan pada hari ini sekali lagi kelihatan kejatuhan harga emas pada sekitar RM140 segram.

Sekarang kita lihat apa yang berlaku sejak dua hingga tiga hari yang lalu…

Harga emas selama tiga hari lalu

Harga emas selama tiga hari lalu

Pada jam 12 tengahari 16 Februari 2015, harga emas mencecah hampir RM142 segram. Pada 12 tengah malam 17 Februari 2014 pula , harga emas jatuh sehingga sekitar RM139 segram. Pada 12 tengah malam 18 Februari 2015, harga emas naik semula tetapi masih di bawah RM140 segram. Mengikut perkiraan saya, harga emas akan mencecah melebihi RM140 segram pada 12 tengah malam 20 Februari 2015. Malah, jika diikutkan trend, harga emas akan terus naik dari tahun ke tahun.

Oleh itu, jika sahabat-sahabat nak melabur emas, eloklah beli emas dan simpan sekarang dan pada hari ini sebelum jam 12 tengah malam. Nampak beza RM1 hingga RM2 segram emas macam tak banyak beza… tetapi jika anda beli sebanyak 100 gram emas, maka setiap nilai RM1 akan memberi perbezaan harga sebanyak RM100!

Oleh kerana cukai GST emas akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015 ini, saya galakkan anda mulakan pelaburan emas anda dengan membeli jongkong emas atau gold bar 999 (24K) yang dikecualikan dari dikenakan cukai GST.

Jadi bagaimana dan di mana nak mulakan? Jangan bimbang… sebab dah ada kedai emas online yang beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari seminggu walaupun hari cuti umum seperti Hari Raya Cina yang jatuh pada hari ini! Bagaimana nak mulakan pelaburan emas pada hari ini? Sila layari posting saya mengenai Simpanan Emas Pelaburan Semudah 1-2-3!.

Selamat menyimpan emas demi melindungi kekayaan anda sekeluarga…

Jika anda ingin belajar mengenai pelaburan emas yang menjana keuntungan, sila klik di sini.

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian