Tag Archives: halal

Tips Pelaburan Emas

Nak buat pelaburan emas? Memang terdapat banyak persaingan di antara bank-bank dan syarikat-syarikat malah kedai-kedai menjual emas di Malaysia. Sampai pening nak pilih yang mana?

  1. Barang kemas? Atau
  2. Gold bar atau Jongkong Emas? Atau
  3. Syiling Dinar Emas?

Barang kemas

Gold bar atau jongkong emas

Gold bar atau jongkong emas

Syiling dinar emas

Syiling dinar emas

Lepas tu kalau dah pilih jenis emas pelaburan yang baik, nak beli kat mana?

 

Jangan risau, sebab saya dah cari dan bandingkan pelbagai jenis tawaran pelaburan emas sama ada di bank-bank, syarikat-syarikat dan kedai-kedai yang ada menjual emas di Malaysia.

Sebelum saya teruskan, eloklah saya terangkan bahawa istilah “pelaburan emas” di blog ini adalah berbeza dengan istilah “pelaburan emas” di bank. Memang benar hanya bank sahaja mendapat lesen untuk buat pelaburan emas oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Pelaburan emas banner Apa yang dimaksudkan dengan pencarian pelaburan emas yang terbaik di blog ini adalah:

1. Kaedah pembelian emas fizikal yang sah di sisi undang-undang dan patuh syariah.

2. Kaedah simpanan emas fizikal yang terbaik dan pengeluaran emas yang boleh dilakukan pada bila-bila masa.

3. Kaedah penjualan semula emas fizikal pada bila-bila masa ketika harga emas naik untuk menjana keuntungan.

Jika anda perlukan bantuan untuk tahu bagaimana nak mula melabur emas, sila klik Perlu Bantuan.

Maksudnya, saya akan terangkan teknik terbaik beli emas dan simpan emas yang lebih menguntungkan sebagai pelaburan jangka panjang berbanding simpan wang kertas dalam bank atau amanah saham sebagai contoh pelaburan ASB. Anda buat potongan gaji setiap bulan dan menyangka angka semakin bertambah, namun kekuatan nilai duit kertas semakin lemah berbanding dahulu.

Kekuatan nilai duit kertas semakin menyusut dari tahun ke tahun merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan. Tahun 1990an dahulu, anda boleh beli sebiji karipap dengan harga 10 sen, namun tahun 2000 harga sebiji karipap telah menjadi 20 sen.

Mulai 2006, anda perlu belanja RM1 untuk dapat empat biji karipap. Mulai 2010 pula, anda terpaksa dapat hanya TIGA biji karipap dengan harga RM1. Mulai 2015 pula, ada peniaga karipap yang menjual TIGA biji karipap dengan harga RM2!

Jika anda seorang yang makan gaji, walaupun terdapat kenaikan kepada gaji anda dari tahun ke tahun, namun kuasa beli wang kertas yang anda miliki semakin menyusut. Inilah yang dinamakan INFLASI.

Sekarang anda boleh bandingkan pula kekuatan nilai emas. Pada zaman Rasulullah SAW dahulu di Madinah, 1 dinar emas boleh beli 1 ekor kambing, dan pada hari ini 1 dinar emas dengan nilai sekitar RM800 boleh beli 1 ekor kambing!

Nah! Pilihan di tangan anda samada anda nak terus simpan wang kertas atau lindungi kekayaan anda dengan tukar sebahagian duit kertas anda kepada emas.

Namun, anda perlu berhati-hati…

Disebabkan terdapat segelintir orang yang memanipulasi nama emas, sebahagian besar daripada kita rakyat Malaysia mahupun di Asia Tenggara tidak terlepas dari tawaran keuntungan yang berbunyi seperti labur duit dulu lepas tu, syarikat akan niagakan emas dan mangsa diberitahu akan mendapat untung tetap setiap bulan.

Maka saya nasihatkan agar anda jauhi “skim cepat kaya” sebelum terlambat. Rahsianya, kita semua boleh lakukan jual beli emas sepertimana kita jual beli emas di mana-mana kedai emas di Malaysia!

Tapi saya nak minta maaf jika anda mengharapkan agar ada teknik pelaburan emas yang beri pulangan tetap setiap minit, atau setiap jam, atau setiap hari sebagaimana kebanyakan iklan pelaburan forex atau pelaburan emas maya atas talian.

Jika anda nak cepat untung dalam pelaburan emas, sila buang jauh-jauh pemikiran tersebut sebab memang konsep pelaburan emas malah forex seperti itu tak patuh syariah dan kebanyakkannya amat berisiko untuk anda RUGI.

Kononnya mereka beri anda akaun demo secara percuma dengan deposit percuma. Kononnya apabila anda menggunakan akaun demo anda boleh peroleh untung beratus-ratus malah beribu-ribu Ringgit dalam hanya beberapa jam! Tetapi sekali anda menukar akaun kepada yang betul, lihat bagaimana mereka menyedut duit dalam kad kredit anda! Jangan terkejut dengan jumlah yang mereka sedut… beribu-ribu juga bro… mereka tak akan kasihan kepada anda kerana mereka dah jumpa mangsa.

Di sini saya sedia untuk kongsikan tips cara nak melabur emas dengan rakan-rakan semua. Terdapat sekurang-kurangnya lapan tips mudah untuk anda bandingkan sebelum anda buat pilihan jenis pelaburan emas dan di mana nak buat pelaburan emas.

1. Kira nilai spread harga emas beli dan harga emas jual

2. Semak jika ada stok emas sebenar atau emas fizikal yang boleh anda pegang. Sila pastikan ketulenan emas pada sijil yang disertakan.

3. Kemudahan cawangan atau kedai pelaburan emas

4. Lokasi cawangan atau kedai yang berhampiran untuk anda ambil emas

5. Kemudahan ‘lock’ harga emas yang anda setuju

6. Caj atau upah atau fee emas yang anda beli

7. Kemudahan safe deposit box atau peti simpanan keselamatan untuk menyimpan emas

8. Kadar upah simpan emas

Selepas beberapa minggu buat perbandingan, maka saya dah jumpa jenis pelaburan emas yang terbaik berbanding tempat-tempat lain.

Kalau anda rajin dan tak rasa nak cepat-cepat beli emas, bolehlah anda buat perbandingan untuk mencari pelaburan emas terbaik berdasarkan tips tu. Namun, apa yang saya lalui memang agak mencabar kerana bila saya cari menggunakan pakcik Google terdapat beratus-ratus ribu laman web yang keluar.

Sebanyak 510,000 dapatan carian 'pelaburan emas' di Google

Setakat hari ini, sebanyak 510,000 hasil pencarian ‘pelaburan emas’ di Google

Jika anda nak bandingkan satu-satu, Masya Allah… sampai tahun depan pun belum tentu dapat keputusan. Maklumlah, biasanya kalau dah mula nak melabur ni memang nak kena buat keputusan cepat.

Tak ada masa nak fikir-fikir lebih-lebih lagi macam-macam spekulasi tentang harga emas dunia. Ada yang kata harga emas akan naik bila-bila masa.

Kalau nak diikutkan, hari ini juga mahu beli emas sebab harga masih rendah dan takut-takut esok dah mula naik dan tak turun-turun pula.

Apa yang penting bagi rakan-rakan adalah pilihan syarikat pelaburan emas yang sah dan halal di Malaysia. Jauhi dari amalan riba.

Jika rakan-rakan semua dalam keadaan dah bersedia nak melabur emas dan masih tercari-cari jenis dan bank atau syarikat yang mempunyai ciri-ciri pelaburan emas yang sah, patuh syariah dan terbaik di Malaysia, saya syorkan rakan-rakan untuk baca posting mengenai cara mendapatkan keuntungan setiap bulan melalui pelaburan emas yang patuh syariah dan sah di sisi undang-undang.

Masih lagi keliru? Perlukan bantuan? Anda akan mendapat jawapan tak sampai 1 minit. Sila klik Perlu Bantuan.

Jika anda masih baru nak belajar tentang pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.

Semoga rakan-rakan semua success dalam simpanan dan pelaburan emas!!! Insya Allah…

Sharing is caring:

Cara Pelaburan Emas – Persoalan Yang Sering Ditanya

Nak tahu cara pelaburan emas terbaik di Malaysia? Ini adalah salah satu persoalan yang sering ditanya oleh pengunjung blog PelaburanEmas.org. Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu emas agar sahabat-sahabat semua faham teknik pelaburan emas terbaik yang boleh anda lakukan dan juga tips untuk anda elakkan apabila nak melabur emas.

Persoalan yang paling banyak sekali pengunjung blog ini bertanyakan saya tentang hukum pelaburan emas yang ada ditawarkan kepadanya oleh satu syarikat samada halal atau haram. Alhamdulillah… satu petanda baik bahawa umat Islam semakin peka tentang halal dan haramnya sumber pendapatan mereka.

Skim pelaburan bertopeng emas

Gambar hiasan – Jangan terpedaya dengan skim pelaburan bertopeng emas

Ramai di antara para pelabur emas di Malaysia terkeliru dan mungkin terpedaya dengan skim pelaburan emas yang BERTOPENGKAN EMAS dan berbagai-bagai seperti pelaburan emas ETA (Estimate Time of Arrival – macam tunggu masa ketibaan pesawat penerbangan di airport je bunyinya…) yang semakin hangat diperkatakan. Mereka hanyalah satu daripada beratus-ratus contoh skim cepat kaya yang akan memerangkap anda.

Untuk sahabat-sahabat yang masih keliru, persoalan ini mudah dijawab jika kita faham konsep riba iaitu kita mendapat keuntungan dengan memberi pinjam duit kita sebanyak RM10,000 pada pihak yang lain dengan persetujuan bahawa ada bayaran tambahan atau keuntungan (dipanggil riba qardh) pada setiap bulan atau setiap tahun tanpa mengurangi duit RM10,000 tersebut.

Mudahkan? Memang amat mudah nak faham namun pihak Yahudi, Nasrani dan Majusi memang pandai. Mereka cipta pelbagai nama agar umat Islam terkeliru dan terpaksalah ulama-ulama mengeluarkan fatwa demi fatwa yang menyatakan sesuatu pelaburan itu halal atau haram. Perkataan seperti “dividen tetap bulanan” yang paling popular selain daripada bonus atau keuntungan. Ciri-ciri ini terdapat pada Pegasus Bullion yang semakin berkembang secara ‘underground’ di Malaysia (tiada syarikat yang sah dan sedang dipantau oleh BNM) kerana syarikat ini beroperasi dari Hong Kong dan telah membuka cawangan di Thailand dan Indonesia.

Ada satu lagi jenis pelaburan emas yang sedang berkembang di Malaysia ialah pelaburan secara atas talian ke atas komoditi-komoditi utama dunia seperti emas, perak, koko, gula, gandum, minyak mentah dan sebagainya. Mereka mencipta program yang dinamakan plus500 dan apabila kita selidik, syarikat ini beroperasi dari Israel dan pendaftaran di London. Mereka menggunakan istilah CFD atau “Contract For Difference”. Memang syok dapat keuntungan yang banyak samada harga komoditi naik atau jatuh, namun, yang haram tetap haram.

Janganlah kita termakan umpan mereka yang menawarkan keuntungan beribu-ribu ringgit seminggu malah sehari! Ingatlah hari akhirat agar kita tidak menyesal selama-lamanya memakan harta yang haram.

Persoalan seterusnya ialah mengenai cara pelaburan emas yang paling baik. Pada asasnya…

JANGAN SEKALI-KALI MEMBELI EMAS MENGGUNAKAN DUIT PINJAMAN ANDA!

Adalah menjadi sesuatu yang amat malang jika anda memohon personal loan atau pinjaman peribadi semata-mata nak dapat keuntungan pelaburan emas dengan membeli emas. Mana-mana guru pelaburan emas yang menasihati anda untuk menggunakan duit pinjaman untuk beli emas merupakan guru emas ajaran sesat dan akan menyesatkan anda juga. Anda yang akan menjadi mangsa penipuan guru emas ajaran sesat tersebut.

Dan satu lagi kaedah paling berisiko dalam pelaburan emas di Malaysia ini ialah kaedah beli pajak, beli pajak emas di Ar-Rahnu. Aduhai… memang orang Malaysia ni serba boleh dan sangat cepat terpedaya bila dengar apa-apa pelaburan yang ‘janji’ pulangan beribu-ribu dalam skim cepat lebur ni… Tahukah anda bahawa nama anda akan disimpan dalam maklumat Bank Negara Malaysia apabila anda pernah membuat pajakan di Pejabat Pos atau mana-mana bank seperti Bank Rakyat dan Bank Islam. Kemungkinan sukar untuk anda membuat pinjaman untuk beli rumah atau kereta nanti. Jadi, berhati-hatilah ye…

Anda hanya dinasihatkan untuk membuat pelaburan emas hanya dengan membeli emas fizikal menggunakan LEBIHAN DUIT SIMPANAN ANDA SENDIRI SAHAJA! Jangan pula anda gunakan kesemua duit simpanan untuk beli emas. Anda perlu meninggalkan duit simpanan untuk keperluan sekurang-kurangnya untuk selama tiga bulan. Itu adalah teknik pelaburan emas yang terbaik dari dahulu, sekarang dan akan datang. Tiada cara pelaburan emas seperti itu akan mendatangkan masalah atau risiko kepada anda.

Sebenarnya, ada banyak lagi… Jika anda masih baru nak belajar tentang cara pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.

Seperti yang saya dah bincangkan sebelum ini tentang ciri-ciri pelaburan emas yang sah dan patuh syariah, saya cadangkan anda untuk bandingkan sendiri bank-bank atau syarikat-syarikat yang mana memberikan anda keuntungan pelaburan emas yang sebenar malah sah di sisi undang-undang dan yang paling penting patuh syariah iaitu halal

Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas!

Sharing is caring:

Kijang Emas Maybank

Salah satu pelaburan emas di Malaysia ialah Kijang Emas Maybank. Kijang Emas Gold Bullion merupakan syiling emas berketulenan 999.9 atau 99.99%. Maybank2u.com.my ada menawarkan kemudahan pembelian dan penjualan syiling Kijang Emas ini sebagai salah satu produk pelaburan emas selain daripada Maybank Gold Investment Account (MGIA)

Pelaburan Emas Kijang Emas Gold Bullion Maybank2u

Pelaburan Emas Kijang Emas Gold Bullion Maybank2u

Di laman web Maybank2u.com.my, anda boleh meneliti spesifikasi Kijang Emas Gold Bullion yang ditawarkan. Duit Kijang Emas ini terdapat dalam 1 auns (31.105g), 1/2 auns (15.550g) dan 1/4 auns (7.780g) sahaja.

Spesifikasi Kijang Emas Maybank

Spesifikasi Kijang Emas Maybank

Nampak memang cantik!

Harga Kijang Emas Maybank

Harga Kijang Emas Maybank

Harga Kijang Emas Maybank dikemaskini setiap hari berdasarkan harga pasaran emas antarabangsa.

Jika dikira kadar susutnilai atau spread Kijang Emas, terdapat perbezaan nilai spread seperti berikut:-

Saiz 1 auns = 4.15%

Saiz 1/2 auns = 5.94%

Saiz 1/4 auns = 7.63%

Memang sangat menarik untuk anda memulakan pelaburan emas dengan membeli Kijang Emas Gold Bullion kerana nilai spread yang rendah.

Untuk pengetahuan anda, pakar-pakar pelaburan emas menggalakkan pembelian emas untuk pelaburan sekiranya nilai spread adalah kurang daripada 10%. Oleh itu, Maybank menawarkan harga Kijang Emas dengan kadar yang kompetitif di Malaysia. Anda boleh membeli secara berasingan atau secara set.

Secara amnya, pelaburan Kijang Emas Maybank ini tiada masalah dari segi patuh syariah atau halalnya sebab anda beli emas dan dapat emas fizikal. Boleh teruskan jika berminat.

Namun, saya nak kongsikan beberapa perkara yang anda patut tahu agar anda tak menyesal nanti. Seperti yang sedia maklum, pelaburan emas melibatkan duit yang banyak dan saya tak mahu anda menyesal kemudian.

1. Nak kena pergi ke bank dulu untuk urusniaga

Anda perlu pergi ke bank yang sedia maklum waktu urusan bank di seluruh Malaysia. Sudah pasti perlu ambil cuti sehari untuk beli Kijang Emas! Adalah dinasihatkan agar anda pergi awal agar urusan anda selesai sebelum tengahari kerana pada kebiasaannya urusniaga di bank sangat sibuk pada sebelah petang.

Sudah tentu, anda perlu membawa dokumen pengenalan diri apabila berurusan di bank. Kemudahan pembelian syiling Kijang Emas Gold Bullion ini terdapat hanya di cawangan-cawangan tertentu Maybank Sahaja di seluruh Malaysia.

Pada masa ini, terdapat sebanyak 32 cawangan Maybank di seluruh Malaysia yang menawarkan urusan jual beli Kijang Emas.

Cawangan Maybank Kijang Emas

Cawangan Maybank Kijang Emas

 

Cawangan Maybank Kijang Emas (samb)

Cawangan Maybank Kijang Emas (samb)

Walaupun banyak cawangan, tapi waktu urusniaga yang menyusahkan pelabur-pelabur emas macam saya dan mungkin anda juga.

2. Maybank tak terima Kijang Emas yang rosak

Kijang Emas Maybank adalah dalam bentuk seal. Anda boleh buka seal tersebut. Namun, pihak bank tidak akan menerima duit syiling Kijang Emas jika ada kesan calar atau kemek.

Pada kebiasaannya, emas dengan ketulenan 99.99% adalah lembut dan mudah kemek atau calar jika terjatuh atau terkena benda tajam.

Disebabkan urusan yang cerewat ini, pada saya, amat berisiko untuk saya membeli syilling Kijang Emas ini. Jadi, terpulang kepada anda untuk membuat pelaburan emas dengan membeli Kijang Emas Maybank ni.

3. Bank menyimpan maklumat anda!

Sudah tentu ini akan memberi ruang kepada bank untuk mengetahui status kewangan anda. Pada saya, lebih baik bank tak tahu berapa jumlah simpanan saya. Jika tidak, kemungkinan besar pihak bank akan menawarkan pelbagai kemudahan kad kredit yang bakal menyusahkan pengurusan kewangan anda jika tidak pandai menggunakannya.

Jika anda ingin mencari pelaburan emas yang paling mudah… dan tak perlu berurusan pada waktu bank, saya syorkan anda untuk layari Pelaburan Emas Terbaik di Malaysia. Terdapat 17 cawangan di seluruh negara dan jika anda berada jauh dari cawangan tersebut, insya Allah saya akan uruskan penghantaran (Sila hubungi saya dahulu jika rumah anda jauh).

Di www.publicgold.com.my, terdapat pelbagai jenis emas yang boleh anda pilih dengan kemudahan aplikasi web dan Android untuk memudahkan anda mendapat harga emas semasa yang sentiasa dikemaskini setiap 20 minit.

Anda boleh membuat tempahan dan ‘lock’ harga secara online dan mendapatkan maklumat lebih lanjut setelah anda mendaftar. Pendaftaran adalah percuma tanpa perlu membeli apa-apa barang! Sila klik pada “Pendaftaran Percuma” untuk mengetahui bagaimana untuk mendaftar.

Jika anda masih baru nak belajar tentang pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.

Sharing is caring:

Pelaburan Emas Public Gold

Sejak mula minat dalam pelaburan emas, saya mengkaji dan mengkaji pelbagai jenis skim pelaburan berkaitan emas dan akhirnya saya telah menemui pelaburan emas yang terbaik di Malaysia malah di Singapura!

Gambar 1: Sepatutnya, bila anda beli emas, anda dapat emas dan pegang emas tu. Boleh pajak emas jika perlu duit pada bila-bila masa.

Untuk info, nak cari dan kaji pelaburan emas yang bawa pulangan terbaik di Internet amatlah memakan masa dan tenaga. Saya tahu anda juga tiada masa yang banyak nak cari dan buat kajian sebelum nak melabur emas.

Tambahan pula dengan harga emas semasa yang semakin jatuh sekarang… Kalau lambat sangat nanti harga emas akan naik pula dalam masa sehari dua ni… dah terasa rugi pulak sebab tak rebut peluang cepat-cepat.

Begitulah perasaan saya masa mula-mula minat  nak labur emas. Jadi, anda tak perlulah buang masa dan tenaga mencari pulak. Kalau anda nak cari juga terpulanglah sebab di Internet memang beratus malah beribu jenis pelaburan emas yang anda boleh jumpa.

Ada pelaburan emas di bank-bank tempatan dan ada juga pelaburan emas jenama syarikat sama ada berdaftar dan tidak. Ada nama jenis pelaburan yang anda belum pernah dengar langsung. Tapi adakah setiap pelaburan emas yang anda minat itu sah?

Maklumlah, di Malaysia ni memang dah beratus  orang terkena dengan pelbagai skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Yang peliknya, orang kita ni memang tak rasa serik terkena aje.

Dengan mudah kita terpedaya dengan pelbagai tawaran keuntungan dan dengan dividen bulanan tetap! Bila ada dividen tetap bulanan tu yang dinamakan RIBA. Mereka kata mereka ada emas, tapi mereka kata lebih baik syarikat buat pelaburan emas untuk anda dan anda akan terima dividen tetap. Walhal sebutir emas pun tak ada!

Kalau dah beli emas tapi tak dapat simpan emas, maknanya anda tak boleh nak pajak emas yang anda beli tu pada waktu terdesak nak guna duit.

Suka saya ingatkan diri saya dan rakan-rakan semua, jika mereka ada tawarkan pelaburan emas atau perak yang ada keuntungan tetap atau dividen bulanan, itu maknanya skim cepat kaya dan dalam Islam diberi nama amalan RIBA’.

Sebab itu bila terjumpa je, saya akan terus tinggalkan jenis-jenis pelaburan yang hanya bertopengkan emas kerana dah sah mereka tak sah di sisi undang-undang malah haram di sisi agama.

Jangan nanti masuk suratkhabar… “Si fulan kerugian beratus ribu ringgit kerana skim cepat kaya…” Pada masa tu menangis tak berlagu pun tak berguna lagi…

Ada juga pelaburan emas di bank yang sah di sisi undang-undang tetapi bila dikaji, didapati haram atau tidak patuh syariah. Ada juga yang sah dan halal atau patuh syariah tetapi tidak menguntungkan pelabur-pelabur emas malah menyusahkan pula dari segi kemudahan jual beli dan syarat-syarat yang ketat.

Pada hari ini, pelaburan emas Public Gold ialah pelaburan yang paling digemari ramai disebabkan pelbagai jenis emas fizikal dan perkhidmatan yang ditawarkan berbanding dengan pelaburan emas jenama syarikat-syarikat lain.

Untuk mengetahui apa yang best tentang Public Gold, anda boleh mendaftar secara percuma dahulu. Selepas mendaftar, anda akan mendapat emel pengesahan sebelum anda mendapat Nama Pengguna dan Kata Laluan khas.

Sahkan pendaftaran anda dengan klik pada link yang disediakan.

Gambar 2: Sahkan pendaftaran anda dengan klik pada link yang disediakan.

Setelah anda mendapat Nama Pengguna dan Kata Laluan, saya galakkan anda install aplikasi Public Gold di telefon pintar anda.

Aplikasi Public Gold di Google Playstore

Gambar 3: Install aplikasi Public Gold di Google Playstore

Setelah anda install aplikasi Public Gold, sila tap ‘Open’ dan paparan berikut akan dapat anda lihat…

Harga emas di aplikasi Public Gold yang sentiasa dikemaskini setiap 20 minit!

Gambar 4: Harga emas di aplikasi Public Gold yang sentiasa dikemaskini setiap 20 minit!

Paparan asal ialah paparan ‘HOME’ yang mengandungi promosi Public Gold. Sila tap pada ‘LIVE PRICE’ dan anda akan dapat melihat harga semasa bagi setiap produk Public Gold yang dikemaskini setiap 20 minit walaupun pada hari cuti hujung minggu!

Pada ruangan ‘LIVE PRICE’ ini, anda boleh meneliti harga PG Sell dan PG Buy (Gambar 4) Public Gold Bar (999.9), Public Gold Coin (999.9), LBMA Cast Bar (24K), Public Dinar (916), Bunga Emas / Siri Tai Fook (24K), Barang Kemas Siri D (22K) dan Public Dirham (Silver 916).

PG Sell ialah harga kita beli emas di Public Gold manakala PG Buy ialah harga kita jual kepada Public Gold.

Login aplikasi Public Gold

Gambar 5: Login aplikasi Public Gold

Jika anda tap pada ‘PRODUCTS’, and akan dapat melihat imej produk-produk yang boleh anda tempah secara atas talian. Memang saya sangat teruja melihat kemudahan yang disediakan. Inilah bisnes online yang sebenar! Pada sebelah kanan atas sekali, ada ‘BOOKING’ yang boleh anda guna untuk tempahan pembelian atau penjualan emas anda. Anda boleh membuat tempahan pembelian atau penjualan pada bila-bila masa tanpa perlu mengikut waktu urusan bank.

Sebelum anda boleh membuat tempahan, anda perlu Login dahulu menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang telah anda terima melalui emel semasa pendaftaran.

Setelah Login, saya cadangkan anda mendapatkan nilai Public Dinar 916*. Untuk makluman, Public Gold tidak mengenakan apa-apa caj untuk pengeluaran kesemua dinar emas Public Gold untuk pembelian di Semenanjung.

(*Nota penting: Bermula 1 April 2015, kesemua produk emas 916 dikenakan GST dan Public Gold telah tidak mengeluarkan lagi produk tersebut. Namun anda masih boleh mendapatkan Goldbar dan Dinar Public Gold 24K LBMA yang tidak dikenakan GST. Terdapat caj premium dikenakan mengikut denominasi).

Anda boleh mula set Price Alert pada mana-mana harga PG Sell atau PG Buy seperti berikut:-

Aplikasi price alert Public Gold

Gambar 6: Aplikasi price alert Public Gold

Samada anda ingin set nilai ‘-‘ atau ‘+’ terpulang pada anda. Setelah anda set pada nilai yang anda ingin Public Gold maklumkan melalui notifikasi, anda tap pada ‘Save’ (Gambar 6) dan secara automatik aplikasi Public Gold akan menghantar isyarat notifikasi sebaik sahaja harga emas atau perak mencecah harga yang anda tetapkan.

Aplikasi isyarat harga emas Public Gold

Gambar 7: Aplikasi isyarat harga emas Public Gold

Saya menggunakan aplikasi ini untuk menjual emas apabila harga emas naik dan membeli emas apabila harga emas jatuh pada paras yang saya kehendaki. Anda akan mendapat tanda bulat pada sebelah kiri harga PG Sell atau PG Buy seperti paparan yang ditunjukkan Dalam Gambar 7.

Selepas anda membuat tempahan, sila ikuti arahan selanjutnya yang akan diemel kepada anda.

Jika anda masih ragu-ragu untuk menggunakan aplikasi Public Gold ini, jangan bimbang, anda boleh juga membuat tempahan melalui saya. Sila layari Tempahan Emas Pelaburan Goldbar LBMA untuk buat pesanan anda.

Pada pendapat saya, Public Gold merupakan jenama emas yang amat mudah untuk semua orang mula membeli dan menyimpan emas. Saya tidak ragu-ragu untuk membeli emas melalui online. Setelah saya mengkaji lebih lanjut, syarikat Public Gold merupakan syarikat pengeluar emas yang terbesar di Malaysia. Oleh itu, Public Gold bukan sahaja merupakan kedai emas online, malah ia juga merupakan sebuah kilang pengeluar emas.

Malah pada tahun 2012, Public Gold telah dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri untuk mengeluarkan dinar emas dan perak penempaan khas DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong (Gambar 8 dan 9).

Dinar Emas DYMM Agong Public Gold

Gambar 8: Dinar Emas DYMM Agong Public Gold.

Dinar Perak DYMM Agong Public Gold

Gambar 9: Dinar Perak DYMM Agong Public Gold

Anda boleh layari laman web Public Gold > Produk > Royal Collection

Jangan bimbang tentang bagaimana anda boleh dapat emas yang anda beli. Public Gold mempunyai 17 cawangan di setiap negeri. Semuanya ada tertera di laman web Public Gold > Hubungi Kami > Maklumat Cawangan.

Jika anda duduk berjauhan dengan cawangan Public Gold, hanya Hubungi saya dan saya akan uruskan penghantaran melalui Pos Laju. Pos Laju ada rekod tracking pendaftaran dan Insya Allah tak hilang. Setakat ini tiada masalah pada pembeli-pembeli emas yang saya hantar dengan pos laju. Alhamdulillah.

Pada mulanya saya hanya mendaftar secara percuma di Public Gold untuk mengkaji produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Setelah hanya beberapa hari saya amat berpuas hati berbanding dengan pelaburan emas di bank atau syarikat lain. Alhamdulillah, Allah SWT menggerakkan hati saya untuk terus membuat keputusan membeli dan menyimpan dinar emas sebagai pelaburan emas Public Gold.

Semoga perkongsian info saya ini dapat membantu rakan-rakan membuat keputusan yang lebih tepat sebelum melabur.

Sharing is caring:

Pelaburan Emas Halal Atau Haram?

Berminat untuk membuat pelaburan emas? Sebelum anda melabur, tanya diri anda…
finegold999

  1. Adakah pelaburan emas yang anda ingin ceburi itu halal (patuh syariah) atau haram (tak patuh syariah)?
  2. Pelaburan emas yang mana merupakan pelaburan emas yang terbaik dan dimanakah anda perlu mulakan berdasarkan pasaran di Malaysia?

Di sini saya berikan tips dan panduan untuk anda membuat pilihan untuk soalan pertama dahulu.

Adakah pelaburan emas yang anda ingin ceburi itu halal atau haram? 

Terdapat banyak syarat yang perlu anda ketahui untuk mengetahui apa-apa skim pelaburan emas yang anda sertai itu halal atau haram.  Sebagai orang biasa, di sini saya hanya paparkan tiga syarat untuk mudah anda faham…

1. Emas yang anda beli itu wujud secara fizikal.
Ada emas fizikal.. Maknanya anda boleh pegang emas yang anda beli. Jika anda beli jongkong emas atau Gold Bar 999.9 atas talian / beli emas online… pastikan anda boleh mendapatkan Gold Bar 999.9 itu samada di kedai emas atau di bank. Begitu juga jika anda membeli emas hiasan… sepatutnya anda boleh dapat memegang emas hiasan yang anda beli. Jika anda hanya membeli emas tanpa ada emasnya? Oh!.. Itulah yang anda perlu risau…

2. Tiada konsep untung bulanan tetap.
Sebagai contoh, anda membeli emas jongkong 999.9 atas talian sebanyak 100g dengan nilai RM14,000.00. Syarikat akan memberi pulangan “dividen” tetap sebanyak 10% sebulan. Bermakna anda akan menerima tambahan RM1,400.00 sebulan tanpa berkurangnya nilai asal RM14,000.00 tersebut. “Dividen” tetap bulanan yang dimaksudkan itulah RIBA…. Oleh itu, jika anda ingin terlibat dalam skim cepat kaya yang seperti ini, maka anda dinasihatkan agar tinggalkanlah urusan tersebut… terdapat ciri-ciri ini pada Pegasus Bullion…

3. Tiada unsur “Contract for Differences” atau CFDs.
Fatwa pengharamannya telah dikeluarkan seperti di laman web www.askimam.org. Saya tak mahu ulas panjang. Oleh itu, jika anda ingin terlibat dalam sistem jual beli komoditi emas atau perak atau apa sahaja jenis komoditi yang terdapat dalam sesuatu program seperti Plus500, maka anda dinasihatkan agar tinggalkan amalan tu…

Firman Allah SWT yang bermaksud :-

“Dan Allah SWT telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.”

(Surah Al-Baqarah : ayat 275)

Firman Allah SWT yang bermaksud :-  
“Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan bathil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau.”

(Surah An-Nisaa’ : Ayat 29)

Anda boleh layari laman web Ustaz Zaharuddin untuk senarai lengkap syarat-syarat pelaburan emas yang halal…

Jika anda ragu-ragu terhadap mana-mana 3 syarat umum di atas atau mana-mana pelaburan emas yang tidak disahkan oleh Bank Negara Malaysia… maka telah dikira SYUBHAH… dan orang yang beriman akan terus meninggalkan perkara SYUBHAH sebagaimana hadith sahih berikut:-

Dari Abi ‘Abdillah Annu’man bin Basyir RA telah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar (syubhah) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar (syubhah) itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar (syubhah) itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati.”
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Jika tidak, anda akan menyesal bukan sahaja di dunia yang sementara… malah penyesalan yang tiada akhirnya di akhirat kelak.

gold tradingPada hari ini, terdapat terlalu banyak tawaran di internet yang menawarkan pelaburan emas yang sama ada jelas dan terang mengamalkan Riba mahupun yang tidak jelas dan samar-samar (syubhah)…

Saya bukan menyalahkan sesiapa… tetapi berwaspadalah sebelum anda terjebak dan menyesal kerana bukan sedikit wang yang anda gunakan untuk menyertai pelaburan emas yang ditawarkan.

Yelah… kawan-kawan ramai… macam-macam saluran yang digunakan melalui Facebook.. Whatsapp… Line dan sebagainya… nak tolak.. kawan baik sendiri… jadi, saya sarankan agar anda kongsikan maklumat ini dengan terus copy dan paste link… Tetapi anda perlu meminta izin jika anda copy text di laman ini… maknanya buatlah perkara yang betul dan halal… 😉

Saya cadangkan anda layari senarai syarikat yang dalam status “Alert” oleh Bank Negara di Financial Consumer Alert Bank Negara Malaysia

Setakat 25 Julai 2014 – Senarai Syarikat Setakat 25 Julai 2014 dalam format PDF

Setakat 16 November 2015 – Senarai Syarikat Setakat 16 November 2015 dalam format PDF

Terdapat juga nama-nama syarikat yang hanya dalam perhatian tetapi tak semestinya salah dan haram.. Jika Bank Negara telah pasti bahawa syarikat tersebut mengamalkan pelaburan emas yang sah… maka Bank Negara akan mengeluarkan syarikat tersebut daripada senarai tu…

Oleh itu, secara asasnya jika anda mahu melabur emas pastikan anda beli emas dapat emas. Saya ada membincangkan pelaburan emas di bank-bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank, Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi.

Namun saya agak kecewa kerana terdapat banyak syarat yang perlu anda patuhi untuk membeli emas.

Jika anda ingin mengetahui pilihan terbaik yang halal dan sah di sisi undang-undang Malaysia untuk pelaburan emas, saya memang mencadangkan agar mula melabur di Public Gold. Hanya perlu mendaftar tanpa sebarang syarat!

Sila lihat di PENDAFTARAN PERCUMA untuk mendaftar. Selepas mendaftar, anda akan diberi dengan Kata Pengguna dan Kata Laluan yang unik melalui emel anda. Selepas itu anda bolehlah meninjau laman web www.publicgold.com.my dengan lebih lanjut.

Sila ke Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia.

Jika anda masih baru nak belajar tentang pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.

Wallahu a’lam.

Sharing is caring:
PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian