Tag Archives: goldbar

Pelaburan Emas Ar-Rahnu

Berminat buat pelaburan emas Ar-Rahnu? Ada sesiapa yang mengajak anda buat pelaburan emas Bank Rakyat? Atau pelaburan emas di Bank Islam? Sabarlah dulu… bertenang dan jangan tergopoh-gapah. Anda perlu faham apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu dan istilah pelaburan emas.

Ar-Rahnu ialah pajak gadai kaedah Islam yang patuh syariah. Bila anda pajak gadai sebarang bentuk emas di mana-mana cawangan Ar-Rahnu, maka anda akan dapat kebiasaannya sehingga 70-75% nilai emas yang anda gadai dalam bentuk wang tunai. Pada masa ini terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu seperti Ar-Rahnu Xchange Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam. Malah terdapat juga agensi agama Islam seperti Ar-Rahnu Yapeim malah Pejabat Pos pun dah sediakan kemudahan Ar-Rahnu Pos Malaysia.

Namun, apa yang perlu anda tahu ialah anda perlu bayar upah simpan yang ditetapkan yang biasanya mengikut per gram emas. Sebagai contoh pajak gadai Ar-Rahnu Pos Malaysia dipaparkan di bawah.

Contoh pajak gadai Islam Ar-Rahnu di Pejabat Pos

Contoh kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu di Pejabat Pos

 

Pada masa ini, emas jenis Public Gold dan Pamp Suisse diterima untuk pajak gadai Ar-Rahnu di Pejabat Pos Malaysia Ar-Rahnu di seluruh negara tanpa buka seal. Untuk makluman anda, setiap emas pelaburan di’seal’ untuk lindungi dari calar dan kemek kerana emas 24K merupakan emas lembut. Oleh itu, jika anda ke mana-mana Ar-Rahnu, sila pastikan emas pelaburan anda tidak dibuka seal kerana susutnilai akan jatuh sehingga 25% jika jual balik.

Jika anda nak tahu kedai Ar-Rahnu yang paling tak cerewet dan boleh dapat duit tunai dalam masa tak sampai 20 minit, layari Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan. (Saya tunjukkan contoh pengiraan dan saya dapati Ar-Rahnu KDE beri pembiayaan yang paling senang dan anda boleh dapat duit tunai lebih banyak)

Untuk emas Public Gold, anda tak perlu untuk bawa resit belian. Memadai bawa emas dan emas Public Gold dikeluarkan dalam bentuk seal bersama sijil seperti dalam gambar yang ditunjukkan. Daftar keahlian di Kedai Emas Public Gold secara percuma tanpa yuran keahlian di sini.

Dinar emas 24k Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.

Dinar emas 24k Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan.

Goldbar 999.9 Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.

Goldbar 999.9 Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan.

Oleh itu, kemudahan Ar-Rahnu ialah satu kemudahan PINJAMAN yang bertujuan untuk MENGGANTIKAN kemudahan PINJAMAN YANG TIDAK PATUH SYARIAH seperti kedai pajak gadai konvensional (pajak gadai haram) yang berleluasa di Malaysia. Ar-Rahnu BUKAN satu kaedah pelaburan emas seperti yang digembar-gemburkan oleh ramai orang Islam yang “Kreatif” seperti yang diulas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik di Masjid Al-I’tisam, Taman Tun Dr Ismail pada 13 Ogos 2012 yang lalu.

Beliau ada menegaskan tentang proses manipulasi sistem Ar-Rahnu beli-pajak, beli-pajak emas sebagai satu kreativiti oleh pihak tertentu. Dari segi teknikal tiada isu syariah dan tiada masalah kerana itu ialah kreativiti masing-masing tetapi dari sudut Maqasid Syariah ada benda yang tak kena.

Sila tonton video Hukum Pelaburan dan Jual Beli Emas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik. Anda boleh terus ke minit 28:55 perbincangan beliau tentang manipulasi sistem pajak gadai Ar-Rahnu.

Ustaz Mohd Nazri Chik merupakan Setiausaha Majlis Pengawasan Syariah dan Penolong Pengurus Besar – Ketua Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad. Oleh itu, saya berpandangan bahawa beliau adalah orang yang layak dan berpengetahuan tinggi untuk memberi jawapan yang lebih tepat berbanding ustaz-ustaz yang lain di Youtube mengenai pelaburan emas Ar-Rahnu dan hukum pelaburan emas dan jual beli emas.

Semoga anda faham apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu dan sepatutnya tiada istilah “Pelaburan emas Ar-Rahnu” boleh digunakan. Beliau menyatakan akan ada risiko apabila harga emas jatuh dan sistem manipulasi tersebut akan rosak. Pada tahun 2012, harga emas memang sedang meningkat naik dan seperti yang Ustaz Mohd Nazri Chik kata, sistem akan rosak bila harga emas jatuh telah terbukti pada akhir 2012 sehingga 2013. Ramai “pelabur emas Ar-Rahnu” menangis tak berlagu.

Apa yang dilakukan dalam teknik pelaburan emas Ar-Rahnu ini ialah mereka sentiasa memantau harga emas Bank Rakyat atau harga emas di Bank Islam hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan dengan harapan harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa.

Oleh itu adalah dinasihatkan agar anda berhati-hati sebelum menyertai skim manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu ini. Anda boleh dapatkan kemahiran pelaburan emas Ar-Rahnu melalui mereka yang berkemahiran di sini.

Anda boleh mendapatkan duit tunai melalui pajakan emas yang anda ada ditangan untuk tujuan sebagai modal bisnes yang anda telah kenalpasti keuntungannya agar anda boleh tebus semula emas yang anda gadai dalam tempoh tak lebih 6 bulan.

Jika anda tiada simpanan emas, saya nasihatkan agar anda membeli dan menyimpan emas pelaburan mulai sekarang sebab hari demi hari terdapat risiko kejatuhan nilai duit tunai yang kita simpan samada dalam bank atau dalam Tabung Haji. Walaupun bilangan angka dalam akaun bank bertambah, namun kekuatan nilai RM100,000 pada hari ini tidak sama dengan kekuatan nilai RM100,000 pada 10 tahun lalu. Tapi kekuatan nilai 1 kg jongkong emas beribu tahun dahulu dilihat semakin tinggi nilainya pada hari ini.

Anda dinasihatkan agar mendapatkan tips pelaburan emas yang betul sebelum membeli emas seperti yang saya bincangkan di Tips Pelaburan Emas. Layari Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan yang paling mudah dan tiada rekod CCRIS / CTOS.

Sharing is caring:

Pelaburan Emas Melalui Simpanan Emas

Pelaburan emas sering dikaitkan dengan jual beli emas dan dapat untung. Anda memang berpotensi mendapat untung melalui jual beli emas dan sila klik sini jika anda nak mula menjalankan bisnes emas. Namun saya ingin terangkan cara melabur emas yang paling mudah iaitu hanya menyimpan emas sahaja. Ini adalah kerana emas merupakan aset yang semakin tinggi nilainya berbanding duit kertas. Pada hari ini, ramai rakyat Malaysia masih kurang kesedaran untuk menyimpan emas untuk pelaburan masa depan.

Apa sebenarnya yang berlaku jika anda menyimpan duit kertas? Sebenarnya anda terdedah kepada risiko yang anda tak nampak.

Anda bekerja cari duit sehari-hari dan terima upah atau gaji dalam bentuk duit kertas samada MYR, SGD, BND, Rupiah, Renmimbi atau USD, Sterling malah Euro. Apapun duit yang anda terima daripada hasil titik peluh anda melakukan kerja seharian, duit itu akan ada sebahagiannya yang anda simpan. Kebiasaannya anda simpan dalam bank seperti Bank Islam, Bank Muamalat atau Tabung Haji atau Amanah Saham seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan lain-lain.

Apa yang anda tak sedar ialah duit yang anda penat-penat simpan itu sentiasa terdedah kepada dua risiko besar:-

Risiko simpan duit kertas #1.
Duit tunai tu mudah cair… Adalah amat mudah untuk mengeluarkan duit simpanan melalui ATM atau lebih-lebih lagi jika ada kad debit untuk berbelanja. Malah pada hari ini, akaun Tabung Haji pun dah boleh disambungkan kepada kad ATM seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Bank Muamalat. Lebih kerap anda ke pasaraya, maka lebih cepatlah duit yang anda simpan itu susut dan habis. Paling malang jika terlebih belanja menggunakan kad kredit dan mulalah hidup dibelenggu hutang. Jangan terperangkap bro…

Risiko simpan duit kertas #2.
Duit kertas yang kita simpan dalam Tabung Haji atau ASB itu terdedah kepada kejatuhan nilai matawang. Lihat sahajalah bagaimana nilai MYR berbanding USD. Oleh kerana kebanyakkan negara termasuk Malaysia bersandarkan kepada nilai USD, anda pun dah tahu betapa risikonya nilai MYR. Terdapat banyak contoh duit kertas yang dahulunya boleh digunakan oleh rakyat disebuah negara namun sekarang tidak lagi bernilai seperti duit Daun Pisang (Tanah Melayu – 1945), duit Pengo (Hungary – 1946), duit Peso (Argentina – 2002), duit Dinar Iraq (Iraq – 2004), duit Krona (Iceland – 2011), duit Ruble (Rusia – 2014), dan senarai duit fiat yang tiada nilai akan bertambah dari masa ke masa…

Oleh itu, apakah teknik yang boleh melindungi hasil penat lelah kita bekerja seharian?

Jalan penyelesaian yang paling selamat di seluruh dunia ialah menukar bentuk simpanan duit tunai kepada SIMPANAN EMAS. Itu sahaja… BERUBAH mulai hari ini. Mula TUKAR simpanan wang kertas anda kepada emas sebenar hari ini… Sejarah membuktikan bahawa hanya simpanan emas yang dapat mengatasi kedua-dua risiko besar yang telah disebutkan di atas:-

1. Simpanan emas akan dapat 100% mengelakkan diri anda dari cepat cair dan berbelanja. Cuba anda jalan-jalan di pasaraya dengan bawa 1g jongkong emas, setengah dinar dan 1 dinar emas dalam satu poket dan duit RM1,000 tunai dalam poket sebelah lagi. Yang mana cepat habis?

Duit tunai Ringgit Malaysia (MYR) - memang cepat je habis bila pergi shopping...

Duit tunai Ringgit Malaysia (MYR) – memang cepat je habis bila pergi shopping…

Dinar emas 24k Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.

1 dinar emas 24k – walaupun berharga sekitar RM800 namun tak mudah habis.

 

 

 

 

 

Memang anda akan tertanya-tanya, jika begitu mengapa simpan emas dan tak boleh nak guna untuk beli barang keperluan? Jawapannya amat mudah… emas akan menjadi sangat berguna ketika berlaku krisis matawang. Pada masa krisis matawang, anda boleh hulurkan goldbar atau dinar emas kepada sesiapa sahaja untuk ditukar dengan apa jua barang keperluan yang anda inginkan.

2. Simpanan emas akan dapat 100% mengelakkan nilai kekayaan anda susut sebagaimana duit kertas. Emas dapat mengelakkan inflasi. Lihatlah bagaimana nilai 1 dinar emas 1,400 tahun dahulu sama sehingga ke hari ini! Jika 1,400 tahun

1 Dinar emas 24K LBMA - hari ini pun ada peniaga yang terima untuk seekor kambing.

1 Dinar emas 24K LBMA – hari ini pun ada peniaga yang terima untuk seekor kambing.

dahulu seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar, maka pada hari ini pun sama! Malah, nilai emas akan meningkat mendadak ketika krisis seperti yang anda telah saksikan kesan Brexit baru-baru ini apabila lebih separuh rakyat Britain memilih untuk keluar dari Kesatuan Eropah pada 23 Jun 2016. Nilai Pound Sterling telah mengalami kejatuhan sehingga 30% berbanding USD dan menyebabkan kenaikan mendadak harga emas dunia kepada hampir USD1400/auns berbanding hanya sekitar USD1200/auns sebelum 29 Jun 2016.

Sekaranglah masanya untuk anda mula menyimpan emas kerana lebih lama anda tunggu, harga emas akan terus meningkat disebabkan jumlah emas di dalam dunia dah tetap tak akan bertambah, manakala permintaan semakin tinggi dan semakin ramai yang mula menyimpan emas.

TETAPI… ADA 2 JENIS TETAPI…

TETAPI #1 – Anda dinasihatkan jangan simpan sebarang emas sebab banyak-banyak jenama emas di Malaysia ni hanya ada satu sahaja jenama emas yang berbaloi disimpan. Untuk pengetahuan anda, emas pelaburan 24K LBMA jenama PUBLIC GOLD sahajalah yang berbaloi dibeli dan disimpan sebab hanya emas goldbar dan dinar 24K LBMA jenama Public Gold sahaja yang tidak dikenakan cukai GST sebanyak 6% di Malaysia. Jika jenama lain dikenakan GST sebanyak 6%, dimanakah keuntungan yang anda akan perolehi?

TETAPI #2 – Anda dinasihatkan jangan mudah terpedaya kalau nak cari duit lebih… jangan tamak sebab orang tamak selalu RUGI… tak perlulah anda layan skim-skim cepat kaya yang bertopeng emas untuk cari duit mudah kononnya boleh jamin dapat dividen harian, mingguan atau bulanan walaupun yang cakap tu sahabat baik anda sendiri… walaupun boleh dapat duit lebih ribu-ribu…. Wow!… Jauhi RIBA sebab urusniaga emas ini memang sangat sensitif. Tiada jalan singkat untuk cepat kaya.

Bila dah beli, anda pasti tertanya-tanya cara terbaik nak simpan emas…

Anda boleh simpan sendiri beberapa gram dan dinar emas di rumah namun adalah dinasihatkan jangan simpan semua di rumah… kita minta jauhkan dari sebarang bahaya. Amin.

Alhamdulillah, pada hari ini terdapat kemudahan untuk anda dan saya memulakan ikhtiar membeli dan menyimpan emas dengan kaedah terbaik dan patuh syariah… Kita ikhtiar simpan emas dengan kaedah yang lebih selamat dan percuma. Anda boleh mula menyimpan sekurang-kurangnya 1g emas goldbar setiap bulan atau 1 dinar (4.25g emas) setiap bulan. Disiplinkan diri anda dengan cara beli 1 gram atau 1 dinar setiap bulan menggunakan Konsep “Paksa & Lupa” (Bukan kena lupa password ye.. namun jika anda terlupa password untuk Login ke akaun GAP anda sekalipun, Public Gold boleh bantu reset semula password anda … 😉

Untuk mula membuka akaun emas fizikal dan simpan emas secara percuma, anda boleh terus ke Langkah #1 di Pelaburan Simpanan Emas GAP. Apa yang penting ialah anda perlu ambil snapshot salinan resit pembelian dan lampirkan bersama dalam emel atau Whatsapp untuk pengesahan yang pantas pada 1 hari bekerja.

Ingat… Tiada jalan singkat untuk mendapat kekayaan… anda perlu belajar, sampaikan ilmu pelaburan emas agar orang lain dapat kesedaran untuk menyimpan emas. Alang-alang simpan emas, simpanlah emas sebagai Pengedar Sah Public Gold, kerana anda mendapat komisen sekitar 1-2% dari setiap pembelian emas anda yang berikutnya dan juga jika anda ada beritahu kenalan anda dan dia membeli emas orang yang anda perkenalkan. Oleh itu anda telah dapat menjimatkan pembelian emas sebanyak 1-2% setiap kali anda beli emas berbanding pelanggan biasa. Public Gold akan membayar secara tunai ke dalam akaun bank anda setiap 20 hb.

Terdapat banyak lagi ilmu pelaburan emas yang boleh anda pelajari dari orang yang dah benar-benar berjaya dalam pelaburan emas di sini..

Jika anda memerlukan bantuan, sila Hubungi Saya. Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas.

Sharing is caring:

Kira Zakat Emas Simpanan

Anda nak kira zakat emas simpanan anda? Jika anda membuat pelaburan emas dan menyimpan sebanyak 85 gram atau lebih emas dalam bentuk goldbar atau dinar dan tetap dalam simpanan dalam tempoh satu tahun (12 bulan berturut-turut), maka diwajibkan atas anda untuk membayar zakat emas.

Sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassallam (S.A.W) yang bermaksud :

Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%). Maka sekiranya lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya. (Riwayat Abu Daud)

Oleh itu nilai minima simpanan berat emas 85 gram itu dipanggil nilai uruf. Nilai uruf untuk zakat simpanan jongkong emas / goldbar / dinar ialah 85 gram. Manakala nilai uruf bagi emas perhiasan tidak sama mengikut negeri yang anda diami.

Manakala hadith di atas merujuk kepada tahun Hijriah yang mengandungi kurang sepuluh atau sebelas hari daripada bilangan 365 hari dalam tahun Masihi. Oleh itu, jika anda pilih untuk bayar zakat emas ikut tahun Masihi, kadar zakat yang dikenakan bersamaan dengan 2.58% dan bukan hanya 2.5%.

Alhamdulillah dan syabas diucapkan kerana anda menegakkan Rukun Islam yang ke-5 iaitu Mengeluarkan Zakat. Pada hari ini, sangat mudah untuk anda mengira sendiri kadar zakat emas yang anda perlu keluarkan dan membuat pembayaran kepada Amil-Amil Bertauliah secara bersemuka atau terus melalui atas talian ke Pusat-pusat Pungutan Zakat di seluruh negara.

Kira zakat emas anda semudah 1-2-3! Sila ikuti langkah berikut:-
Langkah #1:

Sila layari untuk kira zakat emas simpanan di https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/zakat-emas

Langkah #2:

Sila isi jumlah gram emas simpanan dan emas perhiasan yang anda ada secara sekaligus pun boleh…

Kira zakat emas simpanan dan perhiasan anda

Di laman web zakat2u.com.my di atas, anda boleh pilih Tahun Haul 2016 atau tahun-tahun sebelumnya sekiranya anda terlupa untuk mengeluarkan zakat emas sebelum ini.  Harga emas segram telah ditetapkan pada kadar RM145.12 pada 2016 dan akan berubah mengikut Tahun Haul. Sila isi jumlah berat emas dalam gram di ruangan Berat (gram). Kemudian sila pilih Jenis samada Pakai atau Simpan.

Nilai Uruf untuk emas perhiasan ialah 150 gram dan emas simpanan ialah 85 gram.  Jumlah Keseluruhan. Contoh pengiraan zakat emas di atas, sebanyak 1,000 gram berat emas simpanan telah dimasukkan manakala tiada berat emas perhiasan dimasukkan. Secara automatik, kiraan nilai jumlah zakat emas dalam Ringgit Malaysia (RM) yang perlu dikeluarkan untuk setahun dan sebulan dinyatakan.

Langkah #3:

Buatlah bayaran dengan klik butang ‘Bayar’ dan anda boleh pilih untuk membuat bayaran secara ansuran bulanan mengikut Jumlah Zakat Setahun atau Jumlah Zakat Sebulan yang dinyatakan.

Pilihan bayaran zakat emas

Bila anda klik ‘Bayar’, paparan niat membayar zakat seperti berikut akan dipaparkan…

Niat bayar zakat emas

Berniatlah “Inilah wang RM……. sebagai menunaikan Zakat Emas yang wajib ke atas diri saya kerana Allah Taala.”

Klik dipetak ‘Saya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut.’ Seterusnya klik FPX jika anda memilih untuk bayar secara tunai melalui kaunter bayaran zakat di bank pilihan anda seperti CIMB, Maybank, Bank Islam, Public Bank, RHB Bank, Bank Rakyat, Affin Bank dan lain-lain. Atau klik butang ‘Kad Kredit/Debit jika anda mempunyai kad kredit Visa atau Mastercard Islamik.

Pilihan bank bayar zakat emas

Kad kredit Islamik bayar zakat emas

Semoga Allah mudahkan urusan  pembayaran zakat emas anda dan menerimanya sebagai salah satu amal soleh yang diterima-Nya. Amin.

Sila layari Pelaburanemas.org untuk tips mudah pelaburan emas.

Sharing is caring:

Melabur Emas Untuk Jana Keuntungan

Posted on by 0 comment

Anda ingin melabur emas dan jana keuntungan? Untuk mendapat keuntungan dari aktiviti melabur emas amatlah mudah. Pada hari ini, terdapat banyak peluang dan ruang yang disediakan untuk anda rebut agar tidak menyesal pada masa akan datang…

Persoalan #1 yang biasa ditanya ialah apakah jenis pelaburan emas yang boleh jana keuntungan? Anda tak perlu bersusah payah nak fikir kaedah untuk jana keuntungan pelaburan emas kerana dah ada satu kaedah yang amat mudah dan selamat untuk anda ikut. Namun, sepertimana jenis-jenis pelaburan lain di dunia ini samada pelaburan emas, pelaburan hartanah, pelaburan perniagaan dan pelaburan unit saham bahawa risiko rugi tetap ada jika anda kurang ilmu pelaburan. Oleh itu, sebelum anda ingin menceburi pelaburan emas, anda digalakkan untuk membaca Buku Rahsia Ilmu Pelaburan Emas di sini.

Seterusnya, seperti yang telah saya terangkan dalam post yang lepas, pelaburan emas ialah saat anda miliki emas jongkong (goldbar) dan dinar 24K yang mendapat pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA)… Mengapa? Hanya emas 24K LBMA sahaja yang TIDAK DIKENAKAN GST.

Persoalan #2 yang sering ditanya ialah di mana anda nak dapatkan emas goldbar atau dinar 24K LBMA ini? Oleh itu, di sini saya perkenalkan jenama emas yang tidak dikenakan cukai GST iaitu emas jongkong dan dinar 24K jenama Public Gold…. Sekali lagi saya nak beritahu jenama emas Public Gold dan BUKAN Power Gold sebab Power Gold tu menggunakan jenama emas Amethyst yang tidak mendapat pengiktirafan dari mana-mana negara pengeluar emas dunia dan juga LBMA. Saya bukan nak merendahkan mana-mana jenama, tetapi fakta tetap fakta dan jika anda dapati saya salah, sila betulkan saya.

Goldbar 999.9 Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.

Goldbar 24k (999.9) LBMA Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan bebas GST.

 

Persoalan #3 ialah mengenai riba dalam jual beli emas. Alhamdulillah… anda telah menemui blog mengenai pelaburan emas yang betul kerana di sini saya akan menerangkan kepada anda bagaimana anda dan ahli keluarga anda, persatuan atau kelab yang anda sertai boleh mendapat keuntungan melalui aktiviti pelaburan emas tanpa RIBA’ Insya Allah. Ini adalah kerana Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’.

Jika anda masih sangsi mengenainya anda boleh baca post saya di Pelaburan Emas Halal atau Haram?

Seterusnya ialah bagaimana cara jual beli emas jenama Public Gold yang bebas riba’. Caranya ialah:-

  1. Anda jual beli emas dengan cara tunai dan bukan hutang. Riba’ berlaku apabila anda dapat dulu emas dan bayar ansur-ansur atau lebih 3 hari selepas itu. Ataupun, anda melakukan riba’ apabila anda bayar secara tunai namun emasnya tidak anda miliki serta merta atau sekiranya transaksi jual beli emas secara online tidak diselesai dalam 3 hari.
  2. Anda jual beli emas dalam gandaan minima 1 gram (untuk goldbar) atau 4.25g (untuk 1 dinar) dan BUKAN dalam jumlah berat emas yang tidak boleh didapati dalam bentuk fizikal di pasaran. Di Public Gold, minima pembelian emas ialah RM100 dan anda boleh membuat potongan gaji bulanan berdasarkan “Standing Instruction” kepada pihak bank anda. Namun, untuk mematuhi syariah, anda perlu tetapkan pembelian minima dan dalam gandaan 1 gram atau 4.25g.

Rujukan:-
1. Parameter Pelaburan Emas oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
2. Analisis Syariah Terhadap Produk-Produk Pelaburan Emas di Malaysia.

Persoalan #4 ialah bagaimana nak mulakan pelaburan emas dan jana keuntungan?

Secara asasnya ada tiga kaedah:-

(a) Simpan sendiri (Keuntungan Jangka Panjang).

(b) Simpan di kedai emas (Keuntungan Jangka Panjang). Keuntungan Jangka Panjang bermaksud anda beli dan simpan emas sebagai aset. Anda boleh pilih samada nak jual balik apabila harga semasa meningkat lebih 15% daripada harga beli dulu atau simpan terus untuk capai sasaran simpanan 1kg emas menjelang 10 tahun dari sekarang.

(c) Beli, simpan dan beritahu yang lain agar mereka juga mula simpan emas untuk lindungi kekayaan mereka (Keuntungan Jangka Pendek dan Jangka Panjang). Anda boleh jana keuntungan melalui komisen 1-2% daripada setiap pembelian emas orang perseorangan atau syarikat koperasi yang anda perkenalkan. Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer. Untung-untung, ramai yang anda beritahu cara pelaburan emas yang mudah dan patuh syariah mula tersedar akan risiko jika mereka tak mula simpan emas mulai sekarang.

Jika anda dah bersedia untuk membeli dan simpan sendiri emas goldbar atau dinar di rumah atau buat stok di kedai emas anda, sila ikuti Langkah #1 di Jual Beli Emas.

Jika anda dah bersedia untuk beli emas goldbar atau dinar dan simpan secara PERCUMA SEUMUR HIDUP dan boleh namakan pewaris di Public Gold, sila ikuti Langkah #1 di Simpanan Akaun Emas GAP.

Sharing is caring:

Cara Naik Turun Harga Emas GAP Public Gold

Posted on by 0 comment

Nak tahu cara naik turun harga emas GAP Public Gold? Caranya amat mudah dan anda tak perlu bazirkan wang ringgit dan masa untuk mempelajari teknik menceburi pelaburan emas Public Gold.

Sebelum saya teruskan, mungkin ramai yang tak tahu apa itu GAP Public Gold. GAP ialah singkatan kepada Gold Accumulation Program yang bermaksud Program Pengumpulan Emas. Program ini dibangunkan oleh kedai emas Public Gold yang bertujuan untuk memudahkan segenap lapisan masyarakat di Malaysia dari bayi yang baru lahir sehinggalah kepada orang yang telah dewasa agar mereka dapat membuka akaun emas secara online dan menyimpan seberapa banyak emas yang mereka suka secara PERCUMA seumur hidup tanpa upah. Mereka juga boleh mengeluarkan emas jongkong (goldbar) atau dinar 24K pada bila-bila masa dengan caj yang minima. Sila layari Gold Accumulation Program untuk mengetahui lebih lanjut.

Jika anda dah faham apa itu GAP Public Gold, anda pasti tertanya-tanya cara naik turun harga emas GAP dan bila waktu yang sesuai untuk membeli emas GAP Public Gold. Harap anda dapat memahami beberapa info di bawah:-

Info #1:
Sila lihat harga emas GAP Public Gold yang tertera di laman web Public Gold atau anda boleh layari di Harga Emas Semasa.

Info #2 (Trend Harga Emas GAP Naik Pada Hari Esoknya):
Sila lihat snapshot harga emas GAP pada 28 Mac 2016 (Jam 8.37 malam) di sebelah kiri bawah perenggan ini. Harga emas GAP pada hari tersebut (selepas 12 tengah malam) ditetapkan pada RM172/g. Kemudian, sila lihat carta “Daily Gold Chart” dan bandingkan dengan harga 10g emas LBMA Goldbar / Wafer 24K (dalam jadual di bawah GAP). Trend “Daily Gold Chart” dan harga 10g emas didapati meningkat melebihi RM172/g. Oleh itu, anda boleh menjangkakan cara naik turun harga emas GAP selepas 12 tengah malam 29 Mac 2016 akan melebihi RM172/g iaitu RM173/g seperti yang ditunjukkan.

Harga emas GAP Public Gold - 28 Mac 2016 (Jam 8:37 malam)

Harga emas GAP Public Gold – 28 Mac 2016 (Jam 8:37 malam)

Harga emas GAP Public Gold – 29 Mac 2016 (Jam 6:36 pagi)

Sekiranya anda dapati trend seperti ini, adalah lebih baik anda membeli emas GAP sebelum jam 12 tengah malam hari tersebut.

Info #3 (Trend Harga Emas GAP Turun Pada Hari Esoknya):
Sila lihat snapshot harga emas GAP pada 1 April 2016 (Jam 11:36 pagi) di sebelah kiri bawah perenggan ini. Harga emas GAP pada hari tersebut (selepas 12 tengah malam) ditetapkan pada RM173/g. Kemudian, sila lihat carta “Daily Gold Chart” dan bandingkan dengan harga 10g emas LBMA Goldbar / Wafer 24K (dalam jadual di bawah GAP). Trend “Daily Gold Chart” dan harga 10g emas didapati menurun kepada kurang dari RM172/g (RM1,717.00/10g). Oleh itu, anda boleh menjangkakan cara naik turun harga emas GAP selepas 12 tengah malam 2 April 2016. Harga emas GAP turun kepada sekurang-kurangnya RM172/g iaitu RM170/g seperti yang ditunjukkan.

Harga emas GAP Public Gold 1 April 2016 (Jam 11:36 pagi)

Harga emas GAP Public Gold 2 April 2016 (Jam 6:16 petang)

Jika trend harga emas ini turun, anda boleh menangguhkan pembelian emas GAP pada keesokkan harinya. NAMUN AMAT PERLU DIPERINGATKAN KEPADA ANDA BAHAWA KADANG KALA HARGA EMAS BOLEH NAIK MENDADAK HINGGA MELEBIHI 5% DALAM BEBERAPA MINIT SAHAJA! Oleh itu, apa yang saya terangkan di atas hanyalah sebagai panduan dan tips agar anda tahu bagaimana cara naik turun harga emas GAP ditetapkan pada setiap 12 tengah malam.

Manakala harga emas fizikal selain emas GAP seperti goldbar dan dinar akan sentiasa dikemaskini pada setiap 20 minit pada setiap masa 24/7 (24 jam sehari/ 7 hari seminggu).

Setelah anda faham bagaimana cara naik turun harga emas GAP, sila layari Gold Accumulation Program untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Semoga anda dapat manfaat daripada apa yang saya terangkan di sini dan anda boleh mengemukakan soalan dengan menggunakan borang “Leave A Reply” di bawah.

Sharing is caring:
PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian