Promosi Belian Emas Dinar, Goldbar dan Akaun Simpanan Emas GAP

Anda nak tahu promosi belian emas Dinar, goldbar dan akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP)?

Untuk makluman anda, pada masa ini, seramai lebih 670,000 penyimpan emas di Malaysia menunggu-nunggu promosi belian emas samada dalam bentuk dinar, goldbar atau akaun simpanan emas di syarikat jual beli emas terbesar di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Jika anda nak tahu lebih lanjut, sila layari info emas peribadi saya di sini.

Apa promosi yang dimaksudkan?

Alhamdulillah bermula malam ini ada promosi Dealer melalui belian Dinar, Goldbar dan akaun simpanan emas GAP.

Semua promosi tamat pada jam 11.59PM tengah malam ini, 22 Februari 2022.


Promosi Dealer

Pilihan 1: Normal Dealer

Promosi Normal Dealer Public Gold

1.1 Beli minima 12 dinar emas secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU
1.2 Beli minima 50g emas Goldbar secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU
1.3 Beli minima 50g emas Akaun GAP secara FULL PAYMENT

  • Wealth Card (order berasingan) untuk dapat 1.0% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya.

Isi remarks: Upgrade ND/PD.


Pilihan 2: Priority Dealer

Promosi Priority Dealer Public Gold

2.1 Beli minima 24 dinar emas secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU
2.2 Beli minima 100g emas Goldbar secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU
2.3 Beli minima 100g emas Akaun GAP secara FULL PAYMENT.

  • Wealth Card (order berasingan) untuk dapat 1.5% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya.

Isi remarks: Upgrade ND/PD.

Nota: Promosi tamat pada jam 11.59PM 22/2/2022 malam ini!


CARA BELI EMAS DALAM AKAUN GAP

Login guna PG Code dan Password. Jika tiada PG Code boleh daftar percuma di sini)

Step 1: Beli emas dalam akaun GSAP

Selepas Login tap Menu, Purchase, pilih Pay FPX, isi 50g (ND) atau 100g (PD) dan tap butang Place Order.

Teruskan belian secara FPX sehingga selesai.

Step 2: Beli Wealth Card di web PG dengan login di www.pelaburanemas.org/go/login.php.

Klik Menu, Order dan Purchase Order. Klik Add to Cart, Isi Remark: Upgrade ND/PD dan selesaikan bayaran.

Beri detail belian kepada saya untuk saya bantu upgrade Dealer secepat mungkin.

Semoga berjaya! Jika ada apa-apa pertanyaan boleh terus whatsapp saya di SINI.

Lebih murah berbanding promosi bulan Februari 2022 iaitu RM50k untuk dapat ND dan RM130k untuk dapat PD.

SEMUA PROMOSI DI ATAS TAMAT PADA JAM 11.59PM TENGAH MALAM 22 FEBRUARI 2022.

Semoga bermanfaat.

Simpan Emas Atau Duit Kertas?

Yang mana lebih baik untuk anda simpan? Simpan emas atau simpan duit kertas? Memang saya pun pada mulanya tak faham sebab sejak kecil kita tak pernah didedahkan dengan perbezaan di antara emas dan duit kertas.

Yang saya tahu duit ringgit tu yang paling penting untuk kita simpan. Tak pernah terfikir bahawa duit ringgit itu hanyalah sejenis matawang khas dan hanya bernilai untuk rakyat Malaysia dan tidak di negara lain. Tak pernah terfikir bahawa Ringgit hanyalah sekeping kertas yang dicetak oleh Bank Negara Malaysia dan terdedah kepada kejatuhan nilai pada bila-bila masa.

Lihatlah pada hari ini. Ringgit Malaysia (MYR) telah jatuh nilainya berbanding dengan Dolar Amerika (USD).

Nilai Ringgit Malaysia (MYR) jatuh berbanding Dolar Amerika (USD)
Nilai Ringgit Malaysia (MYR) semakin jatuh berbanding Dolar Amerika (USD) – 20 Januari 2015 (Sumber: XE.com)

Malah pernah satu masa, nilai matawang Ringgit Malaysia pernah jatuh sehingga RM4.00 berbanding 1 Dolar Amerika! Apabila matawang kita jatuh, maka sudah tentu harga barang akan meningkat dan inilah yang dikatakan inflasi.Pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia dan salah satu faktor yang dikenalpasti adalah aktiviti ‘Penyangak Matawang’ iaitu George Soros.

Sebab itu, pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan telah mengikat nilai Ringgit Malaysia kepada Dolar Amerika pada 3.80 sehingga melebihi 10 tahun! Namun matawang Ringgit Malaysia telah dibuka semula kepada pasaran antarabangsa. Pada hari ini nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika telah mencecah 3.61!

Jadi, kita perlu berfikir kembali… adakah dengan menyimpan duit kertas di dalam Tabung Haji atau amanah saham akan menjamin kekayaan hasil penat lelah kita bekerja mendapatkan duit kertas itu? Atau adakah akan sampai masa bila duit kertas yang kita simpan selama bertahun-tahun akhirnya tidak bernilai dan hanya tinggal sebagai kertas sahaja.

Saya tak pasti samada anda faham atau tidak, tapi saya memang dah mula faham dan saya tidak akan bergantung sepenuhnya dengan hanya menyimpan duit dalam Tabung Haji atau amanah saham sahaja, namun, saya mula membeli dan menyimpan emas sebagai satu kaedah ampuh untuk melindungi kekayaan saya setelah penat bekerja. Saya cadang agar anda lihat video di bawah (walaupun dalam Bahasa Inggeris, namun amat berbaloi anda fahami apa yang dibincangkan).

Secara ringkasnya, USD akan hilang kekuatan matawangnya pada satu hari nanti dan nilai semua matawang di dunia pada masa ini bergantung kepada nilai USD. Apabila nilai USD sendiri akan jatuh dan tiada nilai, maka berapakah nilai Ringgit Malaysia pula?

Buatlah kajian nilai emas vs USD atau emas vs RM…anda akan dapati nilai emas secara amnya semakin meningkat berbanding mana-mana matawang di dunia!

Jangan tunggu lama-lama dan berasa was-was kerana masa semakin suntuk jika anda tak membuat keputusan sekarang untuk mula membeli dan menyimpan emas. Pada masa sekarang amatlah mudah untuk anda yang berada di Malaysia dan Singapura untuk beli dan simpan emas. Anda boleh mendapatkan tips di sini.

Akhirnya, seperti yang saya dah bincangkan sebelum ini tentang ciri-ciri pelaburan emas yang sah dan patuh syariah, saya cadangkan anda untuk bandingkan sendiri bank-bank atau syarikat-syarikat yang mana memberikan anda keuntungan pelaburan emas yang sebenar malah sah di sisi undang-undang dan yang paling penting patuh syariah iaitu halal.

Jika anda masih baru nak belajar tentang pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.

Seminar Pelaburan Emas – Anjuran ASAS bersama ISRA dan APIUM

Peluang kehadiran Seminar Pelaburan Emas 2015 telah dibuka!

Assalamualaikum WBT dan salam hormat kepada sekalian pelabur-pelabur emas dan pengunjung-pengunjung blog PelaburanEmas.org.

Seminar Pelaburan Emas 2015

Dengan segala hormatnya saya mempersilakan rakan-rakan sekalian untuk menghadiri Seminar Pelaburan Emas 2015 anjuran Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS) bersama International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Fakulti Shariah dan Economi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang akan diadakan dengan ketetapan seperti berikut:-

Tarikh: 11 April 2015 (Sabtu)
Tempat: Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Aturcara Seminar Pelaburan Emas adalah seperti berikut:-

8:30 am : Pendaftaran Peserta
9:00 am : Kata Aluan Presiden ASAS
9:15 am SESI 1 : PRINSIP SYARIAH DALAM PERNIAGAAN EMAS
– Dr. Badruddin bin Hj Ibrahim
10:45 am : Q & A
11:00 am : Minum Pagi

11:30 am SESI 2 : WANG KERTAS DAN EMAS, ADAKAH ITEM RIBAWI
– Prof. Madya Dr. Aznan Hasan
1:00 pm : Q & A
1:15 pm : Makan Tengahari & Solat Zohor

2:30 pm SESI 3 : BEBERAPA STRUKTUR PELABURAN EMAS SEMASA:
SATU TINJAUAN
– Ustaz Wan Rumaizi Wan Husin

3:30 pm SESI 4 : DISKUSI PANEL
– Dr. Badruddin bin Hj Ibrahim
– Ustaz Wan Rumaizi Wan Husin
– Prof. Madya Dr. Aznan Hasan

4:30 pm : Minum Petang & Solat Asar

Pendaftaran hanyalah sebanyak RM50 sahaja. Tempat adalah terhad. Sila download Borang Pendaftaran ke Seminar Pelaburan Emas sekarang! (Right-click dan pilih ‘Save As’ sebagai dokumen pdf).

Wahai Pelabur Emas! Marilah Kita Bersedekah

Ke hadapan para pelabur emas di Malaysia sekelian. Assalamualaikum warahmatullah dan salam hormat.

sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-1Saya menulis di sini untuk menyeru diri saya dan para pelabur emas sekelian agar marilah kita sama-sama membantu saudara-saudara kita di Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang yang telah mengalami banjir yang amat dahsyat sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Sejak banjir besar 1971, banjir yang melanda pada tahun 2014 ini menunjukkan tahap kerosakan yang paling teruk dengan banyak jalan-jalan utama ditutup dan tidak dapat dilalui malah oleh kenderaan berat sekalipun!

Terdapat juga jalanraya utama yang runtuh dan pecah serta mengakibatkan beberapa kawasan dan kampung terputus hubungan selama beberapa hari! Ya Allah!.. Sungguh besar ujian-Mu pada mereka. Semoga Engkau memberi kesabaran dan ketabahan hati dalam menempuh ujian-Mu ini. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-2 sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-4 Oleh yang demikian, di sini saya sekali lagi ingin menyeru semua pelabur emas di seluruh Malaysia agar mulakan untuk menghulur bantuan dalam bentuk kewangan bagi membantu meringankan beban saudara-saudara kita yang amat memerlukan. Jangan lupa bahawa dalam setiap harta yang kita simpan dalam bentuk apa sekalipun seperti emas, perak dan wang simpanan, terdapat hak orang lain di dalamnya dan kita mesti menunaikan hak mereka dengan ibadat sedekah dan zakat. Jika kita tidak ambil peduli untuk mengeluarkan sebahagian daripada apa yang kita simpan itu dalam bentuk emas, perak dan wang simpanan untuk disedekahkan dan dikeluarkan zakat, maka ditakuti segala usaha kita tidak mendapat keberkatan malah mendapat azab sengsara pula.. Nauzubillahi min zaalik.

Marilah kita renung Firman Allah Taala di dalam Surah At-Taubah ayat 34 hingga 35:

At-Taubah ayat 34 mengenai zakat emas dan perak.

At-Taubah ayat 35 mengenai zakat emas dan perak.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa maklumat akaun bank Muslim Care yang terdapat di Malaysia agar mereka dapat menyediakan barang-barang keperluan dengan sedekah dan derma yang kita berikan.

sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-3 Sumbangan anda boleh disalurkan melalui:

Maybank Account:
564490413882 Muslim Care Malaysia

RHB Account:
26-2120-0000-4747 Muslim Care

Bank Muamalat Account:
14010007654717 Muslim Care Malaysia

Bank Islam:
14014010147470 Muslim Care Malaysia
14032010093666 Muslim Care Malaysia

ataupun sumbangan online di http://www.muslimcare.org.my/derma/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pertubuhan-pertubuhan, NGO-NGO dan parti-parti politik serta lokasi-lokasi pengumpulan barang-barang keperluan sebelum mereka menghantar dengan kontena ke sana.

Jika anda tidak berkesempatan untuk meluangkan masa bersama sukarelawan-sukarelawan, maka anda juga boleh terus menggunakan kemudahan bersedekah secara online sahaja seperti yang tertera di dalam pautan di http://www.muslimcare.org.my/derma/.

Muslim Care - Bantuan Mangsa Banjir
Muslim Care – Bantuan Mangsa Banjir

Semoga Allah Taala mengampunkan dosa dan kesalahan kita semua melalui musibah banjir ini dan memberkati para pelabur emas yang memberi bantuan dan sokongan samada dalam bentuk tenaga, barangan keperluan dan sedekah secara tunai kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan jika anda ingin menderma ke Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Ummul Qura (P), 08500 Kota Kuala Muda, Kedah, anda boleh menyumbangkannya melalui akaun Bank Islam dengan nombor akaun 02020010021119 atau Bank Muamalat A/C: 02020000079717.

Semoga Allah Taala terima sedekah dan derma anda sekalian.

Pengasas
PelaburanEmas.org
6 Rabiul Awwal 1436

Promosi menabung emas Akaun GAP Public Gold berbaki 37 akaun sahaja!

This will close in 25 seconds