Tag Archives: emas pelaburan

Tempahan Emas Pelaburan Goldbar LBMA 24K Public Gold

Posted on by 2 comments

Anda ingin membuat tempahan emas pelaburan goldbar LBMA 24K Public Gold? Sekarang amat mudah… anda tak perlu bersusah payah menelefon kedai emas atau cawangan Public Gold kerana semua info tempahan disediakan di sini. Anda hanya perlu scroll ke bawah katalog yang disediakan dan klik pada mana-mana item emas pelaburan goldbar yang anda ingin booking.

Pada kebiasaannya, emas pelaburan seperti goldbar merupakan ‘hot item’ disebabkan pada hari ini terlalu ramai yang meminati emas Public Gold selain dari harganya yang murah serta tanpa GST! Hanya emas pelaburan jenama Public Gold sahaja yang bebas GST di Malaysia! Oleh itu, apa tunggu lagi… cepat buat tempahan kerana lagi lambat … lagi harga emas akan naik…

Emas pelaburan Public Gold juga dikeluarkan dalam bentuk seperti kad debit (sila klik pada mana-mana goldbar di katalog untuk lihat secara dekat). Pada belakang kad setiap goldbar ada tertera sijil ketulenan LBMA dengan tandatangan Certified Assayer dan dikeluarkan oleh Nader Metal Rafineri, Istanbul, Turki. Amat mudah disimpan tanpa risau kehilangan sijil emas masing-masing.

Bila dah setuju untuk beli goldbar tertentu, sila klik Contact Seller dan isikan maklumat yang dikehendaki seperti nama penuh, nombor telefon, emel dan mesej dengan menyatakan bilangan yang dikehendaki. Setelah itu klik butang Submit dan Insya Allah saya akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

Jika anda belum mempunyai Kod PG, sila daftar secara percuma di Pendaftaran Percuma sekarang. Kemudian anda kembali ke posting ini untuk membuat tempahan emas pelaburan yang anda minati.

Untuk makluman, jika anda beli terus 1g dan 5g goldbar serta setengah dinar (2.125g) 24K LBMA melalui agen atau di kedai emas Public Gold, anda akan dikenakan harga runcit yang lebih mahal. Oleh itu untuk pengetahuan anda, saya kongsikan tips bagaimana anda boleh dapatkan goldbar 1g, 5g dan setengah dinar dengan harga yang jauh lebih murah seperti di bawah:-

Langkah #1: Rujuk harga emas di ruangan “GOLD ACCUMULATION PROGRAM (24K)” hari ini di seperti dipaparkan di bawah:-

(Harap anda bersabar dan tunggu sebentar sekiranya paparan harga emas di atas mengalami kelewatan).

Langkah #2: Anda darabkan dengan bilangan gram emas yang anda nak beli. (Nota: Setengah dinar bersamaan dengan 2.125g emas GAP).

Langkah #3: Anda boleh transfer jumlah RM ke no. akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd di Maybank 557139238048.

Nota penting:
a. Jika anda gunakan kemudahan Internet Banking selain M2U, sila gunakan kemudahan Instant Transfer dan bukan Normal Transfer kerana Normal Transfer akan mengambil masa lebih sehari untuk proses.
b. Sila printscreen transaksi terakhir pembayaran sebagai bukti. Elakkan guna SMS atau Transaction history sebagai bukti pembelian emas. Sila simpan salinan resit untuk rujukan akan datang.

Langkah #4: Anda boleh emel terus ke gap@publicgold.com.my dan cc ke suhaimee@pelaburanemas.org atau Whatsapp maklumat berikut beserta gambar resit terus ke nombor GAP Public Gold di talian +6017-4866916:

1. Nama penuh:
2. NRIC:
3. No. telefon:
4. Emel:
5. Jumlah bayaran: RM
6. Tarikh bayaran: dd/mm/yyyy
7. Masa bayaran: xx:xx
8. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf

Nota penting: Minima buka akaun adalah sebanyak 1g. Jika anda nak keluarkan 1g perlu beli 2g dan tinggalkan baki ada 1g. Caj premium 1 gram goldbar hanyalah RM5 setiap unit. Prosedur ini didapati lebih baik berbanding minima 5g pengeluaran dan 5 g baki di bank komersial.

Anda boleh pilih samada untuk mengambil sendiri di cawangan Public Gold terdekat (tertakluk kepada caj premium) atau melalui PosLaju (caj premium dan caj pos akan dikenakan). Sila layari Cawangan PG untuk anda pilih dan ambil stok emas di cawangan PG terdekat.

No product matches your request.

1g Goldbar LBMA 24K Public Gold Merdeka

Tempah koleksi 1g Goldbar LBMA Public Gold tema Merdeka. Edisi terhad! Boleh jadikan sebagai hadiah sempena Hari Merdeka kepada adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan. Anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah dengan membuka akaun emas GAP. Terus ikuti Langkah #1 di http://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/ seperti yang dinyatakan di atas.

Harga : RM250

1g Goldbar LBMA 24K Public Gold Happy Birthday

Koleksi 1g Goldbar LBMA Public Gold dengan tema Happy Birthday. Boleh jadikan sebagai hadiah sempena Hari Lahir adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan. Anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah dengan membuka akaun emas GAP. Terus ikuti Langkah #1 di http://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/ seperti yang dinyatakan di atas.

Harga : RM250

1g Goldbar LBMA 24K Public Gold Wedding

Koleksi 1g Goldbar LBMA Public Gold dengan tema Wedding. Boleh jadikan sebagai hadiah sempena Hari Perkahwinan saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan. Anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah dengan membuka akaun emas GAP. Terus ikuti Langkah #1 di http://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/ seperti yang dinyatakan di atas.

Harga : RM250

1g Goldbar LBMA 24K Public Gold Newborn Baby

Koleksi 1g Goldbar LBMA Public Gold dengan tema Newborn Baby. Anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah dengan membuka akaun emas GAP. Terus ikuti Langkah #1 di http://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/ seperti yang dinyatakan di atas.

Harga : RM250

1g Goldbar LBMA 24K Public Gold Klasik

Koleksi Klasik 1g goldbar LBMA 24K Public Gold. Tempah sekarang! Sila nyatakan berapa bilangan tempahan semasa menghubungi kami. Anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah dengan membuka akaun emas GAP. Terus ikuti Langkah #1 di http://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/ seperti yang dinyatakan di atas.

Harga : RM250

1g Goldbar LBMA 24K Hari Raya

Koleksi terhad 1.0g goldbar LBMA 24K Public Gold eksklusif Hari Raya. Tempah sekarang! Sila nyatakan berapa bilangan tempahan semasa menghubungi kami. Anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah dengan membuka akaun emas GAP. Terus ikuti Langkah #1 di http://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/ seperti yang dinyatakan di atas.

Harga : RM250

0.5g Goldbar LBMA 24K Gold Museum

Koleksi terhad 0.5g goldbar LBMA 24K Public Gold Muzium Emas, Penang. Tempah sekarang! Sila nyatakan berapa bilangan tempahan semasa menghubungi kami.

Harga : RM150

0.5g Goldbar LBMA 24K Basikal

Koleksi terhad 0.5g goldbar LBMA 24K Public Basikal akan ditamatkan pengeluaran. Tempah sekarang! Sila nyatakan berapa bilangan tempahan semasa menghubungi kami.

Harga : RM150

0.5g Goldbar LBMA 24K Kucing

Koleksi terhad 0.5g goldbar LBMA 24K Public Kucing akan ditamatkan pengeluaran. Tempah sekarang! Sila nyatakan berapa bilangan tempahan semasa menghubungi kami.

Harga : RM150

5 gram Goldbar LBMA Public Gold

5 gram Goldbar LBMA Public Gold. Harga dikemaskini setiap 20 minit di laman web Public Gold. Di sini anda hanya buat tempahan dan nyatakan bilangan. Sila lock harga yang anda setuju dengan nyatakan masa dan harga emas. Anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah dengan membuka akaun emas GAP. Terus ikuti Langkah #1 di http://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/ seperti yang dinyatakan di atas.

Harga : RM1100
1 / 1

Terima kasih atas tempahan anda.

Sharing is caring:

Tukar Beli Emas Public Gold Atau Tukar Duit Tunai

Anda nak tukar beli emas Public Gold atau dapatkan duit tunai? Memandangkan emas 24K LBMA jenama Public Gold dijamin harga termurah dan tidak dikenakan cukai GST di Malaysia, di sini saya ingin memberikan beberapa tips agar anda dapat memanfaatkan ilmu pelaburan emas yang diberi.

Bagaimana nak tukar emas jenama lain kepada emas 24K LBMA Public Gold atau duit tunai?

Memang kebanyakan dari kita pernah beli dan simpan emas samada emas pelaburan seperti goldbar dan dinar jenama lain seperti Amethyst Powergold, Zenith, GCP, Sri Ayu atau emas perhiasan seperti emas Poh Kong, Habib Jewels. Tapi fakta yang kita tak ketahui ialah emas pelaburan atau perhiasan yang kita beli dan simpan itu kurang beri manfaat jangka panjang disebabkan kadar spread yang tinggi dan dikenakan GST sebanyak 6%. Sebagai contoh sekiranya kadar spread goldbar 1g bersamaan dengan 7% ditambah dengan GST 6%, maka total semua sekali yang perlu anda tanggung ialah sebanyak 13%! Manakala kadar spread emas perhiasan boleh mencecah sehingga 35%. Oleh itu, Public Gold ada menawarkan penukaran pelbagai jenama goldbar dan dinar kepada emas 24K LBMA Public Gold.

(PERHATIAN: Untuk mematuhi syarak dan mengelakkan berlakunya riba’, anda dinasihatkan agar menukar goldbar / dinar / emas perhiasan anda kepada tunai dahulu dan kemudian barulah anda boleh beli Goldbar atau Dinar Public Gold).

  • Untuk 1g goldbar jenama Bunga Mas dan Tai Fook Public Gold (bukan LBMA) boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM12/g sahaja (sila rujuk infografik 1 dibawah).
  • Manakala untuk 1g goldbar jenama lain (Amethyst Powergold, Zenith, GCP, Sri Ayu dan lain-lain) boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM15/g sahaja. Oleh itu, jika anda ada beli emas Powergold atau Amethyst 1g dan nak jual emas Powergold atau Amethyst anda, sila rujuk infografik 1 dibawah.
Tukar goldbar 1g Public Gold.

Infografik 1: Tukar goldbar 1g Public Gold – terhad kepada 3kg sahaja.

  • Untuk goldbar jenama Bunga Mas dan Tai Fook Public Gold (bukan LBMA) 10g dan ke atas boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM60 sahaja (sila rujuk infografik 2 dibawah).
  • Manakala untuk goldbar jenama lain (Amethyst Powergold, Zenith, GCP, Sri Ayu dan lain-lain) 10g dan ke atas boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM80 sahaja. Oleh itu, jika anda ada beli emas Powergold atau Amethyst 10g dan nak jual emas Powergold atau Amethyst anda, sila rujuk infografik 2 dibawah).
Infografik 2: Tukar goldbar 10g Public Gold.

Infografik 2: Tukar goldbar 10g Public Gold.

  • Untuk kategori dinar emas pula, Public Gold menawarkan tukar 1 dinar emas 916 jenama Public Gold kepada 1 dinar emas 999 (24K) LBMA dengan tambahan RM60 sahaja. Begitu juga dengan pelbagai jenama 1 dinar emas 999 (24K). Manakala tambahan hanya RM80 sahaja, anda dah boleh tukar 1 dinar emas 916 pelbagai jenama kepada 1 dinar emas 999 (24K) LBMA (sila rujuk Infografik 3 di bawah).
tukar-dinar-24k-lbma-public-gold

Infografik 3: Tukar 1 dinar 916 pelbagai jenama termasuk Public Gold atau 1 dinar 999 pelbagai jenama kepada 1 dinar 999 LBMA Public Gold.

  • Untuk emas perhiasan apa-apa jenama boleh ditukarkan kepada goldbar atau dinar 24K LBMA dengan hanya satu panggilan dan satu lawatan ke mana-mana cawangan Public Gold sahaja. Anda tak perlu rasa takut atau bimbang… Public Gold seperti kedai emas biasa sahaja… Hanya beritahu.. “Hi Public Gold, saya nak ke cawangan Public Gold di (sila nyatakan cawangan mana) pada tengahari ini untuk jual  goldbar atau gold coin samada emas 916 atau emas 999 atau emas perhiasan…” (sila rujuk infografik 4 di bawah).
Infografik 4: Jual emas 916, 999 atau emas perhiasan jenama lain dengan harga tinggi untuk tukar kepada emas GAP 24K LBMA Goldbar atau Dinar Public Gold.

Infografik 4: Jual emas perhiasan 916, emas pelaburan 999 atau emas perhiasan jenama lain dengan harga tinggi untuk tukar kepada emas GAP 24K LBMA Goldbar atau Dinar Public Gold.

 

(PERHATIAN: Untuk mematuhi syarak dan mengelakkan berlakunya riba’, anda dinasihatkan agar menukar goldbar / dinar / emas perhiasan anda kepada tunai dahulu dan kemudian barulah anda boleh beli Goldbar atau Dinar Public Gold).

Anda boleh ikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan di bawah jika anda ingin tukar emas-emas pelaburan atau jual emas perhiasan untuk dapat duit tunai dan kemudian membeli emas Public Gold 24K LBMA yang tidak dikenakan GST…

Langkah #1: Anda hanya perlu daftar secara percuma dahulu di Pendaftaran Percuma.

Langkah #2: Hubungi staf cawangan Public Gold yang terdekat seperti yang tertera di link Cawangan Public Gold di Malaysia untuk buat temujanji (Anda boleh guna aplikasi Whatsapp je ke talian Mobile staf Public Gold yang tertera di link tersebut).

Langkah #3: Bawa emas pelaburan atau perhiasan anda ke cawangan Public Gold yang telah anda hubungi tadi. Jangan lupa bawa IC ye. Jika anda nak tukar kepada duit tunai, sila bawa juga salinan muka depan buku bank anda. Itu sahaja… sangat mudah dan cepat. Pada masa ini, kita tak perlu lagi ambil nombor giliran atau menunggu lama untuk berurusan di kedai emas Public Gold sebagaimana anda perlu ambil nombor giliran bila berurusan dengan mana-mana bank yang menawarkan produk emas pelaburan fizikal.

Semoga anda beroleh keuntungan dalam pelaburan emas.

Sharing is caring:

Kedai Emas Pelaburan Yang Menguntungkan

Posted on by 0 comment

Anda nak buka kedai emas pelaburan yang menguntungkan anda dan keturunan anda? Tak kira jika anda sudah ada kedai emas sendiri atau jika anda baru merancang untuk memulakan bisnes emas dengan membuka kedai emas… Mari kita bincang sama-sama apakah cara yang terbaik untuk anda agar mendapat keuntungan maksimum dari bisnes emas anda dan keluarga.

Tak kisahlah jenis dan jenama emas apa pun yang anda minat nak jual, gelang emas, rantai emas, goldbar, Zenith Gold, Amethyst Gold, Dinar Kelantan, Dinar Mekah, Kijang Emas, emas Sri Ayu, emas GCR, emas Habib Jewels, emas Poh Kong, emas Wah Chan, emas Sri Pinang, emas Sri Harmoni dan banyak lagi jenama emas yang anda ingin jual. Sebab lebih banyak kepelbagaian stok jenama emas yang ada dalam inventori kedai emas anda, lebih baik. Lebih ramai pelanggan emas yang akan datang ke kedai emas anda kerana lebih banyak pilihan.

Cuma anda perlu tahu RAHSIA emas untuk pelaburan yang menarik minat berjuta rakyat di Malaysia, Singapura, Indonesia, China malah seluruh dunia!

Apa rahsianya? …(bunyi bisik je ni)… Di Malaysia, jenama emas pelaburan 999 atau 24K yang tidak dikenakan Goods and Service Tax (GST) hanyalah jenama Public Gold. Anda boleh semak di Jabatan Kastam Di-Raja Malaysia. Jika begitu, jenama emas pelaburan lain yang disebutkan tadi dikenakan GST sebanyak 6% ditambah dengan susutnilai semasa yang tak kurang 5% bermakna kesemuanya tak kurang 11%! Jika emas perhiasan seperti gelang dan rantai emas (emas 916) dah jadi 30-40% susutnilainya! Banyak tu..

Bila dah begitu rahsianya, anda sendiri boleh buat keputusan apa yang perlu dilakukan. Pada pendapat saya, lebih baik jika anda masukkan juga jenama emas Public Gold dalam senarai stok kedai emas anda. Dengan modal stok emas tanpa promosi RM30,000 sahaja anda dah layak sebagai Pengedar Sah (Authorized Dealer) Public Gold. Namun, saya perhatikan dari bulan ke bulan, pelbagai tawaran promosi untuk rakyat Malaysia melayakkan diri sebagai Pengedar Sah Public Gold. Sebagai contoh pada bulan April 2016 lalu, sempena Hari Wanita, Public Gold menawarkan hanya pembelian emas GAP sebanyak 100g (sekitar RM17,000) melayakkan anda sebagai Dealer dan penginapan 2 hari 1 malam di Pulau Pinang dan lawatan ke premis Public Gold International. Anda boleh layari emas GAP untuk mengetahui lebih lanjut.

Sila lihat promosi bulan Mei 2016 pula sempena Hari Ibu yang ditunjukkan di bawah.

Promosi pelaburan emas Public Gold sempena Hari Ibu (Mei 2016)

Promosi pelaburan emas Public Gold sempena Hari Ibu (Mei 2016)

Bermula 1 hingga 31 Mei 2016 ini pula, Public Gold menawarkan promosi pembelian 5 set emas yang mengandungi 20 unit X 0.5g gold bar, 35 unit x 1g gold bar dan 5 unit X 1/2 dinar emas 24K dengan nilai jualan RM11,900 boleh didapati dengan hanya RM11,000 sahaja dan anda dah layak sebagai Pengedar Sah Public Gold dan tambah stok emas pelaburan di kedai emas anda.

Anda boleh pilih stok emas dari pelbagai corak dan tema yang menarik untuk gold bar 0.5g LBMA Public Gold seperti di bawah…

Gold bar 0.5g Public Gold dengan tema Hari Raya - sangat manfaat untuk gantikan wang kertas sebagai duit raya.

Gold bar 0.5g Public Gold dengan tema Hari Raya – sangat manfaat untuk gantikan wang kertas sebagai duit raya.

 

Gold bar 0.5g Public Gold dengan corak Gold Museum

Gold bar 0.5g Public Gold dengan corak Gold Museum

 

Gold bar 0.5g Public Gold dengan tema Kucing

Gold bar 0.5g Public Gold dengan tema Kucing

 

Gold bar 0.5g Public Gold dengan tema Basikal

Gold bar 0.5g Public Gold dengan tema Basikal

 

Manakala terdapat pelbagai tema untuk gold bar 1 gram LBMA Public Gold juga yang anda boleh pilih…

Gold bar 1g Public Gold dengan corak Klasik

Gold bar 1g Public Gold dengan corak Klasik

 

Gold bar 1g Public Gold dengan tema Birthday

Gold bar 1g Public Gold dengan tema Birthday

 

Gold bar 1g Public Gold dengan tema Wedding

Gold bar 1g Public Gold dengan tema Wedding

 

Gold bar 1g Public Gold dengan tema Newborn Baby

Gold bar 1g Public Gold dengan tema Newborn Baby

 

Dinar LBMA 24K Public Gold juga sangat cantik yang boleh didapati dalam nilai setengah dinar…

Setengah Dinar LBMA 24K Public Gold

Setengah Dinar LBMA 24K Public Gold

 

Kesemuanya tanpa perlu caj premium sebagaimana jika anda beli secara tanpa promosi, anda akan dikenakan caj RM5 untuk setiap pengeluaran gold bar di atas!

Dinar LBMA 24K Public Gold juga ada dalam nilai 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar seperti berikut…

10 Dinar LBMA 24K Public Gold

10 Dinar LBMA 24K Public Gold

1 Dinar LBMA 24K Public Gold

1 Dinar LBMA 24K Public Gold

5 Dinar LBMA 24K Public Gold

5 Dinar LBMA 24K Public Gold

 

Apa yang perlu anda buat hanyalah mendaftar secara percuma sahaja di Public Gold.

Selepas anda sah sebagai pengedar emas Public Gold, saya akan senaraikan kedai emas anda di direktori kedai emas khas di www.pelaburanemas.org secara PERCUMA! Anda hanya perlu menghantar alamat kedai emas beserta gambar kedai emas anda. Itu sahaja dan selebihnya anda serahkan kepada saya. Insya Allah apabila nama kedai emas anda ditaip di enjin pencarian terkemuka dunia seperti Google, anda akan dapati nama kedai emas anda di muka pertama hasil senarai pencarian di Google! Pelanggan akan menghubungi anda secara terus dan itulah pelanggan anda.

Public Gold International yang beralamat di Pulau Pinang sedang mengembangkan bisnes emas jenama Public Gold ke luar dan telah membuka cawangan di negara seperti Indonesia (pada 27 Mac 2016) dan China (15 Mei 2016). Oleh itu kedai emas anda juga berpeluang mempunyai pelanggan yang berjumlah lebih 1 billion pada masa akan datang Insya Allah.

Terdapat juga pelanggan tempatan sekitar kedai emas anda yang akan bertambah dari masa ke masa disebabkan emas jenama Public Gold amat diminati dan ramai yang mencari untuk tujuan seperti mas kahwin, hadiah dan sebagainya.

Sebagai contoh gambar oleh Encik Faizal Jamaludin yang dikongsikan di bawah ini…

Saudara En. Faizal Sulaiman buat hantaran mas kahwin dinar emas Public Gold. Tok Kadi pun sangat teruja dan akan promote pasangan lain untuk guna dinar emas juga sebagai mas kahwin!

 

Seterusnya… gambar yang dikongsikan oleh Encik Mohd. Rafie Yusof juga membuat hantaran mas kahwin menggunakan dinar emas Public Gold.

Hantaran mas kahwin dinar emas Public Gold.

Hantaran mas kahwin dinar emas Public Gold.

 

Oleh itu, rebutlah peluang keemasan ini sebelum kedai emas lain. Silalah daftar secara percuma di syarikat pelaburan emas Public Gold sekarang.

Anda juga boleh menggunakan Borang Pesanan Emas Pelaburan Public Gold di bawah:

Nama:*
E-mail:*
Nombor Telefon:*
Kod PG:*
Sila pilih jenis emas:*
Cawangan Public Gold:*
Sharing is caring:

Simpanan Emas Pelaburan Semudah 1-2-3!

Simpanan emas pelaburan pada hari ini memang amat mudah berbanding 1 ke 2 tahun dahulu. Dulu, jika anda nak menyimpan emas, anda perlu simpan dalam peti besi simpanan yang mempunyai kunci yang kukuh dan amat sukar dipecahkan oleh pencuri. Jika tidak, kebanyakan orang tua-tua pada masa dulu menyimpan emas dalam tempayan atau bawah tilam dan sebagainya.

Safe box simpanan emas pelaburanAda satu kisah benar di satu kampung, sebuah rumah telah dimasuki pencuri pada malam hari dan surirumah menyedari keesokan pagi bahawa kesemua emas perhiasan yang disimpan di dalam PETI SEJUK telah hilang! Aduhai… apalah nasib dan apalah yang difikirkan oleh kakak tu ek? Kalau simpan dalam peti besi tu masuk akal le sikit. Tapi dia simpan dalam peti sejuk!

Memang betul jika anda ada barang kemas, dinar, dirham atau emas jongkong yang disimpan di dalam rumah, anda akan berasa seperti tiada tempat yang dirasakan selamat untuk menyimpan. Maka, tanpa fikir panjang anda terus menyewa peti simpanan di bank-bank atau di syarikat yang menyediakan peti simpanan keselamatan. Mungkin kadar sewaan mencecah ratusan ringgit sebulan!

Mulai sekarang anda tak perlu risau untuk simpan emas lagi kerana terdapat satu program yang dinamakan GAP – Gold Accumulation Program yang menawarkan simpanan emas secara percuma di Public Safe dan segala simpanan anda dilindungi insurans!

Di GAP, anda boleh buka akaun emas secara individu atau secara bersama anak anda. Minima simpanan emas ialah 1 gram dan tiada had maksima simpanan emas. Anda boleh keluarkan kesemua emas anda tetapi akan dianggap tidak aktif dan dikenakan caj RM50 untuk mengaktifkan akaun semula.

Apa yang menariknya ialah simpanan emas pelaburan anda semudah 1-2-3! Tak perlu bazirkan duit minyak, tak perlu beratur menunggu giliran, tak perlu ambil cuti untuk urusan buka akaun emas… hanya duduk mengadap komputer di rumah atau di ofis waktu rehat pun dah boleh buka akaun.

Tambahan pula, emas yang anda simpan ialah emas berketulenan 999 atau 24K yang diiktiraf oleh LBMA (London Bullion Market Association) yang tidak akan dikenakan GST!

Dan akhir sekali apa yang lebih penting ialah anda boleh berjual beli dengan kaedah yang patuh syariah (halal) dengan membeli emas dalam gandaan 1 gram.

# 1 – Pastikan harga emas semasa GAP

Lihat harga emas GAP di sini.

Harga emas GAP - dikemaskini setiap 12 tengah malam.

Harga emas GAP – dikemaskini setiap 12 tengah malam.

Sila lihat harga 1 gram emas 24K GAP. Harga emas akan dikemaskini selepas setiap jam 12 tengah malam.

# 2 – Buat pembayaran menggunakan Maybank2u.com.my

Maybank2u

Amat mudah jika anda dah pun ada akaun Maybank. Buat bayaran ke akaun Maybank Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di nombor akaun 5571-3923-8048. Buat bayaran untuk mengikut gandaan 1 gram emas GAP dan bukan gandaan RM100 atau RM50 untuk mengelakkan transaksi yang haram. Sebagai contoh jika anda ingin menyimpan 1 gram, maka transfer duit sebanyak RM156.00. Jika mahu simpan 5 gram emas, maka transfer duit sebanyak 5 x RM156.00 = RM780.00.

Gunakan kemudahan ‘Print receipt’ di Maybank2u.com.my untuk menyimpan maklumat pembayaran.

Jika anda ada akaun Public Bank, anda juga boleh buat bayaran di akaun Public Bank 3167-52-0833.

Beli emas GAP - pembayaran

Jika anda berada di luar negara, sila masukkan kod Swift berikut:
nombor Swift MBBEMYKL untuk akaun Maybank atau
nombor Swift PBBEMYKL untuk akaun Public Bank.

# 3 – Hantar maklumat pembayaran melalui Whatsapp / WeChat / SMS / Emel

Beli emas GAP - pengesahan Whatsapp/WeChat/SMS

Sila hantar maklumat berikut:-

  1. Nama penuh:
  2. NRIC atau Kad Pengenalan: xxxxxx-xx-xxxx
  3. No. telefon:
  4. Emel anda:
  5. Jumlah bayaran: RM
  6. Tarikh bayaran: dd/mm/yyyy
  7. Masa bayaran: xx:xx
  8. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf (Sekiranya anda tiada introducer).

Di samping itu, anda perlu melampirkan salinan resit pembelian juga. Oleh itu, saya nasihatkan anda agar menyimpan resit pembelian emas GAP anda dan buat printscreen atau snapshot menggunakan smartfon untuk paparan transaksi akhir setelah bayaran / pindahan dibuat. (Nota penting: Bukti bayaran SMS tidak akan diterima).

Sila emelkan maklumat di atas bersama-sama lampiran resit ke gap@publicgold.com.my dan cc kepada suhaimee@pelaburanemas.org agar saya dapat membantu jika terdapat apa-apa masalah. Seterusnya, untuk mempercepatkan pengesahan, saya dapati penghantaran maklumat melalui aplikasi Whatsapp adalah yang paling cepat dan senang diterima oleh Public Gold.

Itu sahaja! Anda hanya perlu tunggu maklumbalas daripada Public Gold sekitar 4-5 jam sahaja Insya Allah. Anda akan dapat melihat penyata akaun emas GAP anda dalam tempoh 48 jam selepas pengesahan.

Beli emas GAP - pengesahan pesanan

Beli emas GAP - kemaskini penyata

Simpanan emas anda di Public Safe adalah PERCUMA dan DILINDUNGI INSURANS sampai bila-bila! Anda boleh juga mengeluarkan emas dari akaun anda pada bila-bila masa dengan caj premium yang terendah di Malaysia!

Caj premium emas Public Gold

Caj premium emas Public Gold

Nak lihat akaun emas online GAP anda? Mudah sahaja… hanya Login menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda di Public Gold > Login. Kemudian klik di ‘dropdown bar’ di My Account > My GAP Statement seperti imej di bawah:-

Anda boleh jual balik emas dalam akaun GAP pada bila-bila masa tanpa perlu pergi ke mana-mana atau bersusah-payah menunggu giliran. Sila daftar secara percuma dan Hubungi Saya untuk penerangan lanjut.

Selamat menyimpan emas demi melindungi kekayaan anda sekeluarga…

Jika anda ingin belajar simpanan emas pelaburan yang menjana keuntungan, sila klik di sini.

Sharing is caring:
PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian