Harga Emas GAP Tertinggi Dalam Sejarah

Harga emas GAP telah mencecah RM198/g bermula 5 September 2017 hingga 8 September 2017 dan memecahkan rekod RM197/g yang juga pernah berlaku sejak BREXIT tahun 2016.

Salam Maal Hijrah. Hari ini 1 Muharram 1439 Hijriah.

Jom kita hijrah dari suka menyimpan tunai yang mudah bocor kepada suka menyimpan emas.

Sebab apa?

Kenaikan harga emas bukan lagi merupakan satu rahsia. Bak kata orang puteh.. “It is an Open Secret..” Semua orang dah tahu… satu Malaysia dan termasuklah negara serantau di Singapura, Indonesia, Brunei malah satu dunia dah tahu harga emas akan naik dari masa ke masa. Jika 40 tahun dahulu nenek kita kata 1g emas mahal walaupun hanya RM30/g, namun nilai RM30 pada masa itu sangat besar seperti harga RM190 pada hari ini.

Sebab itu harga 1 gram emas pada hari ini dan pada masa akan datang hingga kiamat tetap dianggap mahal.

Sebenarnya bukan emas itu makin berkilau silau yang membuatkan harga emas makin tinggi… tapi disebabkan duit Ringgit kita disandarkan kepada duit fiat USD dan duit USD disandarkan kepada emas.

Jika duit USD mengukuh manakala duit kita juga mengukuh, maka turunlah harga emas. Jika duit USD mengukuh manakala duit kita semakin lemah disebabkan ketidaktentuan ekonomi dan politik dalam negara.. maka semakin naiklah harga emas. Jika duit USD lemah manakala duit kita mengukuh… maka harga emas mungkin turun atau tak naik tak turun…

Oleh itu, siapa yang tahu bila harga emas naik atau turun? Hanya Allah Taala sahaja yang Maha Mengetahui. Manusia hanya mampu meramal sahaja.

Emas kalis inflasi. Seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar sejak 1,400 tahun dahulu. Tidak ada wang kertas / wang fiat boleh menandingi kekuatan nilai emas. Telah banyak contoh bagaimana nilai wang kertas sesuatu negara jatuh dalam sekelip mata akibat ketidakstabilan ekonomi dan politik. Tak perlu menunggu lama kerana sepanjang zaman emas memang berharga dan emas tetap mahal.

Jika anda masih belum faham bagaimana mengaut keuntungan hanya dengan simpan emas, dapatkan buku ‘Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas’ oleh En. Syukor Hashim. Hanya RM80 termasuk pos ke alamat anda. Anda boleh dapatkannya di sini.

Semoga anda mendapat manfaat yang berterusan.

Suhaimee

PS: Corak baharu 1g Goldbar 24K LBMA – Batik Kraton. Boleh dikeluarkan melalui GAP. Elakkan beli kaedah runcit untuk Goldbar 1g, 5g dan setengah dinar. Dapatkan cara jimat simpan dan dapatkan emas melalui GAP.

PPS: Jika anda nak jual emas perhiasan / emas pelbagai jenama, dapatkan info lanjut di sini.

Promosi menabung emas Akaun GAP Public Gold berbaki 37 akaun sahaja!

This will close in 25 seconds