Tag Archives: duit tunai

Cara Jual Emas Untuk Dapat Duit Tunai Dengan Harga Tinggi

Anda nak jual emas perhiasan seperti rantai, gelang, cincin emas 916 untuk dapat duit tunai dengan harga yang tinggi? Jika anda tiada sijil atau surat emas pun tidak mengapa.

Sekarang memang harga emas semasa sedang melambung tinggi sejak kesan BREXIT pada akhir bulan Jun 2016 yang lalu. Sehingga kini (17/9/2016), harga emas terendah telah dikesan pada awal bulan September serendah RM182.00/g. Pada hari ini harga emas 999 ialah RM187.00/g manakala harga emas perhiasan ialah RM148.00/g.

[KEMASKINI] Harga emas 24K 999 tertinggi pada 5 hingga 8 September 2017 ialah RM198.00/g. Manakala harga emas perhiasan ialah RM154.00/g.

Di sini saya ingin tunjukkan ‘RAHSIA’ bagaimana anda boleh dapat duit tunai yang 100% lebih banyak daripada apa yang kebanyakan orang dapat.

Wah!…. 100% lebih banyak duit tunai!… Biar betul Suhaimee…

Jawapan saya:Ya! Betul dan TIADA SEBARANG PENIPUAN PUN…”

Nak tahu rahsianya? Begini…

AMALAN BIASA KITA JUAL EMAS UNTUK DAPAT DUIT TUNAI

Biasanya kebanyakan kita rakyat Malaysia, samada duduk di bandar atau di kampung, bila nak jual emas je, kita akan pergi ke kedai emas yang berhampiran. Apa yang kita tak tahu, bila kita jual emas di kedai emas biasa, kita dah rugi baaaaaanyak sekali…. dan kita dah untungkan peniaga emas baaaaaaanyak sekali tanpa kita sedari.

Berapa kita dah rugi? Mari saya tunjukkan. Pada hari Sabtu, 17/9/2016, saya dan isteri bersama anak-anak telah pergi ke kedai emas Public Gold di Sungai Petani. Tujuan kami pergi ke sana memang nak cuba tukar subang emas perhiasan 916 yang dah patah seberat hanya 1.3 gram.

Biasanya kalau isteri saya jual emas di kedai emas di Sungai Petani memang peniaga kedai emas akan buat muka sedih…. dan kata.. “Murah je ni kak… RM80 je boleh dapat…” Huhu… dah la beli subang emas tahun 2014 dulu dengan harga RM130 sepasang… rugi betul. Jadi isteri saya memang dah tak pergi ke kedai emas biasa… dia sekarang pergi ke kedai emas special!

TUKAR AMALAN JUAL EMAS DI KEDAI EMAS BIASA KEPADA KEDAI EMAS SPECIAL

Kenapa special? … sebab harga subang emas 916 yang seberat 1.3 gram tu mereka boleh beri tunai RM187.00!!!! Alhamdulillah… rezeki Allah Taala beri. Jika kita kira peratus untung berbanding jual di kedai emas biasa ialah sebanyak 133.8%! Cuma duit RM187 tu boleh dapat dalam tempoh 48 jam masuk dalam akaun bank terus. Okaylah tu.. better late than rugi baaaaaanyaak… Anda hanya boleh untung baaaaaaanyak dengan jual emas di kedai Public Gold.

Masa kami jual emas di Public Gold Sungai Petani. Kami dilayan dengan sangatt baik oleh staf Public Gold, Ms Emily. Terima ksih Ms Emily.

Masa kami jual emas di Public Gold Sungai Petani. Kami dilayan dengan sangat baik oleh staf Public Gold, Ms Emily. Kami berpeluang membelek emas keluaran terbaru Public Gold – Aurora, memang sangat cantik. Terima kasih Ms Emily.

 

Bagaimana boleh dapat duit tunai sebanyak itu? Di sini saya tunjukkan cara pengiraannya…

(1) Lihat harga emas perhiasan di www.publigold.com.my atau anda juga boleh capai dengan lebih pantas memasang Aplikasi Public Gold di smartfon anda. Belajar cara pasang melalui Android, iOS dan Blackberry di sini.

Sebagai contoh pada hari ini 17/9/2016, harga emas perhiasan 916 atau 22K ialah RM148/g.

harga-emas-semasa-public-gold

(2) Setelah dapat harga emas perhiasan 22K (916) segram, anda darabkan dengan berat emas anda untuk dapatkan anggaran duit tunai kepada ringgit yang terdekat yang bakal anda perolehi.

Contoh 1:

Sekiranya anda ingin dapatkan duit tunai, harga PG Buy perlu ditolak RM5 (RM148-RM5 = RM144/g)

1.3g X RM144 = RM187 (tanpa nilai sen dimasukkan).

Contoh 2:

Sekiranya anda ingin terus masukkan ke dalam akaun simpanan emas GAP pun boleh (sila klik sini untuk tahu apa itu akaun simpanan emas GAP) dan harga PG Buy tidak perlu ditolak dengan RM5 (kekal RM148/g)

1.3g X RM148 = RM192 (tanpa nilai sen dimasukkan).

(3) Bila anda dah puas hati dengan nilai duit tunai yang bakal anda dapat, anda boleh hubungi mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat untuk beritahu akan tujuan kehadiran anda.

(Nota penting: Jangan lupa untuk anda bawa satu salinan kad pengenalan (depan & belakang) serta satu salinan muka depan akaun buku bank (yang ada nombor akaun) untuk tujuan penerimaan duit tunai anda. Kalau takde hardcopy, dalam bentuk softcopy pdf pun boleh. Anda boleh emel jer).

Kemudian, mereka akan minta nombor kod PG anda. Sekiranya ada, anda boleh terus nyatakan bila anda nak datang ke kedai Public Gold. Jika anda masih tiada kod PG, anda boleh daftar secara percuma dahulu di sini.

Terdapat 17 cawangan kedai Public Gold di seluruh Malaysia dan beroperasi dari Isnin hingga Sabtu kecuali Ahad dan cuti umum. Di Public Gold anda boleh dapatkan berat sebenar emas yang anda bawa. Mereka tidak akan buat muka sedih… (Hehe..) atau mereka tidak akan cerewet untuk terima apa sahaja jenis dan jenama emas yang anda bawa untuk anda jual kepada Pubic Gold dan anda boleh dapat duit tunai tertinggi untuk anda dapat keuntungan yang maksima.

Jika anda ada apa-apa persoalan mengenai cara jual emas di Public Gold, sila “Hubungi Saya” dengan nyatakan secara khusus maksud pertanyaan anda.

Sharing is caring:

Masa Untuk Melabur Emas

Inilah masa untuk melabur emas! Harga emas sedang jatuh melebihi RM5 segram setakat 9.00 malam ini. Para pelabur emas sudah semestinya membeli lebih banyak emas pada hari esok! Ini adalah kerana harga emas GAP akan dikemaskini tepat jam 12 tengah malam ini.

Masa untuk melabur emas – Harga emas jatuh lebih RM5 segram.

Jika anda perhatikan imej harga emas yang dipaparkan, anda akan dapati harga emas sedang jatuh ke paras terendah sejak Jun 2016 (RM190/g) iaitu kesan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah atau dikenali sebagai ‘Kesan BREXIT’. Selepas itu harga emas berlegar di sekitar RM185/g.

Kali kedua kenaikan harga emas 2016 berlaku ketika US Election pada bulan November 2016 dan harga emas kembali meningkat kepada lebih RM190/g dan ramai pelabur emas menjual emas dalam simpanan mereka yang dibeli sejak tahun lepas pada harga sekitar hanya RM150/g! Mereka yang menjual emas sebanyak 50g yang dibeli dengan harga RM7,500 telah mendapat keuntungan bersih sebanyak RM2,000.

Pada malam ini harga emas GAP telah jatuh kepada RM175/g dan harga 50g emas goldbar hanya RM8,750 sahaja. Mulakan simpanan emas sekarang dan insya Allah anda tidak akan menyesal tahun-tahun mendatang. Pelbagai amaran telah dikeluarkan sejak awal tahun sebelum rakyat Britain mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah dan US Election serta kesannya ke atas matawang USD dan harga emas di Malaysia. Dan pada malam ini satu peluang yang nyata berada di depan mata kejatuhan harga emas. Namun mengapa harga emas boleh jatuh sehingga sekitar RM175/g pada malam ini?

Tak lain ialah kesan pengumuman satu badan kewangan terbesar dunia iaitu International Monetary Funds (IMF) seperti yang anda boleh cari di Google dan di akhbar seperti di bawah.

Kesan pengumuman IMF ke atas matawang Malaysia.

IMF umum ekonomi Malaysia tahun 2017 berkembang pada 4.5%.

Jika anda mengkaji lebih lanjut, terdapat pengaruh yang amat besar apabila berlaku sesuatu perkara atau pengumuman oleh IMF kepada turun naik matawang dunia termasuk USD dan juga harga emas di Malaysia. Terdapat kebimbangan apabila Presiden Amerika Donald Trump memasuki Rumah Putih pada Januari 2017 terhadap kekuatan matawang USD yang menyebabkan harga emas dijangka melonjak sehingga melebihi USD10,000/auns atau RM1,400/g! Ini adalah kerana pada tahun hadapan USA akan kehilangan kuasa veto pengundian dalam IMF apabila negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan South Africa) berkemungkinan mendapat sokongan beberapa negara lain bagi mengatasi USA.

Pecahan kuasa undian IMF tahun 2016 dan 2017.

Terdapat perancangan oleh negara-negara yang anti-USA untuk mewujudkan sistem kewangan digital tanpa duit tunai. Mereka tidak mahu USD mengawal kekuatan nilai matawang mereka. India telah mengumumkan duit Rupee 500 dan 1,000 tidak sah digunakan yang telah menyebabkan kekacauan dalam negara kerana rakyat tidak dapat menukar duit tersebut di bank dan di ATM seluruh India. Maka simpanan duit tunai yang kita semua penat-penat bekerja juga akan mengalami nasib yang sama satu hari nanti apabila duit RM ada ditangan tetapi tidak laku untuk beli barang keperluan.

India haramkan Rupee 500 dan 1000. Sesal kemudian tidak berguna lagi..

Desperate governments are trying to force citizens to use digital money to rob them of their hard-earned wealth. It’s not just places like India. It’s critical you preserve your wealth outside the banking system and outside the reach of the authorities. The answer: gold.

Anda perasan kekecohan mengenai kad ATM baru-baru ini? Itu adalah sebahagian pelan penggunaan duit digital di Malaysia. Oleh itu, anda dinasihatkan agar mula tukar duit tunai yang anda simpan di bank kepada bentuk yang lebih kukuh dan tidak boleh diganggu oleh penguasa-penguasa kewangan negara iaitu emas.

Berapa banyak emas yang perlu anda melabur emas dan simpan? Pakar emas serata dunia menyarankan membuat pelaburan emas dengan simpanan 10% daripada jumlah pendapatan bulanan. Namun, jika anda ada lebihan simpanan tunai di bank adalah lebih baik tukarkan sebanyak mungkin dan tinggalkan hanya sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan sebagai simpanan tunai kecemasan. Jika ada lebihan tunai untuk beli 1kg emas, maka belilah sekarang kerana mengikut amaran yang telah dikeluarkan oleh pakar emas dunia, harga emas akan melonjak sehingga USD10,000/auns atau RM1,400/g satu hari nanti. Bila? Wallahu’alam. Namun, kenaikan tetap akan berlaku sebagaimana berlakunya krisis kewangan di serata dunia dalam tempoh 10 tahun sejak 1997, 2008 dan kemungkinan 2017?

Namun, hanya terdapat satu sahaja jenama emas yang berbaloi dibeli dan disimpan di Malaysia tanpa dikenakan cukai oleh kerajaan. Jenama emas pelaburan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa oleh London Bullion Market Association (LBMA) dan tidak diragui ketulenannya. Jika anda tersilap beli emas pelaburan, bukan untung yang anda dapat malah rugi.

Mulalah membeli dan simpan sendiri emas goldbar atau dinar 24K LBMA di rumah, anda boleh dapatkan tips mudah Jual Beli Emas Terbaik di Malaysia. Anda boleh install aplikasi pelaburan emas yang terkemuka di Malaysia dan Singapura. Pemasangan di smartfon adalah percuma dan anda boleh mula mengetahui pergerakan harga emas setiap 20 minit.

Jika anda pilih untuk beli emas 24K LBMA dan simpan secara PERCUMA SEUMUR HIDUP serta boleh namakan pewaris, anda boleh dapatkan tips mudah Buka Simpanan Akaun Emas GAP. Jangan risau, anda boleh keluarkan emas goldbar dan dinar pada bila-bila masa.

Sila Hubungi Saya jika ada apa-apa persoalan yang anda ingin penjelasan mengenai pelaburan emas.

Sharing is caring:

Tukar Beli Emas Public Gold Atau Tukar Duit Tunai

Anda nak tukar beli emas Public Gold atau dapatkan duit tunai? Memandangkan emas 24K LBMA jenama Public Gold dijamin harga termurah dan tidak dikenakan cukai GST di Malaysia, di sini saya ingin memberikan beberapa tips agar anda dapat memanfaatkan ilmu pelaburan emas yang diberi.

Bagaimana nak tukar emas jenama lain kepada emas 24K LBMA Public Gold atau duit tunai?

Memang kebanyakan dari kita pernah beli dan simpan emas samada emas pelaburan seperti goldbar dan dinar jenama lain seperti Amethyst Powergold, Zenith, GCP, Sri Ayu atau emas perhiasan seperti emas Poh Kong, Habib Jewels. Tapi fakta yang kita tak ketahui ialah emas pelaburan atau perhiasan yang kita beli dan simpan itu kurang beri manfaat jangka panjang disebabkan kadar spread yang tinggi dan dikenakan GST sebanyak 6%. Sebagai contoh sekiranya kadar spread goldbar 1g bersamaan dengan 7% ditambah dengan GST 6%, maka total semua sekali yang perlu anda tanggung ialah sebanyak 13%! Manakala kadar spread emas perhiasan boleh mencecah sehingga 35%. Oleh itu, Public Gold ada menawarkan penukaran pelbagai jenama goldbar dan dinar kepada emas 24K LBMA Public Gold.

(PERHATIAN: Untuk mematuhi syarak dan mengelakkan berlakunya riba’, anda dinasihatkan agar menukar goldbar / dinar / emas perhiasan anda kepada tunai dahulu dan kemudian barulah anda boleh beli Goldbar atau Dinar Public Gold).

  • Untuk 1g goldbar jenama Bunga Mas dan Tai Fook Public Gold (bukan LBMA) boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM12/g sahaja (sila rujuk infografik 1 dibawah).
  • Manakala untuk 1g goldbar jenama lain (Amethyst Powergold, Zenith, GCP, Sri Ayu dan lain-lain) boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM15/g sahaja. Oleh itu, jika anda ada beli emas Powergold atau Amethyst 1g dan nak jual emas Powergold atau Amethyst anda, sila rujuk infografik 1 dibawah.
Tukar goldbar 1g Public Gold.

Infografik 1: Tukar goldbar 1g Public Gold – terhad kepada 3kg sahaja.

  • Untuk goldbar jenama Bunga Mas dan Tai Fook Public Gold (bukan LBMA) 10g dan ke atas boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM60 sahaja (sila rujuk infografik 2 dibawah).
  • Manakala untuk goldbar jenama lain (Amethyst Powergold, Zenith, GCP, Sri Ayu dan lain-lain) 10g dan ke atas boleh ditukarkan kepada goldbar 1g 24K LBMA dengan hanya menambah RM80 sahaja. Oleh itu, jika anda ada beli emas Powergold atau Amethyst 10g dan nak jual emas Powergold atau Amethyst anda, sila rujuk infografik 2 dibawah).
Infografik 2: Tukar goldbar 10g Public Gold.

Infografik 2: Tukar goldbar 10g Public Gold.

  • Untuk kategori dinar emas pula, Public Gold menawarkan tukar 1 dinar emas 916 jenama Public Gold kepada 1 dinar emas 999 (24K) LBMA dengan tambahan RM60 sahaja. Begitu juga dengan pelbagai jenama 1 dinar emas 999 (24K). Manakala tambahan hanya RM80 sahaja, anda dah boleh tukar 1 dinar emas 916 pelbagai jenama kepada 1 dinar emas 999 (24K) LBMA (sila rujuk Infografik 3 di bawah).
tukar-dinar-24k-lbma-public-gold

Infografik 3: Tukar 1 dinar 916 pelbagai jenama termasuk Public Gold atau 1 dinar 999 pelbagai jenama kepada 1 dinar 999 LBMA Public Gold.

  • Untuk emas perhiasan apa-apa jenama boleh ditukarkan kepada goldbar atau dinar 24K LBMA dengan hanya satu panggilan dan satu lawatan ke mana-mana cawangan Public Gold sahaja. Anda tak perlu rasa takut atau bimbang… Public Gold seperti kedai emas biasa sahaja… Hanya beritahu.. “Hi Public Gold, saya nak ke cawangan Public Gold di (sila nyatakan cawangan mana) pada tengahari ini untuk jual  goldbar atau gold coin samada emas 916 atau emas 999 atau emas perhiasan…” (sila rujuk infografik 4 di bawah).
Infografik 4: Jual emas 916, 999 atau emas perhiasan jenama lain dengan harga tinggi untuk tukar kepada emas GAP 24K LBMA Goldbar atau Dinar Public Gold.

Infografik 4: Jual emas perhiasan 916, emas pelaburan 999 atau emas perhiasan jenama lain dengan harga tinggi untuk tukar kepada emas GAP 24K LBMA Goldbar atau Dinar Public Gold.

 

(PERHATIAN: Untuk mematuhi syarak dan mengelakkan berlakunya riba’, anda dinasihatkan agar menukar goldbar / dinar / emas perhiasan anda kepada tunai dahulu dan kemudian barulah anda boleh beli Goldbar atau Dinar Public Gold).

Anda boleh ikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan di bawah jika anda ingin tukar emas-emas pelaburan atau jual emas perhiasan untuk dapat duit tunai dan kemudian membeli emas Public Gold 24K LBMA yang tidak dikenakan GST…

Langkah #1: Anda hanya perlu daftar secara percuma dahulu di Pendaftaran Percuma.

Langkah #2: Hubungi staf cawangan Public Gold yang terdekat seperti yang tertera di link Cawangan Public Gold di Malaysia untuk buat temujanji (Anda boleh guna aplikasi Whatsapp je ke talian Mobile staf Public Gold yang tertera di link tersebut).

Langkah #3: Bawa emas pelaburan atau perhiasan anda ke cawangan Public Gold yang telah anda hubungi tadi. Jangan lupa bawa IC ye. Jika anda nak tukar kepada duit tunai, sila bawa juga salinan muka depan buku bank anda. Itu sahaja… sangat mudah dan cepat. Pada masa ini, kita tak perlu lagi ambil nombor giliran atau menunggu lama untuk berurusan di kedai emas Public Gold sebagaimana anda perlu ambil nombor giliran bila berurusan dengan mana-mana bank yang menawarkan produk emas pelaburan fizikal.

Semoga anda beroleh keuntungan dalam pelaburan emas.

Sharing is caring:

Nak Jual Emas? Siapa Yang Nak Beli Emas?

Anda ada emas dan nak jual emas? Namun anda ragu-ragu untuk cari pembeli emas. Bimbang dan risau nak jual emas sedangkan anda perlukan duit tunai dalam sehari dua ni!

Tak kisahlah apa jenis emas pun anda ada, samada gelang emas, rantai emas, goldbar, Dinar Kelantan, Dinar Mekah, Kijang Emas, emas Sri Ayu, emas GCR, emas Habib Jewels, emas Poh Kong, emas Wah Chan, emas Sri Pinang, emas Sri Harmoni dan banyak lagi jenama emas yang anda simpan…

Barang kemas

Gold bar atau jongkong emas

Gold bar atau jongkong emas

Syiling dinar emas

Syiling dinar emas

Apa anda nak buat? Jangan risau, sebab pada hari ini anda boleh tukar apa jua jenis simpanan emas yang anda ada kepada duit tunai tanpa perlu buat pinjaman di bank untuk dapat duit tunai segera! Anda boleh tukar sebarang barang kemas serta jongkong emas berjenama lain kepada produk Public Gold dengan harga yang tertinggi di Malaysia. Pelan ini dinamakan X-Plan (trademark).

Jual emas untuk duit tunai

Anda boleh trade-in apa juga jenama emas anda di Public Gold. Nilai transaksi untuk X-PlanTM ini akan berdasarkan harga semasa yang tertera di laman web Public Gold (www.publicgold.com.my)

Anda boleh bawa sebarang jenama emas yang anda ada ke cawangan terdekat Public Gold. Sila hubungi dahulu cawangan Public Gold yang terdekat seperti yang boleh anda dapati di link “Cawangan Public Gold di Malaysia“.

Anda boleh menggunakan aplikasi Whatsapp atau Wechat ke talian telefon bimbit yang tertera untuk setiap cawangan tanpa perlu bazirkan credit telefon bimbit anda… nak guna Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris pun tiada masalah. Apa yang penting anda perlu perkenalkan diri anda dahulu dengan maklumat seperti berikut:-

Hai Nama PIC (Person In Contact).. Cth Ms Latifah (Cwg Sungai Petani)
Nama: Fulan bin Fulan
IC: 987654-32-1000
Introducer: PG047646 Suhaimee
Pertanyaan: Saya ingin menukar emas jenama X saya kepada tunai. Bila saya boleh hadir? Sekian TQ.

Itu sahaja!.. dan anda tunggulah PIC tu balas semula mesej anda. Waktu urusan ialah 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat) manakala 9.00 pagi hingga 1.00 petang (Sabtu). Jadi, anda tak perlu ambil nombor dan beratur bila anda sampai ke Public Gold. Sila bawa IC dan salinan muka depan buku bank (Maybank yang terbaik) untuk urusan bayaran tunai terus ke bank anda. Namun anda boleh emel salinan buku bank anda kemudian jika tertinggal.

Anda boleh download maklumat lanjut dengan klik di link “Maklumat X-Plan Public Gold” (Dokumen boleh dibaca dalam Adobe Reader).

Untuk maklumat lanjut anda boleh emel terus kepada Public Gold di enquiry@publicgold.com.my (Sila cc emel anda ke suhaimee@pelaburanemas.org untuk bantuan dari saya sekiranya ada apa-apa masalah).

Semoga info ini dapat membantu anda menjual emas anda untuk dapat duit tunai dengan segera.

Sharing is caring:
PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian