Tag Archives: cimb

Cara Buka Akaun Pelaburan Emas Patuh Syariah

Posted on by 0 comment

Anda nak buka akaun pelaburan emas patuh syariah tapi tak tahu di mana? Adakah anda patut mulakan samada di bank atau syarikat pelaburan emas?

Bukan mudah nak cari dan buka akaun pelaburan emas patuh syariah sebab jika tersilap langkah boleh rugi!

Memang terdapat banyak aktiviti pelaburan di Malaysia. Sebelum anda buka akaun pelaburan emas fizikal, di sini ada dua tips penting untuk anda ketahui:-

  1. Pastikan anda mendapat pengesahan qabadh hukmi (constructive possession) dalam tempoh tidak lebih 3 hari.
  2. Pastikan anda beli emas dan boleh keluarkan emas fizikal dalam bentuk goldbar atau dinar emas pada bila-bila masa.

Anda tak perlu risau sebab setelah bertahun-tahun saya mengkaji dan buat perbandingan, saya dapati akaun pelaburan emas Gold Accumulation Program yang disediakan oleh Public Gold adalah yang terbaik, patuh syariah, tiada caj / yuran tahunan dan boleh keluarkan minima 1gram goldbar dengan caj minima RM10 sahaja.

Akaun pelaburan emas Gold Accumulation Program yang patuh syariah boleh dibuka secara online tanpa perlu pergi ke bank.

Mulai 1 Disember 2018, terdapat promosi pembukaan akaun pelaburan emas GAP melalui arahan potongan bulanan minima RM100 setiap bulan dan boleh dibuat secara atas talian jika menggunakan akaun bank Maybank, Public Bank dan CIMB Bank. Di Bank Islam, and perlu ke bank dan isi borang Standing Instruction dengan caj duti setem untuk memulakan potongan bulanan ke akaun GAP anda

Mulakan pada bila-bila masa arahan pemotongan minima RM100 melalui akaun bank anda terus ke akaun pelaburan emas GAP. Berpeluang menang hadiah goldbar 0.5gram dan 5gram!

 

Oleh itu, di sini saya akan menerangkan langkah-langkah mudah untuk buka akaun pelaburan emas GAP seterusnya membuat arahan potongan bulanan (monthly standing instruction) minima RM100 setiap bulan.

Langkah #1:

Login ke akaun Maybank anda dan klik link Savings Account seperti ditunjukkan.

 

Langkah #2:

Klik pada link Standing Instructions.

 

Langkah #3:

Klik Add pada bahagian bawah paparan.

 

Langkah #4:

Pilih 3rd Party Transfer di ruangan Service type.

 

Langkah #5:

Isikan maklumat kod PG (atau nombor IC jika anda tiada kod PG), nombor akaun Public Gold 5571-3923-8048, jumlah minima RM100 (jika RM120 pun boleh asal minima RM100), pilih tarikh, bulan dan Termination date 31/12/2019. Klik butang Continue dan ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai.

Nota Penting: Pastikan anda simpan resit transaksi ini dalam bentuk jpeg atau pdf dan emel kepada saya di suhaimee@pelaburanemas.org atau whatsapp di talian +60197475788. Jika guna smartfon boleh terus klik link http://msuhaimee.wasap.my/.

Jika anda tidak mempunyai akaun Maybank, sila dapatkan panduan potongan bulanan ke akaun pelaburan emas GAP anda dengan menggunakan borang Hubungi Saya.

Semoga anda berjaya memulakan simpanan emas pelaburan Gold Accumulation Program di Public Gold.

 

Sharing is caring:

Banding Harga Emas Dengan Susutnilainya Sekali

Posted on by 6 comments

Sebelum anda melabur emas, sila buat perbandingan harga emas dengan susutnilainya sekali. Apakah susutnilai? Susutnilai harga emas dikira dalam peratus (%) yang merujuk kepada perbezaan nilai jualan emas dengan nilai belian emas semasa.  

Susutnilai atau Spread (%) = [(Harga Jualan – Harga Belian)/ Harga Jualan] X 100 

Emas perhiasan tidak sesuai dijadikan untuk pelaburan emas kerana nilai spread yang terlalu tinggi.

Emas perhiasan tidak sesuai dijadikan untuk pelaburan emas kerana nilai spread yang terlalu tinggi.

Jika anda membuat pelaburan emas, anda perlu tahu bahawa semakin rendah susutnilai sesuatu emas, maka, semakin banyak keuntungan yang anda dapat! Dan sebaliknya, semakin tinggi susutnilai emas yang anda beli, maka semakin sedikit keuntungannya.

Oleh itu, terdapat perbezaan spread antara jenis-jenis emas dan jenama emas yang terdapat di pasaran. Pakar-pakar pelaburan emas menasihatkan untuk TIDAK melabur emas jika terdapat perbezaan harga emas semasa anda beli dan harga jual (spread) melebihi 10%!

Di sini saya sertakan beberapa contoh harga emas serta susutnilai atau spread mengikut jenis emas:

  • Jongkong Emas / Gold Bar 999.9 sekitar 5-10%
  • Dinar Emas 916 sekitar 5-8%
  • Emas perhiasan sekitar 25-35%

Sekarang dah jelas pada anda bahawa emas perhiasan TIDAK SESUAI untuk tujuan pelaburan emas. Yang sesuai hanyalah jenis jongkong emas dan dinar emas atau gold bullion coin.

Tetapi jika anda sudah memiliki emas perhiasan lama dan rosak, anda boleh menjualnya pada harga tinggi! Kalau nak jual emas perhiasan lama atau gelang emas yang dah patah atau rosak, saya nasihatkan jangan jual di kedai emas kerana susutnilainya terlalu besar. Kebiasaannya sekitar 25-35% malah ada kedai emas yang membeli dengan susutnilai sehingga 40%!

Jika anda mengetahui kedai emas yang menjual barang kemas dengan susutnilai lebih rendah, sila kongsikanlah di sini.

Sekarang, hanya tinggal jongkong emas dan dinar emas sahaja yang menjadi pilihan pelabur-pelabur emas disebabkan susutnilai masing-masing yang kurang daripada 10%.

Namun, persoalannya jongkong emas dan dinar emas yang manakah yang menawarkan harga emas yang paling kompetitif, boleh dibeli dan dijual dengan mudah serta patuh syariah halal lagi sah di sisi undang-undang?

Anda tak perlu risau sebab saya dah berminggu-minggu buat perbandingan di antara pelbagai jenis produk pelaburan emas di Malaysia samada bank-bank seperti pelaburan emas Maybank, Public Bank, Kuwait Finance, Al-Rajhi, CIMB dan juga syarikat-syarikat seperti Sri Ayu, GCP, GSR dan Dinar Kelantan. (Sila teruskan baca posting saya mengenai perbandingan pelaburan emas…)

Di Malaysia terdapat dua jenis pelaburan emas… yang Islamic atau halal dan yang conventional atau haram.

Dan setakat ini, pelaburan emas yang halal di bank ialah Kuwait Finance House (KFH) dan Bank Al-Rajhi yang disahkan patuh syariah namun anda terikat dengan pelbagai syarat seperti emas yang anda beli tidak boleh dibuka seal dan susutnilai akan jatuh sehingga 25% jika seal rosak! Aduhai…

Terpulang kepada anda jika mahu melabur di bank-bank tersebut. Namun, anda tak perlu susah-susah nak mulakan pelaburan emas dengan KFH atau Al-Rajhi sebab saya dapati kedai emas Public Gold menawarkan konsep pelaburan emas yang paling mudah, cepat, patuh syariah, menjual dengan harga emas yang terendah di pasaran, kadar spread atau susutnilai yang terendah, stok emas yang sentiasa ada, cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan yang paling penting tidak cerewet.

Ditunjukkan kadar susutnilai (spread) kesemua jenis emas pelaburan goldbar dan dinar 24K LBMA jenama Public Gold.

Kadar spread Public Gold.

 

[DIKEMASKINI 19/11/2017]

Berikut dipaparkan salinan sijil-sijil bagi kedua-dua produk jual beli emas pelaburan syarikat Public Gold yang telah dikeluarkan oleh Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor yang ditandatangani oleh Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar.

1. Pembelian dan penjualan balik secara runcit samada sekaligus atau ansuran (Easy Payment Plan / EPP)

Untuk mula beli emas pelaburan goldbar atau dinar LBMA 24K tanpa GST, ambil stok di cawangan Public Gold (3-5 hari) atau di Pejabat Pos Ar-Rahnu (14-18 hari) dan simpan sendiri, sila ikuti langkah berikut:-

Langkah #1: Daftar secara PERCUMA

Anda boleh mendaftar secara percuma.

Selepas mendaftar, anda boleh terus Login menggunakan nombor IC tanpa sengkang sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan yang anda isi di laman web Public Gold

Sila ikuti link ini untuk info lanjut mengenai jual beli emas pelaburan secara runcit.


2. Pembelian dan penjualan balik melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP)

Pada 29 September 2017, panel penasihat syariah Amanie Advisor telah mengeluarkan Sijil Patuh Syariah ke atas aktiviti jual beli emas akaun GAP Public Gold.

Mulai sekarang, anda dah tak perlu berasa was-was untuk berjual beli secara online emas pelaburan 24K LBMA yang tidak dikenakan cukai GST melalui akaun GAP. Anda boleh mulakan serendah RM100.

Ikuti hanya 3 langkah mudah dan murah untuk mulakan simpanan emas pelaburan seperti berikut:-

Langkah #1:

Rujuk harga emas GAP di web Public Gold. Transfer minima RM100 atau jumlah RM untuk 1 gram yang hendak dibeli ke no. akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd di Maybank 557139238048 (Sila guna Instant Transfer jika guna bank lain). Jika nak keluarkan beli 2 gram kerana baki minima 1gram.

Langkah #2:

Simpan gambar resit belian (Maklumat SMS atau Transaction history TIDAK diterima).

Langkah #3:

Hantar maklumat berikut dengan gambar resit kepada emel gap@publicgold.com.my dan cc suhaimee@pelaburanemas.org
1. Nama penuh:
2. IC:
3. No. HP:
4. Emel:
5. Jumlah bayaran: RM
6. Tarikh bayaran: dd/mm/yyyy
7. Masa bayaran: xx:xx
8. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf

Anda boleh juga Whatsapp maklumat anda di atas di http://pelaburanemas.wasap.my/.

Langkah #3 hanya dibuat SEKALI sahaja ketika buka akaun GAP. Tak perlu jika anda telah ada kod PG. Selepas dah dapat kod PG, boleh login akaun GAP di web. Untuk lebih detail, boleh layari http://www.pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/#akaunGAP.

Kesimpulannya, mulai hari ini anda boleh mula buat potongan bulanan minima RM100 untuk pembelian emas fizikal ke dalam akaun emas simpanan GAP anda tanpa was-was.

Sila ikuti link ini untuk info lanjut mengenai simpanan emas pelaburan Gold Accumulation Program Public Gold.

Tambahan pula, jika anda nak jual emas, pihak Public Gold akan terima tanpa banyak cerita. Anda boleh Login ke akaun GAP dan klik BuyBack untuk jual semula dan setelah and aklik butang Request, duit tunai akan terus ditransfer ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam.

Jika anda nak jual emas fizikal pula, walaupun emas Public Gold yang kita beli dan simpan tu kemek atau calar, Public Gold tetap terima! Insya Allah saya yakin bahawa anda pasti akan berpuashati dengan kaedah pelaburan emas yang ditawarkan oleh Public Gold sebagaimana saya berpuashati dengan sebenar-benarnya.

Dalam blog ini juga saya ada menyediakan carta harga emas untuk rujukan anda. Jika anda ingin meninjau harga emas 1 gram di Malaysia sejak 5 tahun lalu hingga ke tempoh 24 jam, sila ke laman Harga Emas Semasa Public Gold.

Nasihat saya untuk anda yang nak memulakan pelaburan emas, jangan terlalu obses melihat carta harga emas sehingga tak boleh tidur malam pula… apa yang penting anda perlu faham jenis pelaburan emas yang betul dan halal serta nilai spread harga emas syarikat yang menawarkan pelaburan emas.

Di Public Gold, terdapat pelbagai jenis emas pelaburan yang boleh anda pilih dengan kemudahan aplikasi web dan Android untuk memudahkan anda mendapat harga emas semasa yang sentiasa dikemaskini setiap 20 minit.

Anda boleh membuat tempahan dan ‘lock’ harga secara online dan mendapatkan maklumat lebih lanjut setelah anda mendaftar. Pendaftaran adalah percuma tanpa perlu membeli apa-apa barang! Sila klik pada “Pendaftaran Percuma” untuk mengetahui bagaimana untuk mendaftar.

Sharing is caring:
PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian